ILIT KTU
Government sector on aviation
LAWATAN ILIT KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT ALOR SETAR
ALOR SETAR, 5 Nov 24 - Sel Keselamatan Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT) telah menganjurkan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Kedah, sebagai sebahagian daripada Program Keselamatan ILIT.
Lawatan ini diketuai oleh pemangku Pegawai Memerintah ILIT, Mejar Saizulazmil bin Abdul Manan TUDM, serta diselaraskan oleh Pegawai Keselamatan ILIT, Mejar Muhammad Hamzani bin Muhammad TUDM. Turut hadir dalam lawatan ini adalah jurulatih, warga ILIT, dan pelatih Kursus FIC 63/24.
Dalam rangka lawatan, peserta diberi taklimat ringkas oleh Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin bin Abd. Rahim, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, mengenai tanggungjawab anggota bomba dan aset-aset yang diuruskan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar.
Selain itu, para peserta turut dibawa melawat sekitar kawasan balai dan diberikan penerangan secara langsung mengenai aset-aset yang terdapat di balai tersebut oleh Pegawai Bomba Tinggi II Noor Syakirah binti Mohd Rosli, Pegawai Operasi BBP Alor Setar.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga ILIT tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran, memberikan pemahaman mengenai cara mengurus situasi kecemasan, serta memperkenalkan peralatan dan teknologi terkini yang digunakan dalam operasi penyelamatan dan pemadaman api.
Tahniah kepada Sel Keselamatan ILIT atas penganjuran lawatan yang berjaya ini.
Seluruh warga ILIT mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu. Semoga cahaya Deepavali tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan keberkatan yang melimpah sepanjang tahun.
Hi-TEA ILIT RETREATS & MAJLIS FAREWELL BAGI ANGGOTA BERTUKAR KELUAR DAN PENGHARGAAN JURULATIH TUMPANGAN
ALOR SETAR, 25 Okt 24 - Majlis Hi-Tea telah diadakan bagi menghargai jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh jurulatih penerbangan ILIT serta staf sokongan dalam menamatkan TFIC Siri 49/24 dan juga CIC Siri 11/24. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah, jurulatih penerbangan, staf ILIT dan 2 orang jurulatih sokongan.
Majlis farewell telah dilaksanakan untuk Kpl U Mohd Jazli bin Mohd Noor Izam yang telah bertukar keluar ke Sekolah Latihan Pegawai (SLP) pada 1 Okt 24 yang lalu dan menghargai dua orang Jurulatih Kuartermaster Udara, iaitu PW U II Mohd Hafizan bin Roslan dari No 3 Skn dan PW II U Mohd Fahmie bin Sadzali dari No 20 Skn yang telah ditumpangkan sementara sebagai jurulatih tumpangan yang akan kembali ke skuadron masing-masing pada 1 Nov 24 nanti.
Dalam majlis tersebut, Pegawai Memerintah, mewakili seluruh warga ILIT, merakamkan setinggi penghargaan kepada semua anggota yang diraikan atas dedikasi dan komitmen yang telah disumbangkan sepanjang tempoh berkhidmat di ILIT. Sebagai tanda penghargaan, Pegawai Memerintah turut menyampaikan sijil penghargaan dan coin ILIT sebagai simbolik penghargaan.
LAWATAN KEBAJIKAN BAKAT ILIT
ALOR SETAR, 25 Okt 24 - Pengerusi BAKAT ILIT, Puan Afiqah binti Abas bersama ahli-ahli BAKAT ILIT telah melaksanakan lawatan kebajikan untuk menziarahi isteri kepada Mej Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (Pegawai), KTU, bersempena kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Mej Fitrie TUDM, yang memegang jawatan sebagai Ketua Kajian Bawah di ILIT, telah dikurniakan cahaya mata pada 1 Okt 24.
BAKAT ILIT turut menyerahkan sumbangan kepada Puan Siti Sarah binti Fadzil, isteri kepada Mej Fitrie TUDM. Seluruh warga ILIT mendoakan agar anak beliau sentiasa dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik.
PROGRAM JIWA MURNI ILIT
ALOR SETAR, 25 Okt 24 - Bersempena dengan Program Jiwa Murni ILIT, Pegawai Memerintah ILIT bersama jurulatih dan peserta kursus telah melaksanakan lawatan kebajikan ke atas seorang bekas staf pramusaji di Wisma Pegawai Kolej Tentera Udara yang sedang menghidap strok.
Encik Abidin bin Bakar, atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Bidin, pernah berkhidmat sebagai staf pramusaji di Wisma Perwira KTU dari tahun 1979 hingga 2015.
Pegawai Memerintah serta seluruh warga ILIT mendoakan agar Abang Bidin dikurniakan kesembuhan dan diberikan kemudahan dalam menghadapi segala dugaan.
