My REST

My REST

This page aims to advocate, raise awareness and disseminate information pertaining risks of fatigue at workplace and its management.

Postings in this page are either in Bahasa Melayu or English

26/12/2023

📢 New Scale to Measure Unsafe Driving While Commuting among Hospital Nurses 📢

We are thrilled to announce the recent development and validation of a new scale to measure unsafe driving while commuting among hospital nurses. This scale aims to shed light on the potential risks and challenges faced by healthcare professionals particularly nurses who commute to work.

Healthcare workers play a vital role in our society, providing essential care and support to patients and their families. However, they often face unique challenges when it comes to their daily commutes. The long hours, demanding schedules, and time pressures often lead healthcare professionals to make risky choices while on the road.

Research studies have shown that healthcare workers are at a higher risk compared to the general pop**ation for commuting crashes. These accidents can have devastating consequences, not only for the individuals involved but also for the healthcare system as a whole.

The new scale developed to measure unsafe driving while commuting among hospital nurses aims to address this issue. By accurately assessing the attributes of unsafe driving behaviors, such as distracted driving, speeding, or impaired driving, healthcare professionals can better identify and address these risks.

This scale was developed through a rigorous evaluation process, including extensive literature review, expert input, pilot testing and various validity processes. The validation process involved a large sample of hospital nurses who completed the survey and provided valuable feedback on the relevance and accuracy of the items.

The new scale will serve as a valuable tool for healthcare organizations, researchers, and policymakers. By identifying areas of improvement and implementing targeted interventions, we can work towards creating a safer commuting environment for healthcare workers.

To learn more about this new scale or to access it for research purposes, please visit https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2405844023109431?ref=cra_js_challenge&fr=RR-1 .

Together, let's raise awareness about the importance of safe driving practices among healthcare professionals and take action to reduce commuting crashes.

Photos from My REST's post 06/10/2023

There have been two tragic incidents involving doctors in the news yesterday and today. A mother who is also a postgraduate doctor left her child unintentionally in a car for 10 hours, and a doctor who was involved in a fatal accident returning home after completing his shift passed away.

MyREST is saddened by these news. Our thoughts and prayers are with the family during this difficult time.

---+

P/S: There is still a lot to be done regarding workplace fatigue.

21/08/2023

Bagaimana perubahan landskap pekerjaaan, termasuk tren bekerja secara remote, waktu yang fleksibel dan integrasi teknologi menyumbang kepada prevalens kelesuan dalam kalangan pekerja?

Kongsikan pandangan anda.

---

How the changing landscape of work, including trends like remote work, flexible hours, and technology integration can contribute to the prevalence of fatigue among workers?

Share your thoughts.

19/07/2023

Alfatihah.

The death of a healthcare worker due to a commuting accident is a tragedy that reverberates throughout the healthcare community. As we mourn the loss of these dedicated professionals, it is crucial that we take action to prevent further loss of life. By implementing measures to improve safety and raising awareness about the risks healthcare workers face on their daily commute, we can honor their memory and ensure a safer future for those who continue to serve on the frontlines of healthcare.

Semoga Allah mencucuri rahmat buat Alllahyarham Dr. Muhammad Nazrul Fahmi, merahmatinya dan, menerima segala amalannya.

19/12/2022

Pengurusan risiko kelesuan amatlah mustahak di dalam sesebuah organisasi. Begitu juga kepada individu yang bertugas di sesebuah organisasi tersebut. Ini lebih-lebih lagi di dalam perkhidmatan yang bekerja secara syif, atas-panggilan, 24/7, industri berisiko tinggi, apatah lagi ketika mengendalikan suatu bencana yang mempunyai tekanan dan jangkaan yang tinggi dari pelbagai pihak. Ia menjadi satu interaksi kompleks di antara homeostasis dan ketidakaturan sirkadian.
Tidur yang tak mencukupi. Sekalipun cukup, mungkin tidak berkualiti kerana terganggu, berfragmentasi, dan tidak regular.

Bebanan kerja yang tinggi menjadikan pemulihan itu sebagai satu recovery paradox. Ia menyulitkan lagi proses pemulihan dapat berlaku sepenuhnya.

