Group 11 Penghayatan Etika Dan Peradaban -A211
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Group 11 Penghayatan Etika Dan Peradaban -A211, Education, .
kump**an 11
1. adam zikri bin zambri 288878
2. Nur Athirah binti Che Aznan (287058)
3. Ainon Nabilah Binti Rosli (284440)
4. Nurul Syafiqah Binti Abdul Aziz 284690
5. Muhammad Daniel Qawiem Bin Zulkafli 286060
6. Norfazlin binti Abd Rasid 288796
7. Nur Faqihah Binti Kamarzaman 288842
8. Ong Yen Ying 286727
9. Puteri Nur Izzati Binti Yusnizam 288882
10. Kenneth a/l Bernard 284514
11.Khaw Pei Ling 285933
Khaw Pei Ling 285933
Pengaruh ICT Ke Atas Kesepaduan Nasional
Pada era globalisasi ini, pembinaan kesepaduan nasional sekali gus ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT), terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital. Ianya telah menular dalam setiap lapisan masyarakat dan generasi, termasuk di Malaysia. Dari satu segi, ICT merapatkan jurang komunikasi, namun tiada satu institusi sejagat yang mengawal perkembangan ini, menjadikannya seperti digital jungle. Fake news melalui media sosial seperti Facebook adalah satu conto h yang sangat dirisaukan oleh kerajaan dan orang awam. Oleh sebab itu, upasan mengenai pros & cons mengenai ICT, budaya digital dan disiplin dalam kalangan pengguna ICT perlu diwacanakan.
Bagi evolusi dan penglobalan teknologi, teknologi sentiasa berevolusi dari IR1.0 (teknologi berasaskan wap) hinggalah IR4.0 (Internet of Things) dalam pelbagai bidang kehiduapan. Pautan video ini dapat mengimbau evolusi teknologi. Di negara kita p**a,kerajaan komited dengan pembangunan ICT di negara ini dan inginkan bangsa Malaysia sebagai satu masyarakat berasaskan pengetahuan pada tahun 2020. Satu peruntukan khas untuk pembangunan ICT di negara ini telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995) dan Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000). Malah Bahagian Pertama, Prinsip Rukun Negara telah menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk antaranya ialah membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Dalam konsep teknologi maklumat dan komunikasi(ICT), Menurut CI0 (2020), ICT merujuk kepada infrastruktur dan komponen teknologi yang membolehkan pengkomputeran moden pada hari ini. Tiada satu definisi khusus ICT tetapi terma yang diterima umum tetapi ia boleh ditafsirkan sebagai semua peranti komputer, komponen rangkaian kerja, aplikasi dan sistem yang digabungkan yang membolehkan manusia dan organisasi berinteraksi dalam dunia digital.
Bagi hubungan manusia dan teknologi, ICT adalah satu alat untuk meningkatkan produktiviti kerja rutin manusia sekali gus berupaya mengurangkan beban kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Komunikasi semakin berkesan dan cekap dan pantas yang boleh menghubungkan manusia dengan manusia, manusia dengan organisasi atau organisasi dengan organisasi tanpa batasan masa dan lokasi. ICT banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia dan pada masa yang sama telah menyumbangkan hubungan sosialisasi sesama manusia. Dengan mengambil contoh, ICT telah membantu anda sebagai pelajar di university dengan membantu pelajar mendapat maklumat yang lebih lengkap dan sempurna.Selain itu,membantu pelajar mendapat maklumat dengan lebih cepat.Manfaat lain ialah ICT membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan selain apa yang belajar dalam kelas. Tiga kesan negatif ICT kepada kehidupan harian kita ialah mengakibatkan remaja terkini ketagih ke internet dan terus menjejaskan pelajaran meraka.Kesan negative yang kedua ialah pelajar akan menjadi tidak disiplin kerana tidak bolehmenguruskan masa dengan baik. Kesan negative ketiga ialah pelajar akan menerima fake news dan sikap dan moral mereka mungkin terjejas sebab masih tidak matang. Mengikut kajian penggunaan Internet di kalangan rakyat di negara kita oleh SKMM dalam tahun 2020,orang yang berada dalam umur 20 hingga 24 tahun mempunyai kadar penggunaan internet yang paling tinggi.Sebanyak 54.3% pengguna internet adalah lelaki,manakala sebanyak 45.7% pengguna internet adalah perempuan pada tahun 2020.Pada tahun 2018, terdapat lebih banyak pengguna internet lelaki berbanding perempuan tetapi hal ini telah terbalik pada masa tahun 2020.
Aktiviti Utama dalam talian oleh rakyat Malaysia masing-masing adalah98% (Text Communication) , 93% (Social media) , 64% (Financial transcation) , 81% (voice atau voice communication), 87% (video) , 43% (Gaming), 65% (music) ,68% ( oonline reading) , 64% (online shopping).Data ini telah menunjukkan jumlah jam rakyat negara menghabiskan masa dalam talian, 2020 adalah kebanyakan 5 hingga 12 jam.Dalam data aplikasi rangkaian media sosial dan komunikasi,facebook mempunyai data paling tinggi manakala Linkeldn adalah paling rendah.Bagi applikasi konunikasi p**a, Whatsapp merupakan data yang paling tinggi.
Bagi ETIKA DAN PERADABAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), Peraturan 1: Ingat komunikasi sesama manusia..Peraturan 2: Ikuti piawai kelakuan atas talian seperti yang anda ikuti dalam kehidupan sebenar.Peraturan 3: Ketahui di mana anda berada di dunia siber.Peraturan 4: Hormati masa orang lain. Bagi agama Islam dan akhlak berkomunikasi, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” kata dalam (Surah al-Hujuraat 49:6) .Response saya untuk menghentikannya ialah melaporkan kepada pihak berkenaan.
Bagi TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)TAPAK PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL, Secara umum kita perlu lihat saranan berikut jika ingin menjayakan ICT sebagai satu tapak pengukuhan kesepaduan nasional:Cara bertutur;Cara berkongsi;Cara menasihati;Cara berdebat;Cara menonjol diri;Cara meletak gambar;Cara berbudi;Cara menghormati orang tua;Cara menyayangi orang muda;Cara menyantuni etnik berbeza;Cara hidup normal sebagai manusia; dan Cara mengurus privasi diri. Bagi ISU SEMASA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) , Antara isu semasa yang boleh diperbincangkan ialah Jurang sosial dalam keluarga akibat kesibukan melayari ICT.ICT dalam urusan perniagaan seperti mata wang digital.Penyebaran fitnahPencerobohan hak privasi dan perkongsian data dan salah guna data.Pengintipan dan peperangan tanpa tentera.Gejala sosial remaja. Saya tidak Pernah mencuba aplikasi ToonApps dan Reface.
Kesimp**annya, ICT merupakan realiti kehidupan masa kini.ICT mampu digerakkan untuk menjadi agen kebaikan terbaik.ICT juga seringkali disalah guna untuk kepentingan peribadi, organisasi dan politik di seluruh dunia.ICT perlu dipelajari, dikuasai dan dimanfaatkan untuk kebaikan manusia.ICT perlu diurus dengan penuh beretika dan meneraju peradaban manusia masa hadapan khususnya di Malaysia.Kita perlu sentiasa bijak menggunakan teknologi supaya negara aman dan sejahtera.
ULASAN BAB 7 : PENGARUH ICT KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL
NAMA : KENNETH A/L BERNARD
NOMBOR MATRIK : 284514
KUMPULAN : 11
Dari bab 7 yang telah diulang kaji, saya dapat mengulaskan beberapa pekara teantang ICT yang telah dihuraikan. Yang pertama, ICT telah dikenalkan di Negara Malaysia pada anggaran tahun 1960 hingga 1980. Dengan itu, ICT di Negara Malaysia dibangunkan dengan perlahan pada setiap hari hingga pada masa kini. Negara Malaysia pada zaman kini telah banyak berubah dan adalah antara Negara yang maju dengan kegunaan ICT yang dipakai guna. Pada zaman kini juga, pengunaan internet adalah seperti kita makan nasi kerana tanpa internet sehari boleh membuatkan seseorang tersebut menjadi gila kerana setiap kerja ataupun masa lapang kita perlukan internet untuk berkomunikasi dan mengisi masa lapang kita dalam dunia baru. Selain itu, komunikasi secara bersemuka telah dikurangkan disebabkan oleh situasi yang dihadapi oleh setiap Negara di dunia ini dan cara berkomunikasi antara satu sama lain adalah dalam cara begini.
Dengan adanya cara begini, sekarang kita dapat mengenali orang dari pelbagai tempat seperti Negara lain dan penduduk yang berjauhan. Namun begitu, bukan semua yang dilihat dalam internet adalah betul. Banyak orang yang tidak dikenali dinasihati untuk tidak member informasi peribadi kerana dalam alam seperti boleh berlaku pelbagai aktiviti seperti memeras ugut, atau mecuri duit dari bank peribadi. Penggunaan ICT boleh membawa keuntungan dan kerugian masing-masing. ICT dalam pengunaan komunikasi haruslah bewar-warkan mengikut kesesuaian diri dan mengambil faedah yang baik daripada berikut. Antara contoh kita boleh mengeratkan hubungan keluraga yang berjauhan dengan menghubungi meraka setiap hari dan menghantarkan mesej dalam telefon bimbit yang cepat berbanding cara lama iaitu menghantar surat.
Seterusnya, dengan kemajuan ICT yang masih dibangunkan telah membuka minda kepada ramai orang tentang mata wang digital. Pada zaman sekarang, hendak makan di kedai tetapi tidak membawa dompet bukan masalah yang serius kerana banyak cara kita dapat membayar makanan dan minuman kita secara atas talian. Kita tidak perlu risau tentang dompet yang kosong asalkan ada duit dalam bank. Banyak aplikasi yang telah dikeluarkan untuk kita mengunakannya seperti aplikasi “TOUCH N’ GO”, “MAYBANK 2U” dan banyak lagi. Kita dapat mengumpulkan ganjaran juga dalam aplikasi ini untuk memberikan hadiah yang menarik kepada kita. Bukan itu sahaja, kita boleh membeli belah dalam atas talian yang kini banyak orang yang menggunakannya untuk membeli barangan yang diperlukan kerana ramai orang tidak boleh keluar dari rumah disbabkan oleh pandemik yang telah dilanda di dunia ini pada masa sekarang. Selain itu, mata wang digital sedang menjadi pop**ar pada masa ke semasa. Pernahkah dengar tentang Bitcoin dan Ethereum? Mereka adalah bentuk wang digital yang masih sedang diuji dan Berjaya untuk dipakai oleh ramai orang. ICT pada tahun yang akan datang member impak yang sangat baru kerana pekara seperti ini tidak diketahui pada 10 tahun yang lalu. Seterusnya, semua yang disebarkan dalam internet adalah benar kerana penyebaran fitnah juga telah meningkat untuk mencipta cerita palsu yang bukan – bukan. Setiap orang haruslah mengetahui pekara yang hendak dipaparkan dalam atas talian dan tidak menyebarkan cerita palsu atau fitnah. ICT telah banyak membantu kita dalam pelbagai cara dan harap kita tidak meyalah pakai kemudahan yang telah diberikan. Setiap orang memainkan peranan untuk menjaga dan meningkatkan kemudahan ICT dalam dunia ini untuk mencipta suasana yang meriah dan sesuatu yang baru untuk diterokai.
Nama : PUTERI NUR IZZATI BINTI YUSNIZAM
Matrik No : 288882
Tajuk : PENGARUH ICT KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL
Globalisasi pada hari ini merujuk kepada dunia yang tidak lagi mempunyai sempadan. Ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki pelbagai maklumat dari pelbagai jenis sumber di seluruh dunia melalui sumber ICT dan juga media. Perkembagan teknologi semasa seperti Internet, Instagram, Facebook, applikasi Digital dan sebagainya memberi kesan yang sangat mendalam kepada pelbagai lapisan masyarakat yang hidup di dalam dunia ini. Segala aspek kehidupan manusia, termasuk bahasa menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu perkara yang menunjangi perubahan arus perdana dunia siber ini ialah teknologi maklumat . Teknologi maklumat mula bertapak di Malaysia menjelang era 90-an. Kini, teknologi sudah mampu berdiri teguh membentuk satu revolusi yang baru di negara ini. Aspirasi kerajaan memberi satu pendekatan baru yang lebih maju dan mampu bergerak seiring dengan arus persaingan pada alaf baru ini.
