Jumaat FOOD

Jumaat FOOD

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jumaat FOOD, Community Organization, .

Photos from Jumaat FOOD's post 17/01/2020

Alhamdullah 600 biji roti Untuk jemaah Masjid Solat Jumaat Telah kami Berjaya Sediakan.

Terima Kasih Kepada Mereka Yang Menyumbang...

16/01/2020

Kenapa Orang Bangun Sebelum Subuh Selalunya Berjaya

Waktu subuh adalah waktu emas bagi kita. Di waktu itu terdapat banyak manfaat serta kebaikan yang boleh diperolehi. Umat islam juga amat digalakkan bangun sebelum waktu subuh untuk mengerjakan amalan seperti solat,zikir dan baca al-Quran. Fadilatnya sangat besar. Amalan bangun sebelum merupakan amalan yang dilakukan kebanyakkan orang-orang berjaya. Tak percaya ??

Jom ikuti perkongsian daripada saudara Afnan Rosli ini.

“Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat Subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.

Then when I got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.

Tak kira dia ja hat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hit ler yang ja hat tu pun bangun awal pagi.

Kenapa?

Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah Over achievers.

Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.

No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun p**ak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.

Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.

Ini 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:

MIND OVER MATTERS

Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.

Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.

MORE PRODUCTIVITY

Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.

Orang-orang Spartan ada satu pepatah “He who sweats more in Training, bleeds less in War.”

Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.

STRENGTHEN WILL POWER

Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.

Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah!

Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.

START WITH VICTORY

Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.

Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.

PEACEFUL

Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.

Robin Sharma kata, “Achieve more while the world is still sleeping.”

Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.

So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai hari ini!

Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!

“The body Achieves what the mind believes”

Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!,” kongsinya.

15/01/2020

ANAK

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Kekadang anak yg jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi...kerana dibesarkan ...
walaupun tidak dibelai dan dimanja.

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang....

Saidina Umar Al Khattab pernah berkata "Ibu bapa juga pernah derhaka kpd ank2 jika didikan kpd ank2 salah & tidak menepati ajaran Islam"

Sumber : Uswatun Hasanah

03/01/2020

LAPAN KEAJAIBAN SOLAT TAHAJUD

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.

1. TIKET KE SYURGA

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. MENJAUHI DARI PENYAKIT

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. MENGANGKAT DARJAT MANUSIA

Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah ses**amu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau s**a, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalahpada SOLAT WAKTU MALAM.” ( HR. Al Baihaqi)

4. MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allahmerahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. DOA DIKABULKAN

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. PENGHAPUD DOSA

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. MENEWASKAN SYAITAN

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda,“Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. MENJAGA KESIHATAN ROHANI

Allah SWT. menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Jika Content ini bermanfaat untuk anda sila SHARE & Tag Rakan2 anda .

- Hanif Hilmi -

20/12/2019

NASIHAT BUYA HAMKA, Allahu yarham..

Jika (sholat) Subuhnya senantiasa DIPELIHARA..itu tanda akan SELAMAT DARI NERAKA.

Jika (sholat) Subuhnya TIADA DITINGGAL..ALLAH MELINDUNGINYA dari segala arah..

Jika (sholat) Subuhnya DI DAHULUI dengan (sholat) SUNNAT...pasti seluruh DUNIA BESERTA ISINYA dia DAPATKAN.

19/12/2019

KETIKA ALLAH SWT MENYAYANGIMU

Ketika Allah menyayangimu.. bukan dengan meringankan masalahmu, tapi dengan menguatkan jiwamu sehingga sehebat apapun masalahmu, kamu tetap bertahan dan tidak pernah menyerah.

Ketika Allah menyayangimu.. bukan dengan mengurangkan beban yang kamu pikul, tapi dengan mengukuhkan bahumu, sehingga kamu mampu memikul amanah yang diberikan kepadamu.

Ketika Allah menyayangimu.. mungkin tidak memudahkan jalanmu menuju sukses, tapi dengan kesusahan yang kelak baru kamu sedari bahawa kesusahan itu yang akan membuatmu semakin berkesan dan istimewa.

Hidup itu ...
Perlu ada masalah supaya kita punya kekuatan, perlu ada pengorbanan supaya kita tahu cara bekerja keras, perlu ada air mata supaya kita tahu merendahkan hati, perlu ada celaan supaya kita tahu bagaimana cara menghargai, perlu ketawa supaya kita tahu mengucap syukur, perlu senyum supaya tahu kita punya cinta, perlu orang lain supaya tahu, kita tidak sendiri

Jika ia berakhir dengan keikhlasan, ia akan lahir menjadi cahaya yang itu adalah hadiah terindah dari Allah.

Berbahagialah pada takdir dengan penerimaan yang redha & tulus ikhlas, Sesungguhnya, mengajar hati BERBAIK SANGKA itu indah.

Semoga kita semua diberikan keselamatan, kesihatan, kekuatan, kesabaran dan rezeki yang diredhai Allah..

