Makanan Halal/ DUB2B

Makanan Halal/ DUB2B

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Makanan Halal/ DUB2B, Health Food Shop, .

5 Whiteboard Tips to Being an Ally | Created using Powtoon - The Visual Communication Platform 23/05/2022

VIDEO POWTOON KETERANGAN MENGENAI MAKANAN HALAL https://www.powtoon.com/s/c1Kt8LRsUBr/1/m/s

5 Whiteboard Tips to Being an Ally | Created using Powtoon - The Visual Communication Platform Sign up for free to create engaging, inspiring, and converting videos with Powtoon. Make an Impact.

22/05/2022

KESIMPULAN:

Di dalam Al Quran banyak mengajar manusia tentang tabiat makan yang sihat dan pemakanan yang baik. Panduan tersebut bukan sekadar bertujuan untuk mengekalkan kesihatan jasmani manusia malah juga kesihatan rohani. Tumbesaran manusia mestilah seimbang dengan antara rohani dan jasmani. Jika seseorang hanya tertumpu kepada menekankan diet dan pemakanan tanpa menghiraukan pengabdian diri kepada Allah, juga boleh mengakibatkan dirinya lemah kerana iman dan jiwa yang kosong. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang hanya sibuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan menghambakan diri kepada Allah tetapi mengabaikan keperluan tubuh badan, natijahnya juga sama iaitu menyebabkan mereka ditimpa sakit dan lemah yang membawa kepada kes**aran untuk mentaati perintah Allah. Justeru, sudah termaktub dalam Al-Quran untuk menyeimbangi kedua- dua ciri tersebut.
https://www.ikim.gov.my/index.php/2006/03/21/makanan-dan-pemakanan-dalam-islam/

22/05/2022

CARA - CARA MENDAPATKAN SIJIL HALAL :

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:

Profil syarikat;

Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;

Bahan ramuan yang digunakan;

Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;

Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);

Jenis bahan pembungkusan;

Proses dan prosedur pengeluaran;

Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada); dan

Peta lokasi premis / kilang.

Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.
https://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9uZXdzOzs7Ow==&utama=panduan&ids=s2&lang=bm

22/05/2022

Isu-isu makanan Halal yang pernah berlaku Di Malaysia adalah masyarakat Malaysia mengalami kekeliruan tentang kesahihan logo Halal pada Ramen

Hukum Makanan Halal dalam Islam, Ketahui Bahaya Konsumsi Makanan Haram | merdeka.com 22/05/2022

Hukum Makanan Halal dalam Islam

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, bahwa dalam Alquran Allah sudah memerintahkan kepada seluruh umat untuk mengonsumsi makanan halal dan menjauhi berbagai makanan dan minuman haram. Keterangan tercantum dalam beberapa ayat dan surat dalam Alquran, yaitu sebagai berikut:

“Dan makanlah makanan yang halal dan baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertaqwalah.” (QS. Al Maidah: 88)

“Hai Sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaiton, karena sesungguhnya syaiton itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (QS. Al Baqarah: 168)

Dari kedua ayat di atas, jelas dapat dipahami bahwa Allah memerintahkan umat muslim untuk makan makanan halal yang baik dan bermanfaat bagi tubuh. Selain itu, Allah juga memerintahkan umat muslim untuk menghindari berbagai perilaku buruk yang datang dari godaan syaitan, dan patuh pada semua perintah Allah.

Selain itu, Allah juga berfirman pada umat muslim untuk mengonsumsi makanan dan minuman sesuai dengan kebutuhan dan tidak berlebihan. Firman Allah ini tercantum dalam QS. Al A’raf ayat 31 yang berbunyi:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (QS. Al A’raf : 31)

Dari beberapa ayat tersebut, dapat dipahami bahwa makanan halal merupakan makanan yang baik dan dipertimbangkan dengan akal dan ukuran kesihatan. Dalam hal ini, makanan halal dapat memberikan nutrisi baik yang berguna bagi tubuh dan tidak bersifat merosak atau memberikan risiko gangguan kesihatan.

