Resepi IBU
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Resepi IBU, Kitchen/Cooking, .
Asalnya tak nak rambut jadi kering & cepat gugur.
Tapi....
Jadi makin lebat p**ak😆
Pakej dengan bau rosemary + peppermint. Strongly suggested utk nak lebatkan rambut.
Check kat sini ya--> https://invl.io/clkx3o2
Resepi Akok Pandan dan Akok Jagung.
Bahan
6 biji telur
1 cwan santan pekat
1 cawan air masakkan dgn 3/4 cawan gula dan daun pandan.sejukkan
1 sudu besar tepung beras
4 sudu besar gandum
1 sdt garam
Cara memasak
1.Blend atau gunakan whisk telur dan tepung2
2. Masukkan santan dan garam dan air gula 3.Tapis dan bakar. Kalau nak buat flavour jagung. Lepas tapis masukkan 1 cup jagung tin cream. Kalau nak guna pandan drpd 1 cwan air td spruh guna untuk kisar daun pandan
Kredit: Nur Shahidar Amsyar
CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUN
Ikut petua mudah ini,dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya.
Bahan-Bahan:
Cuka masakan
Sabun cecair pencuci pinggan
Alat penyembur
Cara Membuatnya:
1.Tuangkan cuka masakkan ke dalam alat penyembur.
2.Setelah itu,titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.
3.Kemudian,semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
* Sembur hanya sekali,selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat,akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Semoga bermanfaat🙏🙏
Kredit: Tips Dokter Cantik
Rindu pancake krabi ? buat style sis izra ni, semudah ABC hihi 😍 dapat makan time berbuka memang ngamm ✨👍🏻
Bahan Bahan
——————
Kulit Popia
Pisang (* TT guna pisang berangan)
Telur
Planta
1) sapu planta atas kulit popia
2) letak telur
3) letak pisang
4) lipat then masak atas kuali l***r
Untuk Topping boleh letak apa2 je fav korang hihi. TT letak serbuk cheese, then susu pekat, last sekali nutella. lepas berbuka repeat lagi hoiii sbb senang sgt buat dia !
Kredit: Izra Faiqah Nokman
Okay lagi dari hancur terus.
CHEEZY MEATBALL
Bebola ayam atau daging
1 tin sos prego.. Atau bolognese
Setengah cwn susu segar
1biji bwg holland.potong dadu
Sikit lda hitam ditumbuk kasar
Mozarella
Slice cheese
1bji lda benggala.. Hijau atau merah.. Potong dadu.x letk pun x pr
Cara
Goreng bwg holland, bebola ayam atau daging. Lda benggala. Hingga bwg layu.. Tutup api..
Tuang dlm loyang aluminium foil.saya msk je dlm nonstickpan.blh juga..terus letk cheese..api perlhn.msk hingga cheese cair.
Ketepikn sekejap
Tuang sos bolognese atau sos pasta.. Dlm kuali. Msk hingga didihmsuk susu segar.. Dan kiub ayam.. . Tabur lada yg ditumbuk kasar tadi
Tutup api..
Tuang keatas meatball tadi. Sehingga menutupi meatball.tabur mozarella cheese.. Dan letk slice cheese.
Las tu saya tabur sikit cheese serbuk
Bakar 170.
10 hingga 15minit
Dah siap..
Credit : ieda jahaya
Resepi Donut Cheese
Bahan-bahan:
4 cwn tpung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cwn air suam
1/2 cwn air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice
Cara-cara :
1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
2) Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .
3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.
4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .
5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
6) Boleh canaikan doh tersebut , jgn tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dgn menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
7) Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik.
Kredit to owner
Nasihat Ayah apabila berpindah ke rumah baru atau rumah sewa, pertama sekali yg perlu dibuat ialah menukarkan skru plat pintu kepada yg lebih panjang.
Ini kerana sebahagian besar kontraktor memasang plat dengan skru yang dibekalkan yang hanya setengah inci panjang dan dapat dipecahkan dengan satu sepakan oleh pencuri.
