Suri Bahgia

Suri Bahgia

Tempat Santai Suri Semua

Photos from Suri Bahgia's post 04/12/2023

Aduhai lawa betul kaftan ni, ni buat tidur atau nak buat berjalan 😩

Pakai tudung sarung pun dah comel buat pergi supper malam2

Review semua kata best https://shope.ee/fzxbk7Ada

Photos from Suri Bahgia's post 04/12/2023

Haritu ofismate kata baju kurung lawa sangat 🥰

Dah cantik terpaksalah order lagi https://shope.ee/3pwzDLrIcz

Sampai dah ada semua koleksi corak baju kurung tau

Photos from Suri Bahgia's post 04/12/2023

Haritu borong banyak terus 🥰

Material best, ada ironless, kira sesuai dengan citarasa iols sebagai wanita yang aktif dan ceria

Selalu cari blouse, muslimah dress, kasual semua kat kedai ni https://shope.ee/4fW66gy3IS

Photos from Suri Bahgia's post 18/11/2023

Wah bolehlah surprisekan diri korang dengan baju tidur super cute ni‼️

Harga pun okay sangat https://shope.ee/1qBTq41zly

Photos from Suri Bahgia's post 13/11/2023

Alaaaa manisnya baju kebaya loose✨

Yang penting material tak panas, ironless, loose patuh syariah, sopan je tengok.

Harga dia pun sopan je uol https://shope.ee/AUTLnTPfNg

Ada bermacam corak dan warna 🥰

Photos from Suri Bahgia's post 13/11/2023

Sejuk mata memandang, sejuk lagi material cotton cadar ni 😍

Corak manis, material best, harga pun berbaloi.

Kat sini pilihan warna dan corak https://shope.ee/3AgkksvA29

Jom tukar cadar ✨

Photos from Suri Bahgia's post 08/11/2023

Nak cantik tak perlu mahal-mahal‼️

Korang yang memang pandai bergaya tak buat basahan jurrr tapi buat berjalan santai-santai tapi pantai tauu

Banyak bethol pilihan warna dan corak yang herlokss https://shope.ee/20UesteXP5

Photos from Suri Bahgia's post 09/10/2023

Sekadar berkongsi pengalaman: Muhammad Yusof

24/08/2023

Yang perempuan aku boleh agak dh jawapan dia yg mana. 😂

24/08/2023

TOMYAM CAMPUR THAI

Bahan-bahan:
Bahan-Bahan untuk Rebusan A:
air secukupnya
Akar ketumbar
2 inci lengkuas
4-5 helai daun limau purut
2 batang serai
cili padi, hiris atau tumbuk kasar
1 ketul kiub ayam

Bahan-Bahan untuk Rebusan B:
karot
1 mangkuk isi ayam
bawang holland
3 sudu besar pes tom yam
cendawan tiram
tomato
3 sudu besar sos ikan
3 ekor sotong
7-8 ekor udang besar
1/4 cawan susu cair
jus limau nipis dari 4 biji limau
hirisan daun ketumbar, untuk tabur
1 mangkuk kecil isi ayam

Cara Penyediaan:
-Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
-Masukkan p**a karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, cendawan tiram yang diracik halus, tomato, sos ikan, sotong, udang dan susu cair.
-Kacau seketika tetapi jangan lama kerana takut udang dan sotong terlebih masak. Anggaran 30 saat sahaja.
-Masukkan jus limau nipis dan terus tutup api. Jus limau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti rasanya akan menjadi tidak enak.
-Taburkan dengan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma dan hiasan.

[Resepi: amoi sally]

24/08/2023

🍌 PUDING PISANG SOS KASTAD 🍌

💛1 sisir pisang berangan -di belah 2
💛2 sudu besar marjerin atau mentega

Bahan Sos Kastad

💛1 tin susu cair
💛1 cawan air
💛1/2 cawan gula
💛4 sudu besar tepung kastad
💛1 sudu teh esen vanila
💛1/2 sudu teh garam

Bahan2 Sampingan

💛Kismis
💛Ceri merah & hijau
💛Biji gajus - di sangai

Cara2 Membuatnya:

👉Sos Kastad 👉 Satukan semua bahan iaitu susu cair, air, gula, garam, tepung kastad & esen vanila. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat. Sejukkan di dlm peti ais.

👉Potong pisang. Kemudian, cairkan marjerin. Masukkan pisang & balik2kan dgn marjerin hingga sedikit keperangan.