Banyak kajian dan pembuktian saintifik berkenaan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelesuan dan kesannya kepada organisasi, individu secara psikologi, fisiologi, fizikal dan malah tingkahlaku.

Sedangkan kajian empirikal telah menunjukkan berjaga bagi tempoh 17 jam secara berterusan sudah menyamai paras alkohol di dalam darah sebanyak 0.05 BAC, inikan p**a amalan yang melangkaui dari had limit tersebut. Tidak lagi diambilkira kemungkinannya seseorang individu tersebut mempunyai masalah kesihatan kecelaruan tidur atau penyakit kronik yang pendam dan tidak didagnosa. Ini sekaligus menjadikan faktor risiko tersebut semakin tinggi dan berlipatkaliganda juga.

Pengurusan risiko kelesuan bukanlah semata-mata tentang penat dan rehat, namun, ia adalah amalan pengurusan yang dipandu oleh sains dan data dalam mengenalpasti dan menguruskan hal-hal keselamatan yang berkaitan dengan kelesuan.

Semenjak COVID lalu, petugas barisan hadapan pelbagai sektor telah menghadapi ancaman risiko sebegini. Kelesuan itu adalah hal lazim. Namun, mengurusnya dengan baik bagi meminimumkan risiko tersebut adalah tanggungjawab semua. Amatlah wajar supaya semua pihak untuk terus menyedari dan mengambil tindakan bahawa risiko ini haruslah diurus dengan baik, sebagaimana risiko-risiko keselamatan dan kesihatan yang lain di tempat kerja. Ketika dalam tempoh mitigasi, kesiapsiagaan, respon dan tindakan, mahupun pemulihan sesebuah bencana, kesenjagan antara pengetahuan, amalan dan tindakan menguruskan kelesuan ini mestilah diminimumkan.

Apapun jua, dengan keinsafan dan kerendahan, takziah diucapkan buat seluruh keluarga mangsa tragedi perkhemahan di Batang Kali. Seluruh negara turut berdukacita dengan kejadian ini.

Terima kasih dan syabas juga buat semua pasukan respon yang bertungkus-lumus di lapangan semenjak hari kejadian lagi.

Photos from Oh My Media's post 11/09/2022

Masih banyak lagi usaha dan kerja yang perlu dilakukan dalam menangani hal ini. Masyarakat akan bercakap tentangnya apabila berlakunya kes kemalangan yang tragik atau kematian dan menjadi sensasi di media sosial. Kemudian, ia akan lenyap dan surut sehinggalah terjadi semula kitar tersebut.

Kita perlu lebih bercakap tentangnya dan langsung bertindak mencegah supaya ia tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang.

Sleep-deprived medical staff ‘pose same danger on roads as drunk drivers’ 05/06/2022

Something that is obvious but often neglected by individuals and policymakers.

https://www.theguardian.com/society/2022/jun/04/sleep-deprived-medical-staff-pose-same-danger-on-roads-as-drunk-drivers

Sleep-deprived medical staff ‘pose same danger on roads as drunk drivers’ British anaesthetist pleads for doctors and nurses to be allowed naps and limited night shifts, as in other critical workplaces

25/09/2021

Ancaman kelesuan ketika mengendalikan sesuatu jentera bukan sahaja membahayakan diri bahkan juga orang awam. Sejarah telahpun menunjukkan pelbagai insiden kemalangan industri berskala besar akibat daripada kelesuan seperti ledakan loji nuklear Chernobyl, tumpahan minyak Exxon Valdez dan kemalangan subway di Chicago Blue Line.

Istilah kelesuan mahupun mengantuk mempunyai terma yang silih bertukar ganti. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan atau tingkahlaku yang sama seperti hilang upaya tenaga, sukar membuat keputusan, mata menjadi berat atau tidak selesa, badan terasa sengal-sengal, tersengguk-sengguk, asyik menguap, tindak balas yang perlahan dan bermacam-macam lagi.

Ini termasuklah ketika memandu terutamanya ketika pemanduan ulang-alik bekerja dan juga ketika bekerja sebagai pemandu itu sendiri seperti pemandu lori, bas, keperluan logistik dan pemandu ambulans.

Tiada dos yang selamat bagi kelesuan mahupun rasa mengantuk. Kajian telah menunjukkan kelesuan tertentu (umpamanya berjaga pada tempoh 17 jam dan ke atas) mempunyai perbandingan yang setara dengan tahap kandungan toksik alkohol di dalam darah 0.05 BAC.

