Fajar Hidayah

Fajar Hidayah

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fajar Hidayah, School, .

19/04/2021

Membincangkan cara-cara untuk kita meninggalkan maksiat

15/04/2021

INILAH HARTA YANG BOLEH MEMBAWA KITA KE SYURGA ‼️

Tahukah anda ?🤔

Antara harta yang boleh membantu kita ke syurga adalah...

DOA dari seorang anak yang SOLEH atau SOLEHAH. ☺️

Mari bersama-sama memberi SINAR HARAPAN untuk anak-anak ini. 🥰❤️

15/04/2021

SERIUSLAH!! BOLEH KE USTAZAH BERJUANG SORANG-SORANG ? 😏
Ehhh boleh,, tapikan orang kata....
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 😉
Dengan bantuan ANDA, Misi ini akan dapat dijayakan. 😍
Sedekah ini boleh meluaskan pintu rezeki kita tau. 😆
Sokong mereka dengan menghulurkan sumbangan kepada Mahaad Tahfiz Al Fadilah.

15/04/2021

MISI SUDAH BERMULA!! ADAKAH USTAZAH AKAN BERJAYA ?

Misi ini mustahil jika ustazah bersendirian.

Namun, dengan bantuan ANDA, Misi ini akan dapat dijayakan.

Sedekah ni boleh meluaskan pintu rezeki kita tau.

Cuba dulu, baru tahu AJAIBNYA sedekah ni.

05/04/2021

counting days

05/04/2021

Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh baraqah ini, ustazah nak kongsikan bagaimanakah persediaan kita sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.

Apabila tibanya bulan Ramadhan, sudah pastinya kit amula memikirkan persediaan yang akan dilakukan dan sudah pastinya mengganti puasa bagi yang ketinggalan puasa yang lepas.

Apakah persediaan yang boleh kita lakukan supaya kita sendiri dapat merasai bulan istimewa ini .

Antara persediaan yang boleh kita lakukan :

1) Tingkatkan kualiti Ibadat

• Semasa beribadat, sentiasa perbaiki kelemahan kita seperti terleka solat, tidak khusyuk ataupun mula mengamalkan surah baru.
• Cuba mendisiplinkan diri dengan bangun awal untuk subuh, hadir lebih kerap ke masjid dan berdoa setiap kali selepas solat .

2) Melakukan Ibadah Tambahan

• Ibadah tambahan dilakukan untuk mengisi masa terluang dan menghindarkan kita dari melakukan perkara yang tiadak baik.
Antaranya adalah dengan membaca Al-Quran ,lebihkan solat dan berzikir dan puasa sunat dan juga puasa ganti.

3) Berpuasa lebih awal

• Satu kelebihan apabila kita melakukan puasa ganti atau sunat lebih awal adalah supaya apabila menjelangnya bulan Ramadhan,kita tidak akan berasa terkejut dan mengalami letih yang melampau kerana kita sudah biasa melakukan ibadah puasa .

4) Waktu tidur yang baik

• Cuba ubah corak tidur yang baik dan mulakan rutin tidur lebih awal supaya waktu tibanya bulan Ramadhan, kita akan jadi mudah untuk bangun sahur.

5) Pastikan kesihatan sentiasa baik.

• Bagi mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang kurang baik ,jangan lupa untuk merujuk dengan doctor terlebih dahulu dan pastikan anda boleh berpuasa pada bulan Ramadhan nanti.

Semoga kita semua dapat menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan sederhana. Walaupun pada tahun ini adalah tahun kedua kita berhadapan dengan pandemik Covid 19. Ia tidak sama sekali menghalang kita daripada melakukan amal ibadah seperti tahun -tahun sebelumnya
Ustazah doakan semoga negara kita dilindungi dari wabak ini..

Aaminn Ya Rabbal Alamin.🤲🤲

16/03/2021

Road to Ramadan 💗💗

16/03/2021

Setiap orang tidak akan lari daripada ujian dan godaan syaitan untuk melakukan maksiat serta dosa. Oleh itu sangat penting untuk kita amalkan dan menghayati zikir al-mathurat ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, bererti kita membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh dan terhidar dari syaitan terkutuk🥰

09/03/2021

Syurga merindui 4 (empat) golongan manusia, termasuk: Kumpulan pertama adalah golongan orang yang s**a membaca dan mempelajari Al-Quran.