MAJLIS MAKAN MALAM PENUTUP TFIC SIRI 49/24
ALOR SETAR, 24 Okt 24 - Majlis Makan Malam Bersempena Tamat Kursus TFIC siri 49/24 telah dilaksanakan di Anjung Kuala Ikan Bakar, Kuala Kedah.
Komandan KTU bersama Pegawai Memerintah dan staf ILIT turut sama meraikan majlis tersebut bersama penuntut FIC siri 63/24.
Dikesempatan ini, Komandan KTU turut menzahirkan ucapan tahniah kepada para pelatih TFIC siri 49/24 yang telah berjaya menamatkan kursus yang bermula pada 5 Ogos 24.
Dalam ucapan beliau, beliau turut menegaskan bahawa proses menjadi jurulatih anak kapal melengkapkan ‘cycle’ sebagai anak kapal yang bermula dengan pemakaian sayap penerbangan sehingga memperoleh pin jurulatih penerbangan. Proses ini akan lengkap dengan melahirkan juruterbang baharu mengikut setiap perkhidmatan.
Peranan jurulatih menyediakan work force yang kompeten dan kredibel merupakan tonggak utama kejayaan aspek dalam kawalan kendiri seorang jurulatih kepada organisasi.
Komandan KTU juga menzahirkan peranan jurulatih ILIT terutamanya kepada Pegawai Memerintah dan staf yang memastikan legasi kejurulatihan berterusan.
“The task of the modern educator is not to cut down the jungles, but to irrigate the dessert”
C.S Lewis
SESI MAKLUM BALAS KURSUS TFIC SIRI 49/24
ALOR SETAR, 24 Okt 24 - Sesi maklum balas TFIC siri 49/24 telah diadakan di Mini Auditorium ILIT.
Acara ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pelatih kursus berkenaan pelaksanaan kursus melibatkan perkara gerakan (latihan) pentadbiran dan logistik berkaitan kursus.
Dikesempatan itu, Pegawai Memerintah ILIT memberikan kata-kata semangat dan mengingatkan para pelatih untuk mempertingkatkan kredibiliti dan mengekalkan tanggungjawab dalam pembangunan modal insan bagi memenuhi sebahagian trilogy Man-Method-Machine.
Beliau turut menekankan 3 elemen penting yang menggariskan keperluan seperti berikut:
1. *KESIAPSIAGAAN BERTERASKAN KESELAMATAN.* Jurulatih perlu menekankan dan sentiasa peka dengan keperluan kesiapsiagaan dengan menyelaraskan keselamatan sebagai panduan utama menilai dan memperkasakan kejurulatihan.
2. *AUTHORITY vs RESPONSIBILITY.* Menekankan aspek selflessness tanpa merasakan individu yang mempunyai Authority tanpa deskriminasi kedudukan jurulatih tetapi melihat dari aspek tanggungjawab melatih sumber manusia.
*3. IMAGE PROJECTION.*
Keterampilan jurulatih yang mewakili setiap perkhidmatan merupakan key component melalui kesatuan organisasi jurulatih. Imej kepimpinan yang perlu diperhalusi sebagai role model melalui mekanisme lead-by-example perlu diterap dan diaplikasikan oleh setiap jurulatih kepada semua peringkat.
Tahniah diucapkan kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan kursus.
“KNOWLEDGE WITHOUT BORDER”
TOGETHER WE STAND
SIMBOLIK TAMAT FASA ‘GROUND INSTRUCTIONAL’ BAGI PENUNUTUT FIC/TFIC/CIC 2024
ALOR SETAR, 18 Okt 24 - Sesi bergambar melibatkan jurulatih dan staf ILIT bersama penuntut kursus FIC siri 63/24, TFIC siri 49/24 dan CIC siri 11/24 telah dilaksanakan bersempena Majlis Penutup CIC siri 11/24 dan tamat Fasa Ground Instructional Technique (GIT) bagi FIC siri 63/23 dan TFIC 49/24.
Simbolik sesi bergambar ini merupakan sebuah tradisi bagi meraikan perit jerih pengorbanan, menitip lelah dan keringat lulus fasa GIT bagi semua pelatih di ILIT.
ILIT mendoakan agar semua pelatih yang akan memulakan fasa penerbangan di unit dan rejimen masing-masing agar terus bersemangat dan sentiasa mengekalkan tahap piawaian yang tinggi bagi pembangunan modal insan yang profesional dan karisma.
Manakala bagi penuntut TFIC kelak akan menamatkan kursus pada 25 Okt 24 dan bagi penuntut FIC akan memulakan fasa penerbangan di ILIT dalam tempoh terdekat.
