hpkkukm

hpkkukm

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from hpkkukm, Hospital, .

Photos from hpkkukm's post 29/02/2024

SAMBUTAN HARI PENYAKIT JARANG JUMPA MELAKAR MEMORI PADA TARIKH ISTIMEWA

29 Februari 2024 - Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan, UKM dengan kerjasama Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah menjayakan sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa bertempat di lobi HPKK dengan tema tahun ini, 'Share Your Colours'.

Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut setiap tahun pada hari terakhir bulan Februari dan tarikh 29 Februari 2024 telah dipilih untuk sambutan ini diraikan di HPKK bagi melambangkan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak yang hidup dengan penyakit jarang jumpa sinonim dengan tahun lompat yang ada pada setiap empat (4) tahun.

Sambutan tahun ini telah dirasmikan oleh Pro-Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid disusuli dengan perkongsian daripada Dr. Keng Wee Teik, Pakar Genetik Klinikal, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengenai pengurusan penyakit jarang jumpa dan perkembangan di Malaysia dan Dr. Yin-Hsiu Chien, Pakar Pediatrik dari National Taiwan University Hospital (NTUH) yang memberi pandangan tentang penyakit ini serta menghubungkan perspektif kesihatan global dan realiti tempatan. 

Sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa pada hari ini turut menampilkan aktiviti menarik untuk semua lapisan umur seperti Face & Hand Palm Painting, pertandingan mewarna serta reruai pameran yang melibatkan pelbagai Persatuan Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia antaranya Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia dan organisasi penting lain seperti Persatuan Apert Sindrom Malaysia, Persatuan Penyakit Motor Neuron Malaysia dan persatuan-persatuan lain yang menawarkan pandangan lebih dekat kepada realiti dan cabaran yang dihadapi oleh individu dengan penyakit jarang jumpa.

Penganjuran sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa ini membuka lembaran baru kepada masyarakat terhadap kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa agar lebih cakna dan menerima kebersamaan dan keberadaan mereka dalam apa jua keadaan.

02/02/2024

SELAMAT BERSARA & TERIMA KASIH

Selamat bersara & terima kasih diucapkan kepada Puan Che Tom Sabri, Ketua Jabatan Kejururawatan HPKK atas segala khidmat dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di UKM dan HCTM & HPKK khususnya bermula dari 1 Julai 1997 sehingga 1 Februari 2024.

Selamat Maju Jaya!

31/12/2023

AMANAT PENGARAH HPKK : TAHUN BARU 2024

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan, Salam Universiti Watan.

Pertama-tamanya, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk melangkah masuk ke Tahun Baharu 2024 ini dengan kesihatan yang baik.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK) yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2023. Prestasi dan mutu perkhidmatan kita di sepanjang tahun 2023 adalah dianggap baik dan memberangsangkan. Syabas dan terima kasih buat semua.

Tahun 2023 merupakan tahun yang penuh bersejarah buat kita semua dengan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam hal ini, saya menyeru agar kita semua sentiasa bersiap siaga dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat yang terus memacu kesejahteraan kesihatan kanak-kanak. Saya berharap agar kejayaan yang dikecapi menerusi amalan yang baik ini akan dapat diteruskan demi kebaikan bersama.

Saya juga menyeru kepada semua warga HPKK supaya kejayaan kita dalam mencapai sasaran myKPI : Key Performance Index (KPI) yang telah ditetapkan adalah sesuatu yang amat membanggakan dan perlu diteruskan pada tahun 2024.

Ayuh kita menyambut tahun baharu dengan terus bermuhasabah untuk menilai kejayaan yang telah dicapai mahupun rintangan yang ditempuh dengan lebih baik pada masa-masa mendatang!

Mudah-mudahan kedatangan tahun 2024 ini, dapat disambut dengan tekad dan niat yang ikhlas untuk kita bekerja dengan lebih baik lagi dalam satu pasukan dengan semangat yang kental.

Akhir kata, saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2024 kepada semua warga kerja Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK). Semoga tahun 2024 ini akan menjadikan kita semua penjawat awam yang lebih cemerlang, berinovatif dan berdedikasi serta penuh tanggungjawab demi memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara tercinta.

24/12/2023

Tiada pesakit perlu terpinggir di negara Madani
- Utusan Malaysia

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/12/tiada-pesakit-perlu-terpinggir-di-negara-madani

24/09/2023

HEBAHAN WEBINAR TEMUBUAL KEMPEN KESEDARAN THALASSAEMIA NEGERI JOHOR 2023

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera.

Jangan lupa janji temu kita:

Tarikh: 25 September 2023 (ISNIN)
Masa : 10.00 pagi
Platform : Youtube Live SMK Dato Sulaiman

✅ Jom sama-sama kita ikuti kempen kesedaran Thalassaemia yang julung-julung kali diadakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama SMK Dato Sulaiman dan penampilan khas, Pakar Perunding Hematologi-Onkologi HPKK UKM.

✅ Kempen kesedaran Thalassaemia yang berasaskan “daripada murid kepada murid” telah pun menjadi satu platform yang sinonim untuk memperkasa murid sebagai duta kesihatan Thalassamia.

👉 Hanya _klik_ pautan berikut:. 
https://tinyurl.com/thalassaemia23

Jumpa nanti.

Sekian, terima kasih.

.0

Photos from hpkkukm's post 23/09/2023

TEKNOPOLIS KESIHATAN UKM BAKAL DIREALISASIKAN

22 September 2023 – Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar hadir ke Bengkel Memuktamadkan Dokumen Request Proposal (RFP) Teknopolis Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang diadakan di Scapes Hotel, Genting Highlands bersama-sama barisan pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bagi menambahbaik dokumen berkaitan.

Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini (bermula 22 sehingga 24 September 2023) dianjurkan oleh Pejabat Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur) adalah bertujuan untuk membuat semakan bersama dengan agensi-agensi berkaitan tersebut mengikut portfolio yang telah ditetapkan. Ia menyentuh dan melihat kepada justifikasi yang dicadangkan iaitu pembinaan-pembinaan 3 Fakulti, Residensi, UKMSC 2, Kompleks Penyelidikan dan Teknopolis Kesihatan di samping menitikberatkan komponen kewangan dan teknikal serta hala tuju.

Pengarah Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK), Datuk Prof. Dr. Ismail Sagap hadir sebagai peserta bengkel dan membincangkan portfolio pembinaan UKMSC 2 bersama Dato’ Prof. Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Pusat Pakar UKM (UKMSC), Prof. Dr. Mohd Razif Mohamad Yunus dan beberapa wakil dari UKAS dan KPT.

Bengkel ini juga didedikasikan kepada pihak pengurusan UKM terdahulu yang telah mengilhamkan sebuah harapan untuk memiliki sebuah Kompleks Teknopolis Kesihatan UKM dengan acuan tersendiri selain mengangkat martabat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah Universiti Watan Kita ke arah yang lebih unggul pada masa hadapan...

31/08/2023

SEMARAK KESIHATAN KEMERDEKAAN - Harian Metro

https://hm-app.hmetro.com.my/T77HB7xRkLN5dQqn8

31/08/2022

Pihak Pengurusan & Warga HPKK ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65 kepada semua rakyat Malaysia.

Semoga kita sebagai rakyat Malaysia menjadi generasi bangsa yang penuh rasa cinta terhadap tanah air sekaligus menjadikan bumi bertuah ini terus aman, makmur, dan harmoni. Perkara ini sejajar dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Website