Jpkk Kg Gailun Laut Dun N3 Pitas
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jpkk Kg Gailun Laut Dun N3 Pitas, Government Organization, .
20/08/2022
JPKK Kg Gailun Laut ,Pitas.
Sambutan bulan kebangsaan komuniti Kg Gailun Laut anjuran bersama KRT dan JPKK Kg Gailun Laut .
Alhamdulillah ,program berjalan lancar dan berjaya atas kerjasama yang mantap semua AJK dan Komuniti .
"Keluarga Malaysia,Teguh Bersama"
13Hb September 2021 .
Kg.Gailun Laut.
Alhamdulillah ,selesainya kerja bergotong royong membersihkan kawasan jalan ke tanah perkuburan orang orang Islam (tanah perkuburan bagi penduduk 6 buah kampung) dan sekaligus membersihkan kawasan balai raya Kg.Gailun Laut.
Kerja gotong royong anjuran JPKK Kg Gailun Laut dengan kerjasama Ketua Kampung dan Komuniti .
Tahniah pimpinan Pengerusi JPKK En Yasin Upang bersama AJK JPKK dan Ketua Kampung KK Haris Alut . Terima kasih kerjasama dan komitmen komuniti Kg. Gailun Laut.
22Hb Julai 2021
Badan JPKK Kg. Gailun Laut - PJPKK Yasin Upang dan Ketua Kampung KK Haris Alut memimpin komuniti kampung kerja bergotong royong membaiki kerosakan atap rumah Puan Dayang Lemiah Malad rosak teruk akibat ribut taufan baru - baru ini . Alhamdulillah ,berkat kerjasama semua komuniti Kg Gailun Laut , rumah mangsa ribut taufan ini siap dibaik pulih. Terima kasih badan JPKK dan semua komuniti.
air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat.
19Hb Julai 2021
YB Dato' Sri Dr Ruddy Awah ADUN N3 Pitas menyampaikan bantuan zink dan kayu beruti kepada beberapa KIR yang mana rumah mereka terjejas teruk akibat angin taufan.
Semoga dengan bantuan ini meringankan beban KIR mangsa ribut taufan baru - baru ini.
Terima kasih YB DSDRA , pemimpin no.1 di hati rakyat.
17Hb Julai 2021 (Sabtu)
Kg. Gailun Laut Mukim Pinggan - Pinggan ,N3 Pitas.
YB Dato' Sri Dr Ruddy Awah ADUN N3 Pitas , diiringi OKK Abdul Ghani Selen Ketua Daerah Pitas , Pn. Ramlah Nasir PPM N3 Pitas bersama Pegawai Kebajikan Daerah Pitas melawat serta memantau rumah -rumah penduduk kampung yang terjejas akibat ribut taufan yang melanda baru baru ini. Turut hadir mengiringi lawatan YB DSDRA Tuan Nasir Hj Jakop, Tuan Mahaya Asmarah ( Kakitangan Mahkamah Anak Negeri ) ,Pemaju Mukim Pn Suriati Madtasin , En. Abdul Rahman Samat Ketua PDM Pinggan- Pinggan , En. Yasin Upang PJPKK Kg Gailun Laut.
# Terima kasih keprihatinan YB DSDRA.
# Wakil rakyat dikasihi rakyat.
En Jamal Abdul AJK Biro Kebajikan dan Kesukarelaan JPKK Kg Gailun Laut Mukim Pinggan Pinggan berkemahiran dalam bidang mechanical jentera berat , boleh on call mechanic.Selain itu , Jamal mahir membawa jentera berat . Maju dalam career ini sehingga mampu menjana ekonomi begitu baik. Pernah membantu badan JPKK bersama sama membersihkan kawasan balai raya dan perkampungan menggunakan case. Semoga menjadi suntikan motivasi kepada belia belia kampung Gailun Laut yang berminat dengan kemahiran , belajar melengkapkan diri dengan kemahiran demi masa depan yang cerah.
Masyarakat
Pn Norasliana Abd Rajik AJK Biro Pendidikan dan Inovasi JPKK Kg Gailun Laut Mukim Pinggan Pinggan , pengusaha dan peniaga ikan laga / betta serta pelbagai. Seorang wanita yang cekal dan rajin berusaha , perniagaan adalah bidang yang sangat diminatinya. Selain berniaga ikan laga / betta , Norasliana juga berniaga aneka kuih muih, makanan dan minuman. Musim PKP perniagaan makanan & minuman ditangguhkan , namun pengurusan perniagaan tetap diteruskan menjadi agen menjual produk kesihatan SHAKLEE. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada wanita wanita kampung Gailun Laut. Wanita berani mara ke hadapan.