Sebagai nasihat nabi Muhammad SAW, Yang memerintahkan umatnya untuk belajar tanpa merawat usia sejak lahir hingga memasuki kubur.

Satu-satunya bacaan yang memberi ganjaran hanya membaca al-Quran. Membaca Al-Quran dengan lancar maka setiap huruf akan mendapat ganjaran 1.

Dan bagi mereka yang tidak lancar membaca maka akan mendapat pahala 2 per huruf. Orang-orang yang rajin membaca al-Qur’an,

Terutamanya dalam bulan suci Ramadhan, pahala yang diberikan oleh Allah SWT. Bagi mereka yang membaca al-Qur’an, dihitung satu huruf, 700 kali ganjaran. “Tidak ada hari tanpa membaca al-Quran.

Dan bacaan terbaik ialah Al-Qur’an. Oleh kerana itu, kalikan membaca Al-Qur’an, terutama pada bulan ini berkat, semua ganjaran akan dikalikan.

Kumpulan kedua adalah kumpulan orang yang dapat mengekalkan lisan mereka sebagai hadis nabi yang mengatakan, “Akan diselamatkan oleh manusia yang dapat menjaga mulutnya”.

Lisan boleh menyebabkan orang berjuang dan perceraian antara satu sama lain. Oleh itu, lebih baik jika bulan Ramadan dapat digunakan untuk belajar mengekalkan lisan.

Mengekalkan lidah, daripada mengatakan sesuatu yang boleh menyakiti orang yang mendengarnya, marilah kita mengelakkannya, serta tindakan kita. Kerana semua tindakan kita di dunia ini semua akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT, di akhirat.

Kumpulan ketiga yang dikehendaki oleh Allah adalah sekelompok orang yang s**a memberi makan orang lapar dan puasa. Ibadah puasa mengajar orang untuk memahami dan memahami apa yang mereka rasa.

Memberi makan orang yang berpuasa pantas juga sangat bermanfaat. Sebagai Hadits Rasulullah Allāh Menyediakan makanan untuk orang yang kelaparan,

ini adalah peluang yang baik bagi kita umat Islam yang diberikan oleh Allah untuk mendapatkan lebih banyak nasib, untuk memberikan karunia secara tekun, terutama untuk memberikan makanan untuk memecah puasa bagi mereka yang berpuasa.

Kelompok keempat yang dikehendaki Allah adalah sekelompok orang yang ikhlas berpuasa pada bulan Ramadhan.

Sejarah menceritakan bagaimana para sahabat Nabi merasa sedih dan menangis kerana mereka akan ditinggalkan bulan Ramadhan. Rakan-rakan berdoa agar bulan Ramadan dapat bertahan sepanjang tahun.

08/03/2021

Syukur dari segi bahasa ialah mengetahui akan nikmat, menzahirkan dan memujinya. Dari segi istilah, syukur terbahagi kepada dua. Syukur lidah iaitu memuji Allah SWT, dan syukur anggota badan, iaitu melazimi membuat kebaikan untuk mendapat syafaat daripada Allah.

07/03/2021

Nabi Muhammad SAW amat mementingkan pernikahan dan mewujudkan sebuah keluarga sehingga Nabi SAW bersabda, mafhumnya “Nikah itu sunnahku, dan sesiapa yang enggan terhadap pernikahan maka dia bukan dari kalanganku”. Baginda SAW juga mengatakan bahawa pernikahan itu sebahagian daripada agama. Al-Qur’an turut menyebut betapa perkahwinan itu agar menjadi tempat mawaddah dan rahmah, iaitu tempat manusia mendapatkan ketenangan dan kedamaian dalam hidupnya. Begitulah pentingnya institusi rumahtangga yang ditetapkan oleh ajaran Islam agar manusia dapat hidup aman damai dan berkasih sayang.

Namun untuk membina sebuah rumahtangga yang aman damai ia mestilah bermula dengan rumahtangga yang saling mencintai satu sama lain. Ibubapa yang menyintai anak-anaknya. Suami yang menyintai isterinya dan isteri yang menyintai suaminya. Anak-anak yang menyintai dan menghormati orang tuanya dan begitulah yang lainnya.🥰🥰

Videos (show all)

EP1 CARA MENINGGALKAN MAKSIAT
AL-MATHURAT

Website