Legasi TGNA

Legasi TGNA

Mempamerkan segala seruan dan dakwah Allahyarham Tuan Guru Ustaz Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

23/08/2021

Artikel jurnal terbaru tentang Tafsir Tok Guru tulisan Dr Ahmad Najib Abdullah dan Ust Hazrul Mohd Salleh yang boleh dibaca di pautan ini.

https://ejournal.um.edu.my/.../ALBASIRAH/issue/view/1731/626

Alhamdulillah, usaha penerbitan ini mendapat perhatian daripada ahli akademik. Kami memang memgalu-alukan mana-mana ahli akademik membuat kajian dan mewacanakan Tafsir Tok Guru ini untuk kita lihat pelbagai perspektif untuk kelestarian ilmu dan pemikiran.

Sesiapa yang belum baca lagi, boleh dapatkan di tafsirtokguru.com

Perbaiki Amalan - Ceramah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat 16/08/2021

Perbaiki Amalan - Ceramah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

https://www.youtube.com/watch?v=MoFzQIVwbIU&ab_channel=HijrahFikir

Perbaiki Amalan - Ceramah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Kuliah Agama Islam : Perbaiki AmalanAllahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Semoga beroleh manfaat dan jangan lupa subscribe untuk menyokong usaha kami ini.B...

16/08/2021

KEISTIMEWAAN TAFSIR TOK GURU:
Disunting daripada kuliah asal Tuan Guru pada setiap hari Jumaat

Ia menjadikan buku seperti ada ‘suara’ Tuan Guru sedang menyampaikan kuliah. Membaca buku tafsir ini seolah-olah kita sedang mendengar kuliah Tuan Guru secara ‘live’

info & belian online:
tafsirtokguru.com

16/08/2021

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat
SURAH YUNUS
RM 70.00 | 584 mukasurat

Kisah Nabi Yunus Alayhissalam terpapar dalam empat buah surah di dalam Al-Quran. Turutan penurunannya memberi ibrah dan pengajaran buat Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam. Kisah-kisