SIFU Buasir

SIFU Buasir

Perunding masalah buasir anda. Jom rawat masalah buasir dengan dhemo.

23/10/2021

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

21/10/2021

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
Elakkan sembelit:
> Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
> Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
Lakukan senaman setiap hari.
> Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
Mengurangkan kesakitan:
> Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
> Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
> Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Website