PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK

PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK, Political Party, .

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 14/07/2024

TANDEK | 14 JULAI 2024 (AHAD) : Dato' Dr. Hj Janathan Kandok pada hari ini melaksanakan majlis perasmian Bengkel Asas Protokol dan Pengucapan Awam yang bertempat di Dewan KRT Singgahmata, Tandek. Bengkel ini telah berlangsung selama 2 hari yang bermula pada hari Sabtu 13 Julai 2024. Bengkel ini diadakan bertujuan membangun kemahiran pengurusan majlis rasmi, protokol dan pengucapan awam. Bengkel ini dianjurkan oleh Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.7 Tandek dengan sasaran penyertaan daripada Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Tandek.

"Pengucapan awam yang baik adalah senjata ampuh menggunakan idea untuk menangkis isu dan juga cara menyampai mesej yang berkesan" kata Janathan. Dalam ucapan perasmian, Janathan menyentuh keperluan kemahiran pengucapan awam di kalangan pemimpin-pemimpin untuk penyampaian ucapan yang lebih diyakini. Selain itu, Janathan berkata selama ini, kepimpinan tertinggi hanya menggunakan mesej daripada pusat untuk disalurkan secara langsung. Sudah tiba masanya dengan adanya bengkel seperti ini, peserta mampu menyampaikan mesej dengan cara tersendiri yang lebih memenuhi citarasa telinga penduduk setempat.

Bengkel tersebut dihadiri oleh Tuan Hilman Dino Lantubon Ketua Pergeraakan Pemuda Gagasan Rakyat N.7 Tandek, Cik Siti Haqira Binti Jondly Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat N.7 Tandek, DM. Herryneyear Jeson Naib Ketua Pemuda, Puan Aslinah Penolong Setiausaha Wanita, Jude Maxwell Mungkit Ketua Penerangan Pemuda, Puan Halijah Binti Haris Ketua Penerangan Beliawanis, Kerrion Maidon AJK Pemuda Bahagian, Puan Jaburah Dogilon AJK Wanita Bahagian merangkap pemangku Ketua Penerangan Wanita Bahagian. Bengkel ini telah diisi oleh Datin Justina Tuyundo Setiausaha Bahagian Gagasan Rakyat N.7 Tandek selaku penceramah sesi Asas Pengucapan Awam dan Tuan Mazod Ondu Ketua Penerangan Bahagian Gagasan Rakyat N.7 Tandek selaku penceramah sesi Asas Protokol dan Pengurusan Majlis.






BIRO PENERANGAN
BAHAGIAN N.7 TANDEK

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 13/07/2024

BENGKEL PROTOKOL, PENGACARAAN MAJLIS & PENGUCAPAN AWAM

Tandek | 13 Julai 2024 ( Sabtu ). Biro Penerangan Bahagian Tandek hari ini telah menganjurkan Bengkel Protokol, Pengacaraan Majlis & Pengucapan Awam.

Bengkel ini berlangsung 2 hari bermula hari ini dan berakhir esok 14 Julai 2024.

Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Mazod Ondu Selaku Ketua Penerangan Bahagian. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang pengacaraan Majlis, protokol dan pengucapan awam.

Turut serta dalam Perkongsian ilmu ialah Datin Justina Tuyundo, Setiausaha Bahagian yang akan menyampaikan ceramah khusus dalam bidang pengucapan awam pada 14 Julai 2024.

Peserta-peserta bengkel yang hadir adalah dalam kalangan Pemimpin-pemimpin sayap parti Wanita, Pemuda dan Beliawanis bahagian Tandek.

Semasa di temui Mazod berkata, Biro Penerangan Bahagian Tandek, komited untuk mempersiapkan pemimpin muda yg berpengetahuan dalam bidang Pengacaraan Majlis, Protokol dan pengucapan awam.

Majlis perasmian penutup bengkel dijangka disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek pada esok hari bersamaan 14 Julai 2024.

Turut hadir ke bengkel ini ialah Tuan Hilman Dino Lantubon Ketua Pemuda, Cik Siti Haqira Jondly Ketua Beliawanis, Ketua Penerangan Pemuda, Wanita dan Beliawanis serta Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda dan Beliawanis Bahagian Tandek.





Biro Penerangan Gagasan Rakyat Tandek.

