Dietitian Hanis

Dietitian Hanis

Your internet dietitian | Berkongsi ilmu tentang diet melalui infografik & konsultasi secara online

Photos from Dietitian Hanis's post 23/04/2024

Nak pergi open house tapi takut berat naik?

Weekend dalam bulan Syawal mesti ada yang dapat jemputan ke opeh house kan. Takkan tak pergi atas alasan nak jaga badan. Pergi je lah tapi… praktis cara pemakanan yang sihat sehabis baik.

Sini saya share beberapa tips nak jaga diet anda bila ke open house. Perkongsian ni khas untuk orang yang nak jaga diet ya. Yang memang enjoy nak makan semua benda jangan kecam saya kata β€œitu tak boleh ini tak boleh.”

Ingat, makanan tradisi raya kita memang kebanyakannya tinggi lemak. Tapi yang akan kawal pemakanan kita ialah diri kita sendiri. Pilih yang lebih rendah jika ada dan jaga porsi. Dan semoga terus bersemangat jaga diet kita lepas Syawal nanti πŸ’ͺ🏼

Share post ini jika anda rasa bermanfaat. Salam Aidilfitri dari saya. Maaf zahir batin ✨
β€” Dietitian Hanis

Photos from Dietitian Hanis's post 13/03/2024

DIABETES & BERPUASA

Alhamdulillah kita semua dapat memasuki bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa. Saya tahu bila masuk je bulan puasa, ramai pesakit diabetes mula risau. Nak makan apa? Boleh ke puasa?

Hari ni saya kongsi tips berpuasa bagi anda yang mempunyai diabetes atau kencing manis. Tapi ingat, berpuasa jika anda mampu sahaja. Pantau gula dalam darah anda. Dan jangan lupa makan ubat dan ambil insulin mengikut jadual seperti yang disarankan oleh doktor anda.

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis

Pernah tahu tentang gula tersembunyi?
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/335539642412090/?mibextid=cr9u03

12/03/2024

Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak buat semua umat Islam πŸŒ™

Semoga bulan ini dilimpahi dengan rahmat dan rezeki dari Allah SWT. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, keselamatan dan kecergasan tubuh badan untuk kita memenuhi bulan ini dengan ibadah. Amin 🀲🏻

Salam Ramadan & selamat beribadat,
β€” Dietitian Hanis

Photos from Dietitian Hanis's post 14/02/2024

ANTIOKSIDA

Pernah dengar tentang antioksida atau antioksidan? Antioksida ni penting untuh tubuh badan kita. Tapi, berlebihan sangat pun tak boleh. Sebab itu kita perlu sentiasa berserhana bila nak ambil apa-apa. Caranya macam mana? Makan je 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari. Dalam tu cukup antioksida, vitamin dan mineral yang tubuh badan kita perlukan. Tak susah kan? πŸ˜‰

Share post ini jika anda rasa bermanfaat.
β€” Dietitian Hanis

Photos from Dietitian Hanis's post 22/01/2024

β€œTambah air sikit. Manis sangatlah.”

Ada yang buat macam ni bila order air kat kedai makan?

Baguslah langkah tu. Dapat train lidah kita dengan rasa minuman kurang manis. Tapi tahukah anda jumlah gula yang anda minum masih sama?

Air kosong sangat penting. Tapi dalam kes begini, yang anda perlu buat ialah kurangkan gula dalam minuman anda. Bukan hanya tambah air kosong. Jadi, kurangkan gula jika bancuh air di rumah dan minta kurang atau tidak mahu gula jika order air di luar.

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis

Pernah tahu tentang gula tersembunyi?
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/335539642412090/?mibextid=cr9u03

10/01/2024

Jangan kerana ramai orang sekeliling anda menghidapi kencing manis dan tidak menunjuk sebarang komplikasi, anda juga tidak endahkan kencing manis anda. Ambil tindakan mulai hari ni πŸ₯¬πŸŽπŸ’§

Photos from Dietitian Hanis's post 02/01/2024

AZAM DIET SETIAP TAHUN

Ada tak dapat capai berat yang anda mahukan pada tahun lepas? Tahniah saya ucapkan. Bagi yang belum dapat berat yang anda target, tak apa. Kita sambung tahun ni sampai dapat capai. Jangan perlekeh azam anda tu tau, walaupun ramai yang gelakkan je kata azam turun berat ni semua kelaut. Prove them wrong.

Sempena tahun baru 2024 saya nak share 5 gol yang anda boleh masuk dalam list perubahan diet anda. Apa yang saya share ni biasa-biasa je. Biasa didengar dan mungkin sudah bosan didengar. Tapi, anda perlu tahu yang 5 perubahan ni akan beri perubahan pada tubuh badan kita tanpa anda tahu.

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis

01/01/2024

Selamat tahun baru semua!

Yang mana azam tahun lepas tak tercapai, tak apa boleh teruskan tahun 2024 ni. Dan untuk azam atau goals yang mungkin dah tak valid untuk tahun ni, tak apa. Ada hikmahnya kita tak dapat capai apa yang kita mahukan itu. Jangan putus asa ya.

Semoga tahun ni jauh lebih baik, lebih diberkati dan lebih dipenuhi dengan hal-hal yang baik dari tahun lepas. Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk jaga kesihatan kita dengan lebih baik tahun ni. InshaaAllah 😊

β€” Dietitian Hanis

#2024

28/12/2023

PENGUMUMAN πŸ“œ

Saya akan cuti seperti tarikh di bawah. Jadi tiada online kaunseling akan dijalankan. Moga 2023 berakhir dengan baik. Terima kasih buat semua yang follow page ni. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua 😊
β€” Dietitian Hanis

#2023

Photos from Dietitian Hanis's post 18/12/2023

PENGGANTI GULA (Artificial sweetener)

Pernah tak minum air bikarbonat atau minuman lain yang claim tak ada gula atau β€˜zero sugar’? Ada setengah tu masih rasa manis kan? Mana datang rasa manis tu kalau kita tengok nutrition label kat belakang tu tak ada pun gula?

Rasa manis tu datang daripada pengganti gula ataupun artificial sweetener. Kalau pesakit diabetes yang memang biasa atau ketagih air manis, saya biasanya akan cadangkan ganti dengan pengganti gula ni. Dan kurangkan secara berkala.

πŸ‘€: Ada kesan buruk ke guna pengganti gula ni?

Semuanya masih dalam kajian. Tetap setakat ni ada juga kesan seperti yang saya kongsikan dalam carta di bawah. Tetapi ingat, kesan ni bukan semua orang akan dapat. Kesannya berbeza ke atas setiap orang. Ada yang okay ada yang tak.

Tetapi objektif saya untuk jangka masa panjang tetap mahukan pesakit diabetes tidak minum air manis walaupun guna pengganti gula ni. Sebab apa? Sebab kita nak biasakan lidah kita dengan rasa kurang manis.

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis

13/12/2023

Ada sesiapa tahu cara nak tukar setting privacy untuk Saved collection?

12/12/2023

Pandangan skeptikal orang sekeliling ketika mendengar berita seseorang itu mendapat kencing manis:

β€œHari-hari minum manis la tu πŸ˜—β€

10/12/2023

Kejap je dah masuk bulan Disember untuk tahun 2023. Tengok kalendar hari ni, dah 10hb rupanya! Ke saya je rasa masa cepat sangat berlalu?

Sempena dah hujung tahun ni, sajalah saya nak tanya ada tak yang buat perubahan baik dalam diet anda tahun ni. Tak kisah la kecil pun. Boleh komen untuk kongsi pencapaian anda?

Photos from Dietitian Hanis's post 22/11/2023

GULA TERSEMBUNYI

β€œSaya dah cut semua gula.”

Anda pasti anda tak ambil gula langsung dalam sehari?

Biasanya kita tak boleh nak elak gula semula jadi dalam makanan karbohidrat. Tetapi kita semua boleh elak atau kawal pengambilan gula ringkas. Saya jumpa ramai pesakit yang cakap macam ni,

πŸ‘€ : Saya dah tak minum air manis sebab saya nak zero sugar dalam diet saya.

Di sini saya nak ingatkan yang gula ringkas itu bukan hanya pada minuman manis. Tapi kalau anda memang berniat untuk β€˜cut sugar’ atau nak kurangkan pengambilan gula dengan tidak ambil minuman manis, ianya merupakan satu tindakan yang wajar dipuji.

Tetapi, jika benar anda mahu β€˜zero sugar’ dalam diet anda, anda kena perhatikan semula makanan yang diambil dalam sehari. Terutamanya bahan masakan yang kita tak nampak. Kat bawah saya share apa contoh makanan yang mengandungi gula ringkas yang mungkin kita tak perasan.

Teruskan usaha untuk kurangkan gula dalam diet seharian anda πŸ‘πŸΌ

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis

Boleh ke pesakit diabetes makan nasi?
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/240373735262015/?mibextid=cr9u03

Photos from Dietitian Hanis's post 09/11/2023

FIKIR DAHULU SEBELUM BER-TANGHULU

Kalau search Tanghulu dekat media sosial, memang sangat menarik! Macam-macam warna buah dan banyak tutorial masakan yang dikongsi. Biasalah, macam biasa tiba-tiba viral di Malaysia.

