Briged Muslimat Kuala Kangsar

Briged Muslimat Kuala Kangsar

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Briged Muslimat Kuala Kangsar, Political organisation, .

Photos from Briged Muslimat Malaysia's post 06/07/2024
16/06/2024

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al-Kauthar: 2)

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Salam Aidiladha!

16/06/2024

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim,
Melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung,
Erti sebuah pengorbanan.

Jika inginkan kebahagiaan,
Perlu korbankan diri untuk rasa keperitan,
Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan.

Semoga setiap pengorbanan kita dirahmati dan menjadi bekalan di akhirat kelak.

Salam Aidiladha 1445H.

Photos from Briged Muslimat Kuala Kangsar's post 28/05/2024

Siapakah mereka, srikandi berbaju merah hati?

Selalu kita melihat segerombolan srikandi beruniform merah hati ini ada saja di kawasan bencana untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan.

Jika perasan, mereka juga akan ada di program-program parti, bertugas menjaga lalu lintas, mengiringi VIP dan berdiri di setiap penjuru dewan sehingga habis program.

Kental, admin sendiri boleh tumbang jika seharian berdiri, bertugas di bawah terik mentari.

Siapa mereka sebenarnya? Itulah Briged Muslimat PAS.

Mereka diberikan latihan yang mantap dari segi fizikal dan mental. Walaupun tegas tetapi tidak hilang adab dan sopan sebagai seorang wanita.

Mereka ini turut digelar Pahlawan Kasih Sayang. Nak tahu kenapa?

Kerana adanya nilai kasih sayang (syafaqah) yang tinggi dalam diri mereka.

Imam Badiuzzaman Said Nursi sering menyifatkan wanita sebagai pahlawan kasih sayang kerana mereka berkorban tanpa meminta balasan. Inilah asas kepada ikhlas yang hakiki dan asas utama dalam Risalah an-Nur karangannya.

Begitulah sifat mereka, pahlawan kasih sayang yang mungkin tidak didendangkan. Semoga Allah membalas segala pengorbanan ini dengan ganjaran Syurga.

Terima kasih tidak terhingga buat ibu bapa, para suami dan anak-anak yang sanggup berkongsi kasih dan membenarkan para mujahidah ini ke lapangan bersama ummah.

Bagi yang berminat atau mempunyai anak-anak perempuan yang ingin diserapkan sebagai Briged Muslimat Kuala Kangsar, boleh berhubung dengan Ketua BM Kawasan, Puan Ina Yasmin Abdul Hashim @ Puan Hasni Hashim sepertimana nombor di dalam poster untuk pendaftaran.

Bergeraknya wanita di lapangan masyarakat adalah seiring dengan firman Allah SWT dalam surat at-Taubah ayat 71;

“Dan orang-orang beriman daripada kalangan lelaki dan perempuan adalah saling membantu antara satu sama lain. Mereka mengajak kepada perkara yang makruf (kebaikan) dan mencegah perkara yang mungkar.”

Terima kasih Briged Muslimat. Anda hebat!





Kredit : Dewan Muslimat PAS Malaysia - DMPM

28/05/2024

Tahniah adik-adik pelajar SPM 2023!

Briged Muslimat Malaysia mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2023.

Kejayaan ini bukan sahaja hasil dari usaha gigih dan ketekunan anda bahkan juga penat lelah para guru yang bertungkus-lumus dan keberkatan doa dari ibu bapa serta ahli keluarga tersayang demi melihat kejayaan anda.

Kepada yang belum berhasil mendapat keputusan yang diinginkan, ini bukan penamat perjuangan ilmu anda. Teruskan usaha untuk mencapai impian dan cita-cita yang lebih besar.

Siiru 'ala barokatillah

ikhlas daripada
Saf Kepimpinan
Briged Muslimat Malaysia
Dewan Muslimat PAS Malaysia

05/04/2024

🌸 PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445 H/2024🌸
⁣⁣
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum & Minal Aidin wal Faizin"
⁣⁣⁣
Kami dari saf kepimpinan Briged Muslimat Kuala Kangsar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024.

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

Semoga Allah menerima ibadah dari kami dan dari kalian. ⁣⁣⁣

💐 SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 💐

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وجعلنا الله وإياكم من العائدين والفائزين
وكل عام وأنتم بخير

28/03/2024

Al-Quran adalah penawar hati dan fikiran. Al-Quran juga merupakan penghibur jiwa dan sumber ketenangan. Kita perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup kerana ia mampu mengubah perjalanan hidup seseorang dengan kehendak Allah swt.

Ambil peluang keemasan bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan memperbanyakkan membaca dan mendalami al-Quran. Semoga kita semua diberkati Allah swt.

Salam Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam dari Briged Muslimat Malaysia.

