Demokrat UNISZA

Demokrat UNISZA

Gerakan mahasiswa yang mengangkat idea demokrasi dan hak mahasiswa untuk bersuara.
#DEMISISWA

30/07/2022

Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran

Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya

Hijrah daripada penindasan kepada keadilan

Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan

Kami dari Demokrat UniSZA ingin mengucapkan "Salam Ma’al Hijrah" kepada seluruh umat Islam terutamanya warga di UniSZA dan tidak lupa kepada komrad dan . Semoga Allah selalu merahmati kita semua dan berharap tahun depan kita selalu bahagia dan sejahtera.

Marilah bersama-sama kita mendoakan agar lembaran tahun baharu Islam yang suci ini dapat membawa seribu satu keberkatan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Photos from Demokrat UNISZA's post 28/07/2022

Demokrat UniSZA menyokong kenyataan balas oleh Gabungan Gerakan Mahasiswa kepada MPP.

Photos from Demokrat UNISZA's post 28/07/2022

Sebagai sebuah gerakan mahasiswa yang meraikan kepelbagaian, mengangkat prinsip demokrasi, bebas daripada politik luar, dan mengangkat suara mahasiswa, kami mencari individu yang:

1. Bersemangat mengenai sosial, kebajikan, dan intelektual.
2. Mampu bekerja dengan baik secara sendiri dan dalam kumpulan.
3. Bermotivasi tinggi
4. Menolak penindasan masyarakat.
5. Mempunyai nilai etika, moral dan keadilan yang tinggi.

Tunggu apa lagi, sertai kami sekarang! (pautan juga di bio kami).

28/07/2022

26 Julai 2022

Setelah beberapa tahun Demokrat UniSZA menyepi, kini kami bangkit dengan nafas baharu bersama pemimpin yang tidak gentar. Kami adalah persatuan bebas yang tidak berdaftar di bawah HEP.