Kepada yang mungkin belum tahu, tanghulu ni snek dari negara China. Ia merupakan buah-buahan yang disalut gula yang mengeras.

Gula je?
Ya, semata buah segar dan gula.

Tapi apa yang saya risau ialah kandungan gula pada buah tersebut. Sayanglah, buah-buahan ialah makanan sihat dan sudah ada gula semula jadi. Ditambah p**a dengan lapisan gula yang membalut buah tadi. Bukan setakat doktor dan dietitian saja yang risau, doktor gigi pun risau πŸ˜†

Sekali sekala takkan tak boleh? Itu terp**ang pada pendirian masing-masing. Tetapi nasihat saya buat pesakit kencing manis, elakkanlah. Lebih baik anda pilih buah-buahan segar. Kalau nak feeling cucuk pada lidi pun silakan.

Share peringatan ini buat semua.
β€” Dietitian Hanis

Photos from Dietitian Hanis's post 01/10/2023

DIABETES DAN RINTANGAN INSULIN

Rintangan insulin atau insulin resistance merupakan ketidakupayaan otot, lemak dan sel hati untuk bertindak balas terhadap insulin dan menyerap glukosa daripada darah anda. Pendekkan cerita, tubuh badan anda tidak mampu memberi tindak balas terhadap insulin seperti biasa. Oleh itu, pankreas anda menghasilkan lebih banyak insulin untuk memudahkan kemasukan gula ke dalam sel anda.

πŸ‘€ β€œMakanan apa yang boleh pulihkan rintangan insulin?”

Ramai tanya saya soalan ini. Tapi, saya tiada jawapan untuk soalan ini kerana tiada lagi kajian menunjukkan mana-mana makanan spesifik yang mampu pulihkan rintangan insulin. Sebaliknya hanyalah amalan yang perlu dipraktis dalam diet anda.

Jangan lupa amalkan tips saya share ni ya 😊

Share post ini jika anda rasa bermanfaat
β€” Dietitian Hanis

Boleh ke pesakit diabetes makan nasi?
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/240373735262015/?mibextid=cr9u03

Photos from Dietitian Hanis's post 14/09/2023

Bila kita berada di luar rumah, biasanya besar kemungkinan kita akan mengambil makanan dan terutamanya minuman manis. Bila di tempat kerja, ada yang bancuh minuman 3-in-1 di pantry. Bila berjalan di luar, sangat senang untuk kita singgah di mana-mana kedai minuman sekarang ini. Bila beriadah di taman, ada juga yang singgah di gerai-gerai air dan aiskrim.

Nampak tak mudahnya untuk kita mengambil makanan & minuman manis sekarang ni?

Hari ni saya nak share 3 tips untuk kita kawal pengambilan gula bila berada di luar. Bukan untuk pesakit diabetes je tau. Yang sihat pun boleh amalkan.

Komen atau DM saya jika ada soalan. Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis


5 perkara asas pesakit kencing manis (diabetes) mesti buat πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/189736246992431/?mibextid=cr9u03

13/09/2023

Salah satu cara untuk membantu anda mempunyai kawalan gula yang baik ialah melalui penurunan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan & obes. Ambil tahu cara untuk turunkan berat badan secara sihat dan amalkan mulai hari ini πŸ’ͺ🏼

07/09/2023

Ini baru seorang. Saya tahu di tik tok pun ada beberapa video yang viral dan dibuat oleh empunya badan sendiri mengenai penyakit kencing manis yang dihidapi mereka di usia muda. Dan ada juga hingga ke tahap kegagalan buah pinggang. Mereka berkongsi sebagai peringatan untuk kita dan supaya kita mengambil langkah sebelum terkena.

Sebab tu bila saya post pasal kencing manis, saya ada selitkan peringatan tentang peningkatan kes kencing manis dalam kalangan anak muda. Sebab ianya memang fakta cuma belum kena pada diri anda. Nauzubillah.

Badan kita adalah amanah yang perlu dijaga. Nak pakai lama badan kita ni. Jom sama-sama jaga diri. Jaga kesihatan kita. Yang sedap tak semestinya sihat. Jom kita ubah mulai hari ini.