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 13/07/2024

TANDEK | 13 JULAI 2024(Sabtu) : Dato' Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.07 Tandek telah merasmikan Mesyuarat Tahunan Cawangan Induk Gagasan Rakyat Tandek Hilir. Mesyuarat Tahunan dilangsungkan dengan bersama barisan Kepimpinan Bahagian dan Sayap Bahagian Gagasan Rakyat N.7 Tandek.

"Gagasan Rakyat Tandek konsisten dengan visinya ingin meningkatkan taraf hidup rakyat Tandek. Ia tepat untuk dicapai sebab menepati keperluan rakyat" kata Janathan dalam ucapan perasmian Mesyuarat Tahunan Cawangan tersebut. Dalam menyantuni ahli yang hadir, Janathan turut mendengar keluhan dan pertanyaan yang diajukan oleh ahli-ahli selepas mesyuarat berlangsung.

Turut mengiringi Janathan, Puan Norainah Selamat Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Dato' Zaman Bayang Ketua PDM Tingkalanon, Puan Aslinah Penolong Setiausaha Wanita Bahagian, Puan Jaburah Dogilon Ketua PDM Sunsui merangkap Ketua Biro Perniagaan Bahagian, Jude Maxwell Mungkit Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Bahagian dan Ajk-ajk Bahagian serta Sayap-sayap Bahagian.

Biro Media Gagasan Rakyat Tandek
Kerrion Maidon

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 29/06/2024

KERAJAAN GRS MENJAMIN KESTABILAN PEMBANGUNAN

TANDE | 28 Jun 2024 (Jumaat): YBhg. Dato' Dr. Janathan Kandok pada hari ini menghadiri Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) kali ke-39 bagi DUN N.7 Tandek. Mesyuarat Agung Tahunan diadakan setiap tahun bagi setiap parti politik yang telah didaftarkan di Malaysia. Perasmian Mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Terbuka Pekan Tandek dengan kehadiran seluruh perwakilan daripada Cawangan-cawangan sah yang telah di daftarkan.

Majlis Perasmian tersebut telah dirasmikankan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Adun N.36 Kundasang. Ucapan perasmian tersebut membawa masyarakat memahami perjuangan yang dibawa oleh Kerajaan GRS sebagai pemegang amanah rakyat di sabah. Turut mencerahkan lagi pandangan rakyat terhadap kepimpinan GRS, Joachim menyeru kepada masyarakat Tandek untuk terus menyokong pucuk kepimpinan kerajaan GRS dalam menjamin kestabilan politik di Sabah. Kehadiran wakil-wakil daripada parti-parti komponen dalam GRS turut menyerikan majlis dengan menunjukkan sokongan penuh kepada majlis-majlis parti komponen GRS.
Turut hadir Pn. Jaburah Binti Dogilon Ajk Wanita Gagasan Rakyat N.7 Tandek merangkap Ketua PDM Gagasan Rakyat Sunsui serta Ketua Biro Perniagaan gagasan Rakyat N.7 Tandek mewakili Pn. Norainah selamat Ketua Wanita Gagasan Rakyat N.7 Tandek, En.Jude Maxwell Mungkit Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda N.7 tandek mewakili En. Hilman Dino Lantubon Ketua Pergerakan Pemuda gagasan Rakyat N.7 tandek. Majlis Perasmian telah sempurna berlangsung sekitar pukul 1:30 petang.








BIRO PENERANGAN BAHAGIAN
PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH
N.7 TANDEK

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 24/06/2024

GAGASAN RAKYAT KOMITED MENINGKAT TARAF HIDUP RAKYAT TANDEK

Tandek I 23 Jun 2024 ( Ahad )

Gagasan Rakyat Tandek komited meningkatkan taraf hidup rakyat Tandek.

Demikian dinyatakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek, Dato’ Dr. Hj. Janathan Kandok dalam ucapannya di mesyuarat bahagian parti tersebut di Dewan terbuka Bian Republic Simpang Tiga Damai.

Katanya, Gagasan Rakyat Tandek bersedia membantu meningkatkan taraf hidup rakyat melalui beberapa pendekatan iaitu, membangunkan kawasan tanah terbiar di Tandek untuk diusahakan secara komersil.

Menurut Janathan Gagasan Rakyat Bahagian Tandek akan menjadi pemudacara dalam merealisasikan pengwujudan Tandek sebagai daerah kecil.

Selain itu, Janathan juga menzahirkan keyakinan bahawa Gagasan Rakyat Tandek mampu membantu rakyat mengeluarkan kawasan perkampungan daripada tanah milik sebuah syarikat di beberapa kampung di Tandek.

Janathan yang juga mantan Pengarah Kastam Sabah yakin taraf hidup rakyat meningkat melalui pewujudan pelabuhan kerana dengan adanya pelabuhan itu akan berperanan sebagai pemangkin ekonomi rentas sempadan seperti yang ada di Tawau, Sandakan dan Tawau.

Turut hadir dalam mesyuarat ini, Tuan Jeson Majlimal Timbalan Ketua Bahagian, Puan Norainah Selamat Ketua Wanita, Cik Siti Haqirah Jondly Ketua Beliawanis, Mazod Ondu Ketua Penerangan, Naib Ketua Pemuda Bahagian dan semua AJK Bahagian Gagasan Rakyat Sabah N.7 Tandek.







BIRO PENERANGAN BAHAGIAN N.7 TANDEK

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 21/06/2024

TANDEK | 21 Jun 2024 ( Jumaat ), Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.7 Tandek telah mengadakan Kunjungan Hormat ke rumah kediaman Ketua Kampung Kg. Kuranji dan Kg. Damai. Kunjungan hormat yang diadakan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.7 Tandek yang hadir dan juga mengeratkan silaturrahim antara pemimpin Kg.Kuranji dan Kg. Damai.

Selepas sesi perkenalan, bicara santai antara pemimpin ini lebih terarah kepada Jejak Kasih, menyelusuri salahsilah kekeluargaan antara mereka. Ternyata walaupun terdapat kaitan persaudaraan yang jauh, namun mereka semuanya berada di rumpun keluarga besar yang sama.

Turut mengiringi Janathan ialah Norainah Selamat Ketua Pergerakan Wanita, Hilman Dino Lantubon Ketua Pergerakan Pemuda, DM Herryneyear Jeson Naib Ketua Pemuda, Desmond Freddy Maijar Ketua PDM Gagasan Rakyat Damai, Nur Laila Wati Jeluid Bendahari Beliawanis Bahagian, Jude Maxwell Mungkit Ketua Penerangan Pemuda, Halijah Haris Ketua Penerangan Beliawanis, Jaburah Dogilon Ketua Biro Perniagaan Bahagian merangkap Ketua PDM Sunsui, Kerrion Maidon Ajk Pemuda dan Nisa Ketua cawangan Kuranji.

Janathan berharap kunjungan ini akan menjadi satu bentuk usaha yang baik untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Gagasan Rakyat N.7 Tandek seterusnya membawa kepada kekuatan jentera Gabungan Rakyat Sabah(GRS).







Biro Penerangan Bahagian
Gagasan Rakyat N.7 Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 19/04/2024

TANDEK | 18 APRIL 2024(Khamis)

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah DUN N.07 Tandek Dato' Dr.Hj Janathan Kandok JP hari ini menyantuni ahli keluarga mangsa kemalangan Kg. Gana yang berlaku baru-baru ini. Turut mengiringi penduduk kampung untuk acara pengkebumian di tanah perkuburan Kg. Gana.

Janathan menzahirkan rasa dukacita kepada ahli keluarga mangsa di atas peristiwa sedih mengejut yang berlaku ini serta menghulurkan sedikit sumbangan demi meringankan beban keluarga mereka.

Turut mengiringi Pn. Norainah Selamat, Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Tandek, Jude Maxwell, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Tandek, Unay Ayab, Ketua Gagasan Rakyat PDM Gana Unay bersama bersama suaminya dan Pn. Jaburah Dogilon, Ketua Gagasan Rakyat PDM Sunsui.






Biro Penerangan Bahagian
Gagasan Rakyat N.07 Tandek
Kredit : Jude Maxwell Mungkit

12/03/2024

BINTANG GAGASAN RAKYAT TANDEK 2024

Saringan Bintang Gagasan Rakyat Tandek 2024 bagi PDM Tingkalanon, N.7 Tandek.

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 12/03/2024

Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Tandek Mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua Komuniti islam khususnya di N.7 Tandek. Semoga kita semua mendapat keampunan dari-Nya melalui amalan-amalan di bulan yg mulia ini.