👉Letak pisang di atas pinggan. Tabur kismis, ceri & gajus. Akhir sekali, siram dgn sos kastad. Sedap di mkn sejuk2 dari peti ais..

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah

24/08/2023

SAMBAL HIJAU IKAN BILIS

Bahan-bahan:
Ikan Bilis - 2@3 Genggam
*Bawang Holand - 1 bijik
*Bawang Merah Besar - 1 bijik
*Bawang Putih - 2 Ulas
*Cili Api Hijau - 1 genggam
*Cili Besar Merah - 3 bijik
*Tomato - 1 bijik
*Belacan - 2 inci (Optinal)
**Blend semua bahan kecuali ikan bilis**

Cara-cara:
1.Goreng garing ikan bilis dan toskan..
2.Tumis bahan yg diblend td sampai masak..betul2 masak hingga pecah minyak..
3.Masukkan perasa garam,gula & cukup rasa..
4.Gaul sebati,sampai sambal betul2 masak n sejukkan.
5.Dah betul2 sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul..baru ikan bilis kekal rangup.. tak lembik.

[Resepi: mirabelle]

24/08/2023

"Keikhlasan mencari rezeki akan mendapat keberkatan dariNya"😉

24/08/2023

LAKSAM (s**atan utk 4 org mkn)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
1. Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.
2. Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.
3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam2 baru gulung.
**guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.

Bahan kuah :
1 biji kelapa - ambil santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
1. Blend bahan yg bertanda *. Masukkan dlm periuk bersama santan.
2. Masukkan bahan2 lain yg di atas, kacau sampai mendidih..jgn tinggal nanti berketul.
3. Kemudian perasakan dgn gula dan garam.

Bahan hiasan (hiris) :
Kacang panjang
Timun
Kobis
Taugeh
Bunga kantan
Sambal cili

[Resepi: Nor Aida]

23/08/2023

Mee homemade

Jom saya share cara buat mee sendiri. Mee tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.

Bahan2nya ialah....
1 beg tepung gandum cap bunga / cap sauh
2 biji telur
1/2 sudu makan garam
Pewarna kuning
1 gelas air

Cara membuatnya.....
1. Mas**an tepung dlm besan.
2. Pecahkan telur dlm mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dlm tepung. Mas**an pewarna kuning, (tak nak guna pewarna pun boleh) gaulkan sekata. Kemudian mas**an air yang di campur garam sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga sekata, jgn lembik buat bulat2 dan l***r2kan.
4. Mesin bahagian l***r dahulu. Mesin saya guna no 7 sbb lain2 mesin mee. Ikut pada mesin mee masing2.
5. Kemudian mesin bhgn mesin mee, pastikan sapu tepung sblm mesin jadi mee. Alas guna tudung periuk.
6. Panaskan air hingga mendidih dan letakan sedikit minyak masak.
7. Masak seketika mee itu. Agak2 mee itu timbul maka mee itu sudah masak.
8. Angkat dan toskan kemudian titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat.
9. Hampir 2 kilo juga dapat menghasilkan mee.
Bolehlah buat macam2 resipi masakan mee.
Selamat mencuba. 😉

kredit: roshima ibrahim

Photos from Suri Bahgia's post 22/08/2023

Tips simpan sayur agar tahan lama..

Kredit: Kakyamasak

Photos from Suri Bahgia's post 22/08/2023

10 resepi ayam menggunakan air fryer. Bukannya setakat boleh jimat minyak, tapi makanan pon jadi lebih sihat, kurang kalori dan kurang lemak!

Resepi ada di setiap gambar. Selamat mencuba semua!
Jom follow: Ibu Resepi

18/08/2023

Ni Hakak nak pesan, malam-malam sebelum tidur, tolonglah bersih sinki dulu ya. Malas macam mana pun, settle bahagian ni. .

Bertepatan dengan ajaran Islam: “Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan.

Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan s**a kepada makanan yang kotor dan busuk."

18/08/2023

Rendang/Serunding Pucuk Ubi

1 ikat pucuk ubi - diambil daunnya dan dipotong 3
2 biji kelapa
2 sb cili kisar
2 sb rempah kari
1/2 cawan ikan bilis
2 batang serai - dititik
garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" kunyit hidup

1. Kelapa diperah untuk lebih kurang 600 ml santan.

2. Masukkan bahan tumbuk, rempah kari, cili, serai, ikan bilis, santan dan garam dalam kuali. Masak hingga pekat sambil dikacau-kacau.