Yang mahu anda cakna tentang kesihatan,
β€” Dietitian Hanis

Credit: The Rakyat Post
Sumber: https://www.therakyatpost.com/trpbm/2023/09/05/video-pemuda-umur-21-tahun-terpaksa-potong-kaki-sebab-kencing-manis-minum-air-berkarbonat-setiap-hari/

04/09/2023

Sumber: NHMS 2019

31/08/2023

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 66 buat semua rakyat Malaysia!

24/08/2023

DIABETES & DIET SUKU SUKU SEPARUH

Saya yakin sekarang ni ramai yang pernah dengar Diet Suku Suku Separuh (DSSS). Tahukah anda diet tersebut berasaskan Pinggan Sihat Malaysia?

Pernah tengok tak Pinggan Sihat Malaysia? Kalau pernah, thumbs up untuk anda kerana anda memang cakna dengan pemakanan sihat πŸ‘πŸΌ

Saya tanya sebab saya jumpa ramai yang tahu tentang DSSS tapi tak pernah tahu pasal Pinggan Sihat Malaysia ni. Sedangkan Pinggan Sihat Malaysia ni dah lama. Pinggan Sihat Malaysia menjadi panduan untuk kita nak praktis diet suku suku separuh ni. DSSS ni merupakan diet yang disarankan untuk kita kerana ianya seimbang dan membekalkan nutrisi yang mencukupi jika betul caranya.

Untuk pesakit Diabetes p**a, DSSS ini sememangnya sesuai untuk anda. Seimbang dan lengkap semua jenis zat. Dan lebih digalakkan jika separuh pinggan tu sayur (selain sayuran berkanji) dan buah p**a sajian lain.

πŸ‘€ : Macam banyak sangat je sayur separuh pinggan?

Tak banyak kalau dah biasa. Biasanya saya akan cadangkan dua jenis lauk sayur untuk elakkan rasa bosan bila makan kuantiti begini. Contohnya satu sajian sayur dimasak dan satu lagi sajian ulam-ulaman. Lagipun sayur kan makanan yang baik. Tak salah makan banyak selagi kita bersederhana?

So rasanya boleh tak makan ikut Pinggan Sihat Malaysia ni?

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis

5 perkara asas pesakit kencing manis (diabetes) mesti buat πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/189736246992431/?mibextid=cr9u03

Betul ke pesakit Diabetes boleh makan nasi? πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/240373735262015/?mibextid=cr9u03

Photos from Dietitian Hanis's post 18/08/2023

β€œTIADA GULA TAMBAHAN”

Pernah nampak tak pada label produk makanan atau minuman? Awas! Sebenarnya ada banyak lagi nama lain bagi gula yang kita tak tahu. Pengeluar produk mungkin tak salah sebab dia tidak letakkan β€˜gula’ dalam senarai kandungan seperti yang diiklankan tetapi jika anda baca kandungan produk makanan tu, mungkin ada terselit nama-nama gula yang lain ni.

Sesetengah makanan atau minuman dah ada gula semula jadi. Jadi bila ditambah dengan gula tambahan untuk rasa sedap di lidah, mulalah tak sedar berapa banyak pengambilan gula kita dah ambil dalam sehari. Jadi hari ini saya share dengan anda nama-nama lain untuk gula. Elakkan pengambilan gula berlebihan jika anda mahu kawal diet anda 😊

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis

5 perkara asas pesakit kencing manis (diabetes) mesti buat πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/189736246992431/?mibextid=cr9u03

16/08/2023

Kencing manis boleh menjadi salah satu penyumbang kepada penyakit jantung. Jadi ambil langkah mulai hari ini.

02/08/2023

Tahukah anda 1hb-7hb Ogos merupakan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia?

Dan tahukah anda aktiviti penyusuan bayi akan membakar kalori si ibu dan membantu penurunan berat badan?

Photos from Dietitian Hanis's post 31/07/2023

Adakah BMI anda dalam kategori berat badan berlebihan atau obes dan anda mempunyai Diabetes (kencing manis) pada masa yang sama?

Kalau dah ada dua kriteria ni, jangan tunggu β€œnanti lah saya diet.” Orang yang BMInya dalam kategori berat badan berlebihan dan obese mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes. Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung), darah tinggi, strok, osteoartritis, kanser dan penurunan kualiti hidup.

Jika anda ada niat nak mulakan perubahan, tapi tak tahu nak mula dari mana, mulakan dengan kurangkan pengambilan gula ringkas. Mesti pernah dengar orang cakap β€˜cut sugar’ kan? Jangan pandang remeh dengan langkah ni. Kita bukan sahaja nak kawal kencing manis sahaja, tetapi kita nak biasakan gaya hidup yang sihat tanpa memerlukan gula tambahan yang berlebihan. Serius saya cakap, tak perlu pun gula tambahan berlebihan dalam tubuh badan kita ni.