Ayah memasang skru 4 inci di tempat mereka yang masuk melalui bingkai pintu dan ke dalam rangka rumah. Mereka boleh menendang untuk masa yang lama sebelum mereka letih! Anda dapat melihat dalam gambar skru di tangannya adalah skru yang dibekalkan dengan perkakasan pintu.
Membuatkan pencuri akan bunyi membuat bising dan digagalkan dalam pelan awal mereka bukan sahaja dapat memberi anda masa untuk melengkapkan diri tetapi mereka kemungkinan besar akan bergerak ke sasaran yang lebih mudah.
Sumber : Modern Nest Real Estate Group/ Rizal Hakimm
Lillahitaala!! Saya beli murtabak di bazar Desa Pandan. Potong 2 pelik x boleh potong.
Rupanya KAIN BURUK.. ALLAH..
Ni kain buruk ke pelaris ni.. terus muntah sekeluarga. Saya bayar qr code ya. Jadi memang ada bukti.
Sumber : Yuhaiza Hamid
Ni bukan kena simbah cat dengan Ahlong tau. Ni serbuk cili. Aku tabur sampai 2 peket besar depan rumah.
Nak bela kucing 10 ribu ekor pon kau bela lah! Tapi tolong jaga bau yg keluar dari najis² kucing tu ..Kucing tu semua kurung dalam sangkar tapi kau tak reti nak pakai pasir kucing! Sampai nak masak pon aku kena tutup hidung.
Aku malas nak tegur nanti gaduh, aku dah kahwin ni, perangai lama aku buang dah jauh² .. Stress ye duduk rumah berjiran dengan org pet lover ni😔
Aku bukan tak s**a kucing, tapi aku tak s**a org yg membela. Bau dan najis yang aku nak kena hadap tu yg buat aku rasa nak menyumpah😠
Credit 📸✍️ Noor Mai Fatihah Ismail
Kenapa kuih seri muka saya macam ni ya 🥹
📸opie
Kalau masak Chicken Perattal ni, jiran-jiran comfirm tegur. Wangi & bau sedap mcm dekat restoran.
CARA MASAK AYAM PERATTAL @ CHICKEN PERATTAL
BAHAN-BAHAN:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika s**a @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari
Klik disini untuk resipi penuh:
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kelapa. Kalau xde blh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap utk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.
3. Tambahkan juga daun kari.
4. Dan juga bahan kisar tadi.
5. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.
6. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
7. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
8. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.
9. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
10. Empunya resipi tidak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).
11. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.
12. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam
Cantik eloklah pecah minyaknya
Santan fresh, kerisek pun homemade
Arwah Ma cakap, klu timbul buah pelaga tu,
tanda masak elok dah tu
Alhamdulillah... Semuanya nikmat dari Nya.
Air tangan kita, selera kita
*RESEPI PAJERI NENAS*
Nenas
Bawang
Bawang putih
Halia
3 sekawan
Rempah kari
Serbuk cili
Udang kering
Santan
Kerisek
Gula melaka
Tumis bawang, bawang putih, udang kering &
halia yg diblend serta 3 sekawan hingga
kekuningan. Masukkan rempah kari & serbuk
cili, masak hingga pecah minyak. Masukkan
nenas, biarkan hingga air nenas keluar sedikit.
Masukkan santan, gula melaka, kerisek &
garam. Masak lagi hingga pecah minyak. Siap.
Kredit : Rozzieta Abd Rahim
Ayam bakar fav sy sekeluarga. Sampai skrg dah jd fav kluarga mertua. Simple tp sdp dan xperlu perap !!
Resepi
Ayam 1 ekor
3 biji Bawang merah
2 biji bawang besar
3-4 biji Bawang putih
1/2 biji Bawang holand
1 inci Halia
2-3 batang Serai
1 sudu Lada hitam
1-2 sudu Cili boh/cili kering (kalau nk pedas lbhkan)
* kisar semua
Madu
Gula
Garam
Kuib pati ayam
Serbuk perasa
Pnskan kuali mas**an myk + butter/marjerin
Tumis semua bahan diatas, mas**an bahan2 perasa dan agak2 dah naik bau mas**an ayam.
Masak ayam dlm kuali dulu dan Balik2 kan ayam (balik skli dua sahaja) dan smbil tu lumurkan bahan perap ke ats ayam smpai ayam separuh masak@bila isi ayam dah kembang tutup api.