Dari meja
Biro Penerangan Bahagian
Gagasan Rakyat Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 02/03/2024

KOTA MARUDU | 02 MAC 2024 | SABTU

MENYANTUNI MAJLIS PERSANDINGAN ANAK KETUA CAWANGAN KG.GANA
PUAN UNAI BINTI AYAB

Hari ini YBhg. Dato' Dr. Hj Janathan Kandok memenuhi jemputan Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Kg.Gana Puan Unai Binti Ayab. Dalam menghadiri majlis tersebut, Janathan turut sempat beramah mesra dengan Timbalan Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Kg. Kipopogong, Encik .

Janathan diiringi oleh Setiausaha Bahagian Gagasan Rakyat N.7 Tandek Datin Justina Tuyundo, Ketua Wanita Bahagian Puan Norainah Binti Selamat dan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Encik Jude Maxwell Mungkit.

Sebelum meninggalkan majlis, Janathan dan pengiring sempat menangkap memori bersama pengantin dan ibubapa pengantin.





Jude Maxwell Mungkit
Ketua Penerangan
Pemuda Gagasan Rakyat
Bahagian Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 02/03/2024

KOTA MARUDU | 02 MAC 2024 | SABTU

TANGKOL DALAM SENARAI PENGANJURAN SARINGAN BINTANG GAGASAN RAKYAT TANDEK

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah N.7 Tandek hari ini melakukan tinjauan ke Kg. Tangkol untuk merancang program Saringan Bintang Gagasan Rakyat Tandek yang bakal diadakan pada bulan julai ini. Tinjauan ini adalah untuk menentukan tempat yang sesuai penganjuran aktiviti Takwim Gagasan Rakyat Tandek. Janathan mengambil kira segala aspek dalam menjalankan aktiviti seperti keselamatan, kesesuaian, dan jangkauan penduduk. Kg.Tangkol adalah salah satu tempat dari beberapa kampung di dalam PDM Sunsui yang terpilih untuk penganjuran program Saringan Bintang Gagasan Rakyat Tandek.

Dalam perancangan tinjauan, Janathan sempat beramah mesra bersama beberapa penduduk kampung yang kebetulan mengadakan gotong-royong kawasan perkuburan kampung. Janathan memenuhi permintaan penduduk kampung yang mempelawa beliau untuk menjamu selera bersama di Rumah Komiti Kg.Tangkol. Turut disantuni JPKK Kg.Tangkol Puan Roselyn Basinau, Ketua Cawangan Sunsui Puan Jaburah Dogilon dan Ajk-ajk Gagasan Rakyat Cawangan Sunsui yang berada di tempat tersebut. Janathan sempat bergambar dengan semua penduduk yang ada.

Turut bersama Janathan, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian N.7 Tandek, Puan Norainah Selamat dan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian N.7 Tandek, Encik Jude Maxwell@ Omon.

Setelah usai beramah mesra, Janathan bersama Norainah, Jaburah dan Omon melakukan tinjauan ke kawasan Lutung Campsite, Pantai Ria dan Mari-Mari Gumagayo. Aktiviti tinjauan yang dirancang berjalan dengan lancar berserta mendapat sambutann baik dari setiap pengurus-pengurus pusat perlancongan tersebut. Janathan tidak menyangka aktiviti tinjauan tersebut menjadi aktiviti pengenalan Kampung Tangkol yang menunjukkan Kampung tersebut mempunyai peluang yang besar dalam sektor pelancongan. Memetik kata-kata dari Janathan, Kampung Tangkol sesuai untuk banyak program.

Janathan mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga dan berterima kasih atas sokongan serta layanan penduduk kampung yang sangat ramah.






BIRO PENERANGAN
PARTI GAGASAN RAKYAT
BAHAGIAN N.7 TANDEK

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 18/02/2024

JELAJAH WANITA PENUHI DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU

KOTA MARUDU | 17 FEBRUARI 2024 (Ahad)

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.7 Tandek Dato’ Dr. Hj Janathan Kandok telah hadir bagi memenuhi jemputan sebagai Ketua Bahagian ke Majlis Pelancaran Jelajah Wanita GRS Zon 1A yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) merangkap Timbalan Setiusaha Agung GRS. Majlis tersebut melibatkan 7 Dewan Undangan Negeri iaitu N1 Banggi, N2 Bengkoka, N3 Pitas, N4 Tanjong Kapor, N5 Matunggong, N6 Bandau dan N7 Tandek.

Memetik ucapan perasmian Datuk Armizan yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Noor merangkap Presiden GRS, Armizan menekankan 4 teras utama yang saling terikat dalam hala tuju Kerajaan GRS iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United. Ia haruslah berjalan seiring bersama perjuangan Sabah. Teras tersebut telah membawa Sabah ke arah yang cukup kukuh dalam mempertahankan hak-hak Sabah.

Ucapan Ketua Penyelaras Wanita GRS Zon 1A Datuk Redonah Bahanda turut menarik perhatian wanita yang hadir di mana beliau membawa kekuatan dalam kesepaduan para wanita yang hadir. “ We will not walk alone, we will walk together, we will not fight alone, we will fight together, we will not win alone, we will win together” kata Redonah.

Turut mengiringi Janathan, Timbalan Ketua Bahagian Jeson Majimal, Naib Ketua Bahagian Singan Lingkubang bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian Gagasan Rakyat Tandek disertai ajk-ajk sayap Bahagian.

Janathan menunjukkan rasa bangga terhadap kehadiran wanita-wanita di Bahagian N7 Tandek yang begitu komited dan bersemangat dalam menyokong majlis ini. Kehadiran pemimpin-pemimpin dari parti-parti komponen GRS 7 DUN dan beberapa DUN lain di Sabah turut menunjukkan bukti sokongan penuh terhadap majlis tersebut khususnya kerajaan GRS. Seramai lebih 1000 kehadiran pergerakan wanita GRS turut memeriahkan lagi majlis.







BIRO PENERANGAN
PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH
BAHAGIAN N.7 TANDEK

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 18/02/2024

"MEMPERKUKUHKAN PENULISAN BERITA GAGASAN RAKYAT TANDEK"

TANDEK I 18.2.204 (Ahad)

Kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N7 Tandek telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Penulisan Berita yang bertempat di Pejabat Parti Gagasan Rakyat Tandek di simpang 3 Jalan Damai, Tandek Kota Marudu di sini hari ini.

Ybhg. Dato' Dr Hj. Janathan Kandok, Ketua Bahagian PGRS N7 Tandek selaku penceramah bengkel ini dalam ucapannya menekankan peri pentingnya pengetahuan tentang penulisan berita yang berkesan dengan menerapkan beberapa elemen untuk menjadikan berita itu menarik serta berimpak tinggi dan mematuhi etika & nilai penulisan berita yang baik yang akhirnya akan memberi kesan kepada pembaca dalam mengangkat martabat Parti Gagasan Rakyat Sabah khususnya di Bahagian Tandek.

Bengkel ini disertai oleh Biro Penerangan & Biro Media bersama Jawatankuasa sayap-sayap bahagian.

Turut hadir ke bengkal ini, Datin Justina Tuyundo Setiausaha Bahagian, Puan Norainah Selamat Ketua Wanita bahagian dan Tuan Hilman Dino Lontubon Ketua Pemuda Bahagian.

Biro Penerangan
Bahagian N.7 Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 18/02/2024

PGRS DI HATI RAKYAT TANDEK | "Bagai Sirih Pulang Ke gagang"

Tandek | 18 Februari 2024 ( Ahad ).

Seramai 40 ahli baharu telah menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah dari Cawangan Kg. Samparita telah menyerahkan borang permohonan melalui wakilnya yang disampaikan oleh Tuan Majilis bin Lubok selaku Ketua Cawangan Kg. Bombong 2. Dalam majlis itu Ybhg. Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok telah menerima borang tersebut di Pejabat Urusan Gagasan Rakyat Tandek hari ini.

Sebelum ini, Janathan turut menerima sebanyak 31 borang keahlian baharu dari Cawangan Kg. Lotong yang disampaikan sendiri oleh encik Aries Kinsun selaku Ketua Cawangannya.

Turut hadir ke majlis tersebut, Datin Justina Tuyundo Setiausaha Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan Bahagian, Wanita, Pemuda & Beliawanis dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Bahagian Tandek.

Biro Penerangan Bahagian
Parti Gagasan Rakyat Sabah
N.7 Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 17/02/2024

SABTU | 17 Februari 2024 | TANDEK

Program Jualan Rahmah (PJR) yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Kerajaan Madani hari ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Ketua Bahagia Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) N.7 Tandek, Dato' Dr. Hj Janathan Kandok bersama dengan Timbalan Ketua Bahagiannya Tuan Jeson Majimal turut serta dalam mengiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali dalam lawatan untuk meninjau kelangsungan program yang diadakan di Dewan Terbuka, Pekan Tandek pagi tadi.

Turut hadir Adun N.7 Tandek Datuk Hendrus Anding dan rombongan bersama ADO Kota Marudu serta pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar DUN Tandek.

Melalui Program ini masyarakat Kota Marudu khususnya Tandek menikmati pembelian barangan keperluan harian lebih murah daripada harga pasaran biasa yang mana sudah tentu menjimatkan dan meringankan kos sara diri masyarakat. Turut diadakan acara cabutan tiket bertuah kepada pengunjung bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Biro Penerangan Bahagian
Parti Gagasan Rakyat Sabah
N.7 Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 11/02/2024

11 Februari 2024 | Tandek, KOTA MARUDU.

Seusai Penyerahan Watikah Perlantikan semua AJK, Sayap-Sayap Bahagian dan Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi D'Pagung, Beliajung Resort di sebelah petang, Ybhg Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Tandek bersama-sama dengan semua saf kepimpinan Parti telah melaksanakan penanaman beberapa buah pokok di kawasan resort tersebut sebagai simbolik kepada peranan masyarakat dlm melestarikan alam sekitar.

Ketua Bahagian juga sempat menziarahi dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada Puan Dayang Ana Binti Datu Kassam, Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Kg. Tandek Laut kerana anak lelakinya terlibat dengan kemalangan jalan raya baharu-baharu ini memerlukan pembedahan untuk pemulihan.

Turut hadir mengiringi Ketua Bahagian ialah, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita dan Ketua Penerangan Pemuda, dan beberapa AJK-AJK Bahagian Gagasan Rakyat Tandek.






Biro Penerangan
Gagasan Rakyat Sabah
Bahagian Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 11/02/2024

11 February 2024 ( Ahad ) | D'Pagung Beliajuang Resort, Tandek KOTA MARUDU.

" Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Tandek, perlu membuktikan bahawa parti ini berkerja untuk rakyat serta memastikan Kemenangan dapat dikekalkan di DUN ini pada PRN akan datang. Barisan AJK Bahagian dan Sayap-sayap parti perlu berkerja keras untuk memastikan semua Kegiatan-Kegiatan yg telah di takwimkan dapat dilaksanakan sebagai salah satu penanda aras kejayaan parti khususnya di Bahagian Tandek".
Ybhg. Dato Dr. Hj. Janathan Kandok Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.7 Tandek, sempena Penyerahan Watikah Perlantikan semua AJK dan Sayap-Sayap Bahagian serta Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi di Mukim Tandek di salah sebuah pusat Eko-Pelancongan terkenal di Sabah iaitu di D' Pagung, Beliajung Resort, Tandek.

Dalam majlis tersebut, semua AJK, Sayap-Sayap Parti Bahagian dan Ketua-Ketua PDM telah menerima watikah perlantikannya masing-masing. Turut hadir ke Majlis itu, Ybhg. Tuan Jeson Majimal, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan saf kepimpinan Sayap Bahagian Ketua Wanita, Pemuda dan Beliwanis Bahagian.

Biro Penerangan
Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Tandek.

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 13/11/2023

Kota Kinabalu | 12 November 2023 ( Ahad ), Seminar Penerangan Gagasan Rakyat Pusat yang berlangsung di SICC, Kota Kinbalau Kelmarin telah mencapai matlamatnya.

Ketua Penerangan Pusat,
YB Datuk Hj. Nizam Abu Bakar Titinggan Ketika ditemui oleh Ketua Biro Penerangan Bahagian N.7 Tandek, merangkap Ketua Penerangan Bahagian Gagasan Rakyat Tandek Tuan Mazod Ondu, menyatakan Seminar sehari ini berjaya direalisasikan. Beliau berharap semua ketua-ketua Penerangan bahagian akan lebih berkerja keras untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang agenda kerajaan dlm membangunkan negeri ini.

