AspirasiBersatu
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AspirasiBersatu, Political organisation, .
ANTARA MANUSIA BERHATI BERSIH DAN BERHATI HITAM...
Tak tahu menilai samaada yang baik atau yang buruk...
PEMIMPIN DAH TERPALIT DENGAN KES2 PENDAKWAAN MASIH MAHU DIIKTIRAF DAN DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN.
MANUSIA SEPERTI INI SETELAH MEMBUAT KEROSAKAN, AKAN KEKAL MEMBAWA KEROSAKAN SEKIRANYA MASIH DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN.
-ADMIN
SEJARAH ASAL USUL GENTING HIGHLANDS DAN KASINO YANG PERLU KITA TAHU...
___________________
Lesen kasino pertama di Genting Highlands
PUSAT peranginan Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasino yang pertama dan terakhir di negara ini apabila kabinet pimpinan Tunku Abdul Rahman yang bermesyuarat pada petang 28 April 1969 bersetuju meluluskan permohonan pengasas Genting, Lim Goh Tong mengendalikan pusat perjudian itu.
Menurut buku My Story oleh Lim Goh Tong (2004), kejayaan memperoleh lesen kasino pertama negara itu ekoran beberapa patah ucapan yang menggalakkan daripada Tunku semasa beliau mengunjungi Genting Highlands buat pertama kali pada 31 Mac 1969 untuk meletakkan batu asas Highlands Hotel (sekarang Theme Park Hotel).
Semasa berucap pada majlis berkenaan, Tunku menyatakan beliau terharu dengan usaha Lim Goh Tong membangunkan sebuah pusat peranginan di kawasan pergunungan tanpa sebarang bantuan kerajaan yang banyak menyumbang terhadap perkembangan industri pelancongan negara.
“Untuk mempercepatkan pembangunan pelancongan di kawasan terpencil itu ujar beliau, kerajaan akan memberi pertimbangan yang menggalakkan jika Genting memohon untuk mengendalikan sebuah kasino.
“Kata-kata Tunku itu memberi perangsang kepada saya, serta merta saya membuat keputusan untuk meningkatkan bilangan bilik Highlands Hotel yang akan dibina itu kepada 200 bilik” (Lim Goh Tong 2004).
Menurut Goh Tong lagi, permohonan lesen kasino itu dihantar pada 28 April 1969 dan diluluskan enam jam kemudian kerana secara kebetulan mesyuarat Kabinet diadakan pada petang hari tersebut.
Semasa mesyuarat Kabinet itu membincangkan soal lesen judi itu, Tunku telah bertanyakan pendapat Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman tentang permohonan untuk mengadakan sebuah kasino di Genting Highlands.
Tun Dr. Ismail lantas menyokong ura-ura itu kerana beliau berpendapat, sebuah kasino yang berlesen akan membendung aktiviti-aktiviti perjudian di luar kawalan undang-undang dan akan mempercepatkan pembangunan industri pelancongan negara.
Beliau juga berpendapat letaknya kasino di atas gunung akan lebih memudahkan mengawal soal keselamatan kerana hanya ada satu jalan masuk ke pusat peranginan itu. Lantaran tiada sebarang bantahan daripada anggota Kabinet yang lain maka lesen kasino itu segera diluluskan kerajaan.
“Kemudiannya, pada petang itu juga, hanya enam jam selepas saya menghantar permohonan, saya menerima berita baik bahawa permohonan itu telah diluluskan dan saya diminta datang mengambil surat kelulusan itu. Demikianlah Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasino yang pertama dan yang satu-satunya di negara ini” (Lim Goh Tong 2004).
Melalui biografi itu, Goh Tong turut menyatakan beliau bernasib baik menghantar permohonan mendapatkan lesen kasino itu sebelum peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku tidak lama kemudian.
“Saya yakin kalaulah saya lambat sedikit menghantarkan permohonan, saya tidak akan diberi lesen kasino di tengah-tengah keadaan politik yang sensitif ekoran peristiwa tersebut. Hal ini terbukti apabila suatu permohonan lesen kasino oleh pihak lain selepas peristiwa itu ditolak, sekali gus mengesahkan dasar yang dinyatakan oleh kerajaan bahawa lesen kasino tidak akan diluluskan lagi” (Lim Goh Tong 2004).
Kejayaan Lim Goh Tong membangunkan pusat peranginan itu turut mendapat pujian Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah yang berkenan merasmikan Genting Highlands pada 30 Januari 1972. Akhbar Utusan Malaysia melaporkan tajuk “Sultan rasmikan Genting Highlands” pada 31 Januari 1972 yang menyifatkan sebagai satu sumbangan terbesar pihak swasta terhadap perkembangan ekonomi dan perusahaan pelancongan negara.