Apabila membicarakan perkara berkaitan teknologi maklumat, tanpa disedari perubahan budaya baharu yang dicetuskan oleh revolusi teknologi maklumat dan ledakan pengetahuan yang disertai oleh pengaruh globalisasi yang membawa idea liberalisasi budaya dan bahasa yang berubah pada zaman ini. Evolusi yang terdapat pada hari ini pada mulanya hanyalah sebuah satelit yang mengubah segalanya. Ianya banyak membantu penduduk dalam memudahkan urusan mereka. Selain itu, perubahan media massa dan teknologi komunikasi amat penting dalam mencorakkan generasi pada zaman sekarang. Tidak menafikan kesan positif yang dibawa arus kemajuan teknologi maklumat hari ini, tetapi begitu bimbang dengan ancaman yang berlaku ke atas sistem bahasa Melayu kesan daripada penggunaan teknologi tersebut. Namun begitu, banyak perkara yang berlaku dalam masyarakat bahasa tersebut mula diancam.
Terdapat kesan positif dan negatf dalam arus pemodenan ini. Antara kesan yang nyata dapat dilihat ialah hubungan manusia dan teknologi yang memberi kesan yang nyata. ICT merupakan satu alat yang meningkatkan produktiviti untuk rutin kerja harian. Di samping itu, ICT juga dapat meningkatkan hubungan dan cara berkomunikasi antara individu dan individu serta individu dan organisasi. Seterusnya, ianya dapat memberi maklumat dengan pantas dan dapat menjimatkan masa dalam memcari sesuatu perkara atau maklumat. Antara berikut merupakan kesan positif ICT dan perkembangan hidup manusia. Namun begitu terdapat kesan negatif yang amat memburukkan keadaan bagi kehidupan manusia seperti sebaran maklumat palsu, jenayah siber dan buli siber yang memberi ksan yang mendalam kepada aktiviti harian manusia. Kesimp**annya, penggunaan ICT dalam kehidupan manusia amat penting namun penggunaan yang tepat perlu dititikberatkan supaya segala perkara yang negatif dapat dielakkan untuk kehidupan yang harmoti. Nilai etika dalam diri perlu diterapkan dengan sempurna bagi membolehkan masyarakat dapat hidup dengan bahagia di samping penggunaan media ICT yang betul.
NORFAZLIN BINTI ABD RASID
288796
BAGAIMANA ICT TELAH MEMBANTU ANDA SEBAGAI PELAJAR DI UNIVERSITI?
- Terdedah dengan informasi atau berita dari luar negara
Pandangan dan pendapat lebih luas. Sekaliigu,dapat mendidik diri untuk berfikiran dengan lebih kritis dan memberi pendapat yang lebih kompleks tentang sesuatu perkara.
Penyeliidkan, kertas kerja tidak hanya terhad kepada sumber dari negara Malaysia, tetapi meluas dari negara lain dan institusi yang pelbagai. Ini dapat menjadikan kajian pelajar lebih kompleks dengan rujukan dari pelbagai sumber.
- ‘Paperless’
Kemajuan ICT membolehkan pelajar untuk mengurangkan penggunaan kertas sekaligus menjadi inisiatif menyelamatkan Bumi. ‘go green’. Semenjak penularan COVID 19 dan pembelajaran atas talian di Malaysia, semkain ramai pelajar menggunakan peranti seperti iPad. Nota- nota berkaitan tidak perlu dicatat di kertas lagi. Buku- buku rujukan boleh diakses banyak di internet. Tiada lagi buku-buku tebal, segalanya disimpan secara ‘cloud’ dan pelbagai fungi dan apikasi
- Waktu belajar yang fleksibel
Pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Selain itu, sesi pembelajran yag direkoda membolehkan pelajar untuk menonton atau mendengar semula untuk meningkatkan kefahaman dan memudahkan proses mengulang kaji subjek tertentu.
KESAN NEGATIF KEPADA KEHIDUPAN HARIAN DENGAN PENGGUNAAN ICT
- Berita Palsu
Penyebaran berita palsu yang berleluasa menjadikan masyarakat tertanya-tanya tentang kesahihan informasi tersebut. Ini merosakkan kualtii kredibiliti sesuatu perkara atau informasi itu.