Meskipun begitu, konsumsi makanan halal juga harus dilakukan sesuai kebutuhan atau secukupnya. Sebab, konsumsi makanan yang berlebihan tidak baik bagi tubuh dan boleh menimbulkan berbagai risiko penyakit.
https://www.merdeka.com/jateng/hukum-makanan-halal-dalam-islam-ketahui-bahaya-konsumsi-makanan-haram-kln.html

Hukum Makanan Halal dalam Islam, Ketahui Bahaya Konsumsi Makanan Haram | merdeka.com Dalam hal ini, Islam mempunyai hukum atau dalil yang jelas tentang anjuran konsumsi makanan halal. Allah pun menyampaikan firman pada beberapa surat dalam Alquran yang memerintahkan seluruh umat muslim untuk makan makanan halal dan menghindari yang haram.

22/05/2022

CIRI CIRI MAKANAN HALAL
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan barang baik yang telah dihalalkan Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang yang melampaui batas. Dan makanlah olehmu apa yang telah dikurniakan kepadamu oleh Allah, yang halal lagi baik. Dan bertakwalah kepada Allah, hanya kepada-Nyalah kamu beriman." (Surah al-Maidah, ayat 87-88)

Pada prinsipnya, segala perkara yang dihalalkan Islam adalah benda yang baik, bersih dan memberi manfaat kepada manusia. Sebaliknya, sesuatu yang kotor, najis dan membahayakan kesihatan baik dari segi tubuh badan mahupun akal fikiran adalah diharamkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang mengikut rasul (Nabi Muhammad SAW) nabi yang ummi (tidak tahu menulis dan membaca) yang mereka dapati tercatat (namanya dan sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka daripada melakukan yang mungkar serta menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk." (Surah al-A'raf, ayat 157)
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/07/171872/ciri-makanan-dihalalkan-islam

11 Makanan dan Minuman Haram dalam Islam Beserta Dalilnya 22/05/2022

ISU ISU MAKANAN HARAM
Haiwan yang Memakan Kotoran dan Disembelih atas Nama Selain Allah

Dalam beberapa ayat Al-Qur’an seperti Surat Al- Maidah ayat 3 dan Surat Al- Baqarah ayat 173 telah menyebutkan bahwasannya hewan yang disembelih atas nama selain Allah hukumnya adalah haram.

Secara logik telah jelas bahwa haiwan merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah SWT yang diperuntukkan bagi manusia untuk hidup di dunia ini. Salah satunya adalah sebagai bahan konsumsi.

Allah SWT telah berfirman:

“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syairan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik.” (QS. Al- An’am ayat 121)

Al-Jalalah (Haiwan yang Memakan Kotoran)

Yang dimaksud dengan al-jalalah adalah semua jenis hewan baik yang berkaki dua maupun berkaki empat yang makanannya adalah kotoran, baik itu kotoran manusia maupun kotoran haiwan lainnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari memakan jallalah dan susunya.” [Hadits Riwayat. Abu Daud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Adapun alasan mengapa Al- jallah diharamkan adalah kerana adanya pengaruh dari kotoran yang dimakan haiwan-haiwan tersebut pada perubahan bau dan rasa dari daging dan susu yang dihasilkan dari haiwan-haiwan tersebut. Akan tetapi jika pengaruh dari kotoran tersebut telah hilang, maka hukum memakan haiwan-haiwan tersebut menjadi halal.
https://hot.liputan6.com/read/4134636/11-makanan-dan-minuman-haram-dalam-islam-beserta-dalilnya

11 Makanan dan Minuman Haram dalam Islam Beserta Dalilnya Makanan dan minuman haram dalam Islam disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadis.

