AFYAA Sihat By Zulaikha
"Sihat Nikmat Terindah" adalah motto AFYAA dengan Triple H core values iaitu Halal, Hygienic (Bersih
Terima kasih! Anda semua lebih dari hebat!
AFYAA Hayyiba kini sudah menjangkau ramai pengguna yang mahukan kesihatan menyeluruh.
Buat semua pengguna lain, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami!
Makanan Sunnah yang kita tahu bukanlah 1, bukanlah 2, malah lebih daripada itu.
Contoh lain yang kita boleh amalkan termasuklah buah kurma, madu, buah tin, dan kismis. Tahu tak, semua makanan Sunnah sebenarnya mempunyai manfaat dan kebaikannya tersendiri untuk kesihatan kita.
Jom amalkan makanan Sunnah dengan Fyaa!
Unboxing from Celebrity 💙
Sihat Nikmat Terindah
Sihat Nikmat Terindah
Tingkatkan pengambilan ikan sebanyak 2-3 kali seminggu dalam menu utama anda untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3.
Ia melindungi jantung, bersifat anti-radang & mengurangkan risiko penyumbatan salur darah.
Contoh ikan kaya Omega-3 ialah ikan salmon, sardin, tuna,siakap & jelawat.
Credit: Tanya Dr Syid
Manfaat Kayu manis – Kayu manis merupakan salah satu rempah-rempah yang banyak khasiatnya.
Selain untuk dijadikan bahan masak di dapur, kayu manis juga seringkali dipakai sebagai bahan ubat-ubatan alami yang masih bersifat tradisional.
Tanaman yang termasuk genus Cinnamomum ini memiliki aroma yang khas, sehingga sangat nikmat jika dicampurkan dalam minuman, kuih ataupun masakan.
Kayu manis merupakan salah satu rempah yang sering ditambahkan dalam berbagai masakan sebagai penyedap rasa. Bukan hanya menu masakan utama, kayu manis juga tidak jarang dicampurkan ke dalam adunan kuih untuk menambah aroma harum dan sedap.🔥🔥
TIDAK ramai mengetahui rahsia kayu manis yang berasal dari Caribbean, Amerika Selatan dan Asia Tenggara.
Rempah itu sudah digunakan sejak 2000 Sebelum Masihi pada zaman Mesir Kuno.
Beberapa kajian menunjukkan sebatian dalam kayu manis mempunyai ciri-ciri antioksida, antikeradangan, antidiabetik dan antimikrob yang boleh memberikan perlindungan daripada penyakit barah serta kardiovaskular.
Saintis menemui beberapa bukti kemungkinan manfaat kayu manis ini terhadap kesihatan.
1️⃣Memulihkan jangkitan kulat
🌿Minyak kayu manis boleh membantu merawat beberapa jenis jangkitan kulat.
Kajian makmal pada 2016 mendapati minyak kayu manis berkesan menghalang jangkitan 'fungus candida' yang boleh menjejaskan aliran darah.
2️⃣Mempengaruhi paras gula dalam darah
🌿Kajian terhadap haiwan menunjukkan kayu manis cassia dapat menurunkan paras gula dalam darah.
Ia turut mendedahkan 60 pesakit kencing manis yang mengambil enam gram (g) kayu manis setiap hari di antara 40 hari hingga empat bulan, mempunyai tahap glukosa, trigliserid, kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan jumlah kolesterol yang rendah.
3️⃣Mencegah Alzheimer
🌿Penyelidik mendapati ekstrak pada kulit kayu manis dipanggil CEppt mempunyai bahan yang boleh menghalang pertumbuhan gejala penyakit berkenaan.
Kajian terhadap haiwan yang menerima ekstrak kulit kayu manis menunjukkan penurunan ciri-ciri Alzheimer dan berlaku peningkatan kemampuan berfikir.
Bagaimanapun, tidak semestinya keseluruhan kayu manis ini sesuai digunakan bagi tujuan pencegahan penyakit Alzheimer.
4️⃣Melindungi daripada HIV
🌿Pada 2000, kajian ekstrak tumbuhan perubatan India mendapati kayu manis boleh membantu melindungi daripada jangkitan HIV.
Keberkesanan itu terdapat pada pucuk dan buah kayu manis.
Dalam kajian makmal pada 2016, saintis mendapati ekstrak kayu manis mempunyai ciri-ciri anti-HIV.
Namun begitu, ia tidak bermaksud makanan yang mengandungi kayu manis boleh merawat atau mencegah HIV.
Tetapi ekstrak rempah itu boleh menjadi sebahagian daripada terapi jangkitan berkenaan.
5️⃣Menurunkan kesan makanan tinggi lemak
🌿Kajian penyelidik pada 2011 merumuskan diet yang tinggi 'rempah antioksidan' termasuk kayu manis boleh membantu mengurangkan tindak balas negatif tubuh kepada makanan tinggi lemak.
Ujian darah terhadap enam individu yang mengambil hidangan mengandungi 14 garam campuran rempah menunjukkan aktiviti antioksidan meningkat 13 peratus, tindak balas insulin menurun 21 peratus dan trigliserida juga menurun 31 peratus.
6️⃣Mencegah barah
🌿Sebatian organik 'cinnamaldehydes' pada kayu manis berkemungkinan mempunyai ciri-ciri antitumor dan antibarah.
Kajian terhadap tikus yang mengidap barah menggunakan ekstrak kayu manis mendapati tahap tekanan oksidatif lebih rendah pada sel melanoma.
Tahukah anda Hayyiba ekstrak Habbatus Sauda ada Thymocid yg tinggi mampu bertindak sebagai pengantioksida, antiradang dan menambah kesihatan hati 👌😇
🍃
Ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina dalam penulisannya menyebut : “Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya.”😊
(“Canon Of Medicine” by Abecene– قانون في الطّبّ.)
Apakah kegunaan pokok misai kucing?
Sini nak share sikit info berkenaan kehebatan pokok misai kucing ini😊
"Tidak ada sesuatu penyakit yang diturunkan oleh Allah SWT kecuali bersamanya juga terdapat kesembuhan." (Riwayat al-Bukhari)
Khasiat Habbatus Sauda telah ditemui sejak beribu tahun lamanya, dan ia dikatakan sebagai ‘penawar segala penyakit’.
Memperkenalkan... Afyaa Hayyiba, gaya ideal untuk kesihatan optimum ANDA!
Pre-order bermula sekarang.
Sihat itu tidak ternilai harganya. Mengejar kesihatan sempurna adalah satu kewajipan berbanding mengejar kemewahan dunia.
Pilihan di tangan anda.
“Akal sihat berada pada tubuh badan yang sihat.”
Nantikan kemunculan istimewa dari Fyaa pada 22 Januari 2021 ini.
Penantian yang ditunggu hampir tiba.
Nikmat kesihatan sempurna, Afyaa untuk semua.
" KHASIAT DAUN MISAI KUCING "
1. Antioksidan
Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh daun misai kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.
2. Merawat Tekanan Darah Tinggi
Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum dan melekat.
3. Membersihkan Ginjal
Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengump**an asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengump**an. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain. Daun misai kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air kencing anda. Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda. Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air, jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku. Yang bagusnya, penyakit batu karang juga dapat dielakkan.
4. Merawat Kencing Manis
Misai kucing ini dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara. Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.
Antara Khasiat Daun Misai Kucing Yang Lain:
Mengurangkan tahap kolestrol .Membaiki tahap stamina & tenaga , Mengurangkan inflamasi & gout , Mengurangkan pembendungan air , Membantu melancarkan peredaran darah
Cara-Cara Penggunaan Daun Misai Kucing :
Cara Pertama
Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing, kemudian rebusnya dengan lima cawan air.Minum setiap hari pagi dan malam sebelum atau selepas makan .
Cara Kedua
Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing lalu digunting kecil-kecil atau dikoyakkanRendam dengan secawan air panas.Tutup dan biarkan suam.Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi dan malam.
Daun misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Anda juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan seperti gula dan sebagainya ketika pengambilan Teh Daun Misai Kucing untuk memastikan keberkesanan khasiatnya.
"Secara rasminya hari ini, Fyaa ingin memperkenalkan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie sebagai Pengasas Afyaa. Kami amat berbangga dengan kehadiran beliau dan percaya Afyaa akan terus membangun bersama hikayat dan lembaran baru!
""Kesihatan dan masa adalah perkara paling berharga dalam hidup kita. Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kelebihan dalam mengekalkan gaya hidup sihat & berkualiti melalui produk makanan tambahan premium yang diperakui halal,"" - Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie
Dr Sheikh Muszaphar FanClub
"
"Mulakan dengan apa yang ada dalam genggaman. Dengan tubuh badan kita.
Kerana itulah nikmat sebenar yang terindah" -
Dr Sheikh Muszaphar FanClub
Semua orang berhak untuk hidup lebih sihat. Kerana itu pilihan kita bersama.
🥴APAKAH KHASIAT DAUN MENGKUDU⁉️
Manfaat dari pohon mengkudu sendiri tidak hanya terletak pada buahnya saja. Daun mengkudu pun juga memiliki banyak kandungan alami yang bermanfaat untuk kesehatan dan kecantikan. Nah, dibawah ini beberapa kegunaan daun mengkudu bagi tubuh kita.
1.Melawan Kanser✅
➡️Manfaat dari daun mengkudu yang paling penting adalah membantu mengatasi penyakit kanser. Sebagaimana kita tahu, kanser ini merupakan penyakit yang benar-benar berbahaya boleh menyebabkan kematian.
Nah, dari hasil kajian, daun mengkudu terbukti menyimpan kandungan antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan membunuh sel-sel kanser. Dengan amalkan air rebusan daun mengkudu secara konsisten, gejala kanser akan berkurang dan pertumbuhannya pun menjadi terbantut.
2.Anti Inflamasi✅
➡️Selain sebagai anti kanser, daun mengkudu juga sering dimanfaatkan untuk mengatasi keradangan. Samada keradangan dalam bentuk bisul, jerawat, ataupun lainnya. Khasiat tersebut diperoleh karena adanya kandungan anti inflamasi di dalamnya, sehingga apabila dioleskan dpt membantu penyembuhan penyakit radang menjadi lebih cepat.