Projek pembangunan Genting Highlands yang mula dilaksanakan pada 8 Ogos 1965 sebenarnya pernah dianggap mustahil oleh kawan-kawan dan rakan-rakan Goh Tong sendiri apabila beliau memberitahu tentang keputusan untuk melaksanakan rancangan tersebut.
Seorang rakannya yang berniat baik memberi nasihat bahawa jika beliau berniaga dalam bidang pembalakan memanglah bagus membalak di Gunung Ulu Kali tetapi percubaan menjadikan Genting sebagai tempat peranginan pelancong samalah seperti cerita ajaib dalam ‘Hikayat Seribu Satu Malam’.
“Sebenarnya projek Genting cukup unggul menurut ukuran saya, orang lain tidak berminat, maka tiadalah persaingan. Saya menceburinya meskipun banyak risiko dan saya meneruskannya dengan cekal. Apabila saya mengenang kembali, terlintas juga rasa kagum akan keberanian sendiri, berkata kepada semua yang mencemuh: Ketawakanlah saya sepuas hati, saya tetap akan naik ke gunung itu” (Lim Goh Tong 2004).
Menurut Goh Tong, peluang melakukan ekspedisi pertama selama sembilan hari lapan malam bagi meneroka gunung itu pada 1963 amat sukar dan memenatkan kerana terpaksa mendaki gunung yang curam dan melalui beberapa batang anak sungai sebelum sampai ke puncak Gunung Ulu Kali.
“Dari saat pertama, gunung itu mengagumkan saya dengan keindahan semula jadinya yang tidak terjejas dan iklimnya yang sejuk menyegarkan. Ketika kami menjejakkan kaki di puncak, saya menggigil ditiup angin kerana tidak membawa pakaian untuk hawa sejuk. Namun saya tidak merungut kerana hawa sejuk itulah yang membuatnya istimewa dan menarik pengunjung ke tempat peranginan itu kelak.
“Walaupun terasa sejuk sampai ke tulang sumsum, saya girang sekali. Saya benar-benar jatuh cinta dengan rimba dara itu dan bertekad akan menjelmakan menjadi tempat peranginan impian saya” (Lim Goh Tong 2004).
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Januari 1972 bertajuk “Sultan rasmikan Genting Highlands”. Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah hari ini menyifatkan Kompleks Peranginan Genting Highlands sebagai satu sumbangan terbesar pihak swasta terhadap perkembangan ekonomi dan perusahaan pelancongan negara.
_________________
KETERANGAN GAMBAR : SULTAN Pahang, Sultan Abu Bakar diiringi oleh Lim Goh Tong (kanan) semasa upacara pembukaan rasmi Hotel Genting Highlands pada 30 Januari 1972.(sekitar 47 tahun yang lalu)
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/utusan-rakam-sejarah/lesen-kasino-pertama-di-genting-highlands-1.896043
KAUT2 JANGAN TAK KAUT.
Wow....Banyak senang ye, kaya dengan musang king haramjadah
Senang2 jer dia tipu kerajaan, bekas tentera buat permohonan bagai nak gila, akhirnya beribu ekar dapat kat mereka.
Persoalannya...
1. SIAPAKAH MENTERI BESAR WAKTU ITU?
2. SIAPAKAH PERDANA MENTERI YANG MENJADI MP BERDEKATAN DAN DI NEGERI ITU?
3. PARTI MANA YANG MENJADI DALANG SEGALA DALANG? Opssss yang soalan no.3 nie saya ada jawapan. Dalam gambar nie ada presiden DAP kan?
DAP juga yang salah🤣🤣🤣
-ADMIN
Amat mendukacitakan...
Sebelum ini, jalan yang mudah untuk mencipta kekayaan oleh individu dan kroni-kroni seangkatan, menyebabkan negara di jajah oleh pendatang asing tanpa di sedari. Siapa yang harus dipersalahkan, adakah rakyat?
Mandat dan kepercayaan kepada ketua atau pemimpin yang diberi oleh rakyat adalah satu tanggungjawab yang besar perlu di pikul dengan jujur, amanah dan penuh berintegriti supaya negara dipelihara dari anasir-anasir yang menyebabkan keruntuhan dan beban berpanjangan yang akan di pikul oleh rakyat dan negara.
Jadi...rakyat perlu bijak dan wajib menjatuhkan pemimpin yang bersifat mementingkan diri sendiri ini.
Mana yang kita mahukan, setia kepada pemimpin yang korup atau sayangkan negara untuk pewaris akan datang?
TEPUK DADA TANYA SELERA
SEKIAN...
-ADMIN
Amaran NGO jadi nyata: 3 depoh imigresen disahkan kes Covid-19 "Enam kes disahkan di kluster baru di Depot Tahanan Imigresen Sepang," maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.