Air Fryer Recipe - AFR

Air Fryer Recipe - AFR

Air Fryer Resepi Malaysia

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 21/07/2022

Chewy Cake: Marshmallow milo
Resepi Mudah!

*Milo 2 cawan
*Telur 4 biji
* Susu pekat 2 sudu makan
*Minyak masak 1 sudu makan
**Blend semua bahan di atas**
& letakkan adunan di loyang & masukkan marshmallow ikut s**a. Gaul sedikit marshmallow dalam adunan & taburkan sikit di atas jadi topping.

❤️Bakar suhu Airfryer : 160/25mins

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 06/07/2022

Goreng telur pakai air fryer letak dalam aluminium foil..

12/03/2022

Air fryer 😆

19/12/2021

Ikan bilis sambal 180 10min

Blend bawang besar dan bawang putih (s**atan ikut sesuai dgn ikan bilis). Tumis smpi naik bau, masukkan serbuk cili (juga ikut jumlah ikan bilis) tumis sampai pecah minyak. Masukkan gula utk balancekan dgn ikan bilis yg masin. Masukkan ikan bilis dan kacau smpi kering. 😊

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 28/11/2021

Bengkang Pandan.

Buat setengah adunan jer,boleh dapat 2 biji bengkang.Masa bakar bau wangi pandan semerbak,harum satu rumah.Ada yang nak resepi tak?


BENGKANG PANDAN
**********************
Bahan2nya:
8 cawan tepung gandum
4 cawan gula halus
1 sudu teh garam
8 cawan santan
4 biji telur gred B
1 cawan marjerin pelangi
2 cawan air daun pandan.(dlm 10 helai daun pandan diblend)
Sedikit bijan utk ditabur diatas adunan bengkang.

Cara2nya:
1)Satukan kesemua bahan kedlm satu mangkuk besar.kacau sebati.
2)Setelah sebati,blender aje adunan ini.
3)Oleskan loyang dgn sedikit marjerin,kemudian tuang adunan kedlm loyang.Tabur sedikit bijan diatasnya.
4)Bakar pada suhu 200darjah celcius dlm tempoh 25 minutes.Siap..Tunggu sejuk bolehlah dipotong & hidangkan.

Tips: saya guna cawan metrik.Cawan minum kopi pun boleh,asal s**arannya guna cwn yg sama ya.

Selamat mencuba.
Sharing is caring.
Norlia Abdul Raman

21/11/2021

Pai Epal

*Resepinya*
1.Sebiji / dua biji epal hijau @ merah.
Potong dadu.
2.Setengah cawan gula perang.
3.Satu cawan air
4.Satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis.
Campurkan semua bahan di atas.
Apabila epal dah lembut..
Bancuh 1 sdb tepung jagung.
Kacau2 sampai pekat..
Sejukkan inti
Isi dalam kulit pastry.
Terp**ang, nak sapu kuning telur di atasnya pun boleh .
Saya tak sapu🙃
Bakar 180° 15minit
Kali kedua 180° 10 minit( Terbalikkan)

*SIAP*

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 16/11/2021

Kuih Dangai Air Fryer

1 1/2 cawan kelapa parut
1/2 cawan tepung pulut
1/4 cawan gula

Cara-cara
1. Gaul semua bahan hingga sebati
2. Masuk dalam bekas tekan-tekan sikit
3. Tabur 1 sudu kecil gula atas sekali. Tekan sikit untuk gula tak terbang dalam air fryer
4. Bakar suhu 160°C, 20 minit

Selamat mencuba..saya izinkan untuk share..

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 15/11/2021

Cuti-cuti ni jom buat corndog untuk minum petang anak-anak

*Bahan-bahan
Roti Paratha Brand Fatihah
Mozzarella
Sosej
Bread crumb
lidi

Potong mozzarella ikut size yang kita nak (lebih elok sama besar sosej)

Sekeping paratha dipotong empat segi panjang
Ambil mozzarella Dan sosej cucukkan pada lidi
Gulung Mozzarella Dan sosej dengan Roti Paratha yang telah dipotong tadi(seperti dalam gambar dibawah)
Golekkan dalam pinggang berisi breadcrumb sehingga semua bersalut.
Mas**an dalam Air Fryer sehingga Masak(air fryer saya 180° 10minit)
Dah Masak angkat Dan letakan mayonis Dan sos cili kalau nak bertambah sedap..
Siap untuk di makan

Selamat mencuba🙂🙂

20/10/2021

Resepi plg simple,amek dari khairul ameng.

