Juruukur Sutera

Juruukur Sutera

JURUKUR TANAH BERLESEN
PECAH SEMPADAN,PECAH BAHAGIAN,UTILITY MAPPING,UAV MAPPING,ENGINEERING SURVEY,3D SURVEY,HIDRO & ETC

09/04/2024
28/03/2024

Salam Nuzul

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini

11/03/2024

✨Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H kepada selurut umat Islam ✨

✨Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita mempertingkatkan lagi ibadah di bulan ramadan ✨

23/02/2024

Jumaat barakah

21/01/2023

Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada yang menyambut

19/12/2022

19/12/22

31/08/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 65

29/05/2022

FORMULA UKURAN JARAK & KELUASAN TANAH

1 kaki = 12 inci
1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.645 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 12 kaki
1 jemba = 24 kaki
1 orlong = 20 jumba

UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH

1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi

SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN

in = inci
ka / ft = kaki
ch = rantai
m = meter
km = kilometer
m2 / mps / sq. m = meter persegi
k2 / ka2 / kp / kps / ft2 / sq. ft = kaki persegi
H / hek / ha = hektar
A / ac / ek = ekar
R / r = rood
p = pole
cal = calculation
comp = computation
ki = kiraan
dpi = dari perkiraan
sc = scale
sa = seperti asal
j = jumpa

CONTOH JADUAL PERTUKARAN UNIT

1 rantai = 100 ling = 20.1168 meter = 66 kaki

Maksudnya :

1 rantai = 100 ling
1 rantai = 20.1168 meter
1 rantai = 66 kaki

01/02/2022

𝗚𝗼𝗻𝗴 𝗫𝗶 𝗙𝗮 𝗖𝗮𝗶
Kami dari Syarikat Juruukur Sutera ingin mengucapkan
'𝑆𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑎𝑚𝑏𝑢𝑡 𝑇𝑎ℎ𝑢𝑛 𝐵𝑎𝑟𝑢 𝐶𝑖𝑛𝑎 2022'
kepada mereka yang merayakannya!
khlas daripada kami,
Juruukur Sutera | Syarikat Juruukur Tanah | Kota Bharu

Photos from Juruukur Sutera's post 22/07/2020

Ujian Kalibrasi alat EDM dan GNSS yang berlokasi di KADAR Resort Melor,Kelantan.

Kalibrasi boleh didefinisikan sebagai ujian peralatan ukur yang dijalankan bagi memperolehi perbezaan nilai bacaan alat yang diuji dengan nilai piawai.

Arahan dan prosedur bagi menjalankan kalibrasi ini adalah berpandukan kepada Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil 3 Tahun 2003.

Antaranya ialah dalam menjalankan kerja ukuran,Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah memastikan alat-alat ukur yang digunakan dibuat kalibrasi mengikut prosedur dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan.

Selain itu, hasil kalibrasi alat-alat hendaklah disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan dan disimpan sebagai rekod. Tentukuran alat EDM dilaksanakan bagi mengesan ralat sistematik disamping untuk memastikan alat tersebut dalam keadaaan baik .

Had maksimum constant error yang dibenarkan adalah 10mm, jika tidak alat berkenaan hendaklah diservis.

Photos from Juruukur Sutera's post 29/06/2020

🔭 Kerja demarcation
(ukuran pengesahan sempadan lot tanah).
⛳ Lokasi semenanjung malaysia
😊 Jika anda perlukan khidmat ukur,
hubungi kami
☎ 097880112 @
Whatsapp : https://wa.link/vspmji

Photos from Juruukur Sutera's post 23/06/2020

3D Model Processing by PIX4D

Videos (show all)

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1444H kepada muslimin dan muslimat
Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada yang menyambut
19/12/22
Launching the Phantom 4 RTK for UAV Mapping Muhd Hanif Naem Siddiqie #phantom4rtk#uavmapping#photogrametry

Website

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00