niksnizam

niksnizam

Penjual Durian Balik Pulau di Lembah Klang

21/06/2024

Pertama kali Mamu pi ambil bekalan insulin di Klinik Kesihatan hanya dapat sebotol yang cukup untuk seminggu saja. Selalu paling kurang farmasi akan bagi bekalan untuk kegunaan sebulan.

Maknanya Mamu kena ulang 4 kali sebulan ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan insulin yang mencukupi untuk kegunaan Mamu.

Adakah ini satu konspirasi untuk meningkatkan caj pesakit luar di hospital kerajaan dari RM1 kepada RM10?

Ataupun ada kes pesakit diabetis menyalahguna bekalan insulin yang dapat secara percuma dari Kerajaan yang kemudian dijual kembali di pasaran gelap dengan harga berlipat ganda demi keuntungan dan memaksa kerajaan mengawal pemberian insulin kepada rakyat?

Atau kerajaan memang tiada duit nak beli ubat ubatan untuk kegunaan rakyat Malaysia yang semakin ramai menghidap diabetis?

Bayangkan lepas ni bila subsidi petrol ditarik balik dan bagaimana kos perjalanan ulang alik ke klinik kesihatan yang terpaksa ditanggung rakyat miskin dan yang tua atau kurang upaya?

Apapun kita ucap tahniah dulu kepada kerajaan harini dalam menurun taraf hidup rakyat kebanyak.

Hidup hidup Rakyat!!!!

01/06/2024

Salam kawan-kawan semua, selamat bercuti hujung minggu panjang. Petang tadi Mamu menerima kunjungan dan sumbangan bakti dari badan korporat dan juga syarikat permula teknologi dari Pulau Pinang.

Nama syarikat mereka ialah Krav Solutions. Diasaskan oleh Saudara Harun dan Amir Amin, yang Mamu pertemukan mereka sewaktu Covid19 melanda negara di dalam satu syarikat lain, tapi itu cerita lain.

Saja nak habaq di sini Amir Amin ni adik kepada Saudara Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Dia seorang yang low profile.

Sinergi antara mereka berdua nampaknya berjaya mengeluarkan satu produk sistem pengurusan pejabat secara holistik yang sedang giat mereka promosikan kepada agensi-agensi kerajaan seperti MARA dan PERDA untuk digunakan oleh perniagaan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana Bumiputera melalui kedua-dua agensi.

Mamu mendoakan agar syarikat mereka berjaya dan seterusnya membantu perniagaan-perniagaan kecil bumiputera mengurangkan kos perniagaan tanpa perlu mengambil ramai kerani untuk pengurusan pejabat. Amin.

Terimakasih kerana sempat meluangkan masa melawat Mamu di dalam kesibukan mereka. All the best to both of you my brother.

Photos from niksnizam's post 30/05/2024

Harini Mamu pi jumpa doktor-doktor yang bedah Mamu 2 minggu lepas. Mamu kena pi buat followup sebab nak buka klip besi dekat luka di tangan. Tangan macam melekat lipan bara dah.

Selain itu ubat tahan sakit pun dah habis harini. Nak kena pi restock Oxycodone. Takdak ubat ni boleh meraung malam tak boleh lena sakit dada ngilu.

Apa yang dapat Mamu perhatikan bila Mamu masuk jumpa mereka ialah kepuasan di riak muka mereka kerana pesakit mereka berjaya pulih dengan pantas mengikut perkiraan mereka. Bagi mereka kes Mamu adalah suatu kejayaan tanpa sebarang kompilasi yang teruk walaupun Mamu menghidap diabetis.

Terimakasih Doktor Irwan dan Doktor Jayajiwan yang mana kedua-dua anak jati Pulau Pinang dan juga staff PPUM yang lain di atas perkhidmatan kalian semua, Mamu dah semakin sihat kembali seperti dahulu kala.

Photos from niksnizam's post 22/05/2024

Pelawat terakhir sebelum Mamu discaj dari hospital. Terimakasih datang bagi tips pos-operation dan terimakasih juga kepada yang turun bersolidariti bersama geng Koko'ot.

