Chin-Huat Wong 黃進發
Ahli sains politik dengan pengkhususan dalam institusi politik dan pertembungan antara kelompok.
Comments on Sedition Act
1. Repealing the Sedition Act has two obstacles, political and legal.
Politically, many Malays see the Sedition Act as a tool to protect their political dominance and sensitivity from being challenged. Hence, unless the Opposition can be persuaded to support such repeal, the government may easily be accused of selling out Malays.
Legally, unknown to most people including champions of free speech, even just amendments to the Sedition Act [as a law passed under Article 10(4)] requires two-third majority in both Houses, making it equivalent to most Constitutional provisions. While the Government now controls both Houses with a two-third (Dewan Rakyat owed to the defection of Bersatu 6), it can be defeated if some MPs or Senators are absent. Such failure in passage can then be framed as a no-confidence vote against the Government. Anwar or any PM would want to avoid it at all costs, unless there is a cross-party consensus.
2. The issue with the Sedition Act is not in its not being repealed, but in its being used and used inconsistently. In other words, this can be and indeed is used conveniently as a weapon against the Opposition and dissidents. If it is applied consistently in a restrictive manner, some Government politicians like Akmal would have been charged for their inflammatory speeches. On the other hand, if it is applied consistently in a lenient manner, then opposition leaders like Muhyiddin may have been spared.
The inconsistent application and weaponisation of the Sedition Act has two root causes. One, the Act is worded very vaguely and does not have safeguards like truth as a defense. Two, the AG is a PM appointee and hence cannot act impartially or at least be seen as doing so.
If Anwar is sincere in establishing a Madani Malaysia that encourages dissents and critical culture, the AGC should produce a clear guidelines on application of and prosecution under the Sedition Act. Doing away the grey area, ensuring consistent application, the Government will emerge as a genuine reformist even if the Sedition Act stays.
3. The advantage that the Government would have by repealing or at least ensuring impartial, consistent and reasonable application of the Sedition Act is that the Government would not be seen as "hypocritical" or "reneging another promise".
This is important not just in the eyes of the international community and the liberal/minority constituency that Madani is not just the old-school BN authoritarianism in new packaging, but also in reducing the partisan hatred against the Madani Government in the Malay constituency. Currently, the Government deals with the latter by positioning itself as pro-Palace, based on the assumption that most Malays are also pro-Palace. Even if accurate, such disposition may change over time.
https://www.sinchew.com.my/news/20240830/nation/5880401
MA63承诺东马三分一席否决权? 黄进发悬赏1万找证据 - 国内 - 即时国内 黄进发悬赏1万令吉,希望有人替他解开谜团。(网络截图)(八打灵再也29日讯)政治学者黄进发悬赏1万令吉,只要能够在1963年建国契约(MA63)中找出证据,证明砂拉越、沙巴与新加坡掌握三分之一议席即可有否决权的民众就...
[Wacana BERSIH #5] Projek Malaysia: Federalisme Dalam Demokrasi, Demokrasi Dalam Federalisme
Ikuti wacana ini untuk mengetahui hubungan kompleks antara Federalisme dan Demokrasi di Malaysia. Federalisme memainkan peranan penting dalam membentuk landskap demokrasi negara kita kerana ia memastikan tadbir urus disesuaikan dengan keperluan pelbagai wilayah yang berbeza, memberikan keseimbangan antara perpaduan dan autonomi wilayah.
Para panelis adalah terdiri daripada:
Prof. Wong Chin Huat, Sunway University
Prof. Madya Zaini Othman, UKM
Dr Nur Aida Binti Kipli, UiTM Sarawak
Faisal Aziz, Pengerusi BERSIH
akan membincangkan bagaimana Federalisme beroperasi dalam demokrasi dan bagaimana demokrasi boleh diperkukuh dalam sistem persekutuan khususnya dalam konteks landskap politik Malaysia.
Kembali sistem dua parti Kelantan
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 22 Ogos 2024
KOLUM pendek biasanya tidak membawa jadual. Kolum saya hari ini berlainan kerana fakta tidak nyata nampak tanpa jadual dan angka.
Bagi saya, pesanan paling signifikan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri ialah sistem dua parti Kelantan sebelum tumbang kerana gelombang hijau 2022-2023.
Dua parti itu tidak lain tidak bukan ialah UMNO dan PAS. Sekutu-sekutu mereka boleh diringkaskan sebagai lanjutan: MCA (sehingga 2018) dan PH (2023) adalah sebahagian daripada UMNO+ manakala S46, Berjasa, Hamim (1990-1995), PKR (1999-2013), Bersatu (sejak 2022) adalah sebahagian daripada PAS+.
Gelombang Hijau memberi kita bayangan bahawa UMNO sudah tumbang di semua negeri utara, kosong di Terengganu dan tinggal Galas (jiran Nenggiri) yang tunggal di Kelantan.