- Terlalu bergantung kepada peranti
Masyarakat seperti tidak boleh melepaskan gajet mereka. Sebagai contoh, pelajar, mereka berkemungkinan terlepas peluang atau ketinggalan dalam sesuatu perkara dan menimbulkan masalah lain. Perkara ini secara tidak langsung dapat memberi kesan kepada kehidupan dan penyakit seperti kegelisahan ‘anxiety’
- Kemudatan kepada kesihatan
Meluangkan masa menghadap gajet memudaratkan keishatan. Sebagai contoh, duduk terlalu lama menghadap komputer memberi kesan kepada postur badan dan mungkin menyebabkan penyakit skoliosis. Selain itu, tabiat ini juga menyumbang kepada ketegangan mata ‘eye strain’ sehingga ada yang memerlukan cermin mata dalam hidup mereka.
Nama : Ong Yen Ying
No Matrik : 286727
Pembinaan perpaduan negara dan peradaban yang pelbagai ini, Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), atau lebih dikenali oleh masyarakat sebagai internet, Facebook, Whatsapp, Instagram, Telegram dan sebagainya. Hal ini telah menular ke semua lapisan masyarakat termasuk di Malaysia. Pada tahap tertentu, ICT telah merapatkan jurang komunikasi, tetapi tiada satu agensi pun mengambil tujuan am untuk mengawal perkembangan ini hingga menyebabkan ICT ini menjadi semakin tidak mampu dikawal. Pada masa yang sama, ICT boleh menjadi kawan dan lawan atau positif dan negatif. Sebagai contoh, penularan berita palsu melalui media sosial seperti di Facebook adalah salah satu contoh yang amat membimbangkan oleh pihak kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, semua pihak diharapkan supaya mempunyai kefahaman etika penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan peradaban Malaysia. Kebaikan dan keburukan budaya digital dan disiplin ICT dalam kalangan pengguna ICT perlu dibincangkan.
Objektif pembelajaran bagi pengaruh ICT ke atas Kesepaduan Nasional ialah memahami ICT sebagai penggerak kesepaduan nasional di Malaysia. Pada pendapat saya, kemajuan teknologi maklumat pada masa ini harus digunakan dengan cara yang baik terutamanya dalam menyampaikan maklumat. Hal ini demikian kerana dapat ICT dapat menyemai perpaduan antara kaum di Malaysia agar rakyat negara ini dapat hidup secara harmoni dan mengelak darpada berlakunya prasangka di kalangan rakyat. Secara umumnya, jika kita menggunakannya untuk kebaikan, maka ianya akan membawa kebaikan kepada kita, manakala jika menyalahgunakan ICT ini, maka akan membawa keburukan kepada kita. Selain itu, saya berpendapat bahawa perkembangan teknologi maklumat ini iaitu ICT telah menyebarkan banyak berita palsu, isu – isu yang tidak tepat dan bukan daripada sumber – sumber sebenar sehingga telah melibatkan sentiviti etnik. Seterusnya, kebanyakkan masyarakat pada hari ini terlalu ketagih dengan paparan skrin telefon bimbit sehingga menyebabkan mereka lupa cara membuat penilaian baik atau buruk terhadap perkara yang tersebar di alam siber. Oleh itu, penyebaran maklumat – maklumat palsu melalui teknologi maklumat ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia ini.
Hasil pembelajaran bagi pengaruh ICT ke atas Kesepaduan Nasional ialah dapat menghuraikan hubungan manusia dan teknologi. Hubungan antara manusia dan teknologi ini dapat ditemukan dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Manusia tidak penah lepas dari teknologi. Hal ini tidak terlepas dari peranan manusia dalam menciptakan teknologi. Perkembangan teknologi baru adalah simbol dari titik faktor kemajuan peradaban manusia yang merupakan perkembangan teknologi dari segala usia, kerana manusia perlu mempelajari dan menggunakan teknologi itu sendiri jika tidak ingin dikatakan ketinggalan zaman. Alat teknologi masa ini canggih, tetapi di masa lalu alat komunikasi dan alat teknis sederhana terbatas, membuat komunikasi jarak jauh tidak mungkin dilakukan. Teknologi dan manusia tidak dapat dipisahkan, manusia akan selalu membutuhkan teknologi karena teknologi telah membawa manfaat yang luar biasa bagi kehidupan manusia. Selain itu, hasil pembelajaran yang kedua ialah membincangkan etika dan peradaban dalam penggunaan ICT. Peradaban pada manusia tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan dan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi serta ilmu pengetahuan akan memberi wawasan keilmuan, sosial dan budaya yang dapat membentuk peradaban manusia. Hampir semua tentang manusia dan kehidupannya selalu berhubungan dengan komunikasi. Sebagai contoh, dimulai dari komunikasi dari mulut ke mulut, media cetak, television, radio, dan telefon dapat dikatakan bahawa perkembangan teknologi komunikasi tersebut juga merupakan perkembangan teknologi.
