Tukang Buat Rumah Profesional

Tukang Buat Rumah Profesional

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tukang Buat Rumah Profesional, Kitchen/Cooking, .

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 31/05/2021

Pagi tadi baru abang & akak tukang ddk ratakan tanah , masuk tengah hari terus lapik plastik biru bertujuan untuk mengelakkan air atau wap air naik ke permukaan semasa hujan atau banjir . Jadi lantai tak berpeluh . Selepas itu, bentang besi BRC dan tuang concrete sehingga penuh . Baru lah proses nak buat lantai rumah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah .
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 , 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐓
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601133333477/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH

31/05/2021

Saja lah nak tunjuk abang abang tukang yang tengah pasang kerangka besi untuk proses pemasangan bumbung/atap rumah di tapak projek 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓 , 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐑𝐀𝐈 .
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601133333477/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 31/05/2021

Abang tukang & akak tukang tengah gigih nak siapkan kerja sebelom kita lockdown !
Sekarang mulalah proses untuk membuat tapak rumah. Selepas tentukan kawasan yang nak dibuat, dan keluasan telah dikira, bolehlah buat 'foundation' (asas tapak) untuk pasang tiang konkrit.
Lubang yang telah dikorek kemudian di konkrit supaya menjadi tapak ditanam sekali dengan besi untuk buat tiang rumah dan beam bawah.
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 : 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐓𝐮𝐦𝐩𝐚𝐭
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601133333477/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH

30/05/2021

𝐅𝐚𝐝𝐡𝐢𝐥𝐚𝐭 𝐀𝐬𝐦𝐚’𝐮𝐥 𝐇𝐮𝐬𝐧𝐚 – 𝐀𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐛𝐮𝐮𝐫
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

99. As Shabuur
The Patient And Timeless

Maha Sabar / Sangat Sabar / Maha Penyabar – Dia tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
Jika dizikirkan ‘Ya Shabuur’ sebanyak 100 X setiap hari sebelum tebit matahari, InsyaAllah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan.
Sesiapa yang berzikir ‘Ya Shabuur’ sebanyak 100 X pada tiap-tiap hari sebelum matahari tebit, InsyaAllah musuhnya tidak akan mengeluarkan perkataan buruk terhadapnya.
Asma‘Ya Shabuur’ ini dibaca setiap masa terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ‘Ya Shabuur’ ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut ‘Ya Shabuur’ 3,000 kali , InsyaAllah ia akan terselamat
Sesiapa menzikirkan ‘Ya Shabuur’ 1,020 kali setiap hari, InsyaAllah akan dilenyapkan segala kesusahan. Keamanan dan kesejahteraan akan diperolehi serta kelegaan akan dinikmati.
𝑺𝒖𝒎𝒃𝒆𝒓 : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/25/fadhilat-asmaul-husna-as-shabuur/

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 29/05/2021

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝟏𝟖 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋

Nampaknya bulan syawal bakal berakhir tak lama lagi . Tapi kerja kerja di tapak belom berakhir tuan-tuan , puan-puan . Hari abang sodok tengah ratakan tanah dalam kotak kotak beam sebelom proses buat lantai rumah . Katanya 11 lori tanah diperlukan untuk penuhkan kotak beam tu . Semoga abang sodok dan sesiapa saja yang membaca posting ini diberikan kesihatan yang baik untuk melalukan kerjaa dan dimurahkan rezeki . 𝐀𝐚𝐦𝐢𝐢𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐛𝐛𝐚𝐥 𝐀𝐥𝐚𝐦𝐢𝐧
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601133333477/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH

29/05/2021

𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐊𝐈𝐑 𝐀𝐒𝐌𝐀𝐔𝐋 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐀𝐒𝐍𝐘𝐀
Berzikir merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Hal ini kerana zikir tidak terbatas pada ruang dan waktu kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa pun. Jika mahu rezeki murah dan lancar maka berzikirlah.
Ketahuilah bahawa zikir juga merupakan medium untuk kita megingati Allah SWT setiap masa. Lebih afdal jika zikir itu difahami maksudnya. Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah SWT seperti Asmaul Husna. Ada 99 nama yang dimiliki Allah SWT yang mengagungkan dan memberi kebesaran namaNya. Salah satu Asmaul Husna yang boleh diamalkan adalah 𝐘𝐚 𝐅𝐚𝐭𝐭𝐚𝐡 dan 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐳𝐳𝐚𝐪
𝟏. 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐭𝐭𝐚𝐡
Erti dan Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh membuka rezeki, membuka jodoh, membuka jalan usaha, membuka fikiran yang tertutup, membuka langit, membuka ampunan. Apa sahaja yang terasa tertutup dan kita juga membukanya dengan izin Allah maka zikir lah secara ulang-ulangan. Zikir ini juga sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang ingin bertaubat di atas dosa dosa yang dilakukan, memohon keampunan Allah dibukakan untuknya. Jika ada masalah, boleh amalkan zikir ini agar diberikan jalan penyelesaian.
𝟐. 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐳𝐳𝐚𝐪
Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki In Sha Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka, dibebaskan dari masalah kewangan dan sebagainya.

Ibu bapa juga boleh mengamalkan zikri ini untuk mendidik anak-anak agar menjadi anak soleh dan solehah. Bagi yang sedang berusaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir ini boleh diamalkan.
𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐙𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐘𝐀 𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐙𝐙𝐀𝐐

Ramai yang menyarankan agar membacanya sebanyak 11 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Jika mampu boleh baca hingga 300 atau 1000 kali. Semakin banyak jumlahnya semakin baik. Boleh diamalkan dimana sahaja & bila-bila masa.

Yakinlah bahawa Allah SWT akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang "tersekat" termasuk rezeki kita.
𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 : https://www.kashoorga.com/hanya-dua-perkataan-sahaja-kelebihan-amalkan-zikir-asmaul-husna-ini-buka-pintu-rezeki-seluasnya/

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 27/05/2021

Dari 𝐓𝐄𝐋𝐈𝐏𝐎𝐓 kita beralih ke 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆 , hari ini abang tukang pasang skiting di dinding luar rumah kebun di 𝐊𝐆 𝐉𝐀𝐊𝐀𝐑 .
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 27/05/2021

Agak lama tidak menerjah di tapak projek di 𝐓𝐄𝐋𝐈𝐏𝐎𝐓 . Dinding IBS telah siap dipasang maka hari ni abang tukang tengah buat proses memasang frame tingkap .
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH

25/05/2021

" 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐦𝐩𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢. 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐫𝐧𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐧."

Setiap daripada kita yan bergelar makhluk di bumi ini pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Setiap ujian ini bukan lah untuk menjatuhkan kita, tetapi tidak lain tidak bukan untuk kita menjadi manusia yang lebih kuat. Bagi orang Islam p**a, kepercayaan terhadap dugaan ini adalah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah. Justeru, setia daripada kita memerlukan sokongan dan dorongan dalam menghadapi ujian ini.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang terkesan dengan keadaan sekarang. Ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Kalau asyik difikirkan memang serabut dibuatnya. Manakan tidak, setiap daripada kita ada komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap bulan. Semestinya perkara ini menjejaskan kewangan dan emosi kita. Namun, selepas hujan pasti ada pelangi. 😊

24/05/2021

Alhamdulillah segala proses ikat bata berjalan dengan lancar ..
Kita tunggu naik bumbung plak .. PKP atau tak kerja - kerja tetap kene jalan nanti kang xsiap p**ak rumah client . Ye dak ? 😉
Sebuah banglo yang berkeluasan 644 sqft , berserta dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 dapur dan porch kereta . Sabar yer tuan rumah tak lama lagi boleh lah masuk rumah baru .
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

24/05/2021

𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐂𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐖𝐀
Ramadhan sudah berlalu. Kita sudah berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan ampunan Allah. Tak ada jaminan bagi kita untuk bisa bertemu kembali dengan Ramadhan yang suci. Bisa jadi Ramadhan tahun ini adalah yang terakhir. Oleh sebab itu, kita harus tetap menjaga nilai-nilai puasa ada pada diri kita.

Hasil akhir dari puasa, sebagaimana firman Allah SWT adalah takwa. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS al-Baqarah: 183).

Takwa adalah capaian tertinggi dari puasa. Takwa juga adalah standar tertinggi tingkat kemuliaan manusia. Semakin tinggi tingkat ketakwaannya, semakin tinggi p**a derajat kemuliaannya di sisi Allah. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT: “… Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS al-Hujurat: 13).

Ketakwaan harus tetap ada pada diri kita. Adapun takwa dalam Alquran memiliki tiga ciri: “… (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS Ali Imran: 134).

Ciri 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 dari orang bertakwa selalu menafkahkan hartanya baik di waktu luang maupun sempit. Memberi saat kita punya itu baik, tapi berbagi saat kita juga kekurangan itu hal yang luar biasa. Orang bertakwa tidak takut hartanya berkurang hanya karena memberi kepada orang lain. “Sedekah hakikatnya tidak mengurangi harta.” (HR Muslim).

𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀, ciri orang bertakwa adalah mampu menahan amarah. Ia tidak melampiaskannya meskipun sanggup melakukannya. Secara naluri, manusia tentunya akan marah ketika dihina, difitnah, dan dirampas haknya. Namun, orang bertakwa akan mampu menahan diri untuk tidak melawannya.

Kejahatan tidak seharusnya dibalas dengan kejahatan. Perbuatan tidak menyenangkan dari orang lain harusnya dibalas dengan kebaikan. Sebagaimana firman Allah SWT: “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” (QS Fusshilat: 34).

𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀, tanda orang bertakwa adalah yang memaafkan kesalahan manusia. Orang bertakwa tidak hanya mampu menahan amarahnya tapi juga mampu memaafkan semua orang yang berbuat salah kepadanya. Memaafkan adalah sesuatu yang sulit karena berhubungan dengan ego dan harga diri. Tapi orang bertakwa akan mampu melenyapkan egonya. “Dan tidaklah Allah menambah kepada seorang hamba karena memaafkan kecuali kemuliaan.”(HR Muslim).
𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 : https://www.republika.id/posts/7048/tiga-ciri-takwa

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 23/05/2021

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝟏𝟐 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋, 𝟏𝟒𝟒𝟐𝐇
Hari ni sis Yah nak payung design 3D rumah salah seorang client sis dari 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮 . Banglo 2 tingkat yang bertemakan 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝐁𝐚𝐥𝐢 ! Keluasan rumah ini bersamaan dengan 3200 sqft .
Idea ini 100% datang dari imaginasi client kami . Setiap orang mempunyai rumah idaman maka kami akan merealisasikan impian beliau . Itulah keutaaman kami terhadap client .
Rumah masih lagi dalam proses pembikinan . Sis tak syabar nak tengok the real yang bakal siap . Inshallah lagi beberapa bulan akan siap !
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

23/05/2021

Nah abang tukang kiter belanja satu video view dari aras 2 , banglo 2 tingkat di 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 . Kawasan rumah yang indah di penuhi dengan kehijauan sawah . Kita tengok pun tenang kan ? Abang tukang tengah ikat bata di aras 2 . Lepas ni inshaallah bumbung rumah p**ak abang tukang siapkan .
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

23/05/2021

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐠𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝟐𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎. 𝐁𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚.
𝟐. 𝐃𝐨𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐢𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚𝐣𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐀𝐖
𝟏. 𝐃𝐨𝐚 𝐑𝐮𝐪𝐲𝐚𝐡
Doa Ruqyah boleh digunakan sebagai doa untuk mengelakkan wabak dan penyakit. Rasulullah SAW sendiri membaca salah satu doa untuk menghilangkan penyakit ketika meruqyah sahabatnya.

Arab: امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ

Latin: Imsahil ba'sa rabban nasi. Bi yadikas syifa'u. Lā kasyifa lahu illa anta.

Maksudnya: Tuhan manusia, sapu lah penyakit ini. Di tangan-Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau.
𝟐. 𝐃𝐨𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭
Pada masa ini penyakit ini merebak ke mana-mana. Oleh itu, ketika badan telah diserang kesakitan, ada doa yang boleh dibaca, seperti yang di bawah ini

Arab: اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Latin: Allahumma rabban nasi, adzhibil ba'sa. Isyfi. Antas syafi. Lā syafiya illa anta syifa'an la yughadiru saqaman.

Maksudnya: Tuhanku, Tuhan manusia, singkirkan penyakit. Berikan penyembuhan kerana Engkau penyembuh. Tidak ada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Engkau dengan penyembuhan yang tidak menyakitkan.
𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 : https://news.detik.com/berita/d-5261091/4-doa-terhindar-dari-wabah-dan-penyakit-yang-diajarkan-rasulullah-saw

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 20/05/2021

Walaupun cuaca hujan dan mendung , abang tukang tetap gagah buat sambungan kerjaa mengkonkrit tangki septik supayaa air kumbahan mengalir dengan baik .
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝟐𝟑, 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 20/05/2021

Kejadian di 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐊𝐀𝐑 , 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆 , kemas herlok abang tukang buat konkrit pada bahagian kaki lima untuk rumah kebun .
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 20/05/2021

Kita pergi menziarah di site yang jauh dulu . Hari nii abang tukang dalam proses membuat kotak beam untuk bahagian atas dengan kata lain bahagian bumbung . Dalam masa yang sama , abang tukang tengah pasang framework (besi) untuk buat porch kereta . Semoga urusan abang tukang dipermudahkan .
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓 , 𝐋𝐀𝐓𝐀 𝐑𝐄𝐊 , 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐑𝐀𝐈
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

20/05/2021

𝐊𝐄𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐈
KITA baru saja melewati bulan Ramadhan, dan sekarang kita sudah berada di bulan Syawal, bulan kesepuluh dalam penanggalan hijriyah. Nyaris tidak ada penyambutan terhadap datangnya bulan syawal. Berbeda dengan ketika menyambut Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan! Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan “Marhaban, Ya Syawal!”

Padahal, Syawal juga bulan istimewa dan memiliki keutamaan. Inilah beberapa keistimewaan bulan Syawal:
𝟏. 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞 𝐟𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡
Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam “kembali makan pagi” dan diharamkan berpuasa pada hari itu.

Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, yaitu hawa nafsu.
𝟐. 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤𝐛𝐢𝐫
Tanggal 1 Syawal adalah Idul Fitri, seluruh umat Islam di berbagai belahan mengumandangkan takbir. Maka, bulan Syawal pun merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh umat Islam secara serentak, paling tidak satu malam, yakni begitu malam memasuki tanggal 1 Syawal alias malam takbiran, menjelang Shalat Idul Fitri.

Kumandang takbir merupakan ungkapan rasa syukur atas keberhasilan ibadah Ramadhan selama sebulan penuh. Kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai, kecuali dengan pertolongan-Nya. Maka umat Islam pun memperbanyakkan dzikir, takbir, tahmid, dan tasbih. “”Dan agar kamu membesarkan Allah SWT atas petunjuk yang Ia berikan kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan” (QS. Al-Baqarah: 185).
𝟑. 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐡𝐦𝐢
Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam sangat banyak melakukan amaliah silaturahmi, mulai mudik ke kampung halaman, saling bermaafan dengan teman atau tetangga, hala bihalal, kirim SMS dan telepon, dan sebagainya. Betapa Syawal pun menjadi bulan penuh berkah, rahmat, dan ampunan Allah SWT karena umat Islam menguatkan tali silaturahmi dan ukhuwah Islamiyah.
𝟒. 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤𝐰𝐚
Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa.

Jika tujuan itu tercapai, sudah tentu seorang Muslim menjadi lebih baik kehidupannya, lebih saleh perbuatannya, lebih dermawan, lebih bermanfaat bagi sesama, lebih khusyu’ ibadahnya, dan seterusnya. Paling tidak, semangat beribadah dan dakwah tidak menurun setelah Ramadhan. Amin Ya Rabbal Alamin.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 : https://zayan.my/zayan-pit-stop/trending/keistimewaan-bulan-syawal-yang-perlu-anda-ketahui

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 19/05/2021

Dari 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 beralih ke 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆 , proses membuat sistem aliran air kumbahan masih di teruskan . Penilitian terhadap simen simen yang di tampal perlu titikberatkan . Almaklum lah semalam hujan maka hari ni kene double check kot kot lah ada simen yang tertanggal . Dalam masa sama , kerja plaster dinding dijalankan secara berperingkat .
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝟐𝟑, 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 19/05/2021

Mari kita lihat progress pembinaan banglo 2 tingkat di 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 . Level 1 dah siap ikat bata kita pulun buat atas p**ak . Di level 2 , sedang berlangsung proses buat beam tambahan untuk pembinaan bumbung . Nantikan update seterusnyaa 👌
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 19/05/2021

𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐓𝐀𝐊 𝐈𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 ?
Jawapannya ialah 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 ! Hal ini kerana untuk mendapatkan rupa kemasan ikat yang cantik atau asas permukaan untuk lapisan turapan mortar . Kerja ikat bata ini boleh dilakukan sedikit demi sedikit mengikut bahagian yang telah siap atau melakukannya setelah siap sepenuhnya .
Nampaknya proses ikat bata di 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓 hampir siap ! Kita tunggu proses plaster dinding p**ak yer 😉
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 19/05/2021

" 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧-𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐱𝐝𝐞 𝐦𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐧𝐚𝐤 𝐫𝐞𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐞? 𝐁𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡? 𝐓𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐱𝐜𝐤𝐮𝐩 𝐦𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐧𝐚𝐤 𝐫𝐞𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐞 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 ? "
Pihak kami bukan sahaja menyediakan pakej membina rumah di atas tanah sendiri , malah pihak kami juga menyediakan khidmat untuk ubah suai rumah . Gambar dibawah ini merupakan salah satu khidmat ubah suai rumah client kami di 𝗞𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 .

BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 19/05/2021

Cuaca mendung dan hujan bukan menghalang untuk abang abang site kiter untuk tidak buat kerja, hujan atau tidak kerja tetap jalan .. Hari ni hari memproses cabut kotak kotak beam (kayu) selepas proses kontrik lantai luar . Lepas proses cabut kotak beam , proses tambun tanah dalam kawasan lantai dalam yang telah di konkrit .
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇

http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

19/05/2021

𝟑 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐄𝐍𝐀𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔
Perginya bulan Ramadan tidak bermakna berakhir sudah ibadah yang dikejarkan pada bulan mulia itu, tetapi kesinambungannya adalah berterusan pada bulan Syawal p**a. Puasa enam atau puasa sunat selepas Ramadan adalah puasa yang disambut selama enam hari pada bulan Syawal. Hukumnnya adalah sunat yang dianjurkan, ianya bukanlah wajib. Namun, fadilat dan kelebihan mengerjakan puasa enam ini adalah sangat besar dan istimewa. Antara kelebihannya adalah;
#𝟏 – 𝐆𝐚𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧
Jika puasa di bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menjanjikan pengampunan dosa yang lampau, maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti berpuasa setahun. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub ra, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh.”Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah

Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal, pahalanya sama seperti puasa penuh setahun dengan syarat, telah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.
#𝟐 – 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧
Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata, puasa enam hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Selain itu, terdapat beberapa pandangan ulama dari mazhab al- Syafi’e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.

Ini adalah untuk mencantikkan lagi puasa Ramadan yang lepas.
#𝟑 – 𝐒𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐋𝐮𝐩𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐮𝐧𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐢𝐧
Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, umat Islam akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain.

Kemungkinan umat Islam akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut hari raya Aidilfitri.

Oleh itu, melalui puasa sunat enam Syawal sekurang-kurangnya mengingatkan kepada umat Islam untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan untuk berpuasa.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 : https://zayan.my/zayan-pit-stop/trending/4-kelebihan-puasa-enam-yang-anda-perlu-tahu

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 18/05/2021

Nampaknya dinding bawah tu nak siap dah . Kita kasi kemas bia cantik cantik baru sambung buat dinding alik atas p**ak yer .
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 18/05/2021

Lama sudah tidak menerjah 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐃𝐈 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 . Proses konkrit masih lagi berlangsung . Haritu tu kita buat tapak hari ni kita konkrit belah tepi tepi baru lah rumah kekal teguh berdiri . Dalam masa sama, proses meratakan tanah sekeliling rumah berlangsung terus . 2in1 terus kerjanya, jimat masa 😁
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 18/05/2021

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝟐𝟑, 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆
𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐔𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 & 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐈𝐊 (𝐒𝐄𝐏𝐓𝐈𝐂 𝐓𝐀𝐍𝐊)
Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.
Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair p**a akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.
Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien.
𝑺𝑼𝑴𝑩𝑬𝑹 : http://jomstudykejawam.blogspot.com/.../sistem-kumbahan...
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

18/05/2021

𝐃𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠, 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡-𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚, 𝐃𝐢 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐠𝐮𝐧𝐠, 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐚
Masih tidak terlambat untuk pihak kami, mengucapkan 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍 . Semoga Allah SWT menerima segala amal kami dan anda semua . Semoga sepanjang tahun tahun kalian dalam kebaikan . Tak lupa juga, semogaa gejala pandemik covid 19 berkuragan agar tahun depan kita semua boleh beraya bersama keluarga .
𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐮𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐭𝐢, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮 𝐍𝐚𝐟𝐬𝐮, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐃𝐨𝐬𝐚, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐒𝐨𝐥𝐞𝐡, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐚𝐟𝐤𝐚𝐧.

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 10/05/2021

𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧. 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐫𝐞𝐩𝐮𝐭. 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫. 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐥𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧.
Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.
𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 : 𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 10/05/2021

𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬. 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢 𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚.
Hari ni abang abang kita settle kan formwork untuk tiang rumah. Rumah banglo 2 tingkat berkonsep kan BALI akan dibina. Semoga segala urusan dipermudahkan. Inshaallah. Amin.
BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

10/05/2021

𝐑𝐞𝐛𝐮𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧, 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝟓 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫
NAMPAKNYA kita bakal memasuki fasa terakhir Ramadan yang mana pada 10 akhir bulan mulia ini, umat Islam diseru melipatgandakan amalan kepada Allah.
Sesungguhnya, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermakna kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar.
1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran. Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
2. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah. Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri.
3. Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Ini kerana baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.
4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya. Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan s**a kepada pengampunan maka ampunilah aku.
5. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah. Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.
𝑺𝒖𝒎𝒃𝒆𝒓 : https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/05/24/10-malam-terakhir-ramadan

Photos from Tukang Buat Rumah Profesional's post 09/05/2021

"𝐊𝐄𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐈"
PKP atau tidak kerja kerja pembinaan kotak beam di 𝑰𝒔𝒕𝒂𝒏𝒂 𝑺𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕, 𝒅𝒊 𝑳𝒂𝒕𝒂 𝑹𝒆𝒅 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 𝑲𝒓𝒂𝒊, 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏 tetap di teruskan bagi mengejar tempoh siap yang telah dijanjikan.

BERMINAT DENGAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH DARI KAMI
HUBUNGI KAMI DI TALIAN👇👇👇
http://www.wasap.my/601171111847/SAYANAKBINARUMAH
http://www.wasap.my/601171111837/SAYANAKBINARUMAH

Videos (show all)

Proses ikat bata
BATU MERAH VS BATU PUTIH

Website