# Pembangunan Masyarakat.
wanita
Pn Julainah Asmat Ketua Biro Keceriaan dan Kesejahteraan JPKK Kg Gailun Laut Mukim Pinggan Pinggan, wanita bersemangat tinggi fokus dalam aspek aspek penjagaan kecantikan dan keceriaan diri & persekitaran. Menceburkan diri dalam perniagaan online menjual produk kecantikan. Rajin berusaha demi mencapai impian ,alhamdulillah perniagaan atas talian semakin maju. Semoga menjadi suntikan semangat kepada wanita wanita khasnya masyarakat kg Gailun Laut ,bijak mencari ruang dan peluang. Semoga wanita wanita kg Gailun Laut terus maju.
Masyarakat.
Wanita
Pn. Santi Ning AJK Biro Ekonomi & Keusahawanan JPKK Kg Gailun Laut Mukim Pinggan Pinggan salah seorang Usahawanita online yang maju . Berniaga di atas talian baginya cukup mencabar ,namun berkat kecekalan dan rajin berusaha demi menjana pendapatan membantu mengukuhkan ekonomi rumah tangga perniagaan semakin maju. Menjual produk kesihatan NAJEHAH mendapat sambutan yang memberangsangkan , alhamdulillah. Masyarakat kampung Gailun Laut semakin maju.
Masyarakat.
wanita
10 Hb April 2021 .
En Yasin Upang Pengerusi JPKK Kg Gailun Laut menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN N3 Pitas dan lawatan YAB DSP Hj Hajiji Hj Noor Ketua Menteri Sabah . Terima kasih pemimpin kerajaan GRS. Terima kasih YB Dato' Sri Dr Ruddy Awah ADUN N3 Pitas , pemimpin no.1 di hati rakyat .
Cik Rasyidah Abd Rashid AJK Biro Kebajikan dan Kesukarelaan JPKK Kg Gailun Laut Mukim Pinggan Pinggan. Pengurus perniagaan Hand Phone & aneka aksesori gadget , premis kedai di Pinggan Pinggan berhadapan SMK Pinggan Pinggan. Cik Rasyidah juga merupakan agen menjual produk kesihatan SHAKLEE . Semoga masyarakat Kg Gailun Laut terus maju dalam bidang perniagaan .
Masyarakat
wanita
Pn. Siti Aisyah Amir AJK Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga JPKK Kg Gailun Laut Mukim Pinggan - Pinggan seorang Usahawanita online dan pengurus kedai Syahdie Fashion & Gadget . Seorang yang pemurah hati . Pernah menaja hadiah untuk program pertandingan sukan rakyat kategori wanita dan kanak kanak anjuran Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga JPKK. Semoga masyarakat kampung Gailun Laut terus membangun.
Masyarakat
# Memperkasa wanita
Pn Maimunah Maslan Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan JPKK Kg Gailun Laut berpengalaman luas dalam bidang kemahiran ekonomi dan keusahawanan , pernah mendapat lantikan sebagai jurulatih ekonomi dan perniagaan oleh Universiti Malaysia Sabah . Membantu team JPKK memberi kemahiran dan latihan kepada wanita serta belia & beliawanis khasnya penduduk kampung Gailun Laut berkaitan ekonomi dan keusahawanan . Semoga dengan ilmu kemahiran ini boleh membantu membangun masyarakat menuju ke arah hidup bermasyarakat berdaya maju.
Wanita Mendepani Cabaran
# Pembangunan Masyarakat
Pn.Hafsah Jarimal Setiausaha JPKK Kg Gailun Laut ,Mukim Pinggan - Pinggan. Seorang aktivis NGO , politik, budaya & masyarakat juga seorang freelance emcee. Penampilan sangat sederhana , mencintai sifat sifat semulajadi dan seorang yang karismatik. Berminat memberi kerjasama kepada team JPKK Kg Gailun Laut melakar capaian pembangunan dan kemajuan masyarakat & kampung.
# Sabah Maju Jaya .
Pn Hartika Haris Ketua Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga JPKK Kg Gailun Laut Mukim Pinggan - Pinggan , seorang yang aktif dan peramah ,mengajak wanita wanita khasnya wanita Kg Gailun Laut menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi membantu menjana ekonomi keluarga .Pn Hartika seorang Usahawanita ,mempunyai sebuah kedai memborong dan menjual aneka pakaian wanita dan kanak kanak juga menjual produk kecantikan. Semoga menjadi sumber inspirasi di kalangan wanita KGL
# Bangkit wanita mendepani cabaran.
Wanita
30Hb Jun 2021
Ketua Biro Kebajikan dan Kesukarelaan JPKK Kg Gailun Laut en Nurikin Upang sedang mendaftar penduduk kampung yang belum mendapat suntikan vaksin c19, senarai akan dihantar ke UPPM N3 Pitas untuk proceed temu janji dgn KKM. Alhamdulillah ,proses pendaftaran berjalan dengan lancar . Tahniah team JPKK KGL atas usaha ini.