Jika penat, rehat. Jika mengantuk tidur. Susun jadual bekerja sebagaimana jadual tidur dan jaga sebaiknya. Pastikan rehat dan pemulihan yang mencukupi antara dua waktu bekerja. Pastikan tempoh waktu bekerja antara satu syif kepada syif berikutnya tidak kurang daripada 11 jam bagi memberi ruang kepada proses pemulihan yang baik kepada pekerja.

Sesetengah pekerja cenderung untuk mengambil stimulant tertentu bagi terus melawan rasa lesu, letih atau mengantuk. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan lain yang berupaya membawa kepada lebih bahaya.

Majikan dan tempat kerja juga p**a memastikan penilaian dan pemantauan penyalahgunaan barang terlarang secara berkala melalui program tertentu dan penilaian oleh doktor yang bertauliah.

https://fb.watch/8eq-8SA6XL/

23/07/2021

Penat yang gagal diurus dalam bidang kesihatan mampu mengancam keselamatan pesakit (patient safety) seperti tersalah dos, tersilap prescription, kesilapan pembedahan dan lain-lain.

Ia juga mampu mengancam keselamatan anggota sendiri (occupational safety) seperti insiden tertusuk jarum, kecederaan ketika melakukan prosedur tertentu atau perubatan begitu juga dengan keselamatan memandu di jalanraya terutamanya selepas p**ang daripada shif malam atau kerja on call.

Jadilah ia seperti membubul jala yang buruk. Penat yang sia-sia. Bahkan, merugikan.

Peribahasa

Keletihan mungkin punca suntik picagari kosong - KKM | Berita Harian 21/07/2021

Kelesuan berupaya mengakibatkan kemerosotan fungsi neurokognitif.

Akibatnya, ia bukan sahaja berupaya mengancam keselamatan anggota kesihatan yang terlibat, bahkan kepada pesakit juga.

Oleh kerana itulah, pengurusan kelesuan amatlah mustahak dalam sektor kesihatan. Lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik ini yang memberi tekanan dan bebanan kerja kepada para petugas.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/841716/keletihan-mungkin-punca-suntik-picagari-kosong-kkm

Keletihan mungkin punca suntik picagari kosong - KKM | Berita Harian SUNGAI SIPUT: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan dakwaan tiga kes individu disuntik picagari kosong di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berpunca daripada keletihan dihadapi petugas dan sukarelawan yang juga disifatkan barisan hadapan.

LETTER | Who takes care of us while we treat Covid-19 patients? 07/07/2021

The fatigue management has never been more important and relevant than now.



https://www.malaysiakini.com/letters/581818

LETTER | Who takes care of us while we treat Covid-19 patients? Medical officers are having to work 12 hours a day, often more, resulting in severe burnout.

03/07/2021

Frontline responders and other essential workers face many challenges while they work to keep us safe and maintain services.

We support and thank them for their efforts.

Photos from BERNAMA's post 23/06/2021

Ke desa, ke kota, ke mana sahaja anggota barisan hadapan cekal dan gigih menyumbang bakti. Salute anggota KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KKM dan petugas barisan hadapan yang lain.

Tangani dan urus anggota barisan hadapan dengan bijak. Kurangkan kelesuan dan urus kelesuan secara holistik bagi menjamin penyampaian kesihatan yang lebih selamat dan produktif.

Photos from My REST's post 23/06/2021

My REST are delighted to be featured in the latest 59th issue of Asian Trucker Magazine in conjuction with Work Related Road Safety Symposium (WRRS) 2021 hosted by Malaysian Institute Of Road Safety Research (MIROS) MIROS on the 6th April 2021.

28/05/2021

Tackling the problem burnout.
Our healthcare professionals ade burning out due to the COVID-19 pandemic.

Photos from My REST's post 11/04/2021

Tired Drivers

According to NHTSA, from 2009 to 2013, more than 72,000 police-reported crashes involved tired drivers, but it is agreed that drowsy driving is significantly underreported. The number of fatalities involving a drowsy driver was 775 (2.1% of total fatalities) in 2018.