28/03/2024

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡

💚17 RAMADAN 1445H💚

Firman Allah SWT:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾

"Ramadan yang padanya diturunkan alQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah:185]

17 Ramadan itu adalah suatu peristiwa ‘Nuzul al-Quran’, di mana ianya suatu rakaman sejarah kehidupan junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW. Nuzul Al Quran merupakan hari kelepasan umat Islam dibulan Ramadan yang suci, yang di rayakan pada permulaan Quran di wahyukan pada Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Kitab Al-Quran ialah kurniaan Allah SWT kepada manusia yang penuh kebaikan. Oleh itu, kita wajib bersyukur dan menerimanya dengan beriman dan beramal soleh dalam perkara dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.

Dikesempatan ini, Briged Muslimat Kawasan Kuala Kangsar mengucapkan SALAM NUZUL QURAN 1445H/2024M. Moga kita terus istiqamah membaca, menghayati, mentadabbur, memahami seterusnya mengamalkan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

" Ramadhan Kareem, Allahu Akram "

28/03/2024

[Ramadan Kareem 1 Hari 1 Kata]

Nuzul Al Quran merupakan peristiwa pertama kali diturunkan ayat Al Quran kepada Rasulullah saw. Justeru itu, jadikanlah Al Quran sebagai teman seharian yang merupakan panduan hidup dunia dan akhirat.

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar." [Al-'Isrā': 9]

Hanis binti Wahab
Ketua Kor Rufaidah
Briged Muslimat Malaysia
Dewan Muslimat PAS Malaysia

17 Ramadan 1445H

12/03/2024

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1445H/2024M kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya umat Islam Malaysia.

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan ketaatan di dalam bulan mulia ini, in Shaa Allah.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
_“Barang siapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR Bukhari)_

11/03/2024

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

"Disebutkan di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya : "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa- dosanya yang terdahulu".

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selamat Menyambut Ramadan Kareem dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dari kami Briged Muslimat Kuala Kangsar.

11/03/2024

Pada tahun 2021, PDRM menerima 5,516 laporan kes gangguan seksual, peningkatan 30.4% berbanding 4,231 kes pada 2020.

Majoriti mangsa gangguan seksual adalah wanita dan kanak-kanak perempuan.

"Suarakan Sokongan, Hentikan Gangguan Seksual"

Briged Muslimat Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita untuk bersama-sama membina dan memberi kesedaran berkenaan isu gangguan seksual dengan menyokong kempen kesedaran keselamatan wanita anjuran Briged Muslimat Malaysia.

Photos from Briged Muslimat Kuala Kangsar's post 10/03/2024

Esok Malam Dah Mula...Jom Banyakkan Ibadah Di Bulan Romadon 🌙🌙🌙

PANDUAN CARA SOLAT TARAWIH DAN WITIR DI RUMAH KHAS KAUM WANITA 🧕🧕🧕
=======================

Mak2 yang ada anak kecil dan jugak mak2
yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak..
jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang
dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih
kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil,
jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama
ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah
seharian bekerja di pejabat dan p**ang
menyambung tanggungjawab di rumah p**a.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan
sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan
sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat
atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat
bersesuaian dengan diri mereka yang sudah
keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih
dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua
rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.
Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan
3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam
dan seterusnya. Witir p**a, 2 rakaat 1 salam
dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah,
surah surah berikutnya adalah pilihan kita
dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat,
doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk
amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan
antara solat.Tidak ada larangan untuk
bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab
melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan
solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat
yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.
Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat
(6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam)
dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail,
boleh tangguhkan solat witir selepas selesai
qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah
penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat
kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat
kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu
daripada balasanMu,dan aku berlindung
denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas
diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan
sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak
dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke
masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas
berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama
berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas
langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni
kita usaha buat.

SEMOGA BERMANFAAT...

Photos from Briged Muslimat Kuala Kangsar's post 01/03/2024

CATATAN PROTAPAS

'BERAT SEPIKUL, RINGAN SEJINJING’

Alhamdulillah, Program PROTAPAS anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar dan Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang di Inap Desa Kuala Dal yang berlangsung 3 hari 2 malam berjalan lancar sebagaimana dihasratkan. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat sangat mengujakan. Kecil besar, tua muda berganding bahu melakukan apa yang perlu dengan semangat ‘berat sepikul, ringan sejinjing’.

Alhamdulillah Briged Muslimat dapat turut sama kali ini walaupun dalam "short notice" diminta bertugas, dengan persekitaran yang bersih dan sihat, program ini pastinya dapat menyemai nilai-nilai kebertanggungjawaban bersama, bahkan untuk mengerat dan menyuburkan lagi ukhwah sesama peserta dan urusetia yang terlibat.

Kebersamaan Briged Muslimat Kuala Kangsar kali ini, sedikit sebanyak mengajar kami dalam kelangsungan amalan bergotong-royong yang menjadi warisan masyarakat kita sejak zaman-berzaman.

Pada kesempatan ini, kami Briged Muslimat Kuala Kangsar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar kerana sudi menjemput kami turut serta dalam program yang disusun. Begitu juga kepada anggota Briged Muslimat yang telah meluangkan masa bertugas. Sesungguhnya jasa baik sahabat-sahabat semua dalam menjayakan Program PROTAPAS ini, akan menjadi bukti kerja buat kalian di dalam jemaah.

27/02/2024

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu"

Artinya: "Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Mendapat perkhabaran duka pemergian adik kepada Puan Azrina Yasmin, Ketua Briged Muslimat PAS Kuala Kangsar sebentar tadi. Sama² lah kita sedekahkan bacaan Al Fatihah buat aruah, moga ditempatkan bersama orang yang soleh. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Takziah dari kami :
Briged Muslimat Kuala Kangsar

Photos from Briged Muslimat Kuala Kangsar's post 21/02/2024

Alhamdulillah selesai program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS & Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Kuala Kangsar pada 11 Februari 2024 yang lalu.

Semoga ucapan dan segala isi didalam program ini dapat menambah semangat dan kesetiaan kita dalam meneruskan perjuangan ini dan tahniah serta terima kasih kami ucapkan kepada hadirin hadirat sekalian💪🏽🤝🏽

08/02/2024

Selamat Memperingati Peristiwa Israk & Mikraj

Israk Miraj mengingatkan kita akan pentingnya keimanan, serta kebesaran Allah.Semoga kita diberikan kesempatan untuk meneladani perjalanan Nabi Muhammad SAW.

Moga kita semua sentiasa hidup dalam rahmat dan keberkatan Allah Swt

08/02/2024

💫SALAM ISRA’ MIKRAJ💫

Isra’ Mikraj merupakan suatu malam keagungan buat baginda Nabi Muhammad SAW. Malam dimana baginda digelar sebagai Habibullah, sekali gus menjadikan kita sebagai umat kekasih Allah.

Jadi marilah bersama-sama kita manfaatkan malam istimewa ini dengan amalan-amalan sunat, semoga di malam Isra' Miraj ini kita semua diberi kekuatan untuk terus meniti perjalanan hidup yang mendatang.

12/01/2024

Marhaban Ya Sharu Rejab

Bermula waktu Jumaat Maghrib, 12.01.2024 maka masuklah malam 1 Rejab 1445H.

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ, وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan pertemukan kami dengan bulan Ramadan”.

Nabi Muhammad SAW memperbanyakkan doa ini apabila sampai di Bulan Rejab.

Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Ambil lah peluang ini untuk kita berdoa ke hadrat Allah SWT.

Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa dan seterusnya memberkati kita semua. Aminn.

Ikhlas dari
Briged Muslimat Kuala Kangsar

04/01/2024

Selamat Tahun Baru 2024

Kenikmatan yang paling besar yang harus kita syukuri ialah nikmat hidup dan bagi kita orang mukmin ialah nikmat berada dalam Islam.

Kehidupan yang kita jalani adalah sebuah pilihan. Kita yang menentukan arah mana yang akan kita tuju untuk memperbanyak pahala dan amal baik kita selama hidup.

Tahun ini marilah kita berazam untuk terus berbuat baik dari segala aspek terutama dalam menjadi hamba yang bertakwal.

"Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri.” (QS: Al-Isra: 7)

Selamat menyambut tahun baru 2024 dari kami Briged Muslimat Kuala Kangsar

02/01/2024

بسم الله الرحمن الرحيم..

1 Januari 2024!

Selamat Tahun Baharu 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun 2024 ini dijalani dengan penuh ketaatan demi keredhaan Allah swt.

Sedia&Setia

01/01/2024

Setahun yang telah berlalu pastinya mempunyai pelbagai cerita yang telah mematangkan setiap dari kita.

Briged Muslimat Malaysia mendoakan semoga tahun yang mendatang ini lebih mendewasakan kita dan semoga setiap cita-cita dan azam berjaya dikecapi.

Selamat Tahun Baharu 2024.

Photos from Briged Muslimat Perak's post 15/11/2023

Tahniah pada Briged Muslimat Kuala Kangsar yang telah berjaya menghadiri Retreat Briged Muslimat PAS Perak yg lepas. Moga ade ilmu berguna yang dapat dibawa balik ke kawasan selepas ini.

08/11/2023

Dengan lafaz Bismillah, memperkenalkan Ketua Pengarah Briged Muslimat Malaysia, Dr. Safinatunnajah Ibrahim bagi sesi 2023 - 2025.

Didoakan semoga nusrah Allah Taala sentiasa bersama beliau dalam mengemudi Briged Muslimat untuk lebih mampan dan gemilang.

Tahniah dan selamat bertugas.
Seeru ala barokatillah.

20/10/2023

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.” (HR Ibn Hibban)

Menginsafi peranan diri sebagai khalifah di bumi Allah, tepat sekali tagline Briged Muslimat Malaysia : Sedia dan setia berkhidmat. Srikandi Mujahidah Pahlawan Kasih Sayang.

Briged Muslimat adalah pasukan beruniform di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2010.

BMM berusaha menjadi tunggak utama dengan menggerakkan entiti secara tersusun, sistematik, berdisiplin dan berdaya saing dalam apa jua situasi mendatang di samping mempertahankan keperibadian sebagai muslimah solehah.

Anda berminat untuk menyertai Briged Muslimat Malaysia?? Cuba komen 😄





https://fb.watch/nO44mqdG1X/?mibextid=Nif5oz

09/10/2023

Briged Muslimat seluruh Malaysia semakin mencapai tahap kematangan sebagai organisasi yang mampu membentuk generasi muda bagi menghadapi cabaran dunia sejajar dengan pertambahan usianya.

Namun proses untuk kematangan ini memerlukan setiap anggota sentiasa berusaha membina pengalaman, mentarbiyah diri kepada yang lebih baik dan sentiasa mencintai dan mengejar peluang mencari ilmu. Ilmu itu p**a tidak semestinya bersifat formal, adakalanya kita memiliki ilmu dengan cara belajar menilai pengalaman org lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama, memerhati dan meniru kebaikan orang lain, dan melaksanakan apa yang kita belajar bagi membina pengalaman dan menambah baik sebarang kekurangan.

Ilmu yang paling penting ialah bagaimana melaksanakan apa sahaja dalam hidup, untuk mencari redhaNya Allah dan bagaimana melaksanakan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain dan umat Islam khususnya.

Semoga Allah memberkati umur Briged Muslimat Malaysia ini dengan kejayaan menghasilkan pelapis muda yang berdisiplin, matang fikirannya, ukhwah yang rapat dan sentiasa cintakan Allah.

Selamat Ulang Tahun Briged Muslimat Malaysia Yang ke-13 🎉

Nuri Muhammad
Ketua Pengarah
Briged Muslimat Malaysia

28/09/2023

بسم لله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t,

28 September 2023 bersamaan 12 Rabiul Awal 1445H maka tiba lah hari-hari yang dinantikan oleh umat islam seluruh dunia dimana ia merupakan hari kelahiran nabi kita Baginda Nabi Muhammad SAW.Bersyukurlah kita kerana telah menjadi umat baginda kerana pada kita terdapat banyak keistimewaan,antaranya :

1)Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat pertama yang masuk Syurga.

2)Allah memaafkan umat Nabi Muhammad SAW dikala lupa, lalai

3)Nabi Muhammad SAW memiliki syafa'at besar untuk umatnya

Maka dengan itu,marilah kita bersama-sama memperbanyakkan diri kita dengan berselawat kepada baginda SAW kerana seperti yang tertulis di dalam hadis riwayat Muslim :

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atas ku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

13/07/2023

Kalau Melamar Srikandi Dakwah !
Ditulis oleh : Nur Syahidah Abdul Majid

Muslimah yang menginfaqkan diri ke jalan dakwah, pada asasnya ber jiwa kental. Waktu bujang dia sanggup meredah embun, dibakar terik siang, meninggalkan masa rehat, sanggup kerja lebih dari kudrat
Fitrahnya dia lemah jasad. Tapi yang menjadikan muslimah itu gagah adalah emosi, dan pergantungan pada Allah
Sewaktu bujang dia disokong oleh para sahabat. Ke hulu ke hilir, menangis bergelak bersama. Itu lah penguat semangat. Kalau jatuh dia akan diangkat. Kalau perlahan akan ada yg memimpin berjalan
Lalu sang mujahid terpesona. Atas semangat juangnya. Atas petah katanya. Atas pintar akalnya. Memasang impian biar dialah yg mendidik anak-anaknya
Sekali kau jadikan dia isteri, selamanya dia bergantung pada kau untuk terus berjuang. Kau yang akan menyambung tugas sahabatnya dulu - Penyokong No 1!
Jangan sesekali biar dia lemas dlm lautan rumahtangga. Jangan padamkan seorang srikandi di medan dakwah
Jikalau melamar srikandi dakwah, jangan serik berkongsi suri hati dengan ummah!

Videos (show all)

Website