Perpustakaan Desa Kg. Siliau

Perpustakaan Desa Kg. Siliau

Perpustakaan Desa Kg.Siliau

12/07/2024

Nak Dapat Pahala Mudah?

Hari Jumaat hari yang sangat mulia dan banyak perkara sunnah kita boleh amalkan.

Apalah salahnya kita luangkan sedikit masa untuk mengikut apa sahaja yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Lebih manis lagi, apabila ia dilaksanakan bersama teman-teman dan keluarga yang tersayang.

Jom kita sama-sama amalkan.

Jika tak dapat buat semua, buatlah amalan yang kita mampu sahaja dan istiqamah.

12/07/2024

Salam Jumaat

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anak Adam! Berinfaklah, niscaya Aku berinfak (memberikan rezeki) kepadamu.

Sementara kita masih mempunyai kelebihan rezeki, ayuh sama-sama kita membantu mereka yang sedang dalam kesusahan, mereka yang telah menjadi anak yatim/piatu, golongan asnaf/fakir dan mereka yang telah ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.

Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan kita dan menambahkan rezeki kita agar kita dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan.

12/07/2024

Kelebihan datang awal ke solat Jumaat.

Dari Abu Hurairah R.A berkata, Nabi S.A.W bersabda :

“ Pada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu-pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut)“

(HR. Bukhari No. 3211

12/07/2024

AYUH KITA AMALKAN SUNNAH HARI JUMAAT!

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A berkata, Rasululullah SAW berkata :
(Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.)
(HR. Ahmad)

Ayuh kita amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari jumaat.

"Ulamak Peneraju Penyelesaian Ummah"

12/07/2024

Salam Jumaat semua...

12/07/2024

Kesilapan yang dilakukan oleh kita dan disedari oleh orang lain adalah lebih mudah diperbetulkan berbanding dengan kesilapan yang dilakukan oleh kita dan tidak diketahui oleh orang lain.

12/07/2024

Menghormati ibu bapa adalah kewajipan sepanjang hayat kepada semua anak dan tidak terhad kepada satu tarikh tertentu.

Bagi mereka yang masih mempunyai ayah dan tinggal berjauhan dengan mereka, ini merupakan peluang untuk meraikan dan menghargai jasa ayahanda kerana pada minggu ini merupakan cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha.

Kepada ayahanda kita yang telah terlebih dahulu pergi, figuramu tersemat di hati, semoga tersenyumlah dikau di syurga menanti..
al-Fatihah 🤲🏻

12/07/2024

“Orang yang berhutang, jiwanya tak tenang”

Semoga menjelang Awal Muharam 1446H akan datang, kita semua dapat membayar segala hutang piutang sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada DIA Yang Satu.

Usahlah hidup bagai hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang p**a.
(Maksudnya: hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi)

Sumber:
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua 2017, DBP

12/07/2024

Mutiara Kata

12/07/2024

MAAF mungkin menjadi perkataan yang paling berat dan hanya mampu diucapkan oleh orang yang rendah hati.
Mari kita bersama melebur segala kesalahan dan bersatu dalam keikhlasan.

18/10/2023

JOM JAWAB KUIZ
18.10.2023
TEMA: PENGETAHUAN AM

18/10/2023

Dikongsikan 🔟 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016.
Bersempena dengan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan kanser agar rawatan awal dapat diberikan 🩺

Sumber : KKM

18/10/2023

INFO HELLO DOKTOR

Makanan-makanan ini mengandungi nutrien penting yang membantu meningkatkan fungsi otak. Jadikan ia ini sebagai sebahagian daripada diet harian anda untuk tingkatkan kesihatan otak.

18/10/2023

1️⃣ beg darah yang anda dermakan mampu menyelamatkan 3️⃣ nyawa.

❤️Jadilah wira. 🇲🇾
Jom Derma Darah dan lakukan tanggungjawab sosial anda. 💪

Sumber : KKM

18/10/2023

MOTIVASI PAGI
Jangan menidakkan ibu bapa dan keluarga yang menjadi tulang belakang kejayaan kita.

Sumber : PHM

18/10/2023

PERKONGSIAN MAKLUMAT

“Buli” merupakan suatu bentuk gangguan psikologi yang terdiri daripada kelakuan menindas secara kejam, jahat atau berdendam untuk mengaibkan

Ia termasuk teguran atau kritikan negatif yang berterusan dan tidak wajar, memencilkan seseorang daripada hubungan sosial dan mengumpat atau menyebar maklumat palsu.

Untuk petugas kesihatan jika anda adalah mangsa BULI laporkan menerusi laman http://myhelp.spab.gov.my

Sumber : PHM MALAYSIA

13/10/2023

SALAM JUMAAT
JOM JAWAB KUIZ
13.10.2023
TEMA: PENDIDIKAN ISLAM

13/10/2023
13/10/2023

SELAMAT PAGI DAN SALAM JUMAAT
13.10.2023

12/10/2023

SELAMAT PAGI
JOM JAWAB KUIZ
12.10.2023
TEMA: PENDIDIKAN ISLAM

11/10/2023

SELAMAT PAGI
11.10.2023
JOM JAWAB KUIZ
TEMA: PENDIDIKAN ISLAM

Website