Biasakan untuk minta β€œkurang manis”. Mulakan untuk biasakan lidah anda dengan minuman tidak manis. Pasti ada perubahan yang anda dapat rasakan.

Komen atau DM saya jika ada soalan. Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis


Nak lebih faham konsep asas turunkan berat badan?πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/103881908904555/posts/140122731947139/?mibextid=cr9u03

5 perkara asas pesakit kencing manis (diabetes) mesti buat πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/189736246992431/?mibextid=cr9u03

19/07/2023

Penurunan berat badan yang dimaksudkan adalah melalui diet dan aktiviti fizikal. Bukan penurunan berat badan disebabkan komplikasi kencing manis yang sudah bermula.

Share fakta ini untuk semua.

Photos from Dietitian Hanis's post 17/07/2023

DIABETES & BUAH (Part 3)

⏺ GLYCEMIC INDEX BUAH⏺

Dalam post saya yang lepas tentang tips nak makan buah untuk pesakit Diabetes, salah satu tips yang saya kongsikan ialah dengan memilih buah yang rendah Indeks Glisemia atau dalam bahasa Inggerisnya, Glycemic Index (GI).

Post kali ni saya share kategori buah-buahan mengikut GI. Skala GI menunjukkan berapa cepat gula anda naik bila makan makanan tersebut. Jika tinggi GI, bermaksud makanan itu akan menyebabkan gula anda akan lebih cepat meningkat berbanding rendah GI.

Bila saya kata buah rendah GI lebih baik, ini bermaksud ia tidak membuatkan gula anda terus naik mendadak dan gula anda akan meningkat dengan lebih terkawal. Tetapi jangan lupa, walaupun anda pilih buah yang rendah GI, makanlah mengikut sukatan. Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum ini, sukatan sangat penting untuk pesakit Diabetes. Kerana buah itu tetap mengandungi gula dan akan menyebabkan gula anda meningkat jika anda makan secara berlebihan.

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis


Tips nak makan buah untuk pesakit diabetes πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/263473486285373/?mibextid=cr9u03

Sukatan buah untuk 1 sajian πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/264229742876414/?mibextid=cr9u03

Photos from Dietitian Hanis's post 08/07/2023

DIABETES DAN BUAH (Part 2)

⏺ PORSI / SUKATAN BUAH ⏺

Hari tu saya ada share tentang tips pengambilan buah bagi pesakit diabetes. Tips yang pertama ialah awasi porsi/sukatan buah. Sekali lagi saya ingatkan, buah mengandungi gula yang boleh naikkan gula dalam darah anda. Tetapi anda digalakkan mengambil buah untuk mendapatkan serat, vitamin dan mineral. Jadi porsi/sukatan buah sangat sangat penting untuk mengelakkan gula dalam darah naik mendadak.

Hari ni saya nak share p**a porsi atau sukatan untuk setiap sajian buah. Save gambar kat bawah sebagai rujukan anda yang sedang berusaha nak ubah diet anda.

Share post ini jika anda rasa bermanfaat 😊
β€” Dietitian Hanis


Tips nak makan buah untuk pesakit diabetes πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/263473486285373/?mibextid=cr9u03

5 perkara asas pesakit kencing manis (diabetes) mesti buat πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/189736246992431/?mibextid=cr9u03

Photos from Dietitian Hanis's post 06/07/2023

DIABETES DAN BUAH

Pelbagai pesakit kencing manis (Diabetes) dengan berbeza tahap pengetahuan yang pernah saya jumpa. Ada sesetengah pesakit diabetes terus stop makan buah bila tahu dah ada kencing manis. Sebab dia tahu buah ada gula dan naikkan gula dalam darah kita. Ada sesetengah pesakit p**a tidak tahu perihal buah dan makan buah berlebihan lebih dari saranan pada satu masa. Ada juga yang sudah tahu tapi dia tidak amalkan saranan tadi. Tambah sekarang musim durian kan. Takkanlah nak makan makan 2 ulas saja setiap kali makan πŸ˜†

Jadi hari ini saya share sedikit info tentang pengambilan buah untuk anda yang mempunyai Diabetes. Nanti saya kongsi lagi tentang diabetes dan buah.

Share post ini jika anda rasa bermanfaat
β€” Dietitian Hanis


5 perkara asas pesakit kencing manis (diabetes) mesti buat πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/100078681709990/posts/189736246992431/?mibextid=cr9u03

Website