USNO Online

USNO Online

Maklumat aktiviti USNO

21/07/2024

Renungan Hujung Minggu

MA63

Benarkah Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, semasa menjadi speaker Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) tidak pernah membenarkan MA63 dibahaskan di Parlimen?

Soalan provokatif ini akan kita kupas sehingga ke akar umbinya. Pembaca, khususnya ahli-ahli USNO sila sentiasa bersama mengikuti kupasan isu-isu berbaur sensitif bermula minggu depan di USNO Online ini.

20/07/2024

Renungan Hujung Minggu

-Hisham Ampongou Abdullah
Ketua Penerangan USNO Sabah

USNO minta 45% hasil minyak dan gas Sabah

[USNO di bawah kepimpinan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia kini meneruskan legasi USNO menuntut 40% hasil negeri Sabah dikembalikan kepada Sabah]

Mari renung dengan tenang tentang penentangan Sabah khususnya bekas Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan presiden USNO di tahun 1974 iaitu Almarhum Tun Mustapha. Apabila Tun Razak (Persekutuan) mahukan 95% Minyak dan Gas Sabah untuk persekutuan, Tun Mustapha tidak bersetuju dan beliau mahukan 45% Minyak dan Gas Sabah untuk Sabah.

Rentetan daripada peristiwa ini telah bermula gerakan menjatuhkan Tun Mustapha dengan menjaja cerita beliau sebagai diktator, kejam dan kemaruk jadi sultan Sabah. Kononya Tun Mustapha mengerah tentera suluk untuk memberontak dan membawa Sabah keluar Malaysia. Rakyat Sabah khususnya Dusun dan Kadazan serta bumiputera bukan Islam lain akan terpinggir apabila Sabah berjaya keluar daripada gagasan Malaysia. Walhal cerita sebenar ialah Tun Mustapha menuntut lebih daripada 5% kerana minyak dan gas tidak termaktubpun dalam MA63 iaitu perjanjian Malaysia 1963.

Tun Mustapha mengingatkan bahawa apa yang dituntutnya dan USNO adalah berdasarkan hak Sabah yang diboleh menyemak Perjanjian Malaysia 1963 untuk menilai semula kedudukan, hak, kepentingan dan masa depan Sabah dalam Malaysia.

Namun, Tun Razak tidak bersetuju dan mencari helah politik dengan UMNO membantu pemimpin-pemimpin seperti Harris Salleh menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) pada 15 Julai 1975 yang bertujuan untuk menggulingkan Tun Mustapha, lantas menteri-menteri dan 11 anggota pembelot dan pengkhianat DUN USNO lompat masuk BERJAYA (parti politik yang dianggap sebagai parti ‘Made In Malaya’ pertama) di Sabah pada 17 Julai 1975.

Penubuhan parti BERJAYA disusuli dengan pelbagai sulaman fitnah dan tipu helah terhadap Tun Mustapha oleh pemimpin-pemimpin Berjaya didalangi oleh kepimpinan politik daripada Malaya. Fitnah dan isu terancang ini yang digerakkan oleh bekas-bekas menteri serta 11 anggota USNO yang masuk BERJAYA, berjaya membuai dan memujuk majoriti rakyat Sabah untuk menolak USNO dan menggulingkan Tun Mustapha dan USNO pada 14 April 1976, dan rakyat Sabah menyaksikan banyak bidang kuasa Sabah diserahkan kepada bidang kuasa persekutuan.

Sehubungan itu, akhirnya misi mendapat hasil 95% Minyak dan Gas Sabah untuk persekutuan berjaya dicapai. Namun, kejayaan tersebut telah menyebabkan rakyat Sabah menyedari bahawa keindahan janji pembangunan kepada Sabah melalui pemilikan 95% tersebut tidak menunjukkan sebarang kesan ke atas peningkatan pembangunan samada dari segi kemudahan infra mahupun ekonomi Sabah.

[Ini adalah catatan permulaan dan Insya-Allah akan bersambung setiap minggu]

19/07/2024

Belasungkawa

Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan seluruh kepimpinan USNO negeri dan bahagian serta para ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Onn Ariffin yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 17.07.2024 yang lalu.

Untuk makluman, Allahyarham Onn Ariffin merupakan bekas Setiausaha Agung USNO dahulu.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

19/07/2024

Happy follow-versary to my awesome followers. Thanks for all your support! Dullie Marie

17/07/2024

Big shout out to my newest top fans! 💎 Arif Yadiy Bitis, Mabulmaddin Shaiddin, Kiol Gamparis, Marrof Akim Abd, M Hamdan Abdullah, داتوء مين, Masrifah Ifah, Dullie Marie, Marjikin Marjikin, Bati Bastan, Seni Man, Joe Joe, HJ Ramzan AW, Norjan Zan, Jaerry Bin Mongkin, Mohd Juari Amit, Zaitun Binti Mohd, Rusli Miting, Jarisin Hanif, Nordin Masdar, Zack Qyiem, Herman Melis

Drop a comment to welcome them to our community,

17/07/2024

Persidangan Ekonomi Biru Sabah

YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia membincangkan beberapa perkembangan semasa terutamanya berkaitan dengan Sabah.

Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada YAB Perdana Menteri untuk merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Sabah (SIBEC 2024) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada September depan.

Photos from USNO Online's post 11/07/2024

USNO; Suara Baru Sabah

Photos from USNO Online's post 11/07/2024

USNO: Suara Baru Sabah

Lawatan kerja Tan Sri Presiden dan rombongan kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

11/07/2024

Hutang Kepada Syarikat Semenanjung

Shafie kata GRS bagi hutang Kepada syarikat-syarikat Semenanjung. Rupa-rupanya itu berlaku zaman Warisan. Syarikat yang dia bagi pinjaman Tu P**a syarikat yang berstatus NPL. Macamana ni yau?

Warisan siap fitnah GRS di pentas-pentas perayaan pesta kaamatan.

09/07/2024

YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sempat mengabdi kenangan selepas perbincangan kerja di pejabat Ketua Menteri di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Photos from USNO Online's post 09/07/2024

USNO: Suara Baru Sabah

Sidang DUN Sabah, 09.07.2024

08/07/2024

Parti Tempatan

Setuju dengan Presiden Warisan ni. Tapi yau, kenapa parti Malaya boleh bertanding di Sabah. UMNO, PKR, DAP semuanya parti luar. Bukan parti tempatan pun. Apa hal beliau tak bising? Kenapa tak bantah? Hairan juga dengan tingkah beliau ni!

Apapun, memang perlu bagi rakyat Sabah tolak parti luar termasuk parti daripada Sarawak, namun shafie perlu lebih adil apabila memberi kenyataan.

-Hisham Ampongou Abdullah

08/07/2024

Pemukiman Dan Koordinasi Kepimpinan Kump**an Generasi Baru (KGB) USNO

Tan Sri Presiden USNO, Pandikar Amin Haji Mulia mengumumkan Tagline Baru USNO ialah: USNO Suara Baru Sabah / The New Voice ketika berucap pada Majlis Persamian Dan Penutupan Pemukiman Dan Koordinasi Kepimpinan Kump**an Generasi Baru (KGB) USNO di Pusat Latihan Dan Retreat USNO di Pintasan, Kota Belud.

Perubahan daripada tagline asal iaitu Rundingan Baharu kepada; USNO-Suara Baru Sabah adalah seiring dengan perkembangan semasa.

Ahli-ahli parti sila ambil maklum dan war-warkan.

08/07/2024

Pemukiman Dan Pelarasan Kepimpinan Kump**an Generasi Baru USNO

Antara perkara penting yang disentuh oleh Ketua Penerangan USNO Pusat, Hisham Ampongou Abdullah ialah kepentingan persefahaman, perpaduan, kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti serta meningkat kualiti diri dengan mengutamakan pengetahuan dan pendidikan.

Beliau juga mengingatkan para peserta supaya golongan Muda USNO bersedia mempertahan institiusi Presiden apabila diserang pihak lawan.

Hisham, berkata demikian ketika mengutarakan pendapat dan idea ketika menjadi panel tunggal dalam forum USNO-GRS: Masa hadapan dan halatuju parti.

Ketua KGB, saudara Iskandar Dzulkarnain Ramli menjadi moderator dalam sessi tersebut.

06/07/2024

Big shout out to my newest top fans! 💎 Arif Yadiy Bitis, Marrof Akim Abd, M Hamdan Abdullah, Tms Thomas, Warna Warni, Muhamad Thasrie A, Masrifah Ifah, Marjikin Marjikin, Bati Bastan, Seni Man, HJ Ramzan AW, Zaitun Binti Mohd, Jarisin Hanif, Nordin Masdar, Zack Qyiem

Drop a comment to welcome them to our community,

06/07/2024

PH tersungkur di Sungai Bakap

Even though its result would have little impact on Pakatan's hold on Penang, Sungai Bakap was framed by Perikatan as a referendum on the Federal Government's management of the economy especially its decision to replace blanket diesel subsidies with a targeted system.

Perikatan has blamed the targeted subsidy system for raising the prices of goods and services, while the unity government alliance that governs Putrajaya claims that most of these subsidies are smuggled out of the country.
+++++++

Walaupun keputusannya akan memberi sedikit kesan kepada pegangan Pakatan di P**au Pinang, Sungai Bakap telah dirangka oleh Perikatan sebagai referendum mengenai pengurusan ekonomi Kerajaan Persekutuan terutama keputusannya untuk menggantikan subsidi diesel menyeluruh dengan sistem subsidi bersasar.

Perikatan menyalahkan sistem subsidi yang bersasar kerana ia menaikkan harga barang dan perkhidmatan, manakala kerajaan perpaduan yang mentadbir Putrajaya mendakwa kebanyakan subsidi ini diseludup keluar negara.

-Diterjemah oleh Hisham Ampongou Abdullah

02/07/2024

TAED Sumbang RM1 juta

Pengurus Besar Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAEDSB), Datuk Jake Jikulin Nointin, JP. menyerahkan cek sumbangan bernilai RM1 juta kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau menyerahkan cek sumbangan ini sempena dengan Majlis Pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) bertempat di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu.

PTPS adalah salah satu inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi membolehkan lebih ramai anak Sabah yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

01/07/2024

Kelentong Malaya

PRN Sungai Bakap

Isu minyak Naik

Rafizi, Raja Formula Cabar Abang Sungai Bakap Berdebat tapi mengelak bila Puad Zarkashi, Lim Sian See dan Isham Jalil cabar dia berdebat.
*******

Takkan Rafizi Setakat Berani Dengan Abang Mana Tah Kat Sungai Bakap Tu Aje?

Semua masih ingat kisah minggu lepas bila Rafizi dalam satu majlis ditanya oleh seorang lelaki mengapa pihaknya tidak menurunkan harga minyak setelah berkuasa, yakni janji yang berulang kali ditabur selama berpuluh tahun sebelum itu.

Bukan main Rafizi rasa tercabar seterusnya berkali-kali memanggil abang tu..."meh sini, meh sini,meh sini", kononnya untuk bersoal jawab lebih lanjut dengan abang tu di atas pentas.

Rafizi dan para cai merasa kembang dan hebat semacam bila abang tu tidak berani naik ke pentas.

Dengan bangganya keluar ayat biar saya jawab terus!

Kononnya dia berani serta benar dan lelaki yang bertanya itu sekadar acah-acah aje.

Cai-cai akaun palsu PH di media sosial pun macam bangga kononnya Rafizi tidak gentar menjawab walaupun jawapan cam haram jadah.

Tapi satu aje....dengan abang Sungai Bakap tu memang la anda boleh beriya ajak... Tapi siapa dia tu?

Bukan merendahkan abang Sungai Bakap tu, tapi ternyata dia bukan tandingan seorang pakar formula.

Kalau rasa nak meh sini meh sini meh sini sangat.....tu ada tiga orang yang sedang beriya menanti ajakkan.

Isham Jalil, Lim Sian See dan Puad Zarkashi.

Dengan mereka inilah yang sepatutnya dan seharusnya pakar formula menjerit dan berkata Meh sini..meh sini ..meh sini.....

Bukan dengan abang Sungai Bakap tu...

Biarlah buku bertemu ruas.

Mereka bertiga sedang tidak sabar menanti ajakkan meh sini...meh sini..meh sini oleh Rafizi.

Tapi...dengar kata pakar formula memberikan pelbagai macam alasan untuk mengelak bertemu ketiga mereka.

Mengapa?

Ajaklah debat sebagaimana semangatnya mengajak abang mana di Sungai Bakap itu hari...mengambil kira semangat anne mabuk yang viral baru ni...one by one la....

Ceritanya macam ni, kita bila rasa diri kuat...orang ajak bergaduh kat kubu dia pun kita akan pergi....silap hari pergi seorang diri sebab nak buktikan kita tak takut.....kita nak jaga maruah dan air muka. Tak nak la orang kata kita ni gangster Kampung Dusun semata-mata....

Kalau kita sembang sana sini kita kuat.. kononnya kita tak gentar tapi bagi alasan macam-macam bila dicabar...orang akan cakap kita ni pengecut yang hanya sembang deras kat belakang aje....atau membuli orang yang dah pasti kita dapat makan.

Rafizi kan sering perasan dirinya pandai...pamer la kepandaian tu kepada dunia dengan one by one dengan mereka yang setaraf.....bukan setakat tunjuk hebat kepada mana-mana individu secara rawak di mana-mana majlis yang kurang sesuai.

Takkan pakar formula kecut kot? Buktikan persepsi itu tidak benar dan one by one la dengan ketiga-tiga yang cabar anda itu wahai Rafizi.

22/06/2024
Photos from USNO Online's post 22/06/2024

Majlis Santai Bersama Rakyat bersama YAB Ketua Menteri dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di Tanjung Aru

22/06/2024

Majlis Santai Bersama Rakyat
TAED

21/06/2024

Mulai August Tiada Sudah Plastik

Pakai takiding kita. No hal bah. Sabah bah ni yau.

19/06/2024

TERKINI: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah mengarahkan Jabatan Air untuk menggunakan undang-undang di bawah bidang kuasanya dan membawa pesalah yang melakukan kegiatan mencuri air ke mahkamah.
🔶 “Tangkap mereka dan dakwa di mahkamah,” tegasnya.
🔶 “Begitu juga, kita mahu kilang-kilang yang didapati mencuri air dibawa ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di Menara Kinabalu, hari ini.
🔷 Hajiji berkata adalah mustahak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencuri air kerana sambungan haram dikenal pasti sebagai punca utama 60 peratus air tidak terhasil (NRW) di Sabah, yang mana merupakan yang tertinggi di negara ini.
🔷 Difahamkan, Kabinet Sabah telah memanggil Jabatan Air untuk taklimat susulan perhimpunan sekump**an pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menuntut penyelesaian isu air.
🔶 “Kabinet Negeri dimaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan lalu, UMS hanya mengalami gangguan bekalan air selama satu atau dua hari akibat paip pecah,” katanya sambil menambah Jabatan Air telah membekalkan air kepada UMS antara empat juta hingga tujuh juta liter setiap hari ditambah dengan sumber tiub telaga yang boleh membekalkan satu juta liter setiap hari.
🔶 “Saya telah meminta Naib Canselor UMS meneliti perkara itu bagi mengetahui punca air tidak sampai kepada pelajar,” katanya.
🔷 Kabinet diberi taklimat bahawa bekalan air ke UMS semakin berkurangan berikutan banyak sambungan haram yang dikesan dari lima kampung sehingga ke universiti, katanya.
🔶 "Sebab itu saya mahu pihak penguatkuasa Jabatan Air pergi dan putuskan sambungan haram itu. Selain itu, ambil tindakan tegas terhadap pesalah," katanya sambil menambah sambungan haram itu didapati membekalkan air ke beberapa kampung yang terletak di belakang UMS, iaitu di atas tanah yang menjadi pertikaian antara peneroka dan pemilik tanah.
🔷 Tambahnya, tanggungjawab kerajaan iaitu membekalkan air dan pelbagai usaha telah dilakukan bertentangan dengan dakwaan pembangkang.
🔷 Difahamkan lagi, Loji Rawatan Air Telibong II telah siap dan kini menunggu pemasangan paip air siap dimana tambahan 160 MLD air akan menampung bahagian utara Sabah termasuk UMS dan kawasan sekitarnya.
🔷 Selain itu, kerja-kerja meningkatkan bekalan air di bahagian selatan Pantai Barat yang memberi manfaat kepada penduduk di Papar, Lok Kawi dan Putatan telah pun bermula lapan bulan lalu dan dijangka siap menjelang 2026.

19/06/2024

Internet tak pernah lupa
Netizen pun tak pernah lupa.

19/06/2024

Hidup sihat Menteri komunikasi kita ni

Photos from USNO Online's post 13/06/2024

Selamat Jalan dan Selamat Berjuang kepada Mantan Naib Presiden, Dato' Seri Dr Ismail yang mengumumkan perletakan jawatan kerana mengepalai satu parti baru, Parti Rumpun Sabah (PRS).

16/12/2023

Big shout out to my newest top fans! 💎 Seniman Senja, Abdul Karim Bin Kasim

15/12/2023

Tuntutan Sulu

Bila Waris Kesultanan Sulu sendiri tak setuju untuk tuntut Sabah. Admin teringat perbualan dengan Prince Jecel Kiram. Perkara sama dia cakap. No, we don't want to pursue the so-called claim, the reason we do this, merely that we want to be heard.

14/12/2023

Warisan BN Kerjasama Lawan GRS

Shafie Apdal mengesahkan parti pimpinannya Warisan akan bekerjasama dengan Umno pada PRN Sabah, dijangka tahun depan.

Shafie berkata B**g Moktar Radin selaku ketua Umno Sabah telah menyatakan persetujuan berkenaan, ketika hasrat itu disampaikan kepadanya.

Kerjasama itu menyaksikan mereka akan menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor.

Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, mereka sebelum ini telah mempelawa Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), namun komponen dalam GRS berkenaan menolak.

“Tetapi bila saya bincang dengan B**g tak jadi masalah, jadi kita bekerjasama atas dasar untuk membela rakyat Sabah.

“Dia pun rakan lama saya, saya pun bekas bos dia (sebagai bekas naib presiden Umno) tapi saya bukan kaki lompat cuma dipecat parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung tahunan Warisan di Kota Kinabalu.

B**g yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut hadir pada majlis itu dan diberi sambutan hangat daripada perwakilan Warisan.

Selain kerjasama dengan Warisan, B**g sebelum ini berkata Umno turut mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Tempoh DUN Sabah akan tamat pada Oktober 2025, namun PRN17 dijangka diadakan lebih awal, selepas Hajiji memberi bayangan ia mungkin diawalkan termasuk tahun depan.

Umno dan Warisan Sabah sebelum ini dikatakan bekerjasama dalam Episod ‘Langkah Kinabalu’, awal tahun ini dalam cubaan menjatuhkan kerajaan Hajiji.

Bukan sahaja usaha itu gagal, B**g p**a dipecat sebagai timbalan ketua menteri dan menyebabkan Umno Sabah berpecah apabila ada wakil rakyatnya menyokong Hajiji.

Adun Tanjung Keramat Shahelmey Yahya dilantik menggantikan B**g. Mac lalu, beliau digantung sebagai ahli Umno selama enam tahun.

Selain beberapa Adun Umno dan semua wakil rakyat GRS, Hajiji turut disokong Pakatan Harapan (PH).

Videos (show all)

Warisan bagi pinjaman kepada syarikat dari Semenanjung
Hutang Kepada Syarikat SemenanjungShafie kata GRS bagi hutang Kepada syarikat-syarikat Semenanjung. Rupa-rupanya itu ber...
Sidang DUN Sabah Julai 2024
Majlis Santai Bersama Rakyat TAED
Hidup sihat Menteri komunikasi kita ni
Kelentong Minyak Rafizi Dari kenaikan sampai keturunan tiada kedudukan
Mengenang Peristiwa Double Six 06.06.2024Tan Sri Presiden USNO dan rombongan turut serta dalam acara ini.
Legasi USNO Pembangunan Pendidikan Sabah Almarhum Tun Mustapha, Ketua Menteri Sabah daripada USNO mengilhamkan penubuhan...
MA6340% tuntutan Sabah Sehingga semua terlaksana, dan tidak ada lagi putar belit daripada kerajaan persekutuan, barulah ...
UMNO Kejam Bukan admin cakap. Datuk Rudy Awah cakap.
Mahathir tibai Anwar Ibrahim Lain macam cakap Tun Mahathir ke atas boss kerajaan Madani, PMX Anwar Ibrahim. Oleh kerana ...

Website