Pd Kg Simpang Sepayang Rompin, Pahang.

Pd Kg Simpang Sepayang Rompin, Pahang.

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pd Kg Simpang Sepayang Rompin, Pahang., Government Official, .

20/07/2024
20/07/2024

Siapakah bapa kemerdekaan?
A) Tunku Abdul Rahman
B) Tun Abdul Razak

18/07/2024

ULASAN BUKU PILIHAN
LELAKI PENGHANTAR CINTA
PENULIS: BAHRUDDIN BEKRI

18/07/2024

"Rukun Negara bukan sekadar hiasan”. Ini dapat diungkapkan bahawa Rukun Negara menjadi tonggak perpaduan antara kaum dengan tujuan setiap rakyat di negara ini menyedari, menerima,dan memahami akan kepentingan serta hakikat bahawa kepelbagain kaum, agama, dan bangsa di negara ini adalah satu rahmat yang perlu dimanfaat bersama.
Tapi kini, Rukun Negara bagai disisihkan. Meskipun di sekolah telah menerapkan kepentingan Rukun Negara namun masih diabaikan. Tidak hairanlah sehingga ada yang terlupa akan kewujudan Rukun Negara dan falsafahnya. Kebelakangan ini kenyataan demi kenyataan dan keluhan berbau perkauman yang sensitif semakin berani dicetuskan, sama ada ahli politik mahupun rakyat biasa.
Jadikan tahun 2022 ini sebagai titik permulaan yang baharu bagi kita rakyat Malaysia untuk kembali memupuk dan menanamkan sifat akan cintakan tanah air yang tercinta ini. Penghayatan rukun negara dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang kaya dengan berbilang kaum, bangsa dan agama ini bersatu demi negara tercinta. Menghayati dan mendalami Rukun Negara dapat kita lihat dengan keharmonian yang kita rasai kini.
Banyak pepatah yang dapat kita jadikan sebagai panduan untuk kita rakyat Malaysia menjadi satu acuan yang cantik bagi membentuk manusia kearah yang lebih bertamadun.

NUR AQILAH BAHIRAH BT ISMAIL
296956

18/07/2024

18 Julai 2024

17/07/2024

17.07.2024
Jom Sertai Kuiz Maal Hijrah..
Bilakah berlakunya hijrah Rasulullah

16/07/2024

16.07.2024
KUIZ BERTEMAKAN COKLAT.
BULAN JULAI 2024
SELAMAT MENCUBA😀

07/07/2024

6 Fakta Hijrah Rasulullah SAW

1. Hijrah Nabi Muhammad SAW berlaku pada 12 Rabiulawal.

2. Khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab telah memilih bulan
Muharram sebagai permulaan tahun baru Islam.

3. Rasulullah SAW mengasaskan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba’

4. Sebelum Baginda memulakan perjalanan hijrah, rumah Baginda telah dikepung oleh 11 pembesar Quraisy yang bertujuan membunuh Baginda.

5. Rasulullah SAW berhijrah bersama-sama Abu Bakar Al- Siddiq dan Abdullah bin Uraiqit Al-Laithi (sebagai penunjuk jalan.)

6. Perjalanan hijrah Baginda SAW dan Abu Bakar Al-Siddiq dari Mekah ke Yathrib (Madinah) sejauh + 475 KM adalah dengan menaiki unta.

Sumber: Al-Rahiq Al-Makhtum -Sirah Nabawiyah SAW

07/07/2024

7.7.2024
Kuiz Rukun Negara..
Kenali Rukun Negara Kita Yang 5.

06/07/2024

Aktiviti Dalam Talian
6.7.2024
Benarkah makan coklat boleh menghilangkan stress?

03/07/2024

Aktiviti dalam talian..
Tahukah anda apakah bahan utama
kek coklat..😁

03/07/2024

Tahukah anda coklat dicipta pada tahun bila?

Kuiz hari ini 3.7.2024

02/07/2024

Resepi Kek Coklat Lava

Kek coklat blander
Bahan-Bahan :
1/2 cwn air panas
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak masak
1 cwn gula halus
1 biji telur

Bhn ayak
1 cwn tepung gandum
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat

- Semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.
Tapis dan letak dalam acuan Kukus 40 minit dengan api sederhana @ sehingga masak..

Topping Coklat
1/2 cwn susu pekat
1/4 cwn serbuk koko
3 sdb marjerin/ butter
(Masak guna kaedah double boiler tau) kacau hingga likat dan berkilat klu pekat sngt blh tmbh sikit susu cair..Siramkan atas kek bila dah sejuk.

Hiasan -ayak milo atas kek yg dh di siram topping tersebut

Credit : Orkid Orkid Putih

01/07/2024

Lazatnya coklat ❤️

26/06/2024

𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚❓

Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau
pemindahan bakteria 🦠 berbahaya dari orang ✋🏻, bahan mentah 🍗 atau kawasan yang kotor 🪰 ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.

Pengendali 🧑🏻‍🍳 atau pekerja 🧑🏻‍💼 yang tidak menjaga kebersihan peralatan 🍳 penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.

Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah 🏡semasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk
pencemaran silang berlaku.

‼️Pastikan peralatan dan bahan mentah yang digunakan semasa penyediaan makanan anda dalam keadaan bersih dan selamat. Anda juga dinasihatkan untuk mencuci tangan 🤚🏻✋🏻 sebelum dan selepas menyediakan makanan.

26/06/2024

Buah-buahan 🍊🥭 dan sayur-sayuran 🥦🥬 sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu dalam mencegah penyakit dan dapat meningkatkan daya tahan badan.

Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.

Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera.

