Yayasan Pembangunan AN NASRI

Yayasan Pembangunan AN NASRI

Ianya tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang diperuntukkan

YAYASAN PEMBANGUNAN AN NASRI dengan rasminya telah ditubuh pada 18 RabiulAwal 1442 bersamaan 04 November 2020 dan diperbadankan di atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN AN NASRI BERDAFTAR.

Photos from Yayasan Pembangunan AN NASRI's post 26/06/2024

Membina dan menyiapkan Kolah dan Tandas

26/06/2024

Membina dan Menyiapkan Pagar Pondok Moden

Photos from Yayasan Pembangunan AN NASRI's post 26/06/2024

Membina dan menyiapkan Pondok Moden Darul Quran Wal Hadis An Nasri

Photos from Yayasan Pembangunan AN NASRI's post 26/06/2024

Membina dan Menyiapkan tembok pagar Darul Quran Wal Hadis An Nasri

Photos from Yayasan Pembangunan AN NASRI's post 26/06/2024

Membina dan menyiapkan Kantin/Dewan Makan Darul Quran Wal Hadis An Nasri

Tawaran Pengajian Tahfiz dan SPM 2024 09/01/2024

https://tahfizabada.onpay.my/order/form/Abada0008/8

Tawaran Pengajian Tahfiz dan SPM 2024 Membuka Tawaran Pengajian peringkat Tahfiz dan SPM sesi 2024

20/12/2023
29/06/2023

Assalamualaikum W.B.T,

Warga kerja Yayasan Pembangunan An Nasri mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para penyumbang derma jariah, pembayar zakat dan wakaf yang sentiasa menyokong kami.

Alhamdulillah, kita sedang berada dalam bulan yang istimewa iaitu bulan Zulhijjah dan sebaik-baik hari adalah 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Aidiladha juga mengingatkan kita tentang perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim serta anak baginda Nabi Ismail 'Alaihi al-Salam.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH SWT mewajibkan zakat sebagai penyucian harta." [Riwayat al-Bukhari]

Hadis ini jelas menyebut bahawa berzakat dan menginfakkan harta ke jalan Allah merupakan suatu pengorbanan yang sangat tinggi kerana fitrah manusia menyayangi harta mereka dan sukar untuk melepaskan sesuatu yang mereka sayangi. Namun yakinlah, mereka yang mengeluarkan hartanya ke Jalan Allah pasti akan mendapat berkat dariNya.

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah. Diharapkan dengan berzakat dan berwakaf membuatkan kita terus mensyukuri nikmat Tuhan dan menjadi asbab untuk terus melakukan kebaikan.

11/12/2021

Nabi S.A.W bersabda mafhumnya, “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya”. HR At-Tabrani.

Pihak yayasan juga ada menyediakan resit pelepasan cukai (LHDN) dan resit zakat kepada dermawan budiman yang memerlukannya bagi memudahkan urusan penderma budiman.

Oleh kerana itu, untuk mencapai hasrat ini, pihak pengurusan yayasan Pembangunan An Nasri memerlukan sokongan dari pelbagai pihak , sama ada sumbangan daripada pihak individu, kumpulan ahli perniagaan,korporat, pihak kerajaan,swasta, syarikat-syarikat GLC, Bank-Bank dan sebagainya bagi mencapai objektif penubuhan yayasan. Semoga matlamat Penubuhan Yayasan Penbangunan An Nasri tercapai dan diredhoi Allah Subhanahu wa taala.

Terima Kasih,

Yang di amanahkan

TUAN HAJI ALIAS NASRI BIN HAJI MAHAMUD B.K.M,
PENGERUSI YAYASAN.

08/12/2021

YAYASAN PEMBANGUNAN AN NASRI dengan rasminya telah ditubuh pada 18 RabiulAwal 1442 bersamaan 04 November 2020 dan diperbadankan di atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN AN NASRI BERDAFTAR. Ianya tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2(2) Akta 258.

Tujuan penubuhan YAYASAN ini adalah untuk memenuhi keperluan golongan sasaran dalam masyarakat seperti anak yatim, fakir miskin ibu tunggal dan sebagainya yang memerlukan berbagai bantuan dan pertolongan seperti kewangan, kemahiran, pekerjaan, bimbingan dan sebagainya agar mereka ini boleh berdikari dan berjaya maju dari masa ke semasa.

Pihak pengurusan YAYASAN juga mengadakan program skim wakaf Al-Quran, kitab-kitab Islam, buku-buku , perigi boring dan lain-lain keperluan untuk diberikan secara percuma kepada golongan sasaran sama ada dalam atau luar negara agar mereka dapat manfaat berpanjangan.

Website