Balqis Fund Administratior

Balqis Fund Administratior

Malaysia's premier trustee company on Estate, Trust and Will Management

27/10/2023

[Cara Membaca Candlestick]

⚡ Dalam posting bertajuk "Candlestick" sebelum ini, kami telah kongsikan secara ringkas sejarah candlestick dan juga maklumat yang ada dalam 1 candlestick.

* Rujuk gambar di bawah untuk melihat point A, B, C, dan D.

▪ Sebaik sahaja pasaran saham (Bursa Malaysia) dibuka pada jam 9.00 pagi, harga saham akan dibuka di point A (harga buka).

▪ Semasa waktu dagangan, penjual menggerakkan pasaran dan menolak harga saham turun ke point B (harga terendah).

▪ Di point B, pembeli p**a menguasai pasaran dan menolak harga saham naik sehingga ke point C (harga tertinggi).

▪ Di point C, penjual kembali menguasai pasaran dan menolak turun semula harga saham dari point C (harga tertinggi) ke point D (harga tutup).

18/09/2023

SEBAB ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA
✅ Ada mindset ‘financial growth’
✅ Berkenalan dengan individu berjaya
✅ Keluar daripada zon selesa untuk cuba benda baru
✅ Ada pelbagai aliran pendapatan
✅ Pelbagaikan pelaburan
✅ Fokus untuk ‘level-up’ diri
✅ Elak berbelanja luar kemampuan
✅ Sedekah & buat kebaikan
Anda lah penentu destinasi akhir kewangan anda. Pilihlah jalan yang betul

05/09/2023

Rebut masa terbaik untuk masuk pasaran dan dapat meningkatkan pendapatan dengan strategi betul! Mulakan sekarang juga?

28/08/2023

[APA NAK BUAT BILA TRADING ANDA TIDAK MENJADI?]
🔸 Kawalan emosi merupakan antara elemen penting yang perlu diberikan penekanan dalam pelaburan saham.
🔸 Jika anda kekal tenang setelah mengalami kerugian mahupun setelah memperolehi keuntungan, ini menunjukkan anda berjaya mengawal emosi dengan baik.
🔸 Hanya pelabur yang boleh mengawal emosi dengan baik sahaja akan berjaya dalam pelaburan saham.
🔸 Yakinlah dengan kajian dan trading plan yang telah anda buat. Disiplin ambil tindakan mengikut kepada trading plan tersebut. Jika sudah sampai paras cut loss, segera cut loss dan move on.
🔸 Tidak perlu terlalu stress dengan result trading yang telah lepas. Jangan buang masa dengan emosi yang negatif. Pastikan anda kekal optimis dan fokus untuk lakukan yang lebih baik untuk trading seterusnya.

15/08/2023

[6 KELEBIHAN MELABUR SAHAM]
⚡ Berikut merupakan kelebihan-kelebihan melabur saham. Kelebihan-kelebihan ini juga merupakan sebab kenapa anda perlu mula melabur saham dari sekarang.

1. Mengatasi inflasi.

🔸 Inflasi merujuk kepada nilai wang yang semakin berkurang dari tahun ke tahun.

🔸 Sebagai contoh, sekarang ni kalau dengan RM100 kita masih dapat beli macam-macam jenis barang makanan lagi di pasaraya, tetapi 5 tahun atau 10 tahun akan datang, kuantiti barang makanan yang kita boleh beli dengan RM100 akan semakin berkurang.

🔸 Menyimpan sahaja wang tidak dapat membantu anda mengatasi masalah inflasi. Mahu tak mahu anda perlu celik ilmu pelaburan sebagai persediaan untuk kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.

2. Mudah dicairkan.

🔸 Tiada had masa yang ditetapkan sebelum anda boleh menjual sesuatu saham. Anda boleh jual saham dan tukarkan kepada wang tunai dalam kadar segera.

3. Modal kecil.

🔸 Pelaburan saham boleh dimulakan walaupun dengan modal yang kecil. Modal yang kecil pun kalau dilabur dengan betul, akan menghasilkan p**angan yang baik.

4. Pulangan yang memuaskan.

🔸 Berbanding instrument pelaburan lain, pelaburan saham berpotensi memberikan p**angan pelaburan yang lebih tinggi.

🔸 Kalau anda konsisten dapat membuat keuntungan sebanyak 5% sebulan, setahun sudah 60%. Tidak mudah untuk cari diluar sana instrumen pelaburan yang boleh berikan anda keuntungan tahunan sebanyak 60%.

5. Urusan jual beli mudah dilakukan.

🔸 Anda hanya perlukan smartphone/laptop/PC dan talian internet sahaja untuk lakukan urusan jual beli saham.

🔸 Tidak kira walau dimana anda berada, anda boleh membuat transaksi jual beli saham dengan mudah. Walaupun anda hanya duduk di rumah, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui pelaburan saham.

6. Menggandakan modal pelaburan dengan lebih efektif menggunakan teknik compounding.

🔸 Jika anda melabur dengan modal RM5,000 dengan p**angan sebanyak 5% setiap bulan, selepas 12 bulan, modal pelaburan anda akan berkembang menjadi RM8979 iaitu p**angan sebanyak 79.58%.

🔸 Teknik compounding dapat membantu anda menggandakan modal pelaburan dengan lebih cepat dan efektif. Tetapi untuk mendapatkan p**angan pelaburan yang konsisten, anda wajib mempunyai ilmu pelaburan dan pengalaman dalam pasaran saham terlebih dahulu.

⚡ Kesimp**annnya, jangan bertangguh lagi. Mulakan belajar ilmu pelaburan saham bermula dari sekarang. Selepas belajar, baru anda akan nampak apa arah tuju anda dalam bidang pelaburan saham.

⚡ Jangan tunggu modal ada baru nak belajar ilmu pelaburan saham. Belajar dulu, nanti bila anda sudah nampak keutamaan anda, pasti anda akan bersungguh-sungguh kumpul modal untuk melabur.

⚡ Tak rugi belajar melabur awal. Bila dah lengkapkan diri dengan ilmu, memudahkan anda untuk terus melabur apabila sudah ada modal nanti.

31/07/2023

[𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺]🧐🧐🧐
📗 Masih ramai di kalangan kita yang masih skeptikal dengan pelaburan saham.
📗 Salah satunya faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh khabar angin negatif yang sampai di pendengaran mereka.
📗 Berbanding cuba mencari kebenaran kepada khabar angin tersebut, ramai yang memilih untuk terus menghindarkan diri daripada terjebak dalam dunia pelaburan saham.
📗 Tindakan ini merupakan suatu tindakan yang amat merugikan.
📗 Beri peluang kepada diri anda untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru.
📗 Buat pertimbangan hanya setelah anda mendapatkan maklumat yang betul dan mencukupi terhadap sesuatu bidang yang anda baru mahu ceburi.

27/07/2023

Kami sentiasa berfikir bahawa penjagaan diri adalah yang paling penting, tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengabaikan kesejahteraan kewangan anda juga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian anda?
Berikut ialah beberapa rutin penjagaan diri kewangan yang boleh membantu mengurangkan tekanan anda:
☑️ Hadapi perasaan anda tentang wang
☑️ Semak akaun pelaburan anda
☑️ Tetapkan dan semak matlamat kewangan
☑️ Amalkan perbelanjaan yang bijak
☑️ Memberi ganjaran kepada diri sendiri
☑️ Didik diri sendiri

18/07/2023

Bekerja untuk wang? Atau biar wang bekerja untuk anda?
Kalau semata work hard je memang duit itu tak akan kembang dengan cepat. Work hard & smart barulah jadi.
Dengan pendapatan tersebut anda perlu komited & disiplin untuk urus kewangan dengan baik, barulah ada duit lebihan untuk dilabur. Sini min kongsikan steps mudah untuk bina pendapatan pasif atau dikenali sebagai passive income.

17/07/2023

Bina kekayaan bukan tentang membina poket. Tapi membina diri. Bina MINDSET yang betul, upgrade SKILLSET, dan buat perkara yang betul setiap hari sampai jadi TABIAT yang tak boleh ditinggalkan lagi.

29/06/2023

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝐀𝐃𝐇𝐀 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯(𝗠) / 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛 ✨


‎اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒘𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑳𝒂𝒖𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒃𝒊𝒓𝒖𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒂𝒅𝒉𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏𝒂𝒏,
𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒂𝒅𝒉𝒂.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023

Semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dan memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah SWT untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah SWT.

06/06/2023

99% kejayaan datang dari SIKAP yang betul. Untuk membentuk sikap yang betul setiap masa bukan dengan hanya membaca buku atau mendengar motivasi semata-mata tetapi perlu di sertakan dengan TINDAKAN DRASTIK secara konsisten hingga mencipta Matlamat/Result yang di harapkan.

24/05/2023

Melakukan tindakan besar-besaran adalah seperti meluncur ke bawah. Anda mendapat momentum semasa anda terus berjalan.
Anda akan mahu melakukan lebih banyak tindakan apabila anda melihatnya berjaya.

07/03/2023

Kunci kejayaan bukan terletak pada pandai sahaja tetapi sikap rajin dan sabar adalah penentu dalam setiap kejayaan yang kita miliki... Jom listkan apakah usaha hari ini..

03/03/2023

Jalan menuju impian tidak jauh, jaraknya hanya 3 langkah iaitu:
Langkah 1 : Keputusan
Langkah 2 : Tindakan
Langkah 3 : Istiqamah

24/02/2023

6 𝑺𝑨𝑳𝑨𝑯 𝑭𝑨𝑯𝑨𝑴 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒃𝒖𝒓𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒉𝒂𝒎 🌟

💥 Melabur Saham Adalah Judi ❌
💥 Melabur Saham Dapat Jadi Jutawan Segera ❌
💥 Pasaran Saham Hanya Untuk Orang Kaya Dan Golongan Elit ❌
💥 Pelabur Yang Berjaya Perlu Mempunyai Hubungan Dengan Mereka Yang Terkenal ❌
💥 Untuk Berjaya, Kita Perlu ‘Power’ Dalam Ilmu Kewangan ❌
💥 Cara “Cepat” Untuk Buat Duit ❌
Yang tersebut di atas adalah beberapa mitos dan salah faham mengenai pelaburan saham. Rata-rata mereka yang belum pernah terlibat dalam pelaburan saham, seperti sudah ada beberapa tanggapan negatif terhadapnya.

21/02/2023

Tidak ada yang salah dengan menyalin apa yang dilakukan orang lain untuk berjaya. Anda akan tahu apa yang anda lakukan akan berjaya dan mengelakkan kesilapan yang mereka lakukan. 📊
Saya berjanji kepada anda bahawa orang yang berjaya tidak akan keberatan anda menggandakan tindakan mereka.

20/02/2023

Sebelum mulakan kerja niat biar betul, buat kerja harap keredaan Allah dan cari rezeki halal untuk keluarga. Insha Allah niat baik akan jadi pendinding dari segala hasad, salah laku dan tidak amanah.

19/02/2023

Setiap hari adalah Hari baru bagi kita. Tetapkan matlamat, mulakan perancangan, lakukan tindakan. Insyaallah kejayaan menanti anda di hadapan.

Bergerak dan terus bergerak.Inginkan perubahan?? Mulakan dari sekarang..

Videos (show all)

Rebut masa terbaik untuk masuk pasaran dan dapat meningkatkan pendapatan dengan strategi betul! Mulakan sekarang juga?

Website