Cara pemakaiannya, dengan menumbuk beberapa helai daunnya. Jangan lupa tambahkan sedikit air. Tumbuk hingga halus dan menyerupai pes. Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang meradang.
3.Mengurangkan Berat Badan✅
➡️Tubuh yang langsing, ramping, dan ideal tentunya jadi dambaan setiap orang. Namun sayang, terkadang untuk dapatkan badan itu tak semudah yang disangka. Sudah melakukan diet mati-matian, tapi berat tak juga turun.
Anda boleh cuba amalkan daun mengkudu! Daun mengkudu dipercayai dapat membantu mengurangi penumpukan trigliserida yang tersimpan dalam sel-sel lemak di tubuh. Amalkan 1 kali dalam seminggu untuk membantu dietmu, atau dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
4.Melancarkan Aliran Darah✅
✅Pengaliran darah yang tidak lancar dapat disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya kerana penyumbatan lemak dalam pembuluh arteri. Nah, untuk mengatasi itu boleh amalkan daun mengkudu. Daun ini dikatakan dapat melancarkan sistem aliran darah, sebab kandungan fitonutrien di dalamnya berfungsi efektif melebarkan pembuluh darah. Dengan itu, Kesihatan jantung dan otak pun akan semakin terjaga.
5.Mencegah Hipertensi✅
➡️Daun mengkudu juga bantu mencegah risiko terjadinya tekanan darah tinggi. Cara penggunaanya dengan amalkan air rebusan daunnya. Minumlah secara konsisten hingga gejalanya berkurang. Selain itu, boleh amalkan juga bersama dgn buahnya. Dan tak lupa amalkan p**a sayuran-sayuran hijau dan buah seperti jeruk, lemon, tembikai, kiwi, atau avocado.
6.Mencegah Stroke✅
➡️Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, daun mengkudu menyimpan kandungan zat antioksidan dan zat anti inflamsi. Kedua zat tersebut merupakan komponen penting untuk menjaga kesihatan organ-organ tubuh, salah satuya menghindari terjadinya stroke. Dengan demikian, apabila anda amalkan air rebusan daun mengkudu ini, maka pembengkakan pada pembuluh darah dapat dielakkan, pengaliran darah pun juga menjadi lancar sehingga risiko stroke juga bekurang.
7.Mengatasi Ruam Kulit✅
➡️Ada banyak faktor yang menjadi penyebab munculnya ruam-ruam kemerahan pada kulit, seperti iritasi akibat sinar matahari, alergi makanan, infeksi dan sebagainya. Keadaan ini seringkali membuat penderita menjadi tidak selesa, terutama pada saat berpeluh, kesannya pasti menimbulkan rasa gatal. Nah, salah satu solusi untuk mengatasi hal tersebut adalah menggunakan daun mengkudu. Daun ini boleh diolah menjadi bubuk (cara penumbukan) untuk pengubatan penyakit luar pada kulit.
Nah, demikianlah beberapa manfaat daun mengkudu untuk kesihatan dan kecantikan. Bagaimana pun juga, sebelum menggunakan daun ini sebagai ramuan herbal, sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk menghindari kesan sampingan dan hal-hal yang tidak diinginkan. Semoga bermanfaat👍🏻♥️
𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛. Kenapa sihat dikatakan nikmat terindah? Sihat merupakan kurniaan yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Manusia memerlukan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian. Tanpa nikmat sihat ini, lumpuhlah kegiatan seharian individu tersebut.
𝗔𝗙𝗬𝗔𝗔 bakal mengeluarkan produk supplement kesihatan yang berupaya untuk membantu dalam pemulihan penyakit kronik 3 serangkai seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. Dirumus daripada makanan sunnah iaitu habbatus sauda dan bahan-bahan lain seperti peria katak, daun mengkudu dan misai kucing.
AFYAA bermaksud sihat sejahtera, kesihatan yang baik dan juga bebas dari penyakit.
"Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” Riwayat Ahmad (12596).
Nantikan kemunculan AFYAA, Januari ini🔥🔥
Halal dan semestinya Toyyiban.👍🏻
PERIA bersaiz kecil dan berwarna hijau tua yang juga dikenali sebagai peria katak dikatakan memiliki banyak khasiat untuk kesihatan.
Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai membantu merawat diabetes.
Peria katak juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.
Malah peria jenis ini juga mampu mencantikkan kulit. Kandungan anti bakteria dan anti fungi di dalamnya dipercayai dapat membantu melawan pelbagai penyakit kulit seperti kudis.
Selain itu, peria katak turut kaya dengan anti oksida yang mampu membentuk sistem pertahanan badan lebih kuat.
Peria katak menurunkan bacaan gula dalam darah😎
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa kajian telah mengesahkan peranannya dalam mengawal gula darah. Kajian yang telah dijalankan selama 3 bulan terhadap 24 individu dewasa yang mempunyai diabetes menunjukkan bahawa dengan mengambil 2,000 mg peria ini setiap hari boleh menurunkan gula darah dan hemoglobin A1c.