Ayam
Sos tiram
Kicap manis
Garam

Suhu 180
Masa 20 minit

19/10/2021

Ayam bakar fav sy Sampai skrg dah jd Simple tp sdp dan xperlu perap!
Resepi
Ayam 1 ekor
3 biji Bawang merah
2 biji bawang besar
3-4 biji Bawang putih
1/2 biji Bawang holand
1 inci Halia
2-3 batang Serai
1 sudu Lada hitam
1-2 sudu Cili boh/cili kering (kalau nk pedas lbhkan)
* kisar semua
Madu
Gula
Garam
Kuib pati ayam
Serbuk perasa
Pnskan kuali mas**an myk + butter/marjerin
Tumis semua bahan diatas, mas**an bahan2 perasa dan agak2 dah naik bau mas**an ayam. Masak ayam dlm kuali dulu dan Balik2 kan ayam (balik skli dua sahaja) dan smbil tu lumurkan bahan perap ke ats ayam smpai ayam separuh masak@bila isi ayam dah kembang tutup api. Biarkan sejuk
(Cara ni cpt dan mudah, ayam xperlu perap. Ayam pon lembut dan cpt msk bila bakar nanti)
Blh lah bakar dlm af 170-180 celcius selalam 30 hingga 40 minit

19/10/2021

Telur
Roti
Lada
Cheese

Bakar 180° 5-6min ikut AF masing...
Simple tp sedap... Alhamdulillah

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 10/10/2021

Ayam Masak Kicap Butter Airfryer

Woww..! Resipi viral ni mmg terbaik betul🤤
Nampak kat tiktok resipi ni pastu fikir banyak nya butter tu kalau letak skit rasa apa je agaknya. Ohhh tidak mengecewakan langsung😍

Paling best sbb campak2 biar AF yg masak haha keknie tau ramai s**a yg resipi campak2 tinggal camni kan? Sbb kita takde thermomix hahaha

Bahan : (4 servings)
4 ketul ayam
Bawang merah belah 4
Bawang holland belah kasar2
Bawang putih 4 ulas smash skit
Halia hiris kasar
Cili padi ikut la nak pedas mana
Cili merah besar hiris kasar
Kicap pedas Mahsuri 2tbs
Kicap soya cair 1tbs
(keknie guna sudu makan biasa yg rata bukan tablespoon buat kek ye)
15-20g unsalted butter
(kalau korang guna salted kena adjust kicap)
Carrot
Tambah air skit sbb keknie nak ada kuah

Cara :
Gaul semua. Masuk dalam Airfryer
Suhu 200C, 20-25min.
Lepas 10min check ayam kalau dah garing boleh terbalikkan sebelah p**ak.
** Sesuaikan suhu dan masa ikut AF korang ye. Keknie guna Russell Taylor yg model awal2 dulu, manual pusing2 lagi, sampai dh tak nampak nombor suhu tu😂

Trust me, lagi sedap dari masak kat dapur 😍😍 sedap sangat makan bawang2 dan carrot yg dibakar dalam AF ni manis semua keluar.

Korang mesti cuba ok. Another level of ayam masak kicap 👍👍

Keknie.

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 09/10/2021

Kek nestum versi AF...Wangi semerbak 1 rumah... Kurang manis, garing bahagian atas & moist pd bahagian dlm... Senyum la anak mat saleh dpt mkn kek hi-tea ptg ni...

