nurflix.tv

nurflix.tv

Shows, Podcast, Feed & more

21/06/2024

Bukalah hati anda dan saksikan sebuah program ilmiah, berjudul “Kisah Teladan & Nasihat Buat Hati”, sebuah penawar bagi jiwa yang ingin menegakkan jati diri dan membersihkan keimanan. Terbitan dan arahan oleh DarMedia.TV, dihoskan oleh tak lain, tak bukan, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, program istimewa ini adalah penyerlahan untuk masyarakat Muslim yang tertarik kepada ilmu agama dan moral yang mendalam, termasuklah kisah-kisah yang penuh teladan, di samping mengajak mereka mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Saksikan sekarang di Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

21/06/2024

Terokai keindahan al-Quran dengan tonton "Syoknya Tajwid", yang merupakan program pendidikan interaktif yang memperkenalkan ilmu tajwid, ilmu bacaan Al-Quran, dengan cara yang menghibur dan informatif. Terbitan dan arahan oleh Team MyQuran Academy, dihoskan oleh Ustazah Hazwani, pelajari tajwid-tajwid sekarang di Nurflix.tv!

Photos from nurflix.tv's post 21/06/2024

Ahli ilmu dan ahli ibadah memiliki keutamaan masing-masing. Rasulullah SAW pun menggambarkan kedudukan keduanya melalui sebuah perumpamaan yang diambil dari benda-benda langit.

Diriwayatkan dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda,

“Keutamaan ahli ilmu dibanding ahli ibadah sama seperti keutamaan bulan pada malam purnama dibanding bintang-bintang lainnya.” (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan lainnya dari Abu Darda)

Al-Hasan Al-Bashri berkata, “Orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang zuhud terhadap dunia, dan orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadah, dia menebar hikmah Allah, jika diterima niscaya dia memuji Allah, dan jika ditolak niscaya dia memuji Allah.”

Perumpamaan keutamaan ahli ilmu dengan ahli ibadah juga disebutkan dalam riwayat dengan redaksi berikut,

“Kelebihan ahli ilmu (‘alim) terhadap ahli ibadah (‘abid) adalah seperti kelebihanku terhadap orang yang paling rendah di antara kamu sekalian.”

20/06/2024

Tingkatkan ilmu dengan saksikan “Hadith Akhir Zaman”, sebuah program ilmu yang membincangkan tentang hadith-hadith yang menegaskan perkara atau tanda yang berlaku pada akhir zaman. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhluk pun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa sebelum tibanya Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Terbitan oleh Abd Rahman Hashim dan arahan Muaz Halim, yang dihoskan oleh barisan ulama-ulama terkenal, iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Ustaz Muhadir Haji Joll, Habib Najmuddin Othman Al-Khered dan Ustaz Haji Azian Man, saksikannya sekarang di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

20/06/2024

Nak cari animasi tentang sejarah Islam terdahulu? Jom ajak anak-anak untuk tonton animasi Muaz Muawwiz, sebuah Nurflix Originals kartun, menceritakan Muaz bin Amru dan Muaz bin Afra, iaitu dua sahabat Nabi Muhammad SAW yang terlibat dalam Pertempuran Badar dengan tujuan untuk membunuh Abu Jahal, salah satu musuh Islam yang paling menindas dan mencaci Islam di saat itu. Terbitan oleh Syah Mohamed dan arahan Muhamad Aiman, dibintangi pelakon suara Ahmad Syauqy bin Sulaiman, Akmal bin Zolkepli dan Muhammad Nabil Firdaus bin Zawadi, kini di Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

Photos from nurflix.tv's post 20/06/2024

Islam adalah agama yang mengajarkan akhlak yang luhur dan mulia. Oleh itu, banyak dalil al Quran dan as Sunnah yang memerintahkan kita untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjauhi akhlak yang tercela. Demikian p**a, banyak dalil yang menunjukkan pujian bagi pemilik akhlak baik dan celaan bagi pemilik akhlak yang buruk. Salah satu akhlak buruk yang harus dihindari oleh setiap muslim adalah sikap sombong.