Kesimp**annya, perkembangan teknologi baru adalah simbol dari titik factor kemajuan peradaban manusia yang merupakan perkembangan teknologi dari segala usia, kerana manusia perlu mempelajari dan menggunakan teknologi itu sendiri jika tidak ingin dikatakan ketinggalkan zaman.
NAMA:NUR FAQIHAH BINTI KAMARZAMAN
NO. MATRIC:288842
ULASAN BAB 7: PENGARUH ICT KEATAS KESEPADUAN NASIONAL
Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus 'peradaban majmuk' Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT), terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital.
Kefahaman mengenai etika dalam penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan peradaban di Malaysia sangat diperlukan oleh semua pihak.
Kupasan mengenai pros & cons mengenai ICT, budaya digital dan disiplin dalam kalangan pengguna ICT perlu diwacanakan.Kerajaan komited dengan pembangunan ICT di negara ini dan inginkan bangsa Malaysia sebagai satu masyarakat berasaskan pengetahuan pada tahun 2020 Satu peruntukan khas untuk pembangunan ICT di negara ini telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995) dan Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000)
Malah Bahagian Pertama, Prinsip Rukun Negara telah menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk antaranya ialah membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden ICT adalah satu alat untuk meningkatkan produktiviti kerja rutin manusia sekali gus berupaya mengurangkan beban kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan.Komunikasi semakin berkesan dan cekap dan pantas yang boleh menghubungkan manusia dengan manusia, manusia dengan organisasi atau organisasi dengan organisasi tanpa batasan masa dan lokasi ICT banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia dan pada masa yang sama telah menyumbangkan hubungan sosialisasi sesama manusia.
Di sini kita dapat lihat beberapa Platform Bentuk Ancaman Media sosial ( Instagram, FB, Tumblr, Wechat) Buli Siber Antun ( Grooming) Seksual Kecurian Identiti Komuniti yang tidak selamat dan berbahaya - Pengaruh Negatif Aplikasi sembang atau komunikasi (WhatsApp, FB Messenger, Wechat) " Sexting" Buli Siber Antun Seksual Komuniti yang tidak selamat atau berbahaya Pornografi Audio dan video ( Joox, Soundcloud, Sportify, Youtube, Sanpchat, Bigo): Pelanggaran hak cipta : Pornografi : Buli Siber : Antun Seksual E-mel : Penipuan : " Phishing": Virus/Perisian hasad Permainan dan aplikasi : Ketagihan Internet : Perjudian dalam talian : Virus/Perisian haram.
Secara umum kita perlu lihat saranan berikut jika ingin menjayakan ICT sebagai satu tapak pengukuhan kesepaduan nasional,cara bertutur,cara berkongsi,cara menasihati,cara berdebat,cara menonjol diri,cara meletak gambar,cara berbudi,cara menghormati orang tua,cara menyayangi orang muda,cara menyantuni etnik berbeza,cara hidup normal sebagai manusia dan cara mengurus privasi diri.
