Salwa Shafiyyah

Salwa Shafiyyah

You may also like

anand__thakur_321
anand__thakur_321

Salwa Shafiyyah

Photos from Salwa Shafiyyah's post 09/02/2023

Team Bulding FBMP
TOP GUN is the TOP TEAM!

10/01/2023

Salam.

Since personal account pon dah boleh tukar jadi page. So page ni bakalan di delete. Sudah cukup sudah la. Geram senanya. Nak link insta dengan fb personal. Tapi dia pergi ke sini. Setelah procastinate berbulan2 dari timing tahu personal boleh tukar page tu.... maka tibalah sudah masanya.....
So nak resetting molek.
Itu sahaja pengumuman ke luahan hati? 😅 buat masa ini. Sekian. Wassalam.

31/12/2022

2022

The year that I face with resilient. I try to built new me. But nonetheless am still the same. 😌

I take one thing at a time. Ah tipu. Sometimes I do take everything in.

I learn to live and let Allah. The art of letting God (gittew).

I reconnect with a few old friends. But I realize that my circle is very very small and I like that.

The best thing that happened to me was that...Allah invite me to Haramain. 😭❤️
In the blessed month of Ramadhan.

Alhamdulillah ala kulli hal.
Allahuakbar walillahilhamd.

Blessed and Grateful
🌷 Salwa Gojez 🌷

02/06/2021
10/05/2021

Atrack on Aqsa, Kita nyatakan sokongan kita, negara2 Islam dengan kekuatan masing2, ada yang dah street protest di UK, Kita, cara kita, doa, sumbangan dan sebarlan berita dan kesedaran. Allahu'alam.

09/05/2021

Moga menambah kefahaman dan cinta kita pada Al-Quran. Allahu'alam

09/05/2021

My best friend, my joker, my teman bertekak, my lecturer, my everything..❤

28/04/2021

Semoga Allah menyampaikan kita ke malam paling bermakna dan kita memanfaatkannya sebaik mungkin.

09/04/2021

Jumuah mubarak!

InsyaAllah I ll be conducting a sharing session tonight on my skincare routine. This routine has actually made me ditch the facial spa subscription. 😅

Nevertheless, lets explore into it and see whether it is suitable to you or not😁

Lets join my ZOOM session tonight
Drop a SALAM in the message box 😇 to get the link! ❤

07/03/2021

Serba Sedikit tentang saya.... tang umur tu jangan offended lah ye. Memang muda selalu 🤣🤪

20/01/2021

Ulasan buku...

PEREMPUAN YANG BAIK BAIK DALAM ALQURAN
Oleh Ustaz Syaari Ab Rahman

Buku ni mengetengahkan ketinggian bahasa dalam Al Quran juga ibrah/pengajaran yang boleh di ambil oleh lelaki dan juga perempuan.

Saya hanya mengulas sedikit sebanyak inti dalam buku ini yang mengetuk pintu hati ini.

Semoga ada manfaatnya buat yang menonton.
Allahu'alam.

Yang berusaha membaca
KekWa

06/01/2021

33 PESANAN DR HAMID ARSHAT KEPADA CUCU-CUCU BELIAU SEMPENA TAHUN BARU

Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.
Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.
Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah diMakkah dan Medinah.

1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau s**ar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

3. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa.
Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang s**a dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau s**ar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

Kredit : Dr Hamid Arsyat
https://www.facebook.com/hamidarshat45/

Dr Hamid Arshat seorang pakar sakit puan yang popular merupakan antara individu yang kerap melakukan umrah setiap tahun secara DIY atau persendirian. Baca posting beliau yang sangat bermanfaat dan boleh jadi panduan dalam hidup kita:

01/01/2021

WHAT TIME IS IT?

its pineapple time!
I ate too much I guess that my mouth feel a bit sore😅
So, to enjoy it much better, i decide to juice it!

So it is juicing time!

Luckily young living did not make an essential oil from this plant! 🤪 if not...hehehehe..maybe I'll just drop it off in my drink😅😅😅.

Naaaah, real thing is different, oil, supplement what is best kept in such form.

Anyway, with regard to Malay superstition on pineapple, to be honest, my review would be, it is a nonsense unless you are taking it excessively.

Moderation os the key.

Because this ananas has just a lottttt of benefit, Just check it out in the comment downthere 😁😁

Pineapple lover,
Salwa Shafiyyah

31/12/2020

2021

Lets gear up for a great year ahead!

There will be challanges, accept it and feel the exhilaration of victory!!!

Have a blessed friday and year ahead!!!

12/11/2020

Menjemput rakan-rakan, sesiapa yang berminat, tak kisah, anda ada isu dengan kesihatan mental atau tidak, untuk sertai circle time kami di MIASA.

Jom cakna kesihatan mental kita dan orang sekeliling!

12/11/2020

LUAR BIASA ATAU BIASA BIASA?

Sebenarnya tiada yang biasa biasa...

Sebab apa?

Sebab Allah ciptakan setiap makhluk ni dengan jalan hidupnya yang tersendiri dan set ujiannya tersendiri....

Cuma....bila lagi besar matlamat dalam hidup lagi besar ujiannya.

LUAR BIASA ATAU BIASA BIASA?

Sebenarnya tiada yang biasa biasa...

Sebab apa?

Sebab Allah ciptakan setiap makhluk ni dengan jalan hidupnya yang tersendiri dan set ujiannya tersendiri....

Cuma....bila lagi besar aim dia dalam hidup lagi besar ujiannya.

Orang sebelah kita, dan orang sebelah sebelah kita lagi tak mungkin lalui perkara yang sama.

Walau mungkin sama ujian tapi jalan ujian itu sendiri berbeza.