31/03/2024

🕌🕌🕌🕌🕋🕋🕋☪️☪️☪️

Tak lengkap raya takada ketupat dengan rendang

Order dibuka sekarang untuk kawasan Lembah Klang. Penghantaran bermula 3 hari sebelum raya

Promosi Combo Raya

Combo Rendang Daging Basic RM50
Rendang Daging 1/2 kilo + 1/2kilo Ketupat

Combo Rendang Daging Deluxe RM95
Rendang Daging 1kilo + 1kilo Ketupat

Combo Rendang Ayam Basic RM40
Rendang Ayam 1/2 Ekor+1/2 kilo Ketupat

Combo Rendang Ayam Deluxe RM80
Rendang Ayam 1Ekor+1kilo Ketupat

Set Roti Jala 1kg Gulai Daging 1kg RM90
Set Roti Jala 1/2kg Gulai Daging 1/2kg RM50

Set Roti Jala 1kg Gulai Ayam 1ekor RM80
Set Roti Jala 1/2kg Gulai Ayam 1/2 Ekor RM45

1. Ketupat palas - RM30/kilo.
2. Ketupat palas 1/2kilo - RM20
3. Roti Jala Kosong 1kg Tepung (90pcs) RM40
4. Roti Jala Kosong 1/2kg Tepung(45 pcs) RM20
5. Rendang Ayam - RM50/seekor 🐔🐔🐔
1/2 ekor- RM30
6. Rendang Daging - RM70/kilo 🐄🐄🐄
1/2kilo - RM35
7. Kari Ayam Kentang 1ekor RM45
8. Kari Daging Kentang 1kg RM60
9. Karipap Kentang Frozen RM7/10pcs
10. Karipap Sardin Frozen RM8/10pcs
11. Samosa Sayur Frozen RM8/10pcs

Sila klik pautan di bawah sekarang untuk tempahan.

https://rendangfrozentokmami.wasap.my

Penghantaran percuma untuk pembeli di Kota Damansara, Bandar Utama, Damansara Utama, Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, TTDI.

Penghantaran di luar kawasan di atas boleh dibuat melalui Lalamove

Photos from niksnizam's post 01/02/2024

Alhamdulillah dah selamat tunaikan hajat sahabat buat kenduri. Selain dapat masak untuk bagi orang makan, dapat juga Mamu tambah amal ibadat yang memang dah kurang. Syukur pada hadrat Mu ya Allah.

So guys mana yang nak buat kenduri di mana-mana masjid atau surau di dalam daerah Petaling dan KL, mamu boleh masak, hantar dan juga baca doa sekali untuk hangpa.. Kita pakej 3in1 sekali. Amacam ada berani ka?

Photos from niksnizam's post 01/02/2024

Mamu baru saja selesai membungkus 40 bungkus bihun goreng kantin sekolah. Bihun goreng kantin sekolah ini kalau tak ada telur gulung, tokua rendang, daun sup, bawang goreng dan cabai potong kira tak lengkap bahan hiasan dia. Rasa dia tak pedas, tak masin dan tak manis. Semua kena sesedap rasa lidah yang merasa.

Bagi sesiapa yang dah pernah makan akan tahu betapa syahdu nya perasaan bila kunyahan pertama bihun goreng kantin sekolah di dalam mulut. Hanya jauhari yang kenal manikam. Semua nostalgia 80'an akan kembali menusuk kalbu. Memang tak ranjau punya.

Bagi sesiapa yang ada niat nak tempah bihun goreng untuk Tahlil atau apa-apa event boleh hubungi Mamu.

Hangpa order Mamu Goreng.

23/09/2023

Ingin menjamu keluarga atau sahabat handai tapi kesuntukan masa? Tiada masa untuk membeli barang masakan yang semakin mahal? Terlalu penat bekerja sehingga tak mampu masak berseorangan untuk tetamu?

Mamu ingin memperkenalkan Set Katering Pakai Buang untuk kemudahan suri rumah menyambut tetamu. Sangat menjimatkan masa dan wang anda.