Photos from Makanan Halal/ DUB2B's post 22/05/2022

Jenis ii logo bagi setiap negara

22/05/2022

PENERANGAN LOGO HALAL
pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pengiktirafan kepada 66 badan pensijilan halal di luar negara dari 40 buah negara. Ini menunjukan negara di dunia hari ini sentiasa merujuk kepada Malaysia dalam konteks pensijilan halal kerana Malaysia memenuhi semua kriteria dan standard yang diperlukan antarabangsa.

Photos from Makanan Halal/ DUB2B's post 15/05/2022

Makanlah makanan yang HALAL supaya tidak memudaratkan diri

15/05/2022

PANDANGAN ULAMA TERHADAP PENENTUAN MAKANAN HALAL
Ulama banyak membincangkan isu pemakanan berdasarkan surah al-Maidah ayat 3 yang
menyebut tentang binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan
menetapkan 10 jenis binatang yang haram. Ayat ini menjadi panduan dalam menentukankehalalan sesuatu makanan dan produk disamping ayat-ayat lain yang hanya
menjelaskannya secara umum yang menetapkan 4 jenis binatang yang haram.
Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ
وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَآَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَآَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا
بِالأزْلامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ آَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ
أَآْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي
مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik,
dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati
ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga)
kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah
perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan
kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya).
Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu
takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka
bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.

15/05/2022

PRINSIP MAKANAN HALAL DAN HARAM
Terdapat tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan mengikut ayat 145
dalam surah al-An’am, ayat 157 dalam surah A’araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah
seperti berikut:

Prinsip Pertama:
Semua binatang yang dianggap elok oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada
zaman Rasullullah S.A.W Halal.
Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang halal ialah:
1- Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang
demikian kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang arab,
2- Binatang ternakan iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, seladang, kijang, arnab
dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal
oleh syarak.

Prinsip Kedua:
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah
haram.
Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau
bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram dimakan ialah yang
mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung helang dan burung
rajawali.

Prinsip ketiga:
Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan.
Binatang tersebut seperti ular, kala jengking, gagak, tikus dan semua binatang yang
memudharatkan.

15/05/2022

DEFINISI MAKANAN HALAL
Terdapat beberapa garis panduan untuk menentukan definisi makanan halal ia adalah
seperti berikut:
a)Bukanlah terdiri daripada atau terkandung di dalamnya apa-apa bahagian atau benda
dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak
disembelih mengikut hukum syarak.
b)Tidaklah terkandung di dalamnya apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut
hukum syarak.
c)Tidaklah disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak
bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.
d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau
berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak garis panduan a, b,
dan atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak

15/05/2022

3.1 PENGENALAN
Masyarakat Islam hari ini melihat penggunaan logo halal sebagai penanda aras
yang sangat penting. Malangnya kebanyakan pengguna tidak mempunyai maklumat
yang cukup untuk membuat keputusan terhadap sesuatu pembelian barangan. Maka
tidak hairanlah masyarakat awam sentiasa dalam keadaan ragu-ragu ketika
menggunakan barangan sungguhpun terpapar perkataan halal dari pihak berkuasa
tempatan mahupun luar negara. Pada masa yang sama berlaku peningkatan permintaan
pasaran global dan peluang perniagaan produk halal tanpa mengira agama dan budaya.
Sedangkan syariat Islam yang menjadi sandaran kepada prinsip halal memberi tawaran
yang sangat istimewa terhadap kepentingan manusia sejagat.
Sebenarnya di sinilah tersembunyi rahsia kekuatan maksud halal yang dapat
memenuhi keperluan fitrah manusia. Naluri murni manusia sangat cenderung kepada
kesucian, kebersihan, keselamatan, kualiti dan kesan positif terhadap pembentukan
insan. Malahan menolak segala sumber dan menutup segala ruang yang boleh
mendatangkan penyakit dengan berkonsepkan pengawalan lebih baik dari pengubatan.
Konsep halal tidak terbatas kepada aspek pemakanan semata-mata, malahan ia
melibatkan segala aspek kehidupan manusia yang selari dengan paksi al-Qur‟an dan alSunnah