Kalau kita lihat pola pengundian Nenggiri sejak kewujudan kawasan DUN ini, UMNO menang sehingga 2018 sekalipun peratusan pengundiannya merosot kepada 49 peratus pada 2018 daripada 71peratus (2004), 65 peratus (2008), 68 peratus (2013) sebelumnya. Kali ini, UMNO kembali mencapai 61peratus.
Apa yang menarik ialah Nenggiri atau Gua Musang bukan satu-satunya bukti sistem dua parti Kelantan, sungguhpun kawasan lain tiada tokoh besar seperti Ku Li.
Sistem dua parti ini sejak penceraian UMNO dan PAS pada penghujung 1977. Kecuali pada 1978 apabila Berjasa bersaing dengan kedua-dua parti ini, pihak ketiga (termasuk PH dalam 2018) tidak signifikan.
Ini tidak menghairankan kerana sistem pilihan raya First-Past-The-Post (FPTP) yang memaksa pengundi untuk mengundi secara strategik.
Lebih-lebih lagi, peratusan pengundi Melayu mencecah 95 peratus, maka tiada pasaran untuk cerita hantu DAP di Kelantan. Kewujudan dua kem besar ini memang perkembangan munasabah.
Dalam setiap PRN (yang berjalan serentak dengan PRU kecuali 1978 dan 2023), pihak yang kalah antara UMNO+ dan PAS+ sentiasa mendapat sekurang-kurangnya 30 peratus undi, tetapi kerana FPTP, pemenang dapat menyapu 70 peratus kerusi (kecuali 2004) malah sampai 95 hingga 96 peratus pada 1999 dan 2023.
Kelantan mengajak kita merenung pendemokrasian di Malaysia: Ini tempat suburnya persaingan dua parti tetapi sentiasa satu parti yang mendominasi: seketika dahulu UMNO+, kini PAS+. Adakah ini menguntungkan pengundi?
Jangan batuk sampai berkahak;
Tidur awal jangan lewat berborak;
Kalau bola dikuasai sepihak;
Untung atau rugi si penyorak?
* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway
Tambah kerusi untuk siapa?
Wong Chin Huat | Sinar Harian | 15 Ogos 2024
SATU mispersepsi (pentafsiran serong) dan misinformasi (maklumat serong) yang sangat lazim dalam politik Malaysia ialah pertambahan kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berulang atas alasan pertambahan pengundi. Dan rakyat sering disajikan dengan dua fakta yang ditafsir serong.
Fakta pertama, bilangan kerusi telah bertambah secara berkala untuk Dewan Rakyat dan DUN-DUN di Semenanjung dari 1974 ke 2005, dan untuk DUN-DUN Sarawak dan Sabah sampai 2015-2016.
Maksudnya, sudah masanya untuk tambah kerusi sekali lagi untuk Dewan Rakyat dan DUN-DUN Semenanjung selepas hampir 20 tahun.
Fakta kedua, sesetengah kawasan pilihan raya sekarang mempunyai terlalu ramai pengundi, seperti Bangi yang sudah mencecah 300,000 pengundi.
Mari kita kupas mengapa penafsiran-penafsiran ini dikira serong.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Berkenaan fakta pertama, pertambahan rakyat tidak memerlukan pertambahan wakil rakyat. Peranan wakil rakyat adalah untuk meneliti dan meluluskan rang undang-undang (RUU) dan belanjawan, serta melantik, memantau dan memecat kerajaan.
RUU tidak berganda dua semata-mata kerana pengundi berganda dua. Jadi, mengapa kita perlu tambahkan wakil rakyat?
Semakin ramai wakil rakyat, kuasa seorang wakil rakyat untuk memantau kerajaan sebenarnya menjadi semakin kecil. Malah, kalau masa Dewan bersidang kekal, semakin ramai wakil rakyat, semakin kuranglah masa berdebat untuk setiap wakil rakyat.
Oleh itu, bilangan wakil rakyat di kebanyakan negara tetap dan tidak bertambah tak berhenti-henti.
Pada tahun 1911, Amerika Syarikat mempunyai tak sampai 100 juta rakyat dan 435 orang ahli Dewan Rakyat. Hari ini, jumlah rakyatnya melebihi 300 juta, ahli Dewan Rakyatnya menjadi 1,305 orang? Tidak, ia kekal 435 orang.
Apa jadi apabila pertumbuhan penduduk pesat di negeri-negeri seperti Texas tetapi perlahan di negeri-negeri seperti New York? Selepas banci, kerusi akan dipindah dari New York ke Texas, maka jumlahnya boleh kekal 435 orang.
Kalau di Malaysia, pasti ada yang membantah. Kalau hilang kerusi, maka hilanglah peruntukan kawasan. Oleh itu, bilangan YB untuk setiap negeri hanya boleh naik, tak boleh turun.
Soalannya, kalau dana kerajaan yang kita perlukan, kenapa ia tidak boleh disalurkan melalui kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, dan mesti disalurkan melalui wakil rakyat?
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Berkenaan fakta kedua, sebab terutama Bangi kepadatan pengundi bukan kerana pertumbuhan pengundi, tetapi kerana pembahagian pengundi yang tidak sekata (malapportionment).
Pada April 2023, Bangi (terbesar di Selangor) mempunyai 311,469 pengundi manakala Sabak Bernam (terkecil di Selangor) mempunyai hanya 51,842 pengundi, iaitu seperenam Bangi.
Kalau Suruhanjaya Raya Pilihan Raya (SPR) mematuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan kawasan pilihan raya yang ‘lebih kurang sama banyak’ jumlah pengundi dalam negeri yang sama, bilangan pengundi Bangi akan hilang hampir separuh di sekitar 170,321, tahap purata untuk negeri Selangor.
Pasti ada yang kata, Sabak Bernam layak dapat kuasa ‘enam kali ganda’ Bangi kerana kononnya Perlembagaan memberi kelonggaran kepada kawasan luar bandar.
Faktanya, kelonggaran Perlembagaan ialah untuk kawasan desa yang luas dan s**ar disampai. Sabak Bernam tidak layak. Jirannya Hulu Selangor juga luar bandar dengan lima kali ganda keluasan Sabak Bernam, pengundinya tetap tiga kali ganda Sabak Bernam, 156,644.
Kita perlu perbaiki perwakilan rakyat, bukan pertambahan kerusi parlimen dan DUN untuk menyarakan lebih banyak YB.
Pohon kelapa dijadikan t**i,
Mata air disambung ke perigi;
Kalau tambah kerusi ses**a hati,
YB yang untung, rakyat rugi.
* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway
Rusuhan kaum di UK
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian |08 Ogos 2024
MALAYSIA menjadi negara pertama menasihati rakyatnya untuk tidak pergi ke United Kingdom (UK) yang sedang mengalami rusuhan kaum.
Nasihat sebegini biasanya dibuat oleh negara-negara maju terhadap negara-negara dunia ketiga yang mengalami huru-hara.
Nasihat Kerajaan Malaysia berasas kerana sasaran rusuhan oleh puak pelampau kanan (far-right) ialah imigran dan Muslim, yang merangkumi sebahagian besar rakyat Malaysia di UK.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Pada 18 Julai, rusuhan berskala kecil berlaku di sebuah komuniti miskin di Leeds apabila empat orang kanak-kanak keluarga Gipsy yang didakwa tidak dijaga baik oleh ibu bapa cuba dibawa untuk perlindungan kerajaan.
Ketika itu, puak pelampau kanan seperti Parti Reform pimpinan Nigel Farage cuba mengaitkan rusuhan itu dengan komuniti orang Asia Selatan.
Padahal, para perusuh datang daripada pelbagai semua latar belakang dan seorang ahli majlis bandar raya Leeds daripada Parti Hijau (Alam Sekitar), Mothin Ali, turun padang untuk mencegah anak-anak muda daripada menyertai rusuhan itu.
Rusuhan kali ini berlaku selepas tiga orang kanak-kanak perempuan, berumur enam, tujuh dan sembilan tahun, ditikam sampai mati ketika menyertai latihan tarian di Southport, County Merseyside pada 29 Julai.
Puak pelampau kanan mengambil peluang ini untuk menuduh bahawa pembunuh ialah imigran atau pelarian Muslim dan pembunuhan itu adalah serangan keganasan terhadap ‘penduduk asal’ Britain.
Hakikatnya, suspek bernama Axel Muganwa Rudakubana, belum genap 18 tahun, adalah warga UK yang dilahirkan di Wales. Ibu bapanya berasal dari Rwanda dan dilaporkan berlatar belakang Kristian. Suspek dilaporkan menghadapi masalah mental.
Sekalipun maklumat suspek diumumkan oleh pihak berkuasa untuk menafikan konspirasi anti-Muslim, puak pelampau kanan tetap menyiarkan konspirasi dan menyebar xenofobia (ketakutan terhadap orang asing) dalam kalangan etnik orang putih.
Rusuhan bermula di Southport pada 30 Julai dan merebak ke lebih 20 bandar di England dan Ireland Utara pada 31 Julai dan 2 hingga 5 Ogos.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Apa yang menyebabkan kebangkitan pihak pelampau kanan ini, bukan saja di UK, tetapi juga di benua besar Eropah dan Amerika Syarikat, sungguhpun tiada rusuhan sebegini di UK.
Yang kita maksudkan pelampau kanan ialah golongan ultra-nasionalis yang sering juga ultra-konservatif. Antara lain, mereka mempunyai sekurang-kurangnya tiga kesamaan.
Pertama, mereka melihat perbezaan itu sebagai ancaman. Mereka tidak faham kelainan kita ada tujuannya, iaitu untuk kita mengenali sesama lain.
Jadi, tak kira sama ada seseorang itu dilahirkan dalam negeri sebagai warganegara, selagi lain, dia pendatang.
Kedua, mereka s**a menuduh segudang susu itu berbahaya sekalipun sebotol dicemar nila set**ik.
Dalam kes UK, perbuatan pengganas, sindiket penjenayah dan minoriti pelampau Muslim dijadikan wakil untuk setiap Muslim sekalipun apabila mereka juga mangsa atau penentang ‘anasir nila’ ini.
Ketiga, mereka percaya dengan teori ‘penggantian besar’ yakni ‘penduduk asal’ akan digantikan oleh ‘pendatang’.
Kita di Malaysia pun tidak asing dengan kesemua ini. Kan kita selalu baca di internet tuduhan palsu seramai 1.2 juta pelancong China tinggal di Malaysia secara haram antara 2018-2021?
Nama, ident**i dan agama lain, pelampau antiminoriti sama inti patinya.
Kerajaan baharu Parti Buruh bertekad akan membawa penghasut dan perusuh ke muka pengadilan.
Selain hukuman undang-undang, penawar muktamad tidak lain tidak bukan pembasmian kebencian dan fobia kepada kelainan.
Apabila terbitnya bulan,
Kegelapan menjadi pudar;
Dicipta lain untuk berkenalan,
Bila akan manusia sedar?
* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway
Madani dan Teoh Beng Hock
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 01 Ogos 2024
APABILA Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke puncak kuasa selepas 25 tahun – termasuk sembilan tahun dalam tahanan, ada yang membandingkannya dengan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang dipenjarakan selama 28 tahun sebelumnya.
Ada juga yang melihat beliau sedang semakin menyerupai sang pemangsa yang dahulu beliau bangkit melawan.
Perbandingan dengan Nelson Mandela itu menarik kerana Afrika Selatan di bawah pimpinannya giat melakukan “pendamaian” dan “keadilan peralihan” untuk menoktahkan kezaliman dan memulihkan luka di bawah era Aparteid.
“Keadilan peralihan” lazim berlaku di negara selepas pendemokrasian, bukan untuk membalas dendam tetapi mencari kebenaran, keadilan dan pendamaian.
Kita tidak dapat membuat penilaian terakhir terhadap Anwar sebelum beliau berundur. Akan tetapi, gagasan Malaysia Madani boleh membantu kita membina dan menguruskan jangkaan terhadap Kerajaan Anwar Ibrahim sementara beliau berkuasa.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
‘Madani’ dalam bahasa Arab bermaksud kota atau peradaban. Kota yang dijadikan rujukan dalam wacana Madani bukan kota sembarangan, bukan Rom atau Chang-An, tetapi Madinah – sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama - di bawah pimpinan Rasulullah.
Kalau Malaysia berjaya, maka Malaysia akan menjadi contoh kebesaran dan keprogresifan Islam yang akan membantu membasmi Islamofobia di seluruh dunia.
Sebaliknya, jika cakap tak serupa bikin, nama Madinah akan tercemar.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Satu kezaliman yang memanggil jawapan Madani ialah pembunuhan Teoh Beng Hock di ibu pejabat Selangor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2009.
Beng Hock disoal siasat selama 9 jam dari 5 petang sampai 3.45 pagi dan dijumpai mati akibat terjatuh daripada Tingkat 14 pada 1 petang keesokan harinya.
Mendiang bukan suspek, hanya saksi penyiasatan pembelian bendera kecil untuk perayaan merdeka berjumlah RM2,400 yang melibatkan bosnya, Ean Yong Hian Wah, ahli Exco Selangor Pakatan Rakyat (PR).
Sebelum ini, dua orang Exco PR di negeri Perak juga disiasat SPRM dan tidak lama kemudian melompat ke BN.
Penyiasatan ke atas Ean Yong dilihat bermotif politik untuk menggulingkan kerajaan PR di Selangor. Akhirnya, tiadapun dakwaan dibuat.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
SPRM dakwa Beng Hock bunuh diri dan bukan ditolak ke luar tingkap. Kenapa seorang pemuda, 30, yang akan berkahwin dengan tunangnya tiga bulan kemudian harus membunuh diri kerana disiasat?
Pembunuhan Beng Hock disiasat oleh Mahkamah Koroner (kehendak undang-undang) dan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) (keputusan Kerajaan Najib) tetapi kedua-dua dilihat lebih berminat daripada melepaskan SPRM daripada menegakkan keadilan.
Pada April 2011, Koroner Azmil Muntapha Abas menyimpulkan ‘keputusan tergantung’.
Tiga bulan kemudian, RCI pimpinan mantan Hakim James Foong Cheng Yuen p**a menyimpulkan bahawa Beng Hock membunuh diri kerana taktik soal siasat MACC yang melampau.
Pada September 2014, hakim-hakim Mah Weng Kwai, Mohd Ariff Md Yusof dan Hamid Sultan Abu Backer di Mahkamah Rayuan menolak ‘keputusan tergantung’ koroner, mendapati kematian Teoh disebabkan oleh tindakan orang-orang yang tidak diketahui termasuk pegawai SPRM.
Mahkamah mengarahkan polis untuk membuka semula penyiasatan.
Hari ini, keluarga Beng Hock akan berjumpa dengan Anwar untuk menuntut penyiasatan semula yang belum berlaku pun setelah 10 tahun.
Semoga Anwar mengambil semangat Madani apabila menjawab rayuan keluarga Beng Hock.
Daun kelapa dijadikan lidi
Boleh juga dihalau angsa
Keadilan bukan isu undi
Jangan lupa kerana kuasa
[ Pantun yang termasuk dalam manuskrip asal ]
* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway
【把被剝奪的哀傷給奪回來】
文:馮以量(臨終關懷工作者)
《五月雪》講述女主角阿英(萬芳飾演)兩天的生活故事,也是她生命中很重要的兩天。
1969年5月13日,阿英和母親失去了父親和哥哥,存活下來的兩母女深受513事件的影響,造成創傷。尋覓父兄屍身多年,依舊無果,成為母女倆人生命很大的遺憾。
2018年5月13日,阿英想要放下失去父兄的哀傷,從檳城舟車南下吉隆坡,前往剛被她透過電台而得知的513亂葬崗。
抵達吉隆坡當天,阿英去了三個地方、做了三件事。
首先她來到513事發現場,當年為一家戲院,現為一家酒店的路邊,為父兄獻上自己親手釀制的娘惹糕點。
接著,她來到自己和母親當年為躲避暴亂及藏身的戲台後方(現為一家印度回教徒餐館),把當年祈求保佑而拿走的拿督公神像歸置原位。
最後,她去了坐落於雙溪毛糯痲瘋病院後面的513亂葬崗,帶著一絲希望,盼能找尋父兄的墓碑。
這三件事的舉動,看似是阿英想要放下過去,其實是重新面對過去。
她主動再次面對1969年513事件所帶來的創傷; 一步一步走到亂葬崗,阿英內心五味雜陳。
我特別喜歡萬芳此處的精湛演繹,讓我看得好入戲。 在亂葬崗前,阿英看著一排又一排的墓碑,卻找不到父兄的名字。最終,她只好隨意挑選一個無名氏的墓碑,親手寫下父兄的名字,並將帶來的父兄的紅登記、冥紙、衣服燒給父兄。
祭拜完畢,阿英迷茫地坐在地上看著前方。電影中的另一個角色竇娥(蔡寶珠飾)安安靜靜地陪著阿英,聽阿英說著513失去父兄的故事。
你知道嗎?任何一個喪親者都需要有個地方去祭拜亡者、有個儀式去哀悼,有個人願意聆聽他的故事等。 要是哀傷不流動的話,就無法放下的。放下之前,是要拿起。
阿英在 2018年 的513 主動去經歷自己的哀傷,主動回到當時的空間、主動進行哀悼儀式、主動把自己的故事說給竇娥聽。這些都在一一說出阿英的勇敢及智慧。
當阿英說完自己的故事,而且竇娥邀請她:「明年你還會來(掃墓)嗎?」
阿英霎時間不曉得如何作答。
正巧遠處傳來清真寺穆斯林的禱告聲,阿英悲從中來。終於,阿英可以哭了。 藏在心底將近五十年的哀傷,阿英可以哭了。
我也陪同她一起哭,終於我們有一部屬於馬來西亞電影訴說513喪親者的哀傷了。
從1969年的513到2018年的513,這份哀傷足足壓抑了將近50年。 多年被剝奪的哀傷終於可以流動了。
阿英的哭也意味著這五十年她被丈夫及他人所否定的哀傷給奪回來。
阿英的哭是無聲的,這一點讓我最難過。當你連哭出來的權力都被剝奪了,你還能談什麼好好活下去?
阿英這個女性,確是父權主義底下的犧牲者。她的父親重男輕女。她的丈夫,同樣不明白為何她如此執著於1969年的513;難道就不可以放下這事,向前看嗎?
面對家人(尤其是阿英的丈夫)的不諒解,阿英就只能把自己的哀傷躲躲藏藏。
在亂葬崗,當聽見阿英在哭的時候,竇娥想要安慰卻又不想給出太多的干擾,就是安安靜靜讓阿英的哀傷還原。這一幅電影畫面真的很美麗。 我覺得面對喪親者的旁人,要是能夠給出足夠的時間及空間讓喪親者好好流動自己的哀傷,比說出任何一句正能量的話語都來得有療癒性。
【不再背負上一代的卑微 讓這一代茁壯成長】
說實話,馬來西亞華人上一代女性的哀傷和需求是很卑微的。 除了阿英努力奪回屬於自己的哀傷之餘,編導張吉安設計另一位現代女性的角色,雪娥(張曉晶飾演)來呼應阿英這個角色。
新一代的女性也在努力奪回屬於自己的需求及權益。 雪娥是阿英的小姑,嫁給了一位擁有拿督頭銜的丈夫,成為了一名拿汀,改名 Fatimah。 然而,婚姻出狀況,她最終選擇離婚,離開這位拿督,一人帶著兒子去澳洲過活。(注:這些都被消音。)
雪娥糾正阿英說:「叫我雪娥!」(也被消音)
雪娥這個角色,她選擇不再重複竇娥和阿英(包括阿英母親)這兩代女性的苦及卑微。 或多或少,編劇也想表達新時代的女性再怎麼苦,也需要為自己找出路。
這裡又可以說回阿英和她在1969年拿走的拿督公神像。在影片中,你可以看見1969年吉隆坡廟寺里供奉拿督公(男性)的位置,是在供奉觀世音(女性)的位置之前,兩大神明一前一後讓男性及女性分開膜拜。 但在2018年,阿英在檳城住家前供奉拿督公,無獨有偶,畫面中她身後有著一尊高聳入雲的觀世音。
我認為這代表了阿英內心中女性價值和力量的逐漸壯大。 就如當她南下到訪吉隆坡那不復存在的寺廟時,看見那棵多年來屹立不倒的大樹下,拿督公和觀世音現已被人們一左一右平等地供奉著。
女性地位雖卑微,但是要學習慢慢為自己爭取回性別平權的位置。
【张吉安展現獨特的電影敘述方式】
這一次是比之前我所看過的張吉安的作品,更為熟練。
最叫我歡喜的是,張吉安編導在「五月雪」這部電影裡持續保有其獨特的敘述方式。不喧嘩、不煽情、不說破,他想給觀眾們很多自行詮釋及自行解讀的時空。這裡沒有說教,也沒有硬要把什麼電影金句塞進你的腦袋裡;這非常符合我的口味。
吉安在這部電影裡安置了各種強而有力的電影符號。 譬如竇娥(這角色虛實之間,全憑你自行拿捏)、譬如大象、戲院,大卡車及黑油、老鼠等。
張吉安說故事的方式帶點迂迴、不明說,透過各種符號及唱戲來帶出歷史故事,卻又如此有張力。
有一個鏡頭的角度代表掛在高牆上Tunku Abdul Rahman照片的角度,動也不動,冷冷地看見孩子被欺負的狀況。有些鏡頭的角度代表坐立低處的拿督公,緩慢移動。對我而言,這些鏡頭都很冷,冷冷地看著人間苦難。
【《五月雪》有著老天爺的眷顧】
我本以為這部電影無法在馬來西亞正式播映,現在我們都可以買票進場看《五月雪》了。《五月雪》有著老天爺的眷顧。
我知道,其實拿獎與否一點都不重要。最重要的是,一旦被提名,能被更多不同的觀眾群看見這部電影的存在。這才是重要的。後來此影片在各國陸續公映,其他的重要獲獎事項,我就不在此多著墨了。
我也知道,有些人很在意整部戲部分畫面被模糊及部分聲音被剪掉。我和你一樣,我最在意的是 513這三個字被消失。其他的,並不會讓我看不懂這部電影的故事。
以下這些畫面都是老天爺的眷顧,幸好都沒有被消掉。
當你入場看《五月雪》的時候,請注意那些老天爺送來的一陣風,老天爺派來的一輛挖土機就在亂葬崗旁邊施工,老天爺吩咐一隻老鼠從畫面右邊跳出,往左邊離開。 這些都是老天爺安排的,不是導演特意安排的。可是,又特別到位。
我只能說,人在做,神明在保佑。
我也只能說,喜歡的人會喜歡。不喜歡的人,怎麼推薦,都不會喜歡。大家請自便。
劇中最後的最後,阿英對竇娥說:「他們(兩父兄)應該投胎去了⋯⋯」
這一幕,老天爺送了一場雨。吉安對我說:「這也不是我安排的。」
總要有人在不合時宜的年代,做不合時宜的事。我很高興看見張吉安導演,你一直都這樣做。希望你繼續前進,我們會在你左右。
吉安的第三部電影,不要讓我等太久。
Please join us at the Center for Southeast Asian Studies (CSEAS), Kyoto University or via Zoom this Thursday (July 25), 12.30 pm - 2.00 pm (MYT).
Title: Does Malaysia need a pure FPTP system? – Electoral system in Post-Transition Malaysia
_ _ _ _ _
Abstract: This is a continuing conversation on whether Malaysia should continue with its First-Past-The-Post (FPTP) electoral system after its transition in 2018. In response to a radical proposal in 2020 by the new government’s Electoral Reform Committee (ERC) to replace FPTP with Closed List Proportional Representation (CLPR), Prof Horowitz convincingly warns that such a shift may weaken Malaysia democracy in ethnic politics, government formation and even proportionality (depending on the threshold and magnitude). I argue that the real debate is not about a wholesale replacement of FPTP but about a dilution of FPTP with Closed List Proportional Representation (CLPR) as in Japan’s Mixed Majoritarian System (MMM). Unpacking the problems of FPTP malpractices in Malaysia, this presentation offers a detailed design of MMM with simulation analysis. It argues that the proposed MMM may benefit Malaysia in six ways: curbing interstate malapportionment, preventing a new and monoethnic one-coalition dominance, enabling non-communal parties, reducing inter-party antagonism, increasing women’s representation and remedying party-hopping by lawmakers.
Kelompok tengah pembela demokrasi
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 18 Julai 2024
CUBAAN bunuh mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump, dijangka menjanjikan kemenangan Trump kerana simpati dan juga imej wira beliau dengan semangat tidak mengalah.
Semua pemimpin politik utama di AS – termasuk pesaingnya dalam pilihan raya presiden November ini, Presiden Joe Biden – dan pemimpin luar negara mengecam keganasan politik tersebut.
Sememangnya, keganasan politik tidak menguntungkan sesiapa. Kalau pemimpin pihak saya gugur hari ini, esok pemimpin pihak anda juga mungkin gugur.
Soalan yang lebih besar: mengapa seorang anak muda berumur 20 tahun sanggup menggadai nyawa sendiri untuk membunuh Trump?
Isunya bukan sifat individu antisosial pada suspek. Isunya ialah polarisasi (fenomena pandangan politik semakin jauh berbeza) dan radikalisasi (fenomena puak-puak bertentangan sanggup mengambil tindakan melampau) dalam masyarakat AS antara sayap kanan (Republikan/konservatif) dan sayap kiri (Demokrat/liberal).
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Dalam masa dua dekad lepas, dua perkembangan yang merisaukan berlaku di AS.
Pertama, ahli-ahli politik kehilangan sifat budiman, adil dan profesional terhadap pesaing.
Sebagai contoh, apabila Presiden George Bush Senior (Republikan) meninggalkan White House, beliau meninggalkan nota yang mendoakan kejayaan penggantinya, Bill Clinton (Demokrat) sungguhpun Clinton telah mengalahkannya dalam pilihan raya 1992.
Sebaliknya, Trump enggan menerima kekalahannya pada 2020, malah menghasut penyokong tegarnya untuk menceroboh Bukit Capitol (Kongres) pada 6 Januari 2021.
Kedua, kelompok tengah politik (middleground) semakin mengecut. Semakin ramai pengundi yang percaya kepada berita palsu dan teori konspirasi serta membenci mereka yang berlainan pendapat. Demi pendirian puak sendiri, maka kemunafikan pun tidak menjadi isu.
Sebagai contoh, Trump mempunyai akhlak yang rendah dalam aspek seks dan wang tetapi beliau tetap disokong oleh golongan Kristian sayap kanan yang bencikan liberal.
Demi mengalahkan liberal, apa sahaja kecurangan dan pengelakan cukai oleh Trump boleh dihalalkan.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Polarisasi dan radikalisasi sedang memusnahkan AS sebagai kuasa terbesar di bumi. Ia juga boleh berlaku di Malaysia dan memusnahkan masyarakat kita.
Masalahnya bukan semata-mata berlainan pandangan atau persaingan, tetapi keengganan untuk bersikap adil terhadap pihak yang bersaing dengan kita, kerana kita rasakan pihak kita yang memonopoli kebenaran, keadilan dan keberkatan.
Kita enggan menerima hakikat bahawa puak bertentangan – seperti pas**an bola sepak yang berlawan dengan pas**an kita – juga pemegang taruh yang sah. Mereka mempunyai hak yang sama seperti kita sungguhpun kemenangan mereka bererti kekalahan kita.
Dalam demokrasi, seperti dalam gelanggang s**an, tiada sesiapa yang patut dipinggirkan, dibenci, dimaki dan dihina semata-mata kerana mereka mempunyai cita rasa yang berlainan daripada kita dan bersaing dengan kita. Mereka juga ‘rakyat’ dan bukan ‘musuh’ atau ‘orang luar’.
Dalam dunia ini, mereka tidak harus ditentang habis-habisan kerana telah mengalahkan kita atau dipinggirkan kerana dikalahkan kita.
Selepas kehidupan dunia, ia juga bukan hak kita untuk menentukan siapa masuk syurga atau neraka.
Demokrasi dapat menjamin keamanan kerana persaingan politik ditentukan dengan mengira kepala (pilihan raya) dan bukan memancung kepala (perang).
Akan tetapi, untuk membela demokrasi, kita perlukan satu majoriti kelompok tengah yang pelbagai latar belakang kepartian tetapi sentiasa bersikap adil dan tidak menghalalkan kemunafikan.
Langit cerah waktu pagi,
Sampai petang ditutup awan;
Siapa tak lawan jika dibelakangi,
Siapa selamat jika semua lawan.
* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway
Mengapa Tokyo boleh, KL tak boleh?
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 11 Julai 2024
SECARA terus-terang, soalan saya ini ditujukan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan, dua pemimpin politik berusia 40-an dan 30-an yang kini menjadi lebih pop**ar dengan bicara politik mereka, Keluar Sekejap.
Apa yang Tokyo boleh tetapi Kuala Lumpur tak boleh? Hak dan kuasa rakyat untuk memilih Datuk Bandar. Seramai 11.3 juta (61 peratus) pengundi metropolis Tokyo keluar memilih pemimpin mereka pada 7 Julai lalu.
Jepun ada 47 buah wilayah (prefecture) yang setanding dengan negeri kita dan sebagai ibu kota, Tokyo adalah yang paling ramai pengundi dan paling penting dalam ekonomi dan politik.
Yang menarik sekali, kerajaan Pusat dan kerajaan wilayah Jepun mengamalkan sistem demokrasi yang berbeza.
Di Pusat, ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dipilih antara dan oleh ahli Parlimen dan bukan Presiden yang dipilih secara langsung.
Di wilayah, ketua kerajaan ialah Gabenor yang dipilih secara langsung, dan kuasanya diimbangi oleh Dewan Undangan yang dipilih secara langsung. Sistem yang sama diamalkan untuk kerajaan perbandaran di bawahnya.
Penyandang Yuriko Koike berjaya mendapat penggal ketiga setelah mengalahkan pesaing utamanya Shinji Ishimaru (mantan Datuk Bandar Akitakata di wilayah Hiroshima) dan Renho (mantan Senator) dengan 42 peratus undi.
Ketiga-tiga calon bersaing sebagai calon bebas untuk mendapatkan sokongan yang lebih luas sungguhpun Koike memimpin sebuah parti wilayah Tokyo dan Renho sebelum ini ahli parti pembangkang terbesar.
Tahun depan, pengundi Tokyo akan memilih 127 ahli baharu untuk Dewan Metropolis Tokyo untuk memantau dan mengimbang kuasa Gabenor Koike.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Yang boleh memilih Datuk Bandar atau Gabenor secara langsung bukan saja Tokyo, tetapi juga banyak ibu kota lain, termasuk London di United Kingdom (UK) yang juga mengamalkan raja berperlembagaan, Jakarta (Indonesia), Tehran (Iran), Paris (Perancis), Seoul (Korea) dan Taipei (Taiwan).
Datuk Bandar ibu kota yang diundi memberikan peluang untuk pemimpin kebangsaan untuk mendaki kemuncak politik baharu sekalipun mereka diketepikan oleh parti sendiri.
Gabenor Koike pernah menjadi Menteri Pertahanan dalam kerajaan LDP sebelum bertanding sebagai calon bebas dan mengalahkan calon LDP. Beliau berjaya membina sebuah parti wilayah tetapi gagal kembali ke arena kebangsaan.
Di seluruh dunia, ramai pemimpin ibu kota yang berjaya menjadi pemimpin negara. Ini termasuk Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi (Indonesia), Presiden Mahmoud Ahmadinejad (Iran), Perdana Menteri Boris Johnson (UK), Presiden Jacques Chirac (Perancis), Presiden Lee Myung-bak (Korea), serta Presiden Chen Shui Bian dan Presiden Ma Ying Jeou (Taiwan).
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Kembali kepada Keluar Sekejap. Dalam episod 25 Mei 2023, bermula minit 22:19, https://shorturl.at/uLnDh, Khairy Jamaluddin menyeru kepada pengembalian pilihan raya tempatan malah menawarkan dirinya sebagai calon Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Khairy dan Sharil membincangkan isu akauntabiliti dan menyangkal naratif lama bahawa kerajaan tempatan akan didominasi bukan Muslim.
Sememangnya, berbanding dengan 39 peratus pengundi Melayu di Kuala Lumpur, peratusan Muslim dalam penduduk Greater London cuma 15 peratus, akan tetapi Sadiq Khan tetap berjaya menjadi Datuk Bandar untuk tiga penggal sejak tahun 2016.
Yang pilihan raya Datuk Bandar rugikan, bukan pengundi Melayu tetapi hanyalah ahli politik - tak kira kaum - yang tidak berkebolehan, takutkan persaingan, takutkan pengundi dan s**a lantikan dari ‘atas’.
Sebaliknya, bakat terpinggir seperti Khairy dan Shahril antara mangsa utama sistem politik kita yang antipersaingan.
Dari Parit pergi ke Dinding,
Jalan melintasi sawah padi;
Bunga wangi tak takut banding,
Tokoh hebat tak takut undi.
* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway
Tarif Elektrik, Dream Job KJ, Pilihan Raya Thailand Apakah dream job KJ? Adakah terdapat persamaan antara pilihan raya di Thailand baru-baru ini dengan pilihan raya di Malaysia?00:00 Intro01:07 Newcastle Unite...