Sesuai bagi yang ingin mengadakan majlis harijadi di rumah atau sekolah anak hangpa, majlis kenaikan pangkat di pejabat atau kedatangan keluarga mak mertua sempena cuti sekolah.

Dengan set ni boleh jamu makan untuk 15-20 orang sekali harung. Set Nasi Tomato dengan buah potong, papadam dan air lemon pudina. Complete set dah tak gaduh nak beli apa. Hangpa pun lepas makan tak payah dah nak senteng lengan baju untuk basuh periuk ka bekas lauk sebab boleh pakai buang terus.

Bagi yang berminat boleh kontek Mamu tuk quote harga. Minimum order ialah 15 pax macam dalam gambar tu.

16/07/2022

Sepia Campsite is finally open. From small talks thay happened 2 months ago and now here we are, realizing our dream and hope. One small step of man is a giant leap of humanity. I would be very honored to invite guest from all around the world to experience the 150 Million Years old tropical rain forest right in front of the campsite with fascinating sight .

15/07/2022

My new working view. Im so speechless about this olace because the nature would talk bynitself when you were here.

06/07/2022

Terimakasih sis kerana beli durian Raub dari Nana.

06/07/2022

Terimakasih kerana singgah membeli durian dari Nana. Semoga murah rezeki dan dirahmatinAllah sekeluarga.

05/07/2022

Haa kuning-kuning isi durian kampung dari Raub. Harga hanya RM15/kg. Harini di hadapan Maybank TTDI.

04/07/2022

Beli durian dengan Nana boleh order Drive Thru tau.

03/05/2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari keluarga Che Rahim Che Abdullah dan Rokiah Tajuddin. Semoga kita semua dilimpahi rahmat Allah di masa mencabar yang akan datang. Semua orang kalut semalam dan tertidur awal pada raya pertama. Harini baru rasa vibe raya. Ni first time mamu pos gambaq raya kt ig

29/04/2022

Rendang Tok Mami kembali. Mamu baru masak rendang raging untuk pelanggan baru Dan lama.

Photos from niksnizam's post 28/12/2021

Hari kedua Nana hantar bantuan. Seronok orang kampung dapat nasi ayam goreng kunyit. Boleh bagi kat anak-anak makan.

Sebelum ni hanya mee goreng, nasi goreng jaa dok dapat. Bukan nak memilih depa habaq, cuma ayam dah jadi sumber protein utama dan dis**ai ramai termasuk anak cucu, baru rasa kenyang selepas penat mencuci rumah dari lumpur. Depa ahabaq lagi seminggu baru clear cuci rumah dan kehidupan kembali normal.

Photos from niksnizam's post 26/12/2021

Selesai sudah tugas Nana harini memasak 50pax nasi ayam bakar bersama coleslaw. Mulanya Nana pi hantar di PPS Batu 3, tetapi sana bantuan melipah ruah. Mereka menolak makanan panas yang Nana buat.

Atas nasihat dari Dato Rahim yang berada di sana, Nana diminta pergi ke PPS Kampung Padang Jawa. Di sana masih ramai yang terkesan. Bau selut lumpur masih kuat dan kelihatan timbunan sampah di hadapan jalan masuk utama kampung.

Nana sampai kawasan kampung. 50 bungkus yang Nana bawa tu memang sekejap laa habis di situ. Mereka masih memerlukan bantuan makanan panas. Penduduk di situ beritahu bahawa 1500 pek nasi kandar pun boleh habis dalam masa setengah jam.

Bagi kawan-kawan yang nak bersama Nana untuk memasak kepada mereka yang masih terkesan dengan banjir, bolehlah membantu Nana dari segi kewangan kerana itu saja yang Nana kurang, masa, tenaga, dan keinginan untuk membantu Nana masih kuat.

25/09/2021

Harini pagi Nana dah pi hantar batch pertama kepada geng safety di salah satu tapak pembinaan yang paling ikonik di Kuala Lumpur. Nana bawa produk dari negeri Nana sendiri. Kita sokong lokal jenama dari Bukit Gambir, Penang.