Biarkan sejuk
(Cara ni cpt dan mudah, ayam xperlu perap. Ayam pon lembut dan cpt msk bila bakar nanti)
Blh lah bakar dlm af 170-180 30-40mnt
📸: Missz Amira
RESEPI KERANG PEDAS SOS TIRAM BEREMPAH
Mesti ramai pengemar kerangkan😊😊..comfirm Malam Pon Masih tercari Nak makan nasi atau meratah macam Tu sahaja🤤🤤 1 kilo agak2 cukup ke??😅😅
BAHAN BAHAN
Kerang 1 kilo fresh(direbus dahulu)
Tumis bawang putih 3 ulas
Bawang merah 2 biji dihiris,,
Cili merah 1 biji( dihiris)
Cili hijau 1 biji( dihiris)
Cili padi 2@ 3 biji(katok)
Daun kari 2 batang,
Serbuk Kari ikan 1@2sudu besar
cili kisar 5@6 sudu besar
SOS tiram 3-4 sudu besar
air masak(agak2 kuah dah pekat)
Serbuk belacan sedikit(jika s**a)
Serbuk perasa
Garam
Minyak masak
👩🏻🍳Cara memasak👩🏻🍳
1)panaskan minyak kedalam kuali,Dan tumiskan bawang putih,bawang merah Dan daun kari sehingga kekuningan
2)masukkan cili kisar Dan masak sehingga pecah minyak@sehingga cilinya masak
3)apabila cili Sudah masak,masukkan Serbuk Kari Dan biarkan rempahnya masak
4)masukkan SOS tiram,serbuk belacan,serbuk perasa,cili padi,cili merah,cili hijau..Gaul sebati..Dan masukkan kerang Yang telah direbus tadi Dan Gaul sebati..jika terlalu kering,masukkan sedikit air..
5)tutup api,siap dihidang 😊
👩🏻🍳CARA MEREBUS KERANG 👩🏻🍳
1.didihkan air dahulu
2.masokkn kerang
3.masak kerang dlm 5-10 mnit
4.Angkat kerang Dan rendamkan kerang bersama air sejuk/atau air Yang ade AIS
5.baru dikopek kulit..nanti cantik hasilnya😊
Kredit: Nurul Ateekah
BBQ Kambing 😋
Resepi ni terbukti sedap..
Jom kita tengok resepi dari Dr. G ni.. Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.
Bahan Perapan:
5 - 6 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
1/2 cawan Sos Cili
1/2 cawan Sos tomato
1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.
Cara:
Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.
Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
Panggang menggunakan arang.
Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~ Selamat mencuba ~
kredit resepi: Delihayat Kitchen
Ikan Cencaru Bakar Sambal Kelapa
Bahan-bahan:
Ikan cencaru (dibakar)
Bahan sambal kelapa (dikisar):
Bawang besar
Bawang putih
Cili kering
Halia
Serai
Serbuk kunyit
Daun kunyit
1 biji kelapa parut
Cara-cara:
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan perasakan.
Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Kacau dalam kuali hingga kering.
Setelah kelapa kering, masukkan daun kunyit.
Belahkan cencaru yang telah dibakar di bahagian belakang dan sumbatkan sambal kelapa.
Sedia untuk dihidang.
Kredit: Zarina Md Saad Nana
Kalau s**a puri boleh la cuba resepi saya ni .. 🌼
Resepi ..
2 cawan Tepung gandum
2 sudu besar ghee
Sedikit garam
Air suam
Campur bahan kering gaul2 kan dia
(Kalau ada mixer masuk ja biar mixer ulikan)
Masukkan air sedikit2 uli sehingga doh lembut n tak melekat dekat mangkuk
Bulat2 kan dan rehat kan doh sekejap
Canai l***r2
Panaskan minyak (pastikan minyak betul2 panas) masukkan puri yg di canai tadi
Goreng sehingga kekuningan
Dah siap 🌸🌼🌸
Credit : Haslinda Hashim
Resepi Masak Merah Telur
Bahan-bahan
5 biji telur goreng
1 biji bawang merah besar | dikisar
1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
1″ halia dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
11 biji cili kering | dikisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Kaedah
Goreng telur dan ketepikan.
Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
Mas**an bawang besar yang dihiris bulat dan juga buah tomato yang dipotong baji.
Siap!
RESEPI CUCUR JAWA
Bahan-bahan:
- 1 cwn tepung gandum
- 1 cwn tepung beras
- 1 cwn gula pasir + gula merah
-1 cwn air
- secubit garam
*kacau rata n perap*
*Kalau nak buat pg..malam dah bancuh dan letak luar peti ais pun boleh.
*Kalau nak makan petang pagi la bancuh nya
Credit : Suhaila fiya ibrahim
Resepi Terkini
RESEPI CHAR KUEY TEOW!
Kalau ada cili jeruk lg sedap 😋😋 musim kerang skrg isi dia penuh2..resepi dibawah..plg ringkas & mudah cara sy masak..hidangan dibawah sy masak setiap pinggan berasingan..
Bahan-bahan
1. Kuey teow (cuci toskan)
2. Cili kering & bwg besar (dblend)
(Bhn² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram)
3. Bwg putih ketok²..
4. Taugeh & kucai
5. Telor..
6. Udg direbus (asingkn air)
7. Kerang (direbus)
Cara penyediaan
Panaskn kuali,masukkn myk..(myk lbih sikit ye,supaya masukkn telor nt kuey teow xbatat) kuey teow&myk dorg ni friend forever😆😆... tumis bwg putih,masukkn udg,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau2..masukkn air rebusan udg pecahkn telor kacau2 sebatikn, masukkn kerang,kuey teow,taugeh&kucai siap..pastikn guna api yg besar ye..slamat mencuba
Kredit : Muhammad Abdullah
Ayam bakar is doneee ❤️
Resepi:
Madu
Bwg putih tumbuk
Halia tumbuk
Lada hitam tumbuk
Sos bbq
Sos tiram
Sos manis abc
Kicap cap udang
Serbuk cili/paprika
Minyak bijan 1 sudu
Minyak jgung / butter 1 sudu
Kaedah : oven , panaskan oven 250 °c selama 15 minit , baru masukkan ayam, suhu 170°c 45 minit atau hingga masak
NOTA: pada minit ke 30 ..angkat ayam & salutkan semula dengan sisa perapan dan sambung masak ayam 😍
Tips : sebelum perap pastikan ayam xberair
kredit: siti fatimah
KEK LAPIS RONARIA (BAKAR)
Resepi Ann Cdi
Bahan-bahannya :
16 ozs mentega
10 biji telur ayam gred A
1 tin kaya sederhana (300gm)
1 gelas gula halus (boleh krgkn jika xnk manis)
1 gelas tepung hongkong
1 gelas horlicks
1 gelas tepung susu (saya gna coffee mate)
1 sudu vanilla
1 sudu mkn ovellete
4 sudu mkn susu pekat
sedikit jem utk melapis (saya gna jem nnas)
Pewarna ( ikut s**a)
Saya guna pewarna;
i) kuning telur
ii) hijau turquoise
iii) pink
iv) putih
v) hitam + sdikit browning sugar
vi) hijau epal
vii) merah + sedikit red velvet emulco
viii) kuning lemon
Cara-caranya :
~ Satukan mentega & gula, pukul smpai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi smpai sebati.
~ Masukkn susu pekat, ovellete, serikaya & vanila. Pukul sampai berkrim.
~ Masukkan tepung hongkong & tepung susu. Gaul perlahan-lahan. Masukkan p**a horlicks. Gaulkan sebati.
~ Bahagikan kepada 8 bahagian/ warna. Daripada 6 bahagian p**a dibahagi 2 utk 6 lapisan tebal & 6 lapisan nipisnya..
~ Akhir sekali bakarlah selapis demi selapis.
Pada setiap 2 lapisan saya sapukan sedikit jem.
Saya guna loyang 8” x 8”
Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tayah p kenny rogers dh kome.. Jimatt poket😋
Resepi
Ayam sekor2 atau potong 4. Nk seksi biarkan dia sekor2.