Sayur-sayuran p**a boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kump**an makanan yang lain seperti ayam 🍗, daging 🥩, ikan 🐟 dan kekacang 🫘untuk dijadikan sebagai hidangan.

‼️Walau bagaimanapun, bagi anda yang menghidapi diabetes, pengambilan buah-buahan perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.

26/06/2024

𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔❓

Pesakit diabetes berisiko 3x ganda menghidap penyakit gusi berbanding orang sihat.

Jom ambil tahu punca dan kesan penyakit gusi ini. Secara rumusannya, kawalan penyakit pergigian boleh
dicapai dengan mengawal kadar glukosa dalam darah danmengawal kebersihan mulut.

21/06/2024

Cari 🔟 perbezaan 2 gambar berikut.
selamat mencari 💪

21/06/2024

21 jun 2024..
Salam Jumaat ..
Semoga hari ini dibukakan pintu rezeki dan pintu kebaikan untuk kita semua.

SERTAI AKTIVITI KAMI..
KG SIMPANG SEPAYANG, ROMPIN

21/06/2024

Resep Puding batik
Bahan
6 SDM gula pasir/ g 80
1 bungkus agar agar
66g Milo / 2 seset
1/4 sdt garam
2 SDM muncung tepung jagung
750 ml susu cair
2 kuning telur
80g Susu kental manis/ 2seset
Vanila secukupnya
Pasta cholat secukupnya/ 1 SDM bubuk cholat
1 SDM margarin
36 keping Biskut Segi empat
Loyang 18cm

Cara buat sediakan panci masuk Gula agar Milo garam tepung jagung aduk rata.
Setelah sudah rata masukkan susu cair susu kental manis kuning telur vanila pasta cholat masak sampai mendidih, setelah sudah mendidih masukkan margarin lalu aduk sampai margarin cair angkat.sediakan loyang yang sudah di sapu air supaya mudah keluar kan puding nanti , lanjut masuk puding 3 sedot sayur di loyang ratakan lalu susun biskut diatasnya seperti dalam gambar begitu juga seterusnya sampai adonan habis jadi 4 tingkat
Selamat mencuba ❤️

Kredit : Sukma Wati

20/06/2024

Musim perayaan Aidiladha 🌙 ✨ ini, tentunya menu berasaskan daging korban menjadi tumpuan.

Tahukah anda kaedah nyahbeku (defrost) daging korban 🥩 yang selamat serta dapat mengekalkan kesegaran daging❓

Jangan ambil mudah‼️ Proses ini penting semasa penyediaan makanan. Jika diabaikan ia boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan.

Sumber KKM

20/06/2024

20.6.2024 - Khamis
Aktiviti Dalam Talian .
Menterjemahkan tulisan jawi.

07/06/2024

Teka jumlah kucing di dalam gambar...
jom perati betul betul..

Photos from Malaysia Mendidik's post 06/06/2024
05/06/2024

0️⃣5️⃣0️⃣6️⃣2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣
AKTIVITI DALAM TALIAN..
AGONG SEKARANG ADALAH
AGONG YANG KE BERAPA?

A) 15
B) 16
C) 17

03/06/2024

RESEPI LAKSA BERAS

Buat sendiri dan mkn dgn kuah lemak putih.

BAHAN-BAHAN :

4 cwn tpg beras chap teratai
3sudu mkn tpg ubi membukit
3 sudu mkn tpg gandum membukit
3cwn air panas mendidih
Secubit garam.

CARA MEMBUATNYA :

Letak tpg dlm bekas.
Larutkan garam dgn air panas. tuang sikit2 air panas ke tpg sambil kacau dgn senduk.

Kalau rasa keras tambah ckit² air panas.

Tekan2 doh dan kepal bg jd ketul.

Masa kepal tangan sapu minyak.

Masukkan dlm acuan.
Sy guna acuan maruku.

Panaskan kukusan terlebih dahulu.

Bentukkan laksa buat sampai habis.

Terus kukus dlm 20 mnt.
Angkat dan letak dlm air biasa dlm 5mnt.

Buang air dan tambah air baru.

Kacau laksa bg terlerai antara satu sama lain.
Terus tapis.

Blh mkn dgn segala jenis kuah laksa.
Laksa utara
Laksa lemak kuah putih.
Laksa kuah kari.
Hrni kita buat laksa lemak kuah putih

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA 👍
Zulkifli Mat .

24/01/2024

Assalamualaikum dan Selamat pagi sahabat semua..

24/01/2024

24.01.2024

Kematangan dalam emosi adalah apabila individu memilih untuk ketenangan mendahului segalanya.

Anda diam bukan bermakna anda tewas atau kalah. Anda tidak membalas kejahatan bukan bermakna anda lemah.

Pilih untuk ketenangan jiwa kerana anda tahu marah, berdendam, bermusuhan dan bertikam lidah hanya sia sia & menghabiskan tenaga.

Sumber: PHM

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas 24/01/2024

Apa pendapat anda tentang perkara ini..

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas "Secara logiknya, melupuskan kende...

Videos (show all)

18 Julai 2024
Lazatnya coklat ❤️
#Resensi #BukuKitab Para Ku - cheng✅Menariknya buku ini:❤️Informasi berkaitan kucing❤️Apa yang anda perlu tahu tentang k...
Sambutan Hari Raya Bersama Kanak kanak Tabika dan Jom Baca sekali gus..Terima kasih pada yang terlibat❤️
Aktiviti kesukaan di bulan puasa..
17 Ramadhan 1445HSelamat nenyambut hari Nuzul Al Quran semua sahabat. Ya Allah...Rezekikan kami dapat membacanya siang d...

Website