“Knowlegde Without Border”
Together We Strive
AKTIVITI RIADAH & MAKAN MALAM
ALOR SETAR, 15 Okt 24 – Aktiviti riadah dan makan malam bersama penuntut Cabin Instructor Course siri 11/24 dan jurulatih ILIT di Pusat Bowling Aman Central serta Restoran Bamboo Garden. Aktiviti ini bersempena Majlis Penutup CIC siri 11/24 yang telah dilaksanakan bertujuan mengeratkan hubungan antara penuntut dan jurulatih, seterusnya bagi menyokong konsep “Work-Life Balance” dalam kalangan warga ILIT.
Dikesempatan ini, Pegawai Memerintah ILIT mengucapkan ucapan tahniah dan mendoakan kejayaan menempoh fasa seterusnya iaitu Airborne Instructional Technique (AIT).
“Training is not an expense, but an investment in human capital.”
Roy H. Williams
Together We Strive.
MAJLIS INSTRUCTOR ALLOCATION BAGI PENUNTUT KURSUS FIC 63/24 dan TFIC 49/24
ALOR SETAR, 11 Okt 24. Majlis Instructor Allocation bagi penuntut kursus FIC 63/24 dan TFIC 49/24 telah diadakan di Mini Auditorium ILIT.
Majlis tradisi ini diadakan bagi menetapkan jurulatih bagi setiap penuntut kursus ketika mengikuti fasa Airborne Instructional Technique (AIT) kelak. Seramai 5x pelatih QFI ( sayap kaku) dan 5x pelatih QHI (sayap putar) akan mengharungi fasa AIT apabila berjaya menamatkan fasa ground school. 6x pelatih TFIC juga akan mengikuti fasa AIT sebelum pulang ke skuadron masing-masing.
Pada kesempatan ini juga, Pegawai Memerintah ILIT telah menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelatih kursus FIC 63/24 dan TFIC 49/24 kerana berjaya menamatkan fasa ground school dan ucapan selamat maju jaya dalam menghadapi fasa seterusnya.
Semoga semua pelatih kursus dapat menamatkan fasa seterusnya dengan cemerlang dan maju jaya.
SESI DIALOG MOTIVASI BERSAMA PEGAWAI MEMERINTAH ILIT
Alor Setar, 11 Oktober 2024 – Pegawai Memerintah Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT) telah meluangkan masa bersama penuntut FIC siri 63/24, TFIC siri 49/24, dan CIC siri 11/24 yang telah menamatkan fasa Ground School.
Dalam ucapan beliau, Pegawai Memerintah menekankan tiga dasar utama yang perlu dihayati dalam proses menjadi seorang jurulatih yang profesional.
Pertama, pengurusan masa yang efisien; aspek ini memberi penekanan mengenai keperluan melatih dan terlatih. Keupayaan pengurusan masa yang baik membolehkan bakal jurulatih merancang dalam menyampaikan ilmu dan berkeupayaan mengekalkan tahap kesihatan serta mampu melaksanakan tugas rutin harian. Ia seharusnya mampu mencapai konotasi Work-Life Balance.
Kedua, melahirkan anak kapal yang berkualiti untuk masa hadapan; aspek ini menekankan falsafah pengekalan keupayaan sumber manusia yang berdedikasi dan profesional. Fokus pelaksanaan tertumpu kepada keupayaan delivering the needs secara khusus menekankan pendekatan holistik bagi mencapai sumber manusia yang Force Compliance dan relevan.
Ketiga, legasi, iaitu memastikan generasi anak kapal yang lebih baik dan unggul pada masa akan datang. Aspek ini menekankan keupayaan dan peningkatan dalam aspek kepentingan organisasi melibatkan keupayaan darat, laut dan udara.
Beliau turut menegaskan pelatih agar sentiasa menjaga kesihatan fizikal, mental dan rohani pada tahap optimum sebelum memulakan fasa penerbangan yang lebih mencabar.
PROGRAM SISTER SQUADRON RMAF - RAAF
ALOR SETAR, 10 Okt 24 – Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT) telah menerima kunjungan Central Flying School (CFS), Royal Australian Air Force di bawah Program Sister Squadron mulai 8 hingga 10 Okt 24 diketuai oleh WGCDR Damien Troy Buswell, Commanding Officer of CFS dan FLTLT Gleen James Sullivan, Standard Officer of CFS.
Program bi-lateral ini bermatlamat mengukuhkan hubungan baik di antara Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT) dan Central Flying School (CFS).
Program lawatan merangkumi kunjungan hormat kepada Komandan KTU, lawatan ke ILIT, INSPEN 1, INSPEN 2 serta historical visit sekitar bandar Alor Setar.
Wakil delegasi CFS telah melawat dan mengoperasikan Flight Training Device (FTD) pesawat PC7 MkII dan EC120B. Pegawai Memerintah dan Ketua Sayap Kaku ILIT telah menerbangkan delegasi menggunakan pesawat PC7 MkII melengkapkan program lawatan kali ini.