Driving while drowsy is similar to driving under influence of alcohol. The drowsier the driver is, the worsen drivers' reaction times, awareness of hazards and ability to sustain attention.

In a laboratory study, driving after going more than 20 hours wakefulness is the equivalent of driving with a blood-alcohol concentration of 0.08% – the legal limit of many countries in the world (Malaysia, U.S). Tired driving affects everyone. So does other road users too. Hence, that's among the reasons why MyREST is committed to advocate on the importance of fatigue management in critical areas such as in transportation, healthcare as well as in construction.

Last Tuesday, MyREST was invited as a guest speaker to talk about work and off-work factors for fatigue driving at the Work Related Road Safety Symposium (WRRS) 2021. MyREST was represented by Dr Khairil Idham Ismail.

The symposium was jointly organised by Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Perkeso , Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) UiTM Shah Alam, Uitm and Asian Trucker Media Sdn Bhd

Hopefully our little contribution can be somehow useful for adding values to the participants and thus creating awareness the importance of fatigue management.

Photos from MMA Schomos's post 21/02/2021

Various factors and issues pertaining to healthcare workers potentially contribute to fatigue, burnout and other adverse outcomes.

13/02/2021

Mengurus Kelesuan Ketika Bencana/Kecemasan

1. Ketika terjadinya pandemik COVID-19, ramai anggota kesihatan yang terpaksa bertugas dengan jam tugasan yang lebih panjang, bebanan kerja yang tinggi dan kurangnya waktu rehat bagi proses pemulihan. Pendedahan kepada tuntutan sebegini berupaya mengakibatkan Chronic Fatigue, ataupun kelesuan kronik.

2. Ini sangatlah berbahaya kerana seseorang yang mengalami kelesuan akan hilang daya tumpuan, fokus, tindakbalas yang perlahan, perubahan sikap, emosi dan daya kognitif. Keseluruhan kesan ini berisiko mengancam keselamatan pesakit dan juga anggota kesihatan itu sendiri. Ini telah terbukti dengan pelbagai kajian dan juga laporan kes kesan sampingan yang dialami oleh anggota kesihatan dan juga pesakit ekoran daripada faktor manusia seperti kelesuan.

3. Malang sekali juga, terdapat beberapa pandangan yang skeptikal tentang pengurusan kelesuan ketika berlakunya pandemik. Sementelahan perancangan sumber manusia yang strategik wajiblah dilakukan seperti sokongan, capacity-building, pengagihan beban tugasan yang adil dan keterlihatan adil, pengurusan penggiliran waktu kerja dan cara kerja, sesetengah memilih melihat pandemik ini daripada sudut unprecedented semata-mata. Nak buat macam mana? Dah nak jadi. Tak boleh elak. Bukannya kita minta. Amboi, senang macam tu.

4. Benar. Ia adalah unprecedented. Walaubagaimanapun, ketika diisytiharkan “Public Emergency”, berdasarkan interim guidance daripada WHO berkenaan Polisi dan Pengurusan Anggota Kesihatan di dalam konteks tindak balas pandemik COVID 19, pengecualian waktu kerja di luar waktu kelaziman mestilah berlaku dalam tempoh yang sementara sahaja dan seupayanya mematuhi dan mengikuti sebagaimana yang disarankan oleh 1) Garispanduan Tatakerja yang sesuai dalam Perkhidmatan Kecemasan/Bencana Kesihatan Awam dan 2) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ketika Kecemasan Kesihatan Awam oleh ILO.

5. Antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan pengurusan kelesuan ketika berlakunya bencana atau seperti pandemik COVID 19 ini bolehlah diliihat daripada strategi bagaimana mencegah kelesuan dan strategi bagaimana mengurangkan kelesuan.

