Pasti As Syamsiah, Wakaf Bharu

Pasti As Syamsiah, Wakaf Bharu

Pendidikan Prasekolah

Photos from Pasti As Syamsiah, Wakaf Bharu's post 21/11/2023
24/10/2023
Photos from Bahan Prasekolah's post 13/07/2023
Photos from Dr.Amirul Amin's post 29/06/2023
Photos from Makan Sedap Johor's post 17/06/2023
Photos from Perpustakaan Desa Sungai Chenaam Seberang Perai Selatan Pulau Pinang's post 17/06/2023
Photos from Maryam Jamadi's post 14/06/2023
Photos from Teacher Sheila's Corner's post 29/04/2023
Photos from ‎أتعلم مع أطفالي  مع جميلة  أم ياسر‎'s post 28/04/2023
Photos from Selamat Pagi Cikgu's post 17/04/2023
Photos from Blog Ustazah Liana's post 10/04/2023
Photos from Do.Da.Doodle's post 10/04/2023
Photos from AFWAH CILIK's post 27/03/2023
Photos from Che'gu Prasekolah's post 19/03/2023
Photos from Pasti As Syamsiah, Wakaf Bharu's post 19/03/2023

Suasana hari pertama.

Pendaftaran masih lagi dibuka.

Hubungi Cikgu Ain (014-5142159)

Photos from N04 Wakaf Bharu - Hj Mohd Rusli Abdullah's post 16/02/2023
11/10/2022

Jawapan saya:

Tidak benar.

Kita perlu sentiasa menggalakkan anak-anak kita dan cucu-cucu kita untuk berkasih-sayang sesama mereka tetapi menyuruh anak untuk mengalah semata-mata kerana anak itu lebih tua adalah bukan sebahagian dari berkasih-sayang ini.
Ia boleh menimbulkan konflik dan ketidakpuasan hati sesama adik beradik sehingga ke tua.

Apabila seorang anak mahukan atau rebutkan sesuatu yang dimiliki oleh anak yang lain, masalahnya bukanlah pada tuan punya barang itu, tetapi anak yang cuba merebut itu perlu difahamkan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul.

Anak-anak harus diajar erti pemilikan atau hak milik.

“Itu kakak punya”.
“That is your sister’s”

“Ini adik punya”
“This is yours”

“Ini saya punya”
“This is mine”

Kemudian ajar anak meminta izin, bukannya ajar anak merebut.

“Itu kakak punya. Minta elok-elok daripada kakak.”
“Itu abang punya. Cakap baik-baik dengan Abang boleh tak adik pinjam.”

Ini secara tidak langsung mengajar anak adab menghormati hak milik orang lain , adab meminta dan tidak berperangai seperti Zionis.

Cara sebegini tidak mengurangkan sedikit pun kasih sayang sesama adik-beradik tetapi ia lebih mewujudkan rasa hormat dan tahu batasan.
Anak juga tidak merasa 'entitled' ataupun hanya kerana dia muda dia berhak dapat apa sahaja yang dimahukannya.

Anak sulung tiada obligasi untuk mengalah.
Sekiranya dia tidak mahu mengalah kerana barang itu hak dia, maka terpulang kepada dia.

Tetapi sekiranya dia secara s**arela melepaskan apa yang dimilikinya, puji dia dan hargai apa yang dilakukannya.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

04/10/2022
18/08/2022

15 adab kita yang anak akan cepat tiru.

1 - Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap
Kita s**a cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk
Kalau kita s**a mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.
Wallahu A’lam,

Sumber : Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)

Photos from Bermain dan Belajar's post 29/07/2022
Photos from Tips kuliner dan hidup sehat's post 24/07/2022
25/03/2022

Hari Pertama dah dapat ais krim. terima kasih Cikgu Wardah. Selamat maju jaya di tempat baru. Warga Pasti As Syamsiah akan merinduimu

25/03/2022

Minggu Transisi.

Aktiviti membuat doh.

Kenapa meramas doh dan menghasilkan doh sendiri?

Melalui aktiviti ini, anak2 dapat merangsang perkembangan motor halus dengan menggerakkan jari jemari meramas dan membentuk doh.

Dengan menghasilkan doh sendiri daripada tepung, ianya juga dapat merangsang sensori dengan mereka menyentuh dan merasa sendiri tekstur, tepung, garam, minyak dan air.

Alhamdulillah. Mashaa Allah. Anak² hebat dan soleh solehah sangat seronok dan berjaya melakukan aktiviti ini.

21/03/2022

Anak-anak Pasti As Syamsiah ceria dan sihat. Inshaa Allah.

21/03/2022

Hari pertama sesi 2022/2023

رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40)

Semoga Anak2 kita menjadi orang² yang mendirikan solat,soleh lagi musleh.
....

Pendaftaran masih lagi dibuka.

Kami juga menyediakan kelas Al Quran:
Sesi pukul 1-3 petang, dan 3-5 petang.
Dengan bayaran RM 30/ bulan sahaja.

Want your school to be the top-listed School/college in Wakaf Baharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Guru Peringkat Pasti As Syamsiah, Wakaf Bharu Stesen11 Mei 2023 (Khamis)Alhamdulill...
Hari ke-3. Alhamdulillah. Main di bawah sinaran mentari kemudian kami keronyok kertas menjadi bola. Semoga ceria2 dan ba...
Selawat Tafrijiyyah
Hari Pertama dah dapat ais krim. terima kasih Cikgu Wardah. Selamat maju jaya di tempat baru. Warga Pasti As Syamsiah ak...
Minggu Transisi.Aktiviti membuat doh.Kenapa meramas doh dan menghasilkan doh sendiri?Melalui aktiviti ini, anak2 dapat m...
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.
Anak-anak Pasti As Syamsiah ceria dan sihat. Inshaa Allah.

Category

Telephone

Website

Address

Jalan Stesen Keretapi Lama Wakaf Bharu
Wakaf Baharu

Opening Hours

Monday 07:15 - 15:00
Tuesday 07:15 - 15:00
Wednesday 07:15 - 15:00
Thursday 07:15 - 14:00
Sunday 07:15 - 15:00

Other Education in Wakaf Baharu (show all)
IOM Kolej Komuniti Pasir Mas & Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang IOM Kolej Komuniti Pasir Mas & Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang
Kolej Komuniti Pasir Mas, PT 3302-3307, Taman Sri Kota Pasir Pekan
Wakaf Baharu, 16250

Integrared Office Management Versi 2 merupakan sistem pengurusan pejabat yang efisen dan efektif.

Pusat Tuisyen Pasti Gemilang Wakaf Bharu Pusat Tuisyen Pasti Gemilang Wakaf Bharu
Wisma MDT 1, Jalan Puteri Saadong
Wakaf Baharu, 16250

Kami merupakan pusat tuisyen yang telah beroperasi lebih 10 tahun.

Mari Belajar Bersama Kami - MBK Mari Belajar Bersama Kami - MBK
PASIR PEKAN
Wakaf Baharu, 16250

KELAS AL-QURAN SECARA ONLINE

Prasekolah Gemilang SK Kutan Prasekolah Gemilang SK Kutan
SK Kutan
Wakaf Baharu, 16250

Maklumat terkini untuk hebahan

PPWK WAKAF BHARU PPWK WAKAF BHARU
Tingkat 1, Wisma Purnama, Kg. Belukar
Wakaf Baharu, 16250

Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Wakaf Bharu

Kelas Tuisyen Dirumah- Genius Annur Kelas Tuisyen Dirumah- Genius Annur
Wakaf Baharu, 16250

Making The Excellent Together