Muhammad Daniel Qawiem Bin Zulkafli 286060
Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) keatas Kesepaduan Nasional
Pada zaman sekarang ini telah berlaku banyak perubahan dalam kehidupan manusia berbanding zaman dahulu. Setiap hari, pelbagai ciptaan baharu berpunca daripada inovasi teknologi. Kemajuan teknologi maklumat masa kini telah membawa banyak faedah kepada masyarakat khususnya dalam aspek penyampaian maklumat. Penggunaannya sangat meluas dan tidak terhad. Bukan sahaja penghantaran maklumat, tetapi juga pelbagai alat dan sumber teknikal untuk mencipta, menyebarkan, menyimpan, mengumpul dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Semuanya pasti ada kekurangannya.ICT juga boleh menjadi kawan dan lawan, positif dan negatif, membina dan merosakkan. Perkembangan teknologi maklumat ini telah membawa kepada banyak berita palsu.Berita-berita tidak tepat dan sensitif perkauman yang tidak datang dari sumber yang benar ini telah menjejaskan rakyat negara ini. Kebanyakan orang sangat terpengaruh dan percaya dengan apa yang mereka lihat pada paparan telefon sehingga mereka lupa untuk membuat sebarang penilaian sama ada ia baik atau buruk. Teknologi adalah alat yang dicipta oleh manusia, direka untuk menjadikan kerja manusia lebih mudah, lebih cepat, dan lebih cekap, supaya kehidupan menjadi lebih bermakna dan produktif. Terdapat keperluan besar untuk teknologi, terutamanya kerana ia digunakan untuk memudahkan komunikasi jarak jauh.
Di samping itu, terdapat ancaman siber kepada masyarakat melalui media sosial, audio dan video, permainan dan aplikasi, aplikasi sembang atau komunikasi, dan e-mel. Aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, dan Twitter sangat pop**ar pada masa kini, menjadikan kita terdedah kepada ancaman siber. Ancaman siber seperti ini berniat jahat oleh mana-mana pihak yang ingin memecahkan maklumat peribadi. Pelbagai kes seperti kecurian identiti, buli siber, dan pornografi berlaku dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, terdapat lagi kes-kes pelanggaran hak cipta, ketagihan Internet, perjudian Internet, mesej teks lucah, penipuan dan sebagainya. Penipuan adalah ancaman siber terbesar hari ini. Kita sering melihat banyak kes sebegini di kaca TV, kerana jumlah rasuah selalunya melibatkan angka yang sangat tinggi.
Tidak dapat dinafikan bahawa pada zaman ini, piawaian moral yang menyeluruh adalah penting untuk mengawal manusia. Selain itu, pada masa ini terdapat isu ICT seperti jurang sosial dalam keluarga yang disebabkan oleh kesibukan melayari ICT. Apabila tiada lagi interaksi sosial yang melibatkan pertemuan bersemuka, perbualan, bersalaman dan sebagainya, kewujudan ICT menggugat agenda solidariti Aidilfitri. Jika amalan ini berterusan, membimbangkan sama ada interaksi sosial ini akan hilang dan hilang suatu hari nanti, dan secara tidak langsung menjejaskan persahabatan keluarga dan masyarakat. Jangan lupa penyebaran fitnah yang mudah berlaku dalam teknologi masa kini. Dengan bantuan aplikasi canggih, maklumat boleh disebarkan dengan mudah, cepat dan meluas. Mesej yang diterima perlu disahkan. Kebijaksanaan dan fikiran yang jernih seharusnya menyukarkan kita untuk terpedaya dengan fitnah yang tidak berlandaskan kebenaran.
Teknologi maklumat dan komunikasi tidak dapat dielakkan dalam kemodenan dan taraf hidup hari ini, dan memberi impak yang besar kepada kehidupan khususnya generasi muda. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan sosial Malaysia kini tidak dapat dipisahkan daripada teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mengelak/mengurangkan pengaruh negatif agama dan budaya serta meruntuhkan nilai-nilai positif masyarakat kita, serta memastikan kelangsungan nilai-nilai positif dalam masyarakat, semua pihak hendaklah memainkan peranan dan memperkasakan pembinaan agama, akhlak dan budaya. Nilai moral masyarakat kita khususnya generasi muda. Elakkan kesan negatif yang hanya akan menjadi lebih teruk. Sukar untuk menghapuskan sepenuhnya kesan negatif, tetapi apa yang boleh dilakukan ialah meningkatkan kesan positif dan mengurangkan kesan negatif.