Sikap sombong adalah memandang dirinya berada di atas kebenaran dan merasa lebih di atas orang lain. Orang yang sombong merasa dirinya sempurna dan memandang dirinya berada di atas orang lain. (Bahjatun Nadzirin, I/664, Syaikh Salim al Hilali, cet. Daar Ibnu Jauzi)

Haritsah bin Wahb Al Khuzai’i berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ

“Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong).“ (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).

Justeru, perlulah kita tingkatkan akhlak mulia kita dengan sentiasa bersifat mulia antara sesama sendiri sekaligus mengelakkan diri daripada terpesong ke arah sifat negatif. Syurga itu milik kita jika kita tidak keras, tamak dan takkabur. Sentiasalah menjaga akhlak tidak kira di mana jua keadaan. InshaAllah, kita bukanlah golongan penduduk neraka.

19/06/2024

Sinarilah hidupmu dengan menyaksikan program ilmu berkenaan dengan bulan Ramadan, iaitu “The Ayah of Ramadan”, menceritakan tentang isi-isi surah Al-Baqarah, yang merupakan surah kedua dalam Al-Qur'an, didalamnya terdapat petunjuk-petunjuk penting bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan mereka. Ayat-ayat ini memberikan petunjuk mengenai kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan serta hal-hal yang berkaitan dengannya. Terbitan dan arahan Bayyinah, yang dihoskan oleh Nouman Ali Khan, tontoni program ilmu yang berepisodkan 11 ini di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

19/06/2024

Jom saksikan “Lia”, sebuah Nurflix Originals, filem pendek yang menceritakan Lia, seorang gadis yang sedang menuntut ilmu di IPTA, menghadapi masalah dalam kehidupannya kerana sering tertekan oleh masalah kewangan yang timbul akibat bapanya yang gagal menyelesaikan hutangnya. Ini telah memaksa Lia mencari pekerjaan sampingan untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut, dan telah mengakibatkan Lia menjadi kurang tumpuan dalam pembelajarannya. Terbitan dan arahan Nurflix Originals, yang dibintangi oleh Ustazah Asni Mansor, Muhammad Fahmi Bin Azhar dan Umna, saksikannya sekarang di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

Photos from nurflix.tv's post 19/06/2024

Meyakini sepenuh hati bahwa keadilan Allah kepada semua makhluk-Nya didasarkan atas ilmu dan kebijakan-Nya yang sempurna sehingga menjadi putusan atau ketetapan-Nya. Siapapun tidak akan pernah melampaui atau mengurangi apapun keputusan Allah SWT.

Mensyukuri sifat al-‘Adl ( keadilan Allah SWT ) dengan terus memuji-Nya dan memperbanyak rasa syukur agar Allah SWT menganugerahi sikap adil kepada kita.

Semoga setelah mengetahui makna al-‘Adl sebagai sifat adil Allah SWT yang berlaku untuk semua makhluk-Nya, dapat menambah sikap kita agar banyak bersyukur dan memperbanyak ibadah kepada-Nya. Sebab, hal-hal tersebut bukan untuk Allah SWT, namun akan kembali kepada kita sendiri untuk mendapat syurga yang sangat dinanti-nantikan.

In shaa Allah, dengan mensyukuri setiap dugaan yang Allah berikan pada kita, kita akan lebih bertaqwa kepada Allah dan memohon agar Allah sentiasa menguatkan iman di hati kita..like, comment & share..semoga bermanfaat..

18/06/2024

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)

Tonton episod penuh “Musa Kalimullah” di Nurflix TV sekarang!

Saksikan kisah penuh keajaiban dan pengajaran dari Nabi Musa A.S. Serta, nantikan ketibaan Musa Kalimullah musim kedua yang lebih mendebarkan.

Boleh disaksikan melalui platform strim Nurflix Tv dan langganan percuma selama 7 hari. Tonton dan langgan sekarang!

18/06/2024

EKSKLUSIF PENERANGAN BAHAYA DADAH

Nantikan sebuah program ilmiah episod istimewa berjudul “Eksklusif Penerangan Bahaya Dadah", yang membicarakan tentang isu penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat dalam kalangan semua pihak, tidak kira umur dan jantina, di samping hakikat bahawa Nabi membenci benda yang boleh mengkhayalkan diri sendiri. Rasulullah SAW bersabda ( yang bermaksud) : "Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah haram.” (Riwayat Abu Daud no. 368, al-Tirmizi no. 1866, dan Ibn Majah no. 3393). Namun, orang ramai menggunakan dadah secara kompulsif walaupun akibatnya amat bahaya. Kerana kesannya amat kuat, mereka yang telah berhenti daripada mengambil bahan tersebut juga boleh kembali mengambilnya semula.