Bagi yang memerlukan untuk kegunaan industri, institusi pengajian dan sekolah, boleh hubungi nana untuk pembelian bulk dengan harga istimewa.

Semoga kita semua dapat memutuskan rantaian jangkitan dan kembali hidup normal.

14/09/2021

Stok baru sampai hangat-hangat dari tanah besar China. Canister Oxygen yang mudah di bawa kemana saja untuk kegunaan kecemasan. Waktu sekarang ni kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Bila orang ramai dah boleh beriadah dan bersosial kembali, kemungkinan varian Delta akan mengganas menjangkiti kita dengan pantas. Dengan ada tin oksigen dalam simpanan kita ni, semoga kita dapat membantu sesiapa yang bakal sangat memerlukannya bila sampai waktunya.
̇d_19

13/09/2021

Harga baru RTK test kit untuk kegunaan semua.

12/09/2021

At the same day, 20 years ago woke up in the morning after my birthday and watching from my tele, as both towers collapsed one by one right in front of my eyes. It was the time when the terms 'Muslim Terrorist' start to appear on CNN news. It just changed me at all.

War on Terror has psychological affected me. As a young boy who just started to begin his path in Enginnering course suddenly became obsessed with conspiracy theory and world geopolitics to try find the answer why the muslim should be blamed for the attacks.

At first, The siren of war triggered me to answer the call of jihad against muslim enemy when the American troops first landed in Kabul during Bush Junior launch Operation Enduring Freedom weeks after the WTC attack.

In 2003, they invaded Baghdad, and then when they captured my War Hero from 1990 Kuwait Invasion, Allahyarham President Of Iraq, Saddam Hussein from the rat hole and was been humiliating upon his death penalty, it just brakes my heart to seen that happened on the TV. Abu Gharib Prison photo leaked just made my young blood boiled. Same happen to my brothers in Southern Thailand, Myanmar, Philipines just made feel more sad and depressed. Something must be done!!

I was hungered to go to war with the infidels and found same people who has same thought with me througj internet. Then I was started been radicalized by underground islamic movement through meeting and they recruited me to join some sort military organisation but without the legendary rifles, Ak47. But after seen corruption and self preservation practises inside the group, i feel i was betrayed and started my journey to find meaning of life on earth. For 5 years i just wasted my life to useless cause.

I try to get back into the society and to find similairity rather than difference between us. That was the start of my journey outside my country for another decade of my life by starting flew to Montgomery, Alabama, the birth place of civil right movement in USA by year 2009.
#911

Photos from niksnizam's post 23/08/2021

Alhamdulillah rezeki pagi Isnin yang dingin. Kilang pertama Nana supply kit jenama

Sangat praktikal kerana kit ini mempunyai dua cara untuk memungut sample yakni melalui air liur atau swab di hidung. Result boleh dapat dalam masa 15minit. Bagi yang berminat, boleh la beli tuk industri, sekolah, restoran, dan komersial.

14/08/2021

Ahad, 8 Ogos 2021. Sebanyak 60kg Rambutan, 50kg Manggis dan 40kg Dokong yang bernilai RM600 sumbangan sahabat-sahabat Nana telah diserahkan kepada Dapur Jalanan Kuala Lumpur untuk diagihkan kepada golongan gelandangan di sekitar Petaling Street, Kuala Lumpur. Selain itu Nana juga sediakan 140pax pulut dan serawa durian.

Semuanya telah disempurnakan dengan tersusun mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM dan dipantau oleh RELA. Insyallah musim depan kita bertemu lagi.

Nana bersyukur kerana niat Nana untuk berkongsi kegembiraan dan dan kenikmatan makan buah-buahan kampung bersama yang kurang bernasib baik dibantu oleh kawan-kawan Nana

13/08/2021

Alhamdulillah Nana dah cucuk dos kedua Sinovac. Sepatutnya awal lagi Nana dah cucuk tapi kena delayed sat.

