AKRAB NRECC
AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang
merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.
Mesyuarat Agung Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah diadakan pada:
Hari : Khamis
Tarikh : 23 November 2023
Tempat : Secara dalam talian
Nantikan pengumuman senarai penuh Ahli Jawatankuasa AKRAB NRECC 2024/2025 dalam masa terdekat ini....
Majlis Pentauliahan AKRAB NRECC 2023
Hari Kebitaraan AKRAB NRECC 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada PEGAWAI YANG TERLIBAT....
Jangan lupa....
8️⃣HARI LAGI......
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - 12 Julai 2023
Lawatan ke pejabat operasi PRABN oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Kuala Lumpur bersama pelajar-pelajar
1. Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur
2. Asrama Sentosa Kuala Lumpur
Tujuan utama pelaksanaan adalah merealisasikan Program Psiko Pedia serta pendedahan kerjaya.
Tahniah & Terima kasih kepada Majlis AKRAB Kebangsaan diatas penganjuran Program i-Mind Pengguna Bijak : Bimbing Diri Bina Rakan Tahun 2023 anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN). Program diadakan pada 22 Julai 2023 HALL, Bandar Baru Puteri, Bangi.
Dirasmikan oleh YBrs Dr. Anesee bin Ibrahim - Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Operasi)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Turut hadir bersama Dr. Abdul Jalil bin Hassan - Bahagian Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Presiden Majlis Akrab Kebangsaan Encik Mohd Affendi bin Ya@Zakaria
Terima kasih kepada peserta AKRAB seluruh Malaysia a. k. A penulis buku Bantu Kita yang sangat proaktif dalam menghasilkah sebuah naskah buku yang banyak membantu Ahli Akrab dalam mengendalikan kes kes bimbingan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
10 ZULHIJJAH 1444H......
"Buku ni best la encik, sangat mudah di fahami, design kemas, seronok membaca, pejabat kami dah ramai yang beli"
Alhamdulillah jualan buku sangat mengujakan dan ramai telah memilikinya, anda bila lagi?
Jualan Buku Terbaru
Buku
Terbitan majlis AKRAB Kebangsaan
40 kes
40 penulis
Setiap helai bulu haiwan akan diberi Allah SWT. satu kebaikan. Firman Allah SWT. dalam surah al-Maidah, ayat 27 yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa."
Mari tonton video Ustaz Mohd Amirul bin Kamarudin, Pegawai Syariah EZ Qurban.
Peringatan mesra daripada AKRAB NRECC.
Kuala Lumpur, 25 Mei 2023 - Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) bersama Unit Psikologi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah menganjurkan “Projek Jejak Gelandangan Sekitar Kuala Lumpur dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri” di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Program yang berlangsung bermula pada jam 8.00 malam ini telah disertai ratusan warga gelandangan yang juga merupakan penghuni pusat transit berkenaan.
Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) turut diundang sebagai rakan strategik penganjuran bersama-sama syarikat ShinEtsu (penaja utama), Ikhtiar Foundation, AKRAB JPA, Puspanita RTM dan Masjid Muhammadi RTM.
Dalam menjayakan program ini MAK turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Yayasan Al-Manjie, syarikat F&N Creameries dan juga ahli MAK bagi penyediaan barangan sumbangan kepada para gelandangan berupa makanan/minuman, peralatan pembersihan diri dan pakaian.
MAK telah diwakili oleh Encik Mohd Afendi bin Ya@Zakaria (Presiden) bersama 10 orang ahli Jawatankuasa MAK.
Antara pengisian program ialah majlis beramah mesra, Jamuan Raya, agihan barangan sumbangan dan persembahan nyanyian oleh artis Tapau Show, Afieq Shazwan dan alam Wakaka (sebuah program terbitan RTM).
Tahniah ditujukan kepada pihak penganjur dan semua ahli MAK dan rakan strategik MAK yang terlibat yang menjayakan program yang bermanfaat ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
KETAWA...
Apa kelebihan ketawa?
Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan,
jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ikhlas daripada AKRAB NRECC.....
SALAM RAMADAN 1444H/2023 KEPADA WARGA NRECC DAN PERKHIDMATAN AWAM.
“Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi dengan senyuman. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.”
Mesyuarat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Bilangan 1 Tahun 2023
Tarikh: 27 Februari 2023 (Isnin)
Tempat : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Cuba anda SENYUM...
Terima kasih kerana senyum🙂
Senyum bukan sahaja dapat menceriakan individu itu sendiri, malah ia seperti satu isyarat positif yang dapat menceriakan suasana...
Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1444H
9 Oktober 2022
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak.
“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
Program Corporate Social Responsibility (CSR)
Penjara Kluang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kluang 25 September 2022
Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH)
26 September 2022
Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor
Mari berkenalan dengan 🌹🌹
Jawatankuasa Tertinggi
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)
KURSUS PENSIJILAN ART DRAWING (HOUSE-TREE-PERSON)
6-7 September 2022
Bilik Latihan Aras 1, KASA
🌷Membantu untuk lebih mengenali dan mengenalpasti personaliti, perasaan, perhubungan, impian dan pengalaman masa lampau dalam diri seseorang melalui lukisan projeksi🌷
Kebiasaannya, manusia akan melukis mengikut perasaan dan kata hati. Itulah bahasa minda separa sedar kita.
Pameran AKRAB JPP sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan (NWICE) 2022
Info Psikologi Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022
Penglibatan Warga KASA dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara♥️♥️
Apa itu AKRAB?
Info Psikologi berkenaan pengaruh warna terhadap emosi...
Jom kenali..