Bahan-bahan:
100gm butter
100gm gula
100gm gandum
50gm nestum
Setgh sudu teh baking powder
1 sudu teh asen vanilla
2 biji telur
30ml susu segar
Hirisan badam(hiasan)

Cara-cara:
1. Pukul butter. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga bertukar warna putih, gebu & berkrim.
2. Masukkan telur sebiji dahulu dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan sebiji lg telur & tambah asen vanilla dan pukul sebati.
3. Ayak tepung gandum + baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit & gaul rata.
4. Kemudian masukkan susu & terus pukul hingga berkrim, gebu & putih.
5. Akhir sekali masukkan nestum & kaup balik sehingga sekata.
6. Sapu butter pd bhgn dlm loyang & tuangkan adunan td.
7. Tuang adunan ke dlm loyang dan tabur hirisan badam pd bahagian atas.
8. Tutup loyang dengan aluminium foil & buat lubang pd bhgn atas aluminium utk kek bernafas.
8. Reheat dulu AF pd 200/5 min.
9. Bakar adunan pd suhu 160/30 min.
10. Kemudian keluarkan basket & buang aluminium foil.
7. Sambung bakar 160/10 min.

Kredit : Wan Ramlah

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 05/10/2021

Pertama kali mencuba roti nie... Org lain dah lama beli & makan, kita baru nak try...

Patut la viral & selalu habis kat kedai, sedap rupanya... Serius, memang² sedap... Sgt² recommend 👍 Bakar dulu baru makan, baru sedap... Sesuai dengan tagline roti nie "LEBIH ENAK APABILA DI BAKAR"

Pagi nie saya buat roti bakar... Saya buat 2 cara... Hanya guna 3 bahan ja pastu saya bakar dalam air fryer je... Makan panas² dgn kopi & teh 'o', memang mabeles 😋

3 bahan yg saya guna :

- Roti gardenia pandan kelapa
- Planta/ mentega/ marjerin
- Kaya

Cara 1 :-

- Sapu planta atas permukaan roti
- Kemudian sapu plak kaya atas permukaan planta tadi
- Lapiskan dgn sekeping lagi roti yg dah di sapu kaya & planta jugak
- Bakar dalam air fryer selama 10 minit dgn suhu 180°C

Cara 2 :-

- Sapu kaya atas permukaan roti
- Kemudian ceduk planta menggunakan hujung sudu & letak atas permukaan roti yg di sapu kaya tadi ( rujuk gambar )
- Lapiskan dgn sekeping lagi roti yg dah di sapu dgn kaya jugak
- Bakar dalam air fryer selama 10 minit dgn suhu 180°C
- Sedap makan panas²

SELAMAT MENCUBA 😊

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 04/10/2021

Ayam
Bawang putih (ditumbuk lesung legend)
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Kicap pekat*
Serbuk lada hitam*
Serbuk kunyit*
Serbuk kari*
Honey
Cukup rasa

(*) Letak sikit ja

180° 20minit
Balikkan
180° 10minit

Selamat berfryer semua nya.. 🤗

04/10/2021

Resepi Kek Pelangi AF📌
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung penaik (blue key)
1 cawan butter
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla

Suhu 160, 40 minit
Loyang 6 inci

Cara-caranya:

1. Pukul mentega dan gula kastor (sy guna mixer) hingga nmpk keputihan
2. Masukkan telur satu persatu, guna mixer perlahan (no 1). Letak esen vanila 1 sudu kecil
3. Masukkan tepung blue key sedikit demi sedikit. Guna mixer perlahan atau senduk kayu kacau sehingga sebati
4. Bahagikan adunan kpd merah, hijau dan kuning (wrna asal). Masukkan ke dalam loyang 6 inci secara selang seli. Tutup loyang dgn aluminium foil.
5. Sebelum masukkan loyang, panaskan AF 10 minit, 160.
6. Setelah masukkan loyang dgn suhu 160 selama 30 minit, buka aluminium foil. Kemudian sy tmbh 10 minit lagi (ikut kesesuaian AF masing2). Siap utk dimakan panas2..

Selamat mencuba 😀

04/10/2021

Ayam bakar lemak cili kering...

📌 Cili kering 10 tangkai*
📌 Bawang merah.. putih..halia..serai..kunyit*
📌 Santan...kerisik
📌 Asam keping..kentang

Bland bahan² (*)..tumis naik minyak...tambah air sikit letak kerisik & santan + kentang + asam keping..perisakan garam & gula.. masak dlm 10 minit @ sampai hilang darah..

