PAGE Masakan Kesukaan

PAGE  Masakan Kesukaan

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAGE Masakan Kesukaan, Restaurant, .

07/10/2022

Bangkit Santan

01/07/2022
Photos from PAGE  Masakan Kesukaan's post 01/07/2022

BIHUN PINK

Resepi:
Bihun sebungkus (apa2 brand, saya guna cap jasmine) rendam dulu dan toskan
Bawang putih 4 biji tumbuk pecah pecah .
Bawang merah 5 biji hiris bulat
Isi ayam /udang / daging hiris nipis ( ikut selera masing2 nk tambah apa tp saya guna bebola ayam dan sotong sbb itu aje yg ada dlm stok )
Sayur Kobis atau kangkong (saya guna kobis)
Sos cap Labu secukupnya
Garam, serbuk perasa dan gula (gula pasir pun bole tp saya guna gula perang)

Cara.
Tumis bawang putih yg ditumbuk pecah2 tadi ,masukan bawang merah hiris goreng hingga garing sikit masukan isi ayam atau bebola atau apa saja yg di sukai.masukan sedikit air,tambah kan garam,sos cap labu ikutkan nak banyk mana saya letak dlm 3 sudu mkn .
tambahkan serbuk perasa, gula (kena lebih sedikit) saya letak 1 sudu besar sebab bihun ni kena ada rasa manis lbarulah sedap.
Masukan bihun yg telah ditoskan dan sayur, kacau hingga bihun lembut.sesuaikan rasa ok siap. Resepi ni ikut cara saya ya..orang lain mungkin cara dan resepinya lain.
# Disini saya sertakan gambar sos cap labu .bole cari di shopee ya.harga pun taklah mahal sangat .

27/06/2022

TAUHU BEGEDEL AYAM +SAMBAL KICAP

27/06/2022

KUIH KOCI PULUT HITAM LELEH

Resepi
Tepung pulut 500 gm
Tepung pulut hitam 6 sudu besar atau 50 gm
Tepung gandum 2 sudu makan
Gula pasir 1 sudu makan
Santan cair secukupnya.
Campurkan semua tepung dan uli.masukan inti kelapa yg telah di bulatkan terlebih dahulu.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.masukan doh yg telah diisi inti rebus seperti buat buah melaka.
Bila kuih timbul angkat dan masukan dlm adunan santan leleh yg telah dimasak terlebih dulu.

Inti Kelapa:
Kelapa yg muda sedikit diparut .
Gula melaka
Gula pasir
Daun pandan
Masak gula melaka,gula pasir, sedikit air dan daun pandan dlm kuali hingga gula larut.masukan kelapa parut.kacau hingga kelapa jadi kering dan taburkan sedikit tepung gandum dlm kelapa.dan kacau lagi hingga sebati .bolelah angkat .bila dah sejuk dibulatkan utk masuk dlm doh koci.

Santan Leleh:
Tepung beras 1/2 cawan
Santan pekat 2 cawan
Tepung gandum 2 sudu makan
Garam 2 sudu teh
Gula 1 sudu makan.
Kacau dlm kuali atau periuk hingga jadi kepala santan iaitu jadi pekat .
Bungkus dlm daun pisang yg telah disapu minyak .kukus sekejap 15 minit.bolehlh diangkat

27/06/2022

APAM GULA HANGUS

Resepi:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
Masukan gula dalam kuali biarkan gula menjadi hangus dgn api yg perlahan kemudian
masukan air panas dan biarkan mendidih.kacau guna senduk hingga gula cair dan ketepikan dulu.
2 biji telur
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan minyak masak.
Blenderkan semua bahan ( telur,butter,susu dan minyak)selama 5 minit.
Masukan gula hangus dan blender lagi 5 minit.
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda bikarbonet
1 sudu teh esen vanila
Campurkan esen vanila tepung dan soda bikarbonet dlm blender dan blender hingga sebati.
Pengukus panaskan dulu.Sapu acuan dgn minyak dan masukan adunan hampir penuh
Kukus 20 minit dgn api besar.penutupkukusan balut dgn kain utk elak air wap menitis atas apam .

27/06/2022

KUIH BOM BIJAN

Resepi:
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung pulut
3 camca besar gula pasir
1/2 sudu besar soda bikarbonet
1/2 cawan air panas.
Cara:
Tepung gandum dan tepung pulut dicampur bersama.
Soda bikarbonet, gula dan air panas bancuh dan kacau hingga larut.
Uli tepung dgn bancuhqn air panas tadi..
Kalau doh liat atau keras tambah dgn air biasa sedikit.
Kalau doh terlembik ulikan dgn tepung pulut sedikit.
Isikan inti kelapa atau inti kacang merah yg telah dibulat bulatkan terlebih dahulu.
Isi inti dlm doh yg beratnya 25 gm setiap satu.
Lembabkan tapak tangan dgn air dan bulat bulatkan doh kemudian barulah digolekan dlm bijan .
Goreng dlm minyak yg sederhana panas.
TIP elak meletup.sentiasa dibalik balikkan kuih. semasa mengoreng

Website