Terbitan dan arahan Nabawi.TV, dihoskan oleh Habib Muhammad Bin Alwi al Haddad, jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan anda tentang bahayanya penggunaan dadah dengan menonton rancangan "Eksklusif Penerangan Bahaya Dadah" pada hari Jumaat ini.

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

Photos from nurflix.tv's post 18/06/2024

Setiap insan tidak akan terlepas daripada melakukan dosa melainkan yang terselamat daripada melakukan dosa ini adalah para nabi dan para rasul. Justeru, menjadi kewajipan ke atas kita sebagai manusia biasa untuk sentiasa memohon keampunan kepada-Nya di atas setiap dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan.

Amalan soleh boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Adapun dosa besar, yang boleh menghapuskannya adalah amalan soleh berserta taubat. Oleh itu. semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan agama Islam. Semoga Dia juga mengampunkan dosa-dosa kita dengan amal soleh yang kita lakukan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Boleh like, komen & share kan kepada kenalan rapat dan orang sekeliling..semoga dengan share kan perkara baik, Allah ampunkan dosa-dosa kecil kita..amin..

17/06/2024

Mari sama-sama saksikan program ilmu “Kisah Kekasih”, di mana Habib Ali berkongsi tentang kisah kekasihnya Allah di dalam kitab-kitab Samawi tentang sifat santunnya Baginda, bagaimana alam semulajadi menyambut kelahiran Baginda, di saat Baginda di usia remaja, kesukaran yang dihadapinya ketika di dalam berdakwah, apa yang berlaku ketika perjanjian Hilful Fudhul dan tawaran harta kepada Rasulullah.

Terbitan DarMedia dan arahan Muhammad Syafiq, yang dihoskan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, saksikannya di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

Photos from nurflix.tv's post 17/06/2024

Jom ajak anak-anak anda belajar bahasa Turki sambil berhibur dengan rancangan animasi “Story & Lesson” yang diterbitkan oleh TV Rehber Turki. 10 episod baharu dengan sarikata Bahasa Melayu yang penuh dengan cerita yang menghiburkan.

Tonton “Story & Lesson,” dengan episod baharu iaitu GANDUM YANG TIDAK BERKURANG, PEDAGANG YANG TAMAK dan TANGAN YANG MEMBERIKAN ROTI.

Jom daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv okay!

17/06/2024

Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai ‘Eidul Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.

Dalam rukun Islam kelima, semua umat Islam yang berkemampuan diwajibkan mengerjakan haji ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya ‘Eidul Adha kerana ia menawarkan peluang kepada mereka untuk mendalami iman mereka, mencari kedekatan dengan Allah, dan menyatakan belas ihsan terhadap orang lain, merangkumi ajaran dan nilai Islam.

Salam Menyambut ‘Eidul Adha daripada Team Nurflix! ❤️✨

16/06/2024

Salam Takziah & Al-Fatihah
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Syed Mohamed Tahir Syed Hamzah Jamalullail, bapa kepada Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam di kalangan orang-orang yang beriman.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Ikhlas Daripada : Nurflix Production SDN BHD

16/06/2024

Ayuh bersama Maulana Ihsan Abu Bakar, seorang Ketua Bahagian Pengajian Kitab (A’lim) di Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum menceritakan tentang sifat harus para Rasul iaitu BERSIFAT MANUSIA di dalam kitab Risalah Tauhid.

Jom tonton lebih 40 episod dari 5 kitab Turath yang telah diterbitkan dan tambahan lagi 7 kitab sebanyak 164 episod yang akan datang. Program ini boleh disaksikan melalui platform strim Nurflix Tv dan langganan percuma selama 7 hari. Tonton dan langgan sekarang!

Photos from nurflix.tv's post 16/06/2024

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad S.A.W mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).”

15/06/2024

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang memiliki harta mampu untuk berkorban tetapi tidak berbuat sedemikian, maka mereka tidak boleh mendekati tempat solat kami.” Justeru, manusia amat digalakkan untuk melakukan amalan ibadah korban, kerana tiada amalan yang lebih baik dilakukan pada hari raya korban melebihi ibadah korban itu sendiri.