Masuk AF
📌 Panaskan 180° 5 minit..
Mas**an dlm tray ayam td tp kuah jgn banyak sangat...
📌 Bakar semula 180° 25 minit + 5 minit(terbalikan ayam)
📌 Masa masakan bergantung size ayam..🥰

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 01/10/2021

resepi kek coklat moist sihat tak pakai gula pun, sgt sedap guna AF murah2 je tapi mmg terbaik.

1.Pkl telur 3 biji+asenv +mnyk+ Dcoklat cair
2.Campur tepung koko dgn badam kisar +garam+baking soda+ apple souce (rebus apple 2 biji + kurma 3 biji, lepas tu blen)
Campurkan bahan 1 dan 2 sikit2.
Suhu 160 - 180C , masa 25 - 40 minit ikut kebesaran dan ketebelan kek tu.

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 01/10/2021

Alhamdulillah'
Kali ni try panggang ikan...😊😊
Biasa nmpk perencah bihun goreng ni di guna utk ayam....
Kali ni sy nak guna utk ikan la pla....
Bahan yg paling senang perencah bihun goreng +minyak sikit + sikit serbuk kunyit (sy s**a ikan ada warna kuning² 🤭🤭🤭) & lumur rata pada ikan...

👉 panggang dlm AF 180° 20 minit & balikkan + 5minit
⏰Masa tu bergantung dgn berapa besar ikan

30/09/2021

Muffin kurma
Suhu 180/10mint
Resepi
20biji kurma buang biji blend bsna
1 cwn fresh milk
1/2cwn gula
1 cwn butter dicairkn
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu ovelet
Kemudian campurkn bahan2 blend ke dlm
2 cwn tepung gandum
1 sudu baking powder
Gaul bg sebati n masuk kan ke dalam
Paper cup n tabur kn cokkat rise/coklat chip
Selamat mencuba

Kredit : Atien Aziah

30/09/2021

Cup Cake Pisang

1. – BAHAN A :.
2. 1 cawan – pisang.
3. 1/2 cawan – gula perang.
4. 1 cawan – minyak.
5. 3 – biji telur.
6. 1 sudu makan– esen vanila.
7. – BAHAN B :.
8. 1 1/2 cawan – tepung gandum.
9. 1/2 cawan – tepung jagung.
10. 1/2 sudu teh – baking soda.
11. 1 sudu teh – baking powder.
12. – Secubit garam…

1. Blend semua bahan A selama 1-2 minit hingga kembang putih..
2. Ayak bahan B. Selepas bahan A diblend mas**an dlm mangkuk besar dan gaulkan sekali.
3. Set kan air fryer ▪️suhu 160 - 165 darjah ▪️masa 10 minit.

🔶CUP CAKE PISANG 🔶
Gebu dalam dia 🥳

Kredit : Mien

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 29/09/2021

Dangai AF 160° -20min😋

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 29/09/2021

Ceritera kelamari bh ni...
C exBoipren bilang masak ayam pandan kitani...
Ok bh...on....sikijap ja tu pakai AF sia bilang
🤭🤭🤭....maka terjadila ayam pandan panggang...
Resepi ada bh....sinang ja tu....😜😜😜

Ayam
Serai*
Halia*
Bwg merah*
Bwg putih*
Serbuk kunyit
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Gula,garam,pak aji s**atan ses**a rasa
Opkos daun pandan la bh kn...

Tanda * tumbuk halus² sikit + semua bahan lumur sma ayam...pastu balut la pakai daun pandan...cantik² balut semat pki pencungkil gigi/lidi

Bakar 180° 25 minit pastu balikkn + 10 minit...
Dah siap....🤭🤭






Kredit : Nurisa

29/09/2021

Ayam grill air fryer pakai perencah bihun goreng
Bahan2:-
Ayam
Kicap manis
Soy sauce
Madu
Parsely

Selamat mencuba guys..