" Ketua Penerangan tugas utamanya ialah menerangi yang gelap. Ketua-Ketua Penerangan perlu menjelaskan kepada rakyat tentang sesuatu isu dan berusaha untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang tepat berkenaan dengan apa yang kerajaan GRS sudah capai dan bakal dilakukan demi membangunkan negeri ini. Sudah tiba masanya kita perlu pertahankan kerajaan negeri ini kerana kerajaan yg silih bertukar ganti akan merugikan kita semua sebagai rakyat. Proses seperti ini akan melambatkan proses kemajuan negeri dan yg akan menanggung kesannya ialah rakyat Sabah". Katanya kepada Biro Penerangan Bahagian Tandek di SICC kelmarin.

Sebelum itu Penerangan Pusat telah menjemput dua orang penceramah yang tidak asing lagi di Negeri Sabah dan Malaysia amnya masing-masing dalam bidang Analisis/Sains Politik dan Bidang Guaman yg telah berkongsi pelbagai ilmu yg sangat bermanfaat kepada semua Ketua-Ketua Penerangan Bahagian.

Terdahulu, Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Sabah YB. Datuk Seri Pangliman Masidi Manjun, merangkap Menteri Kewangan Sabah. Turut Hadir AMT Gagasan Rakyat Sabah dan Saf kepimpinan sayap-sayap pusat.

Mazod Ondu
Ketua Biro Penerangan
Bahagian Tandek.

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 11/11/2023

Tandek | Sabtu | 11 November 2023. Ybhg. Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok , Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek Menyampaikan ucapan selamat bersidang khusus kepada semua Perwakilan dan Pemerhati Bahagian N.7 Tandek dan amnya kepada semua perwakilan bahagian dari seluruh sabah yang akan Menghadiri Persidangan Agung Tahunan ( PAT) PGRS yang pertama di SICC Kota Kinabalu pada 12&13 November ini.

Dalam mempastikan agenda parti di dahulukan, seramai 13 orang perwakilan dlm kalangan saf kepimpinan Bahagian dan 20 orang pemerhati Bahagian Tandek akan hadir ke PAT ini. Selain itu, perwakilan dlm kalangan sayap2 Wanita, Pemuda dan Beliawanis juga akan berkampung selama 2 hari di Kota Kinabalu yg turut bersidang secara berasingan.

Turut memberi ucapan Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Tandek, Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan Bahagian bersama bersama Ketua Penerangan Wanita Bahagian.

Selamat Bersidang






Biro Penerangan
Gagasan Rakyat Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 01/11/2023

TANDEK | 01 NOVEMBER 2023

KUNJUNGAN MESRA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN TANDEK

Parti Gagasan Rakyat Sabah, Bahagian Tandek hari ini telah mengadakan Kunjungan mesra dengan pemimpin Parti STAR Bahagian Tandek dalam kerangka untuk mengeratkan hubungan silaturahim kedua-dua parti yang menjadi tunjang kekuatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Rombongan Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Hj Janathan Kandok, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N7 Tandek bersama-sama dengan saf kepimpinan bahagian dan sayap-sayap Gagasan Rakyat Tandek telah mengunjungi Pejabat Parti STAR Bahagian Tandek hari ini di Kg.Botung, Damai.

Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara parti, kunjungan mesra ini bertujuan memperkukuhkan sokongan rakyat kepada kedua-dua parti yang menjadi pilihan rakyat Sabah ketika ini. YBhg. Dato' Dr. Hj Janathan Kandok ketika ditemui oleh Biro Penerangan Gagasan Rakyat Tandek sebentar tadi, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada YBhg. Datuk Anita Baranting kerana menerima kunjungan mesra ini. Sementara wakil kepimpinan STAR Bahagian, YBhg. Datuk Dr. George Sangkin mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin Parti Gagasan Rakyat Tandek.

Sebelum itu, dalam ucapan YBhg. Datuk Dr. George Sangkin memberi bayangan bahawa pilihanraya semakin dekat dan kedua-dua parti ini harus siap untuk memperkuatkan jentera bagi menghadapinya. Beliau yakin dalam kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah Bahagian Tandek ketika ini akan melahirkan pemimpin-pemimpin baharu seperti ketika beliau menyandang ahli parlimen Bandau suatu ketika dahulu.