Alhamdulillah

12/12/2019

FORMULA AL FATIHAH

12/12/2019

SENI UJIAN
~~~~~~~~

Kita akan DIUJI dengan apa yang kita SAYANG sehingga terduduk tak berdaya. Lalu kita SEDAR bahawa tiada kebahagiaan melainkan melalui jalan SABAR dan REDHA menerima ketetapan dan keputusan Allah swt.

Selagi TIDAK REDHA nescaya kita akan LELAH berpindah dari satu usaha ke satu usaha. Dari zikir ke zikir. Dari doa ke doa. Dari air penawar ke air penawar. Dari umrah ke umrah. Dari solat ke solat. Dari sedekah ke sedekah.

REDHA adalah langkah pertama menuju jalan penyelesaian. Anak kunci kepada pintu KETENANGAN.

Buatlah pengakuan yang tulus dihadapan Allah. Ikhlas daripada hati yang dalam,

"Ya Allah... AKU REDHA bahawa isteri/suami/anak/pekerjaan/bos/perniagaan dll.. Sebagai satu UJIAN dan RAHMAT daripadaMu untuk aku mendapat REDHAMU dan SYURGAMU, Aku Redha ya ALLAH. Aku Redha ya Allah. Aku hambaMu yang sangat lemah, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu. Bantulah aku untuk melalui dan menghadapi Ujian ini. Tunjukilah aku jalan-jalan kebenaranMu, bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa yakin dan bersangka baik denganMU".

Bila Allah memberi kita ujian, Allah juga sedang memerhatikan tindakbalas kita. Berhentilah memaksa Allah untuk mengikuti kehendak dan impian kita, kita akan terus kecewa.

Hayati Hadis Nabi dibawah :

"Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka akan DIUJI. Barang sesiapa REDHA menerima UJIAN itu, Allah REDHA p**a kepadanya. Dan barang siapa yang MARAH, maka Allah murka (MARAH) kepadanya.” (Hadith riwayat at Tarmizi)

Apakah tanda kita dah REDHA dengan ujian tersebut?

Apabila kita mula berhenti mengeluh, menangis, membentak, menyendiri dan kemurungan dengan ujian tersebut.

Lalu kita bangkit kerana Allah, dan menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah, mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya. Kita berusaha menunaikan solat dengan sempurna, menyarungkan pakaian yang menutup aurat dan menukarkan majlis maksiat kepada majlis ibadat.

Selepas itu, yakinlah satu persatu UJIAN akan diberi JALAN KELUAR, dan mendapati bahawa RAHMAT ALLAH lebih luas daripada besarnya UJIAN tersebut.

UJIAN yang mendekatkan kita dengan Allah adalah satu RAHMAT.

UJIAN yang menjauhkan kita dengan Allah adalah MUSIBAH.
..........

Selalu saya ditanya,

"Apa lagi yang patut saya buat ustazah? Semua usaha dah buat, pelbagai doa dan zikir diamalkan. Berapa kali pergi umrah berdoa depan Kaabah. Saya rasa dah penat"

Puan dah redha dengan Allah?

"Iya.. Saya redha. Memang saya redha"

Mudahnya mengucap redha. Iya bukan hanya dengan lidah, iya menuntut pembuktian. ..............

Peringatan dan nasihat untuk diri sendiri. Sentiasa berjuang untuk redha dan diredhai.

Silakan share. Moga bermanfaat.

Asma binti Harun

11/12/2019

PUNCAK AKHLAK yg paling mulia & luar biasa ialah SABAR.😌

SABAR dengan apa?

SABAR hadapi PERANGAI manusia.
SABAR hadapi KARENAH manusia.

Sabda baginda:
“Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perangai buruk mereka lebih besar pahalanya daripada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dengan perangai buruk mereka.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan Albani).

Renungi, kisah Saidina ALI ra..
beliau pernah memanggil pekerjanya..berkali2 dipanggil tetapi tidak disahut .. dicari2.. kemudian, Saidina Ali melihat perkerjanya sedang baring di kamar, mengangkat kaki.. Saidina Ali bertanya, "engkau dengar panggilanku?".. "dengar".. "kenapa engkau tidak menyahut?".. "sengaja aku mahu melihat sama ada engkau marah atau tidak".. kemudian, Saidina Ali ketawa lalu keluar.. Lantas, pengawal2 bertanya apabila melihat beliau ketawa.. Ali menceritakan hal perilaku pekerjanya. Kemudian pengawal2 marah. Saidina Ali berkata, "Jangan! kerana dia, aku belajar utk bersabar".

Manusia yang sgt buruk akhlaknya, mereka itulah GURU yang mengajar kita erti SABAR.

Memang SENGAJA ALLAH jadikan Manusia yang dekat dgn kita begitu....
Yang s**a mengumpat, s**a ckp lepas, s**a perli2, s**a menfitnah, ego, s**a bersangka buruk, tetapi merekalah yang mengajar kita erti SABAR yang sebenarnya..

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(baqarah:153)

Wallahualam❤❤❤❤❤❤☝

06/12/2019

“ Sesuap makanan yang disumbangkan untuk menganjalkan PERUT orang yang KELAPARAN lebih baik dari pada MEMBINA SERIBU MASJID”

06/12/2019
06/12/2019

SALAM JUMAAT

Website