Jom bukakan hati anda dan saksikan sebuah program ilmiah, berjudul “Peristiwa Raya Haji”, sebuah episod khas bagi mereka yang ingin meningkatkan lagi keimanan dan ilmu terhadap sejarah Islam yang berkenaan dengan ibadah Haji. Dihasilkan oleh DarMedia.TV, dihoskan oleh tak lain, tak bukan, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, program istimewa ini adalah penyerlahan untuk masyarakat Muslim yang tertarik kepada ilmu agama dan moral yang mendalam.

Mari bergabung dengan Nurflix dalam memperkuatkan pengetahuan dan kejiwaan diri dengan “Peristiwa Raya Haji”. Akan ditayangkan pada Jun 2024 di Nurflix tv, daftar sekarang and perolehi 7 hari percuma untuk tontonan di platform!

15/06/2024

Ayuh bersama Al-fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree yang merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah Nurflix membincangkan tentang adab ketika mendirikan solat iaitu TAKBIR di dalam kitab Bidayah Al-Hidayah.

Jom tonton lebih 40 episod dari 5 kitab Turath yang telah diterbitkan dan tambahan lagi 7 kitab sebanyak 164 episod yang akan datang. Program ini boleh disaksikan melalui platform strim Nurflix Tv dan langganan percuma selama 7 hari. Tonton dan langgan sekarang!

Photos from nurflix.tv's post 15/06/2024

Perkataan korban berasal daripada perkataan arab iaitu qurban. Kata akarnya ialah qaraba bererti dekat dan hampir. Maka dapatlah kita fahami bahawa ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mengerjakan perintah-Nya dengan taat dan sabar.

Selain itu, makna sebenar sebuah pengorbanan bukanlah bererti ia membiarkan dirinya hidup terseksa tetapi sebenarnya bertujuan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Kebanyakan masyarakat kita salah dalam memahami erti pengorbanan.

Justeru, kita sangat dituntut dan digalakkan melakukan ibadah korban ini kerana ia adalah sunat muakkad dan ganjarannya sangat besar sekali terutama bagi orang-orang yang mampu dan menepati syarat-syarat berkorban. Firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar ayat 2 bermaksud: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur)”.

14/06/2024

Jom saksikan “Ali Sabili”, sebuah Nurflix Originals yang mengikuti kehidupan Ali dan Tad, dua lelaki dari berbeza latar belakangnya dalam perjalanan mereka mencari erti kehidupan. Terbitan dan arahan Mawi, yang dibintangi oleh Mawi, Maulana Helmi, Johan As’ari, Along Cham dan ramai lagi di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

14/06/2024

Mari sama-sama saksikan episode “Ulat Buku” dalam program ilmu “Senandung Ehsan”, episode yang menceritakan tentang kekurangan membaca membuatkan akal kita tidak mampu berfikir secara kritikal. Akal yang baik adalah akal orang yang gemar membaca. Membaca merupakan kunci utama menuju ilmu, dan ilmu menjadi imam, sementara amal menjadi makmum. Terbitan Novarts Production dan arahan Azalinor Abdul Rahman, yang dihoskan oleh Suffian Amrin, Idzhar Jumali, Azahari Abdul Rahman, Ahmad Zuhaidi Abd Aziz, Azalinor Abdul Rahman dengan tetamu khas pada setiap episode di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

14/06/2024

PART 3 | Ingat tak dulu dekat sekolah, waktu datangnya raya haji. Mesti cikgu akan buat test q&a untuk kita jawab soalan-soalan berkaitan dengan ibadah qurban. Cikgu tu p**ak kadang-kadang dia tanya random je. Kita tau apa jawapan tapi disebabkan random punya soalan sampai salah jawab😂

Haa sama lah situasi macam admin bagi challenge dekat team-team Nurflix..macam-macam jawapan keluar..bila dah habis challenge tu, bila tanya balik dapat je diorang jawab😁

Jom kita tengok gelagat diorang, pecah perut jugak admin tengok dari belakang kamera🤣..