So siapa kita untuk menentukan kisah hidup orang lain biasa biasa atau luar biasa?!

Terus usaha untuk lehidupan yang lebih baik. Fi dunya wal akhirah!

11/11/2020

PERKARA PALING BERHARGA

dalam hidup seseorang....adalah pengalamannya.
Dari situ dia belajar mengenali diri.
Mengenali penciptaNYA, Allahu rabbul alamin.

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (Qaaf : 16).

09/11/2020

SEPINTAS LALU KEHIDUPAN

Kita merancang,
Allah terlebih dahulu merancang,
Maka, tentulah rancangan kita harus diubah suai dengan rancangan dia yang Maha Esa.

2020
Memasukinya dengan rasa ini tahun terbaik kita. Dengan dulu adanya wawasan 2020, armageddon lah. Pelbagai sisi 2020 yang manusia rancang, predict dan sebagainya.

Mengharap juga wujud inovasi baru, seperti kereta terbang. Ternyata yang terbang kereta yang dipandu manusia dibawah pengaruh dadah/alkohol......

My 2020
Tentang travel
Merancang menakluki beberapa kawasan dalam dunia ini. Namun, acap kali di cancel last minute kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sehinggalah pandemik covid 19 mencecah aras merbahaya di seluruh dunia. Plan cancel lagi.

Sudahnya, sempadan antarabangsa ditutup melainkan atas sebab-sebab munasabah, barulah anda boleh melepasinya.

Tentang kesihatan mental
Jujurnya ok sahaja. Cuma bagi seorang yang extrovert yang menyerap energi dari manusia sekeliling, Duduk di rumah adalah suatu perkara yang mencabar. Maka daku melakukan pelbagai cara untuk memastikan I am "alive", recharging my battery once in a while 😁

"Al-Aqlu salim fi al-jism salim" ; akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Maka dengan itu, daku memastikan 6000 langkahan sehari dicapai. Wajib. Jika tidak dapat, maka harus digantikan pada esok hari atas hari dalam minggu yang sama. Dan setelah setahun, baru lah dalu meningkatkan langkahan yang disetkan untuk dicapai dari 6000 ke 7000. Mostly, I did more.

Itulah buat masa ini.
Sekian update buat masa ini.

InsyaAllah saya akan mula aktif disini berbanding di personal fb. Follow rapat rapat! 😁

Semoga kita semua terus berjuang untuk hari yang lebih baik. Hari ini. 😇

Want your business to be the top-listed Accountant in Istanbul?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Atrack on Aqsa, Kita nyatakan sokongan kita, negara2 Islam dengan kekuatan masing2, ada yang dah street protest di UK, K...
My best friend, my joker, my teman bertekak, my lecturer, my everything..❤#kekwalifebitsandpieces
About Salwa

Category

Website

Address

Istanbul
Other Accountants in Istanbul (show all)
KeyBiz SMMM KeyBiz SMMM
Istanbul

Konusunda uzman kadrosu ve geniş ufkuyla müşterilerine katma değer sağlayacak bilgi üretmeye 2

Ekip Mali Müşavirlik Ekip Mali Müşavirlik
Istanbul

Ekip Mali Müşavirlik

İşinikur İşinikur
Istanbul

مكتب المجد لادارة ومسك الحسابات. فرع تركيا مكتب المجد لادارة ومسك الحسابات. فرع تركيا
Istanbul, 34000

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته مكتب المجد متخصص في مسك الدفاتر المالية للشركات التجارية خبرتنا تصل لل 18 عام في إدارة العمل المحاسبي

Miks Accounting Miks Accounting
Tem34 Express/İkitelli OSB Mahallesi/Milas Sk. NO:7/11 D:7 BAŞAKŞEHİR ISTANBUL
Istanbul, 34490

E.M.A MALİ Müşavirlik Bürosu E.M.A MALİ Müşavirlik Bürosu
ORUÇREİS MAH. TEKSTİLKENT Caddesi B13 NO:76
Istanbul

E Fatura Gider Fişi E Fatura Gider Fişi
Istanbul, 34000

E Fᴀᴛᴜʀᴀ I‌ʜᴛɪʏᴀᴄı Oʟᴀɴ O‌ᴢᴇʟᴅᴇɴ Uʟᴀꜱ‌ꜱıɴ & Gɪᴅᴇʀ Fɪꜱ‌ɪ I‌ʜᴛɪʏᴀᴄı Oʟᴀɴ

Almajd Accounting Office Almajd Accounting Office
Istanbul, 34000

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته اهلا وسهلا ومرحبا بكم خبراتنا تصل لل 18 عام في إدارة الحسابات

Coşkun Aksu Coşkun Aksu
Gungoren Mahallesi Şimşir Sok No 6/B
Istanbul

MUHASEBE VE MALI MUSAVIRLIK HİZMETLERİ

SMMM Metin Karabürk SMMM Metin Karabürk
Maltepe Mah. Gümüşsuyu Caddesi No:3/107 Topkapı/Zeytinburnu
Istanbul, 34200

Muhasebe, Mali Müşavir, Home ofis şirket

İLERİ SMMM AŞ İLERİ SMMM AŞ
Altayçeşme Mh Çamlı Sokak No:21/21 Maltepe
Istanbul

الميزان دوت نت للمحاسبة والمستودعات تركيا الميزان دوت نت للمحاسبة والمستودعات تركيا
Abdurrahman Nafız Güman Mah. Şair Ahmet Kutsi Tecer Caddesi No:5 Kat:7 Daire:15 Güngören/Istanbul
Istanbul, 34160

نحن نؤمن بأهمية بناء علاقات مستدامة وثقة مع عملائنا. ونعمل على فهم احتياجاتهم بدقة