Waktu Antara dos pertama dan kedua, Nana hadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Serangan Gelombang Kedua Virus Covid ni memang sentiasa dok follow rapat Nana yang bertugas sebagai frontliner membawa hasil kampung kepada orang bandar.

Tetapi Nana berjaya menghindarinya di samping memastikan kelancaran operasi perniagaan Nana tidak terjejas. SOP dijaga dan Nana bergantung kepada rider untuk hantar durian supaya Nana tidak menjadi penyebar kepada, keluarga, rakan-rakan dan pelanggan Nana.

Sebab Nana ada penyakit tiga serangkai, Nana tak boleh laa nak pi cucuk kat PPV Mega dan dapat macam-macam goodies macam hangpa semua. Nana pakai kain pelekat jalan kaki lima menit jaa dah sampai tempat vaksin dari rumah Nana. Pantas, Selamat, Senyap.
✔️
💉✔
💉✔️

Photos from niksnizam's post 04/08/2021

Minggu ini Nana mulakan dengan projek kecil bersama kawan-kawan untuk berkongsi kegembiraan makan durian pada waktu durian tengah murah dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Ceritanya bermula bila kawan Nana dok sembang pasal durian, kawan Nana ni kira mampu laa nak beli durian yang mahai-mahai. Dia dok cerita setiap anak dia ada durian favorite masing, ada yang tak makan, ada yang s**a kampung, ada yang s**a Blackthorn yang buay dia pun pening. Nana tahu bila mai musim durian, seorang bapa tu akan tetap beli durian untuk tengok anak dia senyum dan gembira ketika makan durian ni.

Dalam dok sembang tu Nana propose kat dia yang Nana nak sangat bagi makan kat anak-anak yang tiada mak bapa boleh belikan durian kepada mereka. Dia pun terus setuju dan bagi fund untuk Nana cari buah durian untuk yang kurang bernasib baik.

Nana menyediakan durian untuk seramai 33 orang anak-anak asnaf termasuk penjaga. Bila tengok banyak isi yang tak berapa elok nak bagi, Nana pun masak serawa dengan pulut tambah bagi kat depa.

Tambah pulak Nana nak bantu pekebun kecil di kampung untuk menghabiskan stok buah yang berlambak sampai ada buah seperti manggis, rambutan dan dokong dibiarkan saja di atas pokok tidak dikait kerana harga tak berbaloi dengan usaha yang diperlukan untuk mengumpul satu bakul 50kg.

Bagi kawan-kawan yang nak join usaha Nana sementara ada lagi durian sepanjang bulan kemerdekaan ini, boleh la kita DM. Next projek Nana pada Ahad ni ialah nak bagi geng gelandangan di Petaling Street pek serawa durian dan buah kampung.

17/07/2021

Suhu isi durian designer macam duri hitam harus dikekalkan pada bawah 5°C selepas dibuang kulit untuk memastikan kesegaran tekstur setiap isi ketul emas ini.

Oleh itu Nana akan simpan duri hitam dalam ice box waktu penghantaran supaya setiap ulas yang dibeli terjamin kualitinya.

17/07/2021

Apabila kamu dikeluarkan dari kelongsong dan kulit kamu mula terkena pancaran cahaya matahari, akan terserlahlah keunikan setiap ulas keemasan isi kamu wahai duri hitam.

Kamu tidak pernah mengecewakan sesiapa yang sanggup mendapatkan kamu.

14/07/2021

Terimakasih daun keladi kepada Dato' kerana beli ketui emas dari Nana. Nak cari duri hitam fresh dan ori dari Penang boleh cari Nana. Jangan tertipu dengan duri hitam tempat lain. Cepat order untuk trip seterusmya. 1kg RM200 sahaja.

09/07/2021

Blackthorn Nana ori dari Penang. Harga pun berpatutan kerana Nana takmau pi naik haji balik hari.

Videos (show all)

#unboxing #ricecooker #periuknasi #orangecat #kucingoren #chelstar #cateringlife
Masak roti pita pakai punggung kuali. Yang pasti kuali kena bersih dari jelaga bukan jeragat. #rotipita #pitabread #pale...