Korang kalau ada idea challenge yang padu-padu boleh drop kat komen Bawah ni ye..nanti kita tengok challenge korang tu senang or susah untuk diorang ni jawab..

Jangan lupa like, comment & share tau..semoga bermanfaat untuk korang semua okey, and boleh jadi check list jugak untuk korang prepare sebab Isnin ni kan dah raya..😘

13/06/2024

Jom saksikan “Light & Love”, sebuah Nurflix Originals dengan genre drama konflik kehidupan sebagai seorang Muslim, hanya ‘cahaya’ dan ‘cinta’ mampu menerangkannya semula. Terbitan Saiem Muhammad dan arahan Aliff Ihsan Rahman, yang dibintangi oleh Fitri Haris, Akmal Ahmad, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan ramai lagi di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

&love

13/06/2024

PART 2 | Semalam kita dah tengok team perempuan buat challenge.. Now kita tengok team lelaki p**ak.. Jom kita tengok diorang dapat jawab or tak berkaitan dengan perkara sunat ketika korban..

Admin tau diorang semua boleh jawab..tapi disebabkan nervous punya pasal..semua dalam kepala hilang😅

Nak admin buat video soalan apa lagi dekat diorang? Boleh comment kat bawah okey🤗jangan lupa like, comment & share tau❤️..

12/06/2024

Jom saksikan “Artificial Intelligence”, sebuah dokumentari istimewa, hasil kerjasama dengan USIM, membentangkan perkembangan dalam teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Dapatkan pandangan daripada pakar-pakar terkemuka, cendekiawan, dan tokoh-tokoh agama. Terokai ancaman dan peluang AI dalam format yang ringkas. Arahan Dailami Izzul dan terbitan Syah Mohamed, yang dibintangi oleh Prof. Ts. Dr Norita Binti Md Norwawi, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, Dan Saudara Haziq Rahim di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

12/06/2024

Jom saksikan “The Call”, sebuah doku-drama tentang insan mencari hidayah dan perjalanan jerih perih seorang muslim mualaf, sebelum dan selepas memeluk Islam. Arahan Elman Wafi dan terbitan Yasin Sulaiman, yang dibintangi oleh Yasin Sulaiman, Altimet, Brian Iman dan ramai lagi di aplikasi Nurflix.tv!

Daftar sekarang dan nikmati streaming percuma selama 7 hari di Nurflix.tv!

12/06/2024

Korang korang, jom tengok challenge dari Nurflix ni. Lagi beberapa hari je ni nak raya haji dah..Admin cabar team Nurflix untuk jawab soalan pasal raya korban. Jom kita tengok gelagat masing-masing and korang rasa-rasa diorang dapat tak jawab..tengok sampai habis okey..then penghujung video akan ada jawapan yang tepat untuk soalan yang admin tujukan pada team Nurflix..semoga bermanfaat..

Korang pun boleh komen idea and challenge yang korang nak team Nurflix buat..banyak-banyak pun takpa..kami okey..

Jangan lupa ye untuk like, share biar semua dapat manfaat yang sama!

Videos (show all)

NAMA-NAMA LAIN BAGINDA SAWJangan lupa, bersama Ustaz Bashir Mohamed Al-Azhari dalam siri TERBARU pengajian kitab Nur Al-...
TA’LIM - Fadhail Amal
Dah bersyukur kita pagi ni? Sebutkan Alhamdulillah. Dengarkan siri nasihat Ustazah Asni Mansur di Wardah (Kapsul Wanita)...
SYUKUR (Kapsul Wanita)
KITA HAMBA
Saksikan siri terbaru  “The Fist of Freeman” di Nurflix.tv.Siri pertama yang kami bawakan khas dari Penerbitan Palestin,...
Episod 7 : Siri Yaqut Al-Nafis (Solat).BERAPA SEBENARNYA RUKUN SOLAT ?Pada episod kali ini, Ustaz Hazim Haznan membincan...
JEMAAH HAJI 10 TAHUN LEPAS LEBIH TINGGI MUJAHADAHNYA  BERBANDING SEKARANG Mari bersama Dato Haji Md Daud Che Ngah (Manta...
Episod 6 : Siri Nur Al-Uyun. Pada episod kali ini Ustaz Bashir Mohamed Al-Azhari akan membincangkan tentang ekspedisi pe...