# Lindung diri lindung semua .
Ketua Biro Kebajikan dan Kesukarelaan JPKK Kg Gailun Laut en Nurikin Upang mewakili Pengerusi JPKK mengagihkan bantuan bakul makanan kepada golongan daftar ekasih dan golongan B40 penduduk kampung Gailun Laut. Terima kasih keprihatinan kerajaan GRS , terima kasih YB Dato' Sri Dr Ruddy Awah ADUN N3 Pitas, terima kasih UPPM N3 Pitas, terima kasih pejabat daerah dan terima kasih pejabat kebajikan daerah Pitas.
Musim lock down akibat pandemik Covid 19, badan JPKK dan Ketua Kampung bekerjasama membendung penularan wabak C19 demi menjaga dan mengawal jangkitan kepada komuniti kampung di bawah jagaan mereka. Lantas memasang signboard ini memberi amaran melarang keras orang luar masuk ke kampung ini. Terbaik KK Haris dan PJPKK Yasin Upang. Semoga wabak C19 ini cepat berakhir.
29Hb Jun 2021.
Balai raya Kg Gailun Laut hampir siap , kini berubah wajah seolah memukau pandangan. Sebelum ini balai raya ini sangat usang , banyak kerosakan langsung tidak boleh digunakan. . Namun setelah lawatan YB Dato' Sri Ruddy Awah selaku ADUN N3 Pitas, serta merta YB Dato' telah meluluskan peruntukan pembaikan balai raya ini. Peruntukan material yang mencukupi . Ketua Biro Kebajikan dan Kesukarelaan JPKK En Nurikin Upang , Pengerusi JPKK En Yasin Upang dan Ketua Kampung KK Haris Alut telus dan cekal memimpin komuniti bergotong royong membaiki kerosakan balai raya ini , sehingga kini balai raya hampir siap berwajah baru dan cantik , boleh lah digunakan oleh masyarakat Kg Gailun Laut mengadakan mesyuarat dan lain lain aktiviti. Satu kemudahan yg sangat bermakna buat penduduk Kg Gailun Laut. Terima kasih YB Dato' Sri Dr Ruddy Awah , pemimpin berjiwa rakyat , dikasihi rakyat.
May 2021 / Program JPKK
Program memasak bubur lambuk dan pengagihan kepada masyarakat muslim Kg. Gailun Laut ,surau Gailun Laut dan Masjid Pinggan- Pinggan sempena bulan Ramadhan , program NGO Persatuan muslim saudara baru Negeri Sabah (SALIMAH) bersama JPKK Kg Gailun Laut. Dikendalikan oleh Biro Pemantapan Spiritual JPKK ( Ketua : Ustaz Husin Ahmas ). Bahan masakan bubur lambuk sumbangan ikhlas daripada SALIMAH Sabah. Alhamdulillah. Semoga kerja amal ini mendapat keberkatan yang tinggi daripada Allah SWT.
Mac 2021.
Mesyuarat JPKK Kg Gailun Laut kali ke 2 berjalan dengan lancar ,mesyuarat pemilihan AJK biro JPKK. Alhamdulillah mendapat sokongan penuh & sambutan seluruh komuniti KGL ,ke arah masyarakat membangun dan hidup sejahtera.
April 2021 / Program JPKK
Pengerusi JPKK En. Yasin Upang , Ketua Kampung Haris Alut dan semua AJK JPKK memimpin komuniti kerja bergotong royong membersihkan kawasan balai raya dan perkampungan Kg. Gailun Laut . Semoga aktiviti seumpama ini akan berterusan ke arah memupuk semangat bekerjasama , tolong menolong dan semangat cintakan kebersihan persekitaran..
Kampung Gailun Laut Mukim Pinggan - Pinggan ,DUN N3 Pitas.
Ketua Kampung : KK Haris Alut
Pengerusi JPKK : En .Yasin Upang
Mac 2021.
Kg. Gailun Laut / Program JPKK.
Dikendalikan oleh Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga ( Ketua Biro : Pn.Hartika Haris)
Penganjuran sukan rakyat kategori wanita dan kanak kanak , sumbangan hadiah daripada seorang usahawan wanita Kg Gailun Laut. Program bertujuan mengeratkan hubungan baik komuniti serta menjalin persefahaman. Tahniah badan JPKK KGL.
Mac 2021.
Perlawanan sepak takraw ,10 pasukan bertanding penyertaan tertutup belia Kg.Gailun Laut . Program anjuran Biro Belia Sukan & NGO JPKK Kg Gailun Laut dipengerusikan oleh encik Hardi Haris. Program dirasmikan oleh Tuan Asmey Ruddy , Penolong Pengurus FUTSAL Negeri Sabah. Mendapat sambutan menggalakkan daripada belia . Sekalung ucapan terima kasih Tuan Asmey Ruddy.
27Hb Mac 2021.
Lawatan YB Dato' Sri Dr Ruddy Awah Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah / ADUN N3 Pitas ke kawasan Kampung Gailun Laut. Terima kasih YB Dato' Sri pemimpin no.1 di hati rakyat, dikasihi rakyat.