6. Tulisan kali ini hanya memberi fokus kepada beberapa strategi bagi mencegah kelesuan sebagaimana yang disarankan oleh agensi WHO dan ILO seperti berikut:-

a) Tempoh Syif
Syif 8 jam sebanyak 5 kali, atau syif 10 jam sebanyak 4 kali seminggu lazimnya adalah suatu yang munasabah. Bergantung kepada beban tugasan, syif 12 jam sehari masih juga boleh diterima dengan hari berehat yang lebih kerap dan berjarakan. Syif waktu kerja yang lebih pendek (8 jam) pada siang atau malam hari adalah lebih baik. Kelesuan menjadi lebih teruk apabila setelah bertugas daripada syif malam. Apabila menyusun jadual waktu kerja syif, keutamaan mestilah diberikan kepada penggiliran yang mengikut arah waktu jam (pagi - petang - malam) dan bukan yang berlawanan (atau yang tunggang terbalik) bagi menyesuaikan diri dengan circadian seseorang, selain mengambil kira faktor-faktor setempat.

b) Beban kerja
Seimbangkan antara beban tugasan yang berat dan ringan dalam kalangan pekerja. Contohnya, Syif 12 jam lebih sesuai untuk tugasan yang tidak berintensiti tinggi seperti desk work. Manakala penilaian syif yang lebih pendek mestilah diberikan kepada beban tugasan yang berintensiti tinggi, persekitaran yang extreme (terlalu panas, ruang yang sempit), pemakaian full PPE untuk kadar tempoh yang tertentu, melibatkan banyak fizikal aktiviti dan risiko pendedahan kepada pelbagai hazad tempat kerja yang lain.

c) Rehat dan Rawat
Pastikan wujud polisi berkenaan tempoh waktu bekerja dan rehat di tempat kerja. Contoh: minimum 10 jam sehari waktu rehat yang tidak terganggu supaya dapat mengoptimumkan waktu tidur dengan anggaran 7-8 jam sehari. Contoh lain ialah 48 jam tempoh berehat setelah bekerja selama 14 hari berturut-turut.

Memberikan waktu rehat yang singkat tapi lebih kerap (setiap 1-2 jam) pada waktu tugasan kemuncak adalah lebih baik daripada beberapa waktu rehat yang sedikit lebih panjang tapi kurang kekerapannya. Benarkan waktu rehat yang lebih panjang bagi waktu makan.

Rancang sehari ke dua hari waktu rehat penuh bagi setiap 5 hari berturut syif yang berdurasi 8 jam atau 4 hari berturut bagi syif yang berdurasi 10 jam. Pertimbangkan juga 2 hari rehat selepas bekerja selama 3 hari berturut bagi syif yang berdurasi 12 jam.

Sebagaimana yang boleh dan terdayanya perlu dilakukan, pihak majikan wajiblah juga menyediakan ruang rehat yang bersesuaian selain akses kepada makanan yang sihat ataupun makanan seperti comfort food (ready to eat), ruang untuk sanitary di samping mematuhi tatacara dan s.o.p pencegahan covid-19 seperti penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan sebagainya.

7. Pandemik ini, melebihi tempoh setahun adalah terlalu lama untuk ditempuh oleh siapa jua. Anggota kesihatan, begitu juga masyarakat kebanyakkan. Tempoh yang terlalu panjang ini sudah tentu mengheret kepada kelesuan kepada anggota kesihatan yang kesannya melimpah juga kepada masyarakat. Semoga pandemik ini berakhir dengan segera.

KI

HCP Welfare is Our Welfare - Malaysian Health Coalition 24/01/2021

Healthcare Providers (HCP) Welfare is Our Welfare

1. Strengthen mental health and psychological support.
2. Listen to the pleas of frontline HCPs
3. Provide permanent post and job security.

By Malaysian Health Coalition

https://myhealthcoalition.org/hcp-welfare-is-our-welfare/

HCP Welfare is Our Welfare - Malaysian Health Coalition HCP Welfare is Our Welfare Share This Article Share on FacebookShare on Facebook TweetShare on Twitter Pin itShare on Pinterest Share on LinkedInShare on LinkedIn Share on WhatsAppShare on WhatsApp Post navigationPreviousPrevious post:With Great Power Comes Great ResponsibilityRelated ArticlesWith G...

Dr Ali meninggal bukan sebab terlampau penat 20/01/2021

Respon daripada KKM:

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.

"Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Terdahulu Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook lewat malam Selasa melaporkan Dr Ali jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

https://www.sinarharian.com.my/article/119978/Dr-Ali-meninggal-bukan-sebab-terlampau-penat

Dr Ali meninggal bukan sebab terlampau penat PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas. Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.

20/01/2021

Could this be the Malaysian version of Karoshi - Overwork taking a toll on Malaysian frontliners?

"Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan."

What is Karoshi?
Karoshi is loosely defined as death due to overwork, or more specifically the “fatal condition in which the living rhythm of a human being is collapsed due to excessive fatigue and the life maintenance function is ruined” as defined by the Council for Karoshi Victims in 1989. The major medical causes of death due to karoshi are “heart attack and stroke due to stress” (Der-Shin, 2012) attributed to [1] long working hours and [2] stress.

May Allah grant him amongst the highest level of Jannah and forgive him.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/666012/perginya-seorang-perwira-negara

Medical staff all drained out 13/01/2021

Drained out.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/01/13/medical-staff-all-drained-out

Medical staff all drained out SEREMBAN: For months now, Dr Michael (not his real name) has had to put on personal protective equipment for up to three hours a day whenever he visits Covid-19 patients recuperating at his ward.

Photos from My REST's post 30/12/2020

Ancaman microsleep terutamanya ketika mengendalikan jentera berat atau pemanduan diulas lebih lanjut oleh wakil di dalam akhbar Harian Metro pada hari ini.

Silakan ke pautan untuk membaca dengan lebih lanjut.

https://www.hmetro.com.my/WM/2020/12/658271/bahaya-lelap-sesaat

13/12/2020

Risk Mitigation and Control of Fatigue-Related Hazard (berdasarkan Model Keju Swiss)
- ditulis pertama kali pada 2017

Fatigue(kelesuan) adalah salah satu ancaman(hazard) psikososial di tempat kerja. Pengurusan kelesuan (fatigue) di sektor kesihatan tidaklah semudah dengan bekerja dengan waktu yang lebih singkat atau dengan sendirinya membuat pengakuan “Saya tidak fit” untuk bekerja apabila telah bekerja melangkaui satu-satu threshold yang dikenalpasti.

Terdahulu, pengurusan kelesuan hanya memberi fokus tentang peraturan dan ketetapan oleh pihak majikan berkenaan regulation of hours of service (HOS) – jumlah jam maksimum, jumlah jam rehat yang dibenarkan dan sebagainya. Ini adalah keranan kelesuan itu dilihat dari sudut pengurusan kelesuan fizikal; maka pengurusan itu beredar sekitar regulasi rehat dan jadual kerja antara tempohnya minimum dan maksimum sesuatu waktu tersebut.

Walaubagaimanapun, kelesuan yang disifatkan dengan kelesuan mental adalah lebih kompleks daripada itu. Maka, pengurusan hours of service semata-mata hanya berupaya memberikan manfaat yang sangat terhad. Jesteru, ramai yang telah beralih kepada pendekatan pengurusan risiko yang lebih memyeluruh, sistematik dan terancang di sesetengah negara seperti di Australia dan New Zealand melalui AS/NZS 31000 (SA/SNZ, 2009) dan AS/NZS 4801 (SA/SNZ, 2001).

Melihat kepada pengurusan risiko berkenaan kemalangan berpunca daripada kelesuan (fatigue-related accident) , sesuatu kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kegagalan di setiap peringkat bagi menangani dan mengurus sesuatu hazad tersebut; (dalam situasi ini ialah kelesuan)

Konsep ini telah pertama dilaporkan oleh Reason (2000) menerusi Swiss Cheese Model (seperti dalam lakaran saya yang tak seberapa tu) yang mana sebenarnya boleh diaplikasikan kepada mana-mana hazad di tempat kerja. Setiap lapisan potongan keju ini mewakili “imperfect defence” akan sesuatu hazad.

Untuk satu-satu kemalangan itu berlaku, hazad tersebut mestilah menerobos masuk setiap lapisan keju tadi. Dengan erti kata lain, sesuatu insiden dan kemalangan itu tidaklah boleh sepenuhnya menganggap berpunca daripada “human error” ataupun “technological error” tetapi adalah kegagalan sistem pertahanan itu secara keseluruhannya.
Berdasarkan model Reason inilah, Dawson dan McCulloch (2005) telah mencadangkan pendekatan yang dikenali sebagai “Defence in Depth” (DiD model) yang terwujud daripada komponen sistem pengurusan keselamatan yang secara khususnya direka dalam pengurusan kelesuan (fatigue management).