Nurul Syafiqah Binti Abdul Aziz s284690
Pengaruh ICT Ke Atas Kesepaduan Nasional
Pada zaman yang serba membangun ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa hubungan manusia dan teknologi telah banyak berkembang. Sebagai manusia yang menjalani hidup dalam zaman kini, teknologi amat penting dalam kehidupan seharia kita dan ia menjadi satu keperluan dan bukan lagi kehendak. Dapat kita lihat pelbagai kemudahan teknologi yang berada disekeliling kita dan membantu kita meringankan tenaga kita untuk melakukan kerja-kerja seharian samaada di tempat kerja, semasa belajar mahupun di rumah. Pelbagai usaha kerajaan untuk merealisasikan pembangunan ICT di Malaysia seiring dengan harapan bangsa Malaysia sebagai masyarakat yang berpengetahuan luas.
Secara umumnya ICT menurut CIO (2020) adalah merujuk kepada infrastruktur dan komponen teknologi yang membolehkan pengkomputeran moden pada hari ini. Pelbagai kebaikan yang dapat dilihat pada hari ini melalui hubungan manusia dengan teknologi. Antaranya ialah komunikasi menjadi lebih pantas, cekap dan berkesan dan ini dapat menyumbang hubungan sosialisasi sesama manusia Pelbagai aplikasi yang telah dicipta dan digunapakai sebagai rangkaian media sosial dan komunikasi. Sebagai contoh, Facebook, Whatsapp, Instagram dan Youtube. Tidak dinafikan juga dalam kebaikan sesuatu itu ada buruknya. Begitulah juga dengan media sosial, terdapat beberapa keburukan yang dapat kita peroleh hasil daripada penggunaan media sosial pada harini ini seperti buli siber, pornografi dan ketagihan internet.
Disebabkan oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah mengikut etika dan peradaban dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Antara pekara yang harus diikuti adalah ingat komunikasi sesame manusia, hormati masa orang lain dan ketahui dimana anda berada di dunia siber. Antara isu semasa yang dapatkita lihat adalah jurang social dalam keluarga akibat terlalu asyik melayari ICT, penyeberan fitnah yang semakin berleluasa dan pencerobohan hak privasi, dan salah guna data.
Jadi, sebagai rakyat Malasyia yang bijak pandai dan mempunyai ilmu kita haruslah bersama-sama beirngat dan berwaspada dalam menggunakan kemudan ICT untuk keselamatan diri, keluarga dan orang tersayang untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Adam Zikri Bin Zambri 288878
Pengaruh Teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) ke atas kesepaduan nasional.
Kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini sepatutnya digunakan ke arah kebaikan terutama bagi menyampaikan maklumat yang boleh menyemai perpaduan antara kaum di Malaysia agar rakyat di negara ini dapat hidup harmoni.
Negara di seluruh dunia kini semakin terhubung berbanding sebelumnya. Dengan semangat untuk terus maju, Malaysia antara negara terawal memulakan perjalanan ke arah 5G. Setelah berada di negara ini selama lebih setahun, saya dapat berasakan bahawa ini adalah waktu yang amat mengujakan buat Malaysia.
Daripada apa yang saya perhatikan setakat ini, rangka kerja teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara mempunyai visi ke hadapan – produk dan perkhidmatan ICT menyumbangkan 18. 5 peratus kepada ekonomi negara pada 2018, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.Dan kerana adaptasi awal ICT, khususnya teknologi tanpa wayar, langganan jalur lebar mudah alih Malaysia berjumlah 36.79 juta pada 2018 dan disokong oleh liputan penduduk 3G dan 4G LTE sebanyak 94.7 peratus dan 79.7 peratus.
Menjangkaui melepasi pertumbuhan langganan jalur lebar mudah alih, industri mudah alih terutamanya di Malaysia jauh lebih maju dari sangkaan orang ramai. Menurut GSMA Intelligence, sememangnya penghijrahan pesat 3G ke 4G di negara-negara membangun lebih tinggi dari kebanyakan negara maju Barat.
Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan di dalam dan di luar negara. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan Internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka.. Gelaran katak di bawah tempurung tidak akan dilabel pada setiap rakyat Malaysia. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak mengbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.
Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.
Bayang kian jelas bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran ICT kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa dengan pantas. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, kebergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baharu berkaitan ICT agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. Namun begitu, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan ICT. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi dan misi.