3. Akhir sekali masukkan daun pucuk ubi. Daun pucuk ubi memang kena dimasukkan semasa kuah itu hampir kering. Masak lagi hingga kering dan ikan bilis tu nampak garing.

Jika dimasak basah-basah sikit macam rendang basah pun sedap

18/08/2023

INFO BUTTERCUP


BUTTERCUP KETUL
- Sesuai untuk sapuan roti.
- Sesuai untuk biskut.
- Tidak sesuai untuk kek, sebab kek akan jadi kering, berderai bila dipotong.

BUTTERCUP TONG
- Sesuai untuk kek
- Sesuai untuk biskut

BUTTERCUP TIN
- Sesuai untuk kek
- Sesuai untuk masakan
- Tak sesuai untuk biskut, sebab ia masin

Ringkasannya:
Kek/roti - tin/tong
Biskut - ketul/tong
Masakan - tin

Jadi, katalah nak raya ni kita nak guna marjerin Buttercup untuk buat kek dan biskut, tak guna sangat untuk masak-memasak, maka kita beli lah yang jenis dalam tong tuh je.

18/08/2023

Geng geng isteri betul ke ni? Amboi garangnya🤭

18/08/2023

🍃❤️ MEE HAILAM.

Bahan-bahan (4-5 orang)

500 g mi kuning
100 g daging ayam
6-8 ekor udang
2 ekor sotong
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar stok udang
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak masak
4 batang jagung muda
1/2 batang lobak merah
5 biji cendawan butang
4 biji tomato
1 cawan taugeh
4 biji cili padi (diketuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

🍃Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.Masukkan udang, sotong dan ayam. Goreng selama 2 minit.

Masukkan air, sos tiram, kicap pekat dan stok udang.Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong atau dihiris. Masak selama 5 minit.

Jika perlu, tambahkan sedikit air.Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sekata.

Kemudian masukkan mi dan taugeh.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (optional).

18/08/2023

Sambal berlada ikan bilis

300g+- ikan bilis

Kisar...
20biji cili padi merah + 6batang cili merah besar

20biji bawang merah kecil
5ulas bawang putih
Sedikit halia

Sedikit sos tiram
Asam keping

Goreng garing ikan bilis...
Tumis bawang kisar + cili merah kisar.. Sehingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, garam, gula perasa.. Masukkan asam keping..
Last masukkan ikan bilis.. Gaul rata... Siap...
Selamat mencuba.

17/08/2023

Aamiin...
Jemput follow: Ibu Resepi

17/08/2023

Perasan ke tak, dalam ramai-ramai adik beradik, mesti ada salah seorang...

17/08/2023

AYAM PERAP BBQ 😋

Bahan-Bahan:💦
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa

Cara Cara Dia :-💦
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:☂️
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.
Selamat mencuba.

17/08/2023

ASAM PEDAS DAGING

Bahan-bahan:-

-Sekilo daging rebus dulu naaa..
-2 biji bawang sederhana besar (blander)
-5 biji bawang kecil (blander)
-5 ulas bawang putih (blander)
-10 ke15 biji cili kering (rebus dan blander)
-3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander)
-2 inci lengkuas (blander)
-1 inci halia (blander)
-1 1/2 inci belacan (blander)
-1 keping gula melaka
-Setengah cawan air asam jawa
-Sebatang serai dikeduk
-3 helai daun limau purut
-Segengam daun kesum
-Garam & air secukupnya.
-Tomato dan kacang benci (hiasan)

Cara-cara-

1) Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan2 yang dah siap blander.

2) Masak sehingga bahan2 betul2 masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul2 kering.

3) Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati & biarkan 5 minit daging berpalut pada bahan2 yang lain.. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.

4) Kemudian bolehlah masukkan potongan tomata & kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!

-Nabilah Md Saad

17/08/2023

UNTUK SESIAPA YG KENE GOUT.. BOLEH CUBA

Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.

Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah swt saya ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"

Saya jawab, "Gout Pak..!"

"Cuba cari sebiji nenas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.

"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.

Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!

Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

⤴ utk kawan2 yg ada masalah Gout..

Belendar semuanya..
buah keras itu tumbuk 2 dulu dn masukkan dlm blender..
buah nenas dan lobak putih potong halus2..
kemudian masukkan air masak dan blender semuanya sehingga halus.
Selawat Nabi 3 kali dn minumlah...
In Syaa Allah...

Sumber : page pesan bonda