Di dalam DiD model, setiap peringkat ‘error trajectory’ terdapatnya mekanisma pengawalan seiring dengan penilaian kelesuan itu sendiri dalam meminimumkan kebarangkalian untuk sesuatu kemalangan itu berlaku. (seperti yang saya tulis di kiri dan kanan gambar keju).

Melihat kembali kepada falsafah pengurusan risiko kelesuan terutamanya di sektor kesihatan secara relatifnya, maka risiko untuk tidak tidak melakukan perkhidmatan berkaitan perubatan mestilah tidak melebihi risiko untuk satu-satu kesilapan berkaitan kelesuan (fatigue-related error) itu berlaku.

Kejadian kemalangan jalanraya melibatkan petugas kesihatan adalah amat mendukacitakan sekali. Apatah lagi terdapat kebarangkalian samaada ia berkait dengan kelesuan sesudah bertugas atas panggilan mahupun tidak.

Kelesuan perlulah dilihat sebagai suatu yang natural di dalam kehidupan setiap manusia dan tidaklah boleh dielakkan sepenuhnya atau kata orang kampung saya ‘completely eliminated’. Oleh kerana itu juga pendekatan ‘hierarchy of control’ tidak sesuai dalam menangani hazad kelesuan. Pendekatan yang menyeluruh, bijaksana dalam perlaksaan kerangka pengurusan risiko kelesuan perlulah dilaksanakan supaya ia dapat akhirnya meminimumkan kelesuan di kalangan petugas kesihatan dan pada masa yang sama juga secara efektifnya mengurus kelesuan itu sendiri apabila ia berlaku.

Pepatah orang, gagal untuk merancang bererti merancang untuk gagal. Seorang mukmin itu juga tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua. Begitulah kita tidak ingin sesekali melihat kemalangan demi kemalangan berlaku tanpa ada tindakan hanya untuk membiarkan satu lagi kemalangan berlaku yang berupaya meragut nyawa insan yang kita sayangi.

KI

Muhammad Syafiq dipercayai terlelap ketika memandu | Berita Harian 07/12/2020

Ancaman Microsleep

Kami sangat bersimpati dengan apa yang menimpa kepada pemain bola sepak negara Syafiq Ahmad dan keluarganya.

Oleh kerana itulah kami strive untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat ancaman kelesuan lebih-lebih lagi apabila mengendalikan suatu tugasan kritikal seperti memandu. Bahaya boleh berlaku in a split of second. Sekelip mata. Ia tidak mengenal bangsa, agama mahupun siapa.

https://bit.ly/2VKx1DS

Mohon diambil serius hal ini. Pemanduan ataupun menunggang motor di bawah paras sedar sepenuhnya sangatlah berbahaya. Bahkan microsleep itu sendiri p**a boleh berlaku in a split second. Dan ketika itulah pengendalian apa-apa jua bentuk kenderaan adalah sangat kritikal.

Kata bidalan malang tidak berbau tetapi sebenarnya tidaklah ia seratus peratus betul kerana terdapat tanda-tanda malang yang menjadi ‘bau’ kepada sesuatu peristiwa malang untuk berlaku. Inilah yang dinamakan sebagai risk dan risiko yang diambil setelah menganalisa dan mengawal sesuatu risiko itu p**a dinamakan sebagai ‘calculated risk’.

Jadi, apakah itu microsleep?💤
Microsleep ialah suatu keadaan dimana seseorang itu hilang kawalan dalam tumpuan secara tiba-tiba dan seringkali terjadi bersama-sama gejala lain seperti penumpuan ‘blank stare’, kepala terhangguk dan tersentak kembali, mata yang tertutup tanpa dia menyedari ia berlaku, terjadi dalam keadaan fraction, sangat brief antara 1 – 30 saat. Involuntary sleep.

Lazimnya ia berlaku apabila seseorang itu sudah terlalu penat (fatigue), mempunyai hutang tidur yang banyak pada masa yang sama berperang untuk terus berjaga dalam melakukan sesuatu task atau kerja yang monotonous seperti melihat skrin komputer, tivi ataupun handphone dan memandu kereta.

