Microsleep
'Microsleep' merupakan satu episod tidur yang sekejap tanpa disedari oleh individu.
Halaman ini akan memberi pendedahan tentang gejala 'microsleep' daripada pelajar Tahun 2 Sains Bioperubatan UKMKL.
Tahukah anda tentang istilah POWERNAP?
Powernap merupakan satu perbuatan yang mana anda tidur sebentar antara 15-20 minit. Powernap ini penting untuk mengembalikan ketajaman minda serta 'physical performance' kita pada siang hari. Ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepekaan kita.
Untuk mereka yang beragama Islam, perkara ini tidak asing lagi kerana disebutkan sebagai 'Qailullah'. Waktu yang paling baik adalah sebelum masuk waktu Zohor.
Oleh itu, jika anda akan bertolak ke satu destinasi yang jauh, anda boleh berehat sebentar dan dapatkan Powernap agar keselamatan perjalanan lebih terjamin๐
'Like' dan 'Comment' poster di bawah untuk mendapatkan lebih info-info menarik tentang 'Microsleep' ๐
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
Salam hujung minggu semua!๐
Keesokan harinya pasti ramai yang akan memandu ke tempat kerja masingยฒ๐
Oleh itu, marilah kita mengikuti langkah persediaan memandu seperti berikut sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan Microsleep ๐ด
1) Merancang Perjalanan Anda
* Pastikan anda tahu destinasi yang hendak dituju sama ada jauh ataupun dekat. Jika jauh, pastikan anda berehat sebentar sebelum meneruskan pemanduan.
2) Mendapatkan Rehat Yang Mencukupi
* Jangan memandu dalam keadaan yang penat. Anda perlulah mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya sebelum memulakan pemanduan.
3) Elakkan Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak
* Makan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan anda mengantuk. Oleh itu, makan sekadar mengalas perut dalam portion yang sedikit.
4) Elakkan Minuman Beralkohol
* Apabila anda di bawah pengaruh alkohol, ia akan memperlahankan refleks dan koordinasi anda. Ia dapat mengurangkan fokus dan konsentrasi seseorang sekali gus menyebabkan individu berasa mengantuk.
Bersama-sama kita cegah Microsleep kerana ia boleh mengancam nyawa disebabkan kelalaian diri sendiri๐
Berhati-hati di jalan raya, Ingat orang tersayang๐
'Like' dan 'Comment' poster di bawah untuk mendapatkan lebih info-info menarik tentang 'Microsleep' ๐
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
Jom kita dengar apa yang ML Studios ulas tentang Microsleep ini๐
Mari kita fahami apa itu Microsleep daripada video ini. Bersama-sama kita cegah Microsleep supaya keselamatan diri dan orang lain di jalan raya terjamin!
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah memberikan peringatan kepada rakyat Malaysia untuk berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Awas! Microsleep ini boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Berhati-hati ketika memandu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
PLUS Malaysia Berhad menjangkakan jumlah aliran trafik akan melonjak sehingga 1.84 juta kenderaan setiap hari bermula hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).
Aliran trafik di semua lebuh raya kendalian PLUS dijangka melonjak hingga 15% pada esok hari(Jumaat) sehingga Ahad ini.
Jangkaan lonjakan trafik itu adalah berikutan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing susulan perjalanan merentas negeri di benarkan sepanjang PKPP.
Rancang lebih awal perjalanan anda. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!๐
Hari ini kita akan melihat apakah faktor/punca Microsleep ini terjadi. Secara amnya, punca Microsleep berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya tidur.
Tidur merupakan lumrah kehidupan manusia dalam memastikan kesihatan fizikal dan juga mental seseorang. Kekurangan tidur akan memberi impak kepada aktiviti harian sekali gus menjadi faktor utama Microsleep berlaku.
'Like' dan 'Comment' poster di bawah untuk mendapatkan lebih info-info menarik tentang 'Microsleep' ๐
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!๐
Hari ini pasti ramai yang sudah mula bekerja selepas pulang daripada kampung halaman๐
Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerja untuk mengelakkan 'Microsleep' daripada berlaku๐ด
Terdapat banyak cara untuk kita mencegah 'Microsleep' daripada berlaku antaranya adalah seperti mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti dan elakkan makan dalam kuantiti yang banyak sebelum memulakan satu pekerjaan yang memerlukan fokus yang tinggi.
'Like' dan 'Comment' poster di bawah untuk mendapatkan lebih info-info menarik tentang 'Microsleep' ๐
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua๐
Hari ini marilah kita lihat apakah kesan 'Microsleep' kepada individu itu sendiri dan juga masyarakat. Kita perlulah cakna akan hal ini kerana kita bukan sahaja akan membahayakan diri sendiri, malah orang yang berada di sekeliling kita. Kecuaian ini mampu dibendung sekiranya kita tahu mengenai impak 'Microsleep'๐
'Like' dan 'Comment' poster di bawah untuk mendapatkan lebih info-info menarik tentang 'Microsleep' ๐
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
Cuti Raya Haji ini, pasti ramai yang pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tercinta. Oleh itu, penting untuk kita tahu akan simptom-simptom 'Microsleep' bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku.
Jika anda mengalami simptom berikut, hentikan pemanduan dan berehat seketika. Anda juga boleh menukar pemandu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi anda. 'Biar Lambat, Asalkan Selamat!'
'Like' dan 'Comment' poster di bawah untuk mendapatkan lebih info-info menarik tentang 'Microsleep' ๐
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
Apa itu 'Microsleep'?
'Microsleep' merupakan suatu episod tidur yang berlaku dalam beberapa saat tanpa kita sedar. Ia boleh mendatangkan bahaya seandainya berlaku apabila kita sedang memandu atau mengendalikan sesebuah jentera.
'Like' dan 'Comment' poster di bawah untuk mendapatkan lebih info-info menarik tentang 'Microsleep' ๐
Jangan lupa untuk 'Share' agar kita dapat sama-sama mencipta kesedaran dalam kalangan masyarakat. ๐
๐ด
'Microsleep' mungkin bukan sesuatu penyakit yang berbahaya seperti kanser, namun ia boleh membawa maut sekiranya berlaku tatkala kita sedang melakukan kerja-kerja yang memerlukan fokus yang tinggi seperti memandu kenderaan.
Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar tahun akhir yang maut terbabas dipercayai disebabkan oleh 'Microsleep'.
Sumber : MSTAR
๐ด
Sukar dipercaya! Pelajar berhenti di highway, kongsi IG Story mengenai microsleep sebelum maut terbabas - โDia dah dua kali tertidurโ - Viral | mStar SEORANG pelajar maut selepas terbabas sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampus pada Ahad.