25/09/2021

Arini berjaya buat Kuih Bakar.... 😁😁😁

Pagi2 sblm g keje buat ni...tp balik dari kje,bru dpt merasa... Mse hbis timer tu, bkn main kembung... Bile cucuk, rse mcm x brape msk lg bawah tu ..tp td potong elok je plak... 😅 (Trtanya jgk,btul2 msk da ke ni🤔 )

SATU LG RESEPI BLEND DAN BAKAR YG MENEMUI KEJAYAAN 🤭

Resepi :
- bebrapa helai daun pandan blend dgn secawan air, dan tapis...(klu nk lbih wangi, dan ijau,ltk b*k sikit dlm 6,7 ke... )
- Dalam blender, masukkan,
1. air pandan td
2. secawan tepung gandum
3. 2 biji telur
4. setgh cawan gula (yg ni just nice rasa dia)
5. Secubit garam
6. Sekotak santan kara 200ml
7. Esen vanila sedikit (optional)
8. Bijan

Blend dlm 3-5 minit, dan blh tuang(sambil tapis) ke dlm loyang 6-7 inci.

*Seblm tuang adunan, sapu butter pd loyang,tmasuk tepi2 loyang.

Tabur bijan pada loyang ,tuang adunan dan bakar.
Masa 1 : 5 minit /170°-180°C
Taburkan bijan atas kek p**a dan bakar kali kedua....
Masa 2 : 30minit 170°C.

Biarkan sejuk sblm potong... Slmt mcuba 😉



😁😁😁

Kredit : Dayang Ku Shahliza

Photos from Air Fryer Recipe - AFR's post 24/09/2021

Cencaru sumbat bakar

Asal nak goreng tapi bila teringat malas nk kotorkan kauli n minyak...masuk dlm air fryer...sedap cencaru sumbat nie...lawan lak ngan air asam...sy s**a garing² sikit bila bakar 2...hiii

1½biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar
4@5 tangkai cili api
Belacan sikit
Cukup rasa
Asam jawa
Gula 1 sudu

Saya bland kasar..asam jawa jgn bland sekali..letak masa tumis pun ok...letak air sikit je bg pusing blander jgn b*k..kalau tumbuk lg sdp...pas 2 sy tumis kan kejap sb s**a rasa sambal 2 masak..letak minyak sikit je masa tumis..nk bg masak cili n bawang..

Dah siap tumis..sumbat dlm ikan td..pas 2 masukkan dlm air fryer..sy sembur minyak sikit x nk bg ikan kering sgt...

Guna suhu 180 15 minit pas 2 terbalikkan..lagi 15 minit...nk garing lagi blh tambah lg 5 minit..

Kredit : Munira

21/09/2021

Alhamdulillah senang masak bingka pandan guna Af....✌🏼

1. Air pandan 1 cawan
2. Tepung 2 cawan
3. Gula ¾ cawan
4. Santan 2 cawan
5.garam sikit
6. Telo 2 biji
7. Margerin 2 sudu..

Semua bland sampai sebati..bakar 180° 45 minit

20/09/2021

Resepi Kek Butter Tradisional
(Ukuran sikit je ni 4-5 org makan gitu..)

1/2 cup castor sugar (boleh tambah jika nak manis)
1/2 bar butter anchor brand
1 1/2 cup tepung kek self raising floor (syguna brand blue key)
1/2 cup susu segar (guna anchor dairy milk)
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:-

Pukul gula dgn butter Anchor tu sampai sebati
masukkan telur sebijik demi sebijik pukul bagi sebati lps tu masukkan tepung sikit demi sikit susu, esen vanila dan baking powder. Pukul sampai sebati. Kelajuan sederhana.
( utk buat marble choc tu, Ambik sesenduk campur cokelat serbuk. Kacau sebati n layerkan dgn adunan asas tadi, kalau tidak..takpa bakar terus je).

bakar 160:40mins (sy guna brand Philips) Selesai Nanti tagg sy tau kalau dh buat.

20/09/2021

Tart telur mudah dan sedap.

2 biji Telur
2 sudu gula
Setengah cawan susu full cream

Untuk base dia, Lily pakai roti je. Lenyek sampai nipis, baru masukkan dalam paper cup.

Bakar dulu roti tu dalam 5 minit suhu 160. Lepas tu baru tuang adunan telur. Bakar dalam 15 minit suhu 180.

Bunyi tiiiing, siap.

Cubalah 😉

20/08/2021

Biji cempedak suhu 200, 5 minit je. Lembut sangat 🥰🥰

Website