Delegasi kali ini turut berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan dengan Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang turut hadir untuk menyaksikan Raptai Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan.
Sesi taklimat khusus dan percambahan minda berkenaan hala tuju kerjasama di antara pusat latihan penerbangan ini telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah ILIT bagi penambahbaikan kurikulum kursus. Satu majlis makan malam rasmi telah dilaksanakan melibatkan Komandan KTU bersama Jurulatih ILIT bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala.
Program ini adalah sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan serta bertepatan dalam mendokong Stratergi Ketenteraan Negara 2.0 melalui pengukuhan stratergi pertahanan serantau negara-negara berkepentingan dan wajar diteruskan. Diharap rangka kerja lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik melalui kerjasama Malaysian Australian Joint Defence Programme (MAJDP).
LAWATAN KERJA PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA
ALOR SETAR, 9 Okt 24 - Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT) berkesempatan menerima kunjungan Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara sempena Lawatan Kerja beliau bersama delegasi daripada Markas Pendidikan dan Latihan Udara ke Kolej Tentera Udara.
Lawatan Kerja ini merupakan lawatan pertama beliau selepas mengambil alih kepimpinan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.
Pegawai Memerintah ILIT telah memberikan taklimat berkenaan kursus-kursus yang sedang dilaksanakan. Semasa sesi Lawatan Kerja ini, beliau turut berpeluang didedahkan mengenai Program Sister Squadron yang sedang berlangsung pada hari yang sama di ILIT melibatkan 2 jurulatih daripada Central Flying School (CFS) - Royal Australian Air Force.
Lawatan kerja ini merupakan sebuah manifestasi keperihatinan kepimpinan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara serta staf MPLU sepertimana dinyatakan di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara merujuk Kualiti Kepimpinan Organisasi merupakan salah satu key success factor wacana kepemimpin yang berkualiti menjadi salah satu faktor kejayaan dalam membangun dan mencapai objektif yang dihasratkan.
LATIHAN PERUBATAN PENERBANGAN (AVMED)
SUBANG, 2 Okt 24 – Seramai 19 peserta FIC siri 63/24 TFICsiri 49/24 bersama jurulatih ILIT telah melaksanakan Latihan Perubatan Penerbangan (AVMED) di Institut Perubatan Penerbangan (IPP), PU Subang.
Latihan praktikal yang berlangsung selama tiga hari ini merangkumi sesi Decompression Chamber, Ejection Seat, High G, dan Spatial Disorientation.
Objektif latihan ini adalah untuk memperkaya pengetahuan teori dan praktikal penuntut, sekaligus mengekalkan keupayaan mission capable. Ia juga sejajar dengan trilogy Man, Machine and Method (3M).
Latihan ini juga turut menggariskan keberlangsungan latihan sebagai teras kelangsungan bertepatan dengan cogankata “Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara”
AKTIVITI RIADAH ILIT
ALOR SETAR, 25 Sep 24 - Aktiviti riadah di antara penuntut dan jurulatih telah diadakan di Pusat Bowling Kompleks Jitra Mall. Aktiviti ini sejajar dengan Tonggak ke-6 Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga di dalam perintah ulung PTU ke-20, iaitu mendokong konsep “Work Life Balance” di kalangan warga ILIT sekaligus menyahut seruan Panglima Tentera Udara yang mengungkapkan “A healthy body gives you a healthy mind, you will be more productive.”
ALOR SETAR, 24 Sep 24 - Pelatih FIC siri 63 dan TFIC siri 49/24 bersama jurulatih ILIT telah melaksanakan latihan ‘dinghy drill’ bertempat di kolam renang kolej, Kolej Tentera Udara Alor Setar.
Para peserta telah diajar cara-cara menggunakan peralatan kecemasan yang telah tersedia di dalam pesawat serta latihan secara praktikal cara-cara mengendalikan peralatan tersebut di dalam air. Latihan ini merupakan sebahagian keperluan kompetensi sebelum bermulanya fasa penerbangan.
ALOR SETAR, 24 Sep 24 - Latihan Personal Lowering Device telah dilaksanakan melibatkan Pelatih FIC siri 63/24 dan TFIC siri 49/24 berserta jurulatih ILIT di Cawangan Kejuruteraan, Kolej Tentera Udara Alor Setar.
Latihan teori dan praktikal ini bertujuan memberi pendedahan kepada juruterbang mengendalikan peralatan kecemasan sekiranya juruterbang menggunakan kerusi anjal yang tersangkut di atas pokok atau tempat tinggi. Latihan ini juga melibatkan simulasi dan sebahagian keperluan kompetensi sebelum pelaksanaan fasa penerbangan bermula.
Pegawai Memerintah serta seluruh warga Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT) mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.
Semoga Malaysia lebih makmur dan sejahtera serta berpaksikan perpaduan berlandaskan kesejahteraan.
“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka”