Fiza Masak
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fiza Masak, Kitchen/Cooking, .
Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya 🥰
Setelah sekian lama, warm up la sket dgn video masak2 seminit😋
Super duper simple request by anak dara nan sorg💕
Oppsss membisu lak video ni, yg bersound ada kat ig ye😊
Ikan Kembung Air Asam 🌹
Bahan2
- ikan kembung
- asam keping
- bawang holland
- tomato
- cili padi
- cili merah
- limau kasturi @ limau nipis
- belacan
- garam gula secukup rasa
Rebus ikan bersama asam keping & sedikit garam sehingga ikan masak.
Ketepikan ikan.. air rebusan ikan jgn buang, kita akan pakai utk buat air asam
Potong dadu tomato & bwg holland.
Hiris/potong cili padi & cili merah.
Bakar belacan.
Satukan semua bahan2 yg dah dipotong bersama belacan.
Masukkan air rebusan ikan, air asam jawa & air pati asam jawa (pastikan pakai air masak ye).
Masukkan sedikit garam & gula.
Boleh tambah serbuk perasa jika s**a.
Gaul/ ramas sehingga sebati.
Lepas dah sebati elok, cukup rasa sedap elok kena tekak masing2, curah air asam atas ikan kembung yg dah siap direbus td..
Siap!🌹🌹
Easy peasy yet yummeh!🥰
Dorayaki kegemaran anak2 🥰
Bahan2 (dpt dlm 7 biji dorayaki)
- 2 biji telur
- 1/2 cwn castor sugar
- 1 cwn tepung gandum
- 1 sb madu atau susu pekat
- 1/2 sb minyak
- 2 tsp baking powder
- 3 sb air
- esen vanilla
- nutella/ any filling utk inti
Cara2
- telur + castor sugar > mix sebati
- baking powder + air, then masukkan ke dlm adunan telur & gula. Kacau j*p
- masukkan madu & minyak. Kacau sebati
- masukkan tepung sikit2 & kacau sehingga sebati
- masukkan vanilla essence, kacau then biarkan selama 15 minit.
- masak atas non stick pan. Sy pakai senduk kecik utk tuang atas pan.
- bila dah keluar bubble kecik2, terbalikkn dorayaki. Biar kej*p je then angkat
- spread inti & siap💃🏻
🌹🌹🌹
Telur Pecah 3 Rasa🌹
Bahan2
- telur
- bwg besar/ bwg merah
- bwg putih
- cili padi
- 3 sb cili kisar
- 1 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos tomato
- secawan air
- garam, perasa
Caranya
1. Tumis bwg merah & bwg putih sehingga naik bau
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan semua sos. Kacau j*p
4. Masukkan air, garam & cukup rasa
5. Bila dah mendidih, masukkan telur satu persatu. Biar sampai telur masak elok.
6. Masukkan cili padi. Boleh juga masukkan daun bawang.
7. Biar j*p then siap!🌹
Sedap dimakan bersama nasi putih panas2🥰
Pea Sprout goreng sos tiram bersama tauhu telur..
Haa panjang betul tajuk diberi😄
Bahan2
- pea sprout
- bwg merah hiris
- bwg putih hiris
- tauhu telur
- sos tiram
- sedikit air/ air tepung jagung
- cili merah hiris
- garam, perasa
Cara2nya
1. Potong tauhu telur, salut nipis dgn tepung jagung.. goreng & ketepikan
2. Tumis bwg merah & bwg putih bersama udang kering.. nak pakai udang segar pun boleh..
3. Masukkan sos tiram dalam 1-2 sudu besar
4. Masukkan sedikit air. Kalau nak pekat, boleh letak air tepung jagung
5. Masukkan pea sprout, kacau rata
6. Masukkan garam & sedikit perasa
7. Tabur cili merah & masukkan tauhu telur yg digoreng td
8. Gaul2 j*p then siap😊
Goreng kej*p je tau, utk kekalkan kerangupan pea sprout.
🌹🌹
Ayam Masak Kicap
Blend halus - bwg merah, bwg putih, halia
Cili kisar 1sb
Sos tiram 1-2 sb
Kicap manis
Kicap pekat
Lada hitam
Cili padi
Cili merah
Bwg holland hiris
Garam
Sedikit serbuk perasa/ chicken powder
Tumis bhn kisar > masukkan cili kisar
Masukkan ayam > masukkan sos tiram
Masukkan kicap > masukkan air sket
Masukkan lada hitam > masukkan cili padi
Tutup & biar sampai ayam masak
Masukkan kicap pekat
Masukkan garam, serbuk perasa
Masukkan bwg holland
Masukkan cili benggala atau cili merah biasa..
Siap!
🌷🌷
Assalamualaikum...😊
Ayam Masak Thai🍗
1. Bahan kisar > 4- 5 biji cili merah, 2 bwg putih, kunyit hidup
2. Lumur ayam dgn garam & kunyit.. goreng separuh masak
3.Tumis bawang holand + serai
4. Masukkan bhn kisar. Tumis sehingga cili masak.
5. Masukkan 1sb sos tiram. Kacau & biar sampai pecah minyak
6. Masukkan ayam yg digoreng. Gaul rata.
7. Masukkan sos ikan.
8. Air sikit utk kuah
9. Sedikit cukup rasa.
Masak hingga ayam betul2 masak & kuah sedikit pekat.
Siap!🥰
Makan dgn nasi panas2..sepinggan pun tak cukup🤭
Talapia Goreng Berlado 🌶🌶🫑
Bahan2..
1. Ikan - lumur garam & kunyit, pastu goreng..
2. Bahan blend/ tumbuk kasar - cili merah, cili hijau, cili padi, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup..
3. Sos tiram
4. Sos cili
5. Air asam jawa
6. Garam, gula, cukup rasa
🌷💕
Sotong Masak Merah cara nenek🥰
atau panggilan kami adik beradik > sotong goreng kicap 😁
Udang Masak Lemak Cili Api cara sisturrr 💃
Favourite si sulong mama 🥰
Enjoy...
Char Kueteow taknak toge taknak daun kucai😄
Layanzzz🥰
Lunch hari ni...🥰
Asam Pedas Ikan Patin
*last2 tu ada letak blackpepper sket, tapi lupa lak nk record😁
& adakalanya sy letak belacan sket, blend skali dgn bwg2..lg kick rasa dia👍
Cheese Ball🥰
Fav Naufal & Naurah..
Lembut tau!💕
Bahan2
Kentang
Garam
Susu full cream (optional)
Tepung gandum
Mozarella cheese
Telur
Serbuk roti/ breadcrumbs
Layanzzz💕
Naurah buat Muffin Coklat🥰
Projek Aulad 6 Tahun
Ikan Goreng Kicap aka Ikan Masak Merah🥰
Signature my mom, & fav kami adik beradik💕
Bahan2
Blend 👉 bwg merah, bwg putih, halia
Cili kisar/cili boh
Air asam jawa
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam, gula, & perasa
Bawang holland
Cili merah
Layanzz...
Assalamualaikum..
1st upload🥰
Laksa Lemak Terengganu💕
Negeri tanah tumpah darahku..
Bahan untuk kuah:
Ikan selayang/sardin
Bawang merah
Santan
Lada hitam
Belacan
Air asam jawa
Garam
Laksa beras - rendam, kemudian rebus sampai lembut..
Hidang bersama ulam ulaman seperti timun, kacang panjang, kubis, etc..
Letak sedikit garam, belacan, & cili boh utk perasa masa makan nanti..
Layanzz...