Ia berlaku tanpa amaran yang nyata melainkan beberapa tanda yang sekiranya berlaku walau hanya dalam beberapa saat terbukti sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Sejarah juga telah mencatatkan beberapa malapetaka besar dunia yang mempunyai hubungan dan kaitan dengan kejadian microsleep. Ini termasuklah ledakan nuklear Chernobyl, meledaknya kapal angkasa Challenger dan tumpahan minyak Exxon Valdez.

Apa punca microsleep?
Microsleep boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi orang yang paling berisiko ialah mereka yang mempunyai hutang tidur, sleep deprived atau mereka yang melakukan sesuatu tugasan yang monotonous dan berulang-ulang seperti dinyatakan sebelum ini.

Microsleep juga sebenarnya boleh berlaku akibat primary sleep disorder seperti Obstructive Sleep Apnea (OSA) bilamana seseorang itu mungkin mempunyai tidur yang cukup tetapi tidak pada kualiti tidurnya akibat OSA tersebut dan juga yang lain-lain seperti narcolepsy dan restless leg syndrome.

Antara cabaran urbanisasi era sekarang termasuklah pengump**an hutang tidur ini menerusi mereka yang bekerja secara syif, mempunyai dua-tiga pekerjaan pada satu masa, bekerja dan belajar pada masa yang sama, berjaga lewat malam, menjaga anak yang baru dilahirkan (pattern tidur yang tidak menentu) atau mereka yang mempunyai masalah dalam penyusunan jadualnya sehingga mengakibatkan microsleep berlaku pada waktu ia tidak sepatutnya berlaku.

Dilaporkan juga drowsy driving sangat berbahaya dan mempunyai kesan yang sama kepada tubuh badan sebagaima seseorang itu mengambil alkohol. Mereka yang berjaga 18 jam tanpa tidur seumpama mempunyai bacaan alkohol dalam darah setinggi 0.05 BAC. (0.08 BAC ialah nilai rujukan seseorang itu mabuk dan had undang-undang di sesetengah negara).

Kenali tanda-tandanya!
Antara tanda microsleep ialah:-
- Rasa mengantuk
- Mengusap-usap mata berulang-kali
- Menguap dengan banyaknya
- Mata yang menjadi lebih kuyu dan berat
- Rasa penumpuan yang makin hilang, kosong
- Tidak selesa dan moody.
- Fikiran melayang-layang
- Rasa terlalu sukar untuk mata terus terbuka
- Kereta termasuk ke laluan sebelah
- Kepala tersengguk-sengguk, sebelum anda terkejut dan bangun semula.

Bagaimana nak mencegahnya?🛏
Jadi, sekiranya tanda-tanda tersebut berlaku, berhenti daripada membawa kereta atau mengendalikan sebarang jentera berat.

✔️Dapatkan Power Nap. Power nap hanyalah sekitar 20-30 minit sahaja bagi mengelakkan anda untuk masuk ke fasa deep sleep. Ini kerana deep sleep lebih sukar untuk dikejutkan. Jika anda bangun daripada deep sleep biasanya p**a, ia akan drag kepada sleep inertia dan menjadikan lebih tidak fokus dan hilang dalam penumpuan.

✔️Sekiranya travelling, elakkan memandu atau menunggang dalam keadaan penat, lesu, jet lagged atau di dalam jendela circadian rendah (2-6am dan 2-6pm).

✔️Memandulah bersama co driver yang boleh menghiburkan dengan nyanyian atau buat kawan sembang atau bergilir-gilir memandu.

✔️Dapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan suatu perjalanan yang jauh.

✔️Kekal fokus atau mind engaged seperti mendengar radio, podcast yang bersesuaian misalannya.

Ingat!
Sleep is nonnegotiable biological necessity!

🆙Mohon kongsikan sekiranya bermanfaat agar dapat kita hindari lebih banyak kehilangan nyawa daripada kemalangan yang tidak diingini.

Salam Takziah daripada kami buat Syafiq Ahmad dan seluruh keluarga.







Kredit : Khairil Idham Ismail
My REST

Muhammad Syafiq dipercayai terlelap ketika memandu | Berita Harian NIBONG TEBAL: Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, awal pagi tadi.

Videos (show all)

Rest is not a reward but a right!
Kelesuan Barisan Hadapan
Penghargaan buat Petugas di barisan hadapan daripada YDPA XVI

Website