BIRO PENERANGAN
PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH
DUN N7 TANDEK

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 17/10/2023

TANDEK | Selasa 17 Oktober 2023 | Program & Majlis di bawah Perkongsian Kuasa, Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Hendrus Anding, Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Tandek.

Program ini bertujuan untuk memupuk kerjasama erat antara parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah ( GRS ) selain menjadi medan pertemuan dalam memperkasa sokongan kepada Gabungan Parti. Majlis ini dihadiri oleh Ybhg. Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok Selaku Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.7 Tandek, bersama rombongan pimpinan Bahagian Ybhg. Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Beliawanis dan Naib Ketua Pemuda bersama AJK-AJK sayap Bahagian.

Sesi pertemuan dan perbincangan ringkas dalam mewujudkan persefahaman antara kedua-dua parti berjaya direalisasikan. Terdahulu Kunjungan Hormat ini di adakan di Pejabat perhubungan ADUN N.7 Tandek di Bangunan 1 Marudu Commercial Center.

Dalam pertemuan dua mata ini, Ybhg Dato' Ketua Bahagian berharap parti-parti komponen di DUN Tandek ini diberi peluang sama rata dalam agihan perkongsian kuasa.

" Saya berharap ADUN Tandek lebih realistik dengan melihat kehadiran Gagasan Rakyat di Tandek sebagai Rakan Strategik pengukuhan parti gabungan dan bukan sebagai satu ancaman dalam pentadbirannya. Semua Ahli dalam parti Gabungan berhak untuk mendapatkan apa sahaja program dlm memperkasa parti ini. Termasuklah jawatan-jawatan penting dalam lantikan politik dan kerja-kerja perolehan kerajaan". Ybhg. Dato'. Dr. Hj. Janathan Kandok. Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian N.7 Tandek.






Dari Meja
Biro Penerangan
Gagasan Rakyat Bahagian Tandek

Photos from PENERANGAN GAGASAN RAKYAT N7 TANDEK's post 13/10/2023

BANDAU | 13 Oktober 2023- Sekitar Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Bandau.

Dalam pada itu, Gagasan Rakyat Bahagian Tandek telah diundang sebagai Wakil Pemerhati Pusat, yang diketuai oleh Ybhg. Dato' Dr. Hj. Janathan Kandok selaku Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek. Turun hadir Ybhg. Datin Justina Tuyundo Setiausaha Bahagian, Ybhg. Tuan Mazod Ondu Ketua Penerangan Bahagian, Ybhg. Pn. Norainah Selamat Ketua Wanita, Tuan Hilman Dino Lantubon Ketua Pemuda, Pn. Haimasleha Hairun Ketua Penerangan Wanita, Naib Ketua Wanita, AJK-AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Beliawanis Bahagian, bagi mengiringi Ybhg Dato' Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek ke majlis ini.

Terdahulu Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Bandau telah dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Datuk Maijol Maap, selaku Ketua Bahagian merangkap Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Sabah.

Syabas dan Tahniah kepada semua pimpinan Gagasan Rakyat Bahagian Bandau terutama kepada Ybhg Dato Redonah Bahanda, Ketua Wanita Bahagian Merangkap Ketua Wanita Pusat, Ketua Pemuda dan Beliawanis kerana berjaya melaksanakan Mesyuarat Tahunan mereka pada sebelah paginya.

Hidup Gagasan Rakyat!





Dari Pena
Biro Penerangan Bahagian Gagasan Rakyat Tandek.

Videos (show all)

BINTANG GAGASAN RAKYAT TANDEK 2024Saringan Bintang Gagasan Rakyat Tandek 2024 bagi PDM Tingkalanon, N.7 Tandek.
TANDEK | 08 Oktober 2023, Sidang Media Biro Penerangan Bahagian Tandek sempena Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Sabah, B...
Tandek - 01 Oktober 2023. Agenda Bil. 10 ucapan alu-aluan Ketua Beliawanis Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah Ba...
KOTA MARUDU 14 Ogos 2023 |  Sidang Media Ketua Bahagian PGRS DUN Tandek,  sempena Kunjungan Hormat PGRS DUN Tandek kepad...
Bengkel Penetapan Program Gagasan Rakyat Tandek bagi tahun 2023 hingga 202517 & 18 Jun 2023Sulap Tokou SerinsimBengkel i...

Website