Bahan A
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia
Bahan B
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Selamat mencuba
Kredit : Nurul Aini Mohamed Ali
Terima kasih sape yg bagi petua kalau nasi lembik letak roti hari tu..
Selamat nasi saya 5kg saya tanak utk kedai semalam staff tersalah lebih air nasi jd lembik..
Mmg betol2 berkesan tq taww ✌️✌️✌️
Saya letak n buka api slow jer bg die pns n air meresap kat roti..jgn lupe tutup periuk
Semoga bermanfaat
Sumber : Siti Nor Akma
Sy nampak si laki kupas kentang sama cuci telur.
Ingatkan buat lauk.
Sementara saya pigi mandi, si laki memasak.
Masa untuk makan,dia p hidang lauk2, saya p**a pigi kaut nasi.
Alangkah terkejutnya nampak isi ricecooker.😅
Dan ini bukan kali pertama.entah keberapa kali sudah dia masak begini.
Cepat dan jimat dia bilang.kalau mood saya ok,saya boleh terketawa tengok.
Kalau kurang helook,di situ la saya pandai membebel.
Nasi+kentang+telur rebus👍😅
📸Mk marissa
Rendang kerang terketaq2 nak makan 😁
Bahan-bahan :
Bawang besaq 2
Bawang putih 2
Lengkuas besaq ibu jari
Kunyit hidup 3 ibu jari
Serai
Halia besaq ibu jari
Cabai kering agak2.. nak pedas boh banyak
Cara masak :
Blender semua lepastu tomeh sampai pecah minyak.
Boh asam keping. Kalau rasa asam keping tak berapa masam boh.
Ayaq asam jawa. Dah mendidih pecah minyak boh kerisik 1 sudu besaq
Agak kerisik dah sebati, masuk santan, api pelan. Sentiasa kacau.
Dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit.
Garam jangan lupa
Sumber : Noor Ashila
Resepi Roti Canai..homemade
Bahan ..
Tepung 4 cawan
Gula pasir 1 sudu besar
Garam 1/2 sudu kecil
Telur 1 biji
Margerin 2 sudu besar
Air suam satu cawan( sbb uli pakai tgn)
# kalau guna mesin guna air sejuk
Cara..
Sediakan bekas besar
Masukkan tepung,gula,garam,margerin
Gaul rata..pecahkan telur
Masukkan air..
Uli sampai licin..sekata
Lebih kurang 30 minit...sado tgn lepas tu
Kemudian bahagikan doh..bulat2 kan
Masuk dlm bekas
Letak minyak hingga doh terendam
Perap lebih kurang 2 jam
Biasa kalau nak mkn pagi..buat doh mlm
Lepas perap...
Masa nak buat roti canai..
Saya guna dulang utk tebar..rotinya
Tarik..pelan2..agak2 nipis..penuh permukaan dulang
Kemudian gulung kan kemas...
Nak masak atas kuali..ambil doh tadi..l***rkan sedikit..
Masak seperti biasa..renjis2 kan sedikit minyak
Sehingga roti masak dan garing
Angkat...roti..seperti biasa..kepuk2 kan roti guna tgn..ala2 penebar roti canai..hihihi
Siap dah..
Kuah terp**ang..nak kuah apa
Resepi ni..bole dpt 12 biji..dohnya..
kredit: fatimah ali
RESEPI LAKSA JOHOR
Bahan-bahannya :-
1 paket Spaghetti (direbus)
BAHAN A :-
5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
1 paket kecil udang kering (diblend)
Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
Sedikit udang basah (diblend)
BAHAN B (diblend) :-
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit basah
2 batang serai
1 paket santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
Garam halus
Gula pasir
Ajinomoto
Bahan Ulaman/hiasan :-
Limau kasturi di belah dan dibuang biji
Timun hiris
Tauge
Bawang besar hiris
Daun kesum hiri
Bunga Kantan hiris
Lobak asin halus
Sambal belacan.
CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.
4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.
Selamat mencuba.
Hidup muafakat tanpa membezakan,
Berbilang bgsa agma mahupun umur,
Budaya dan adat perbezaan diraikan,
Bersatu padu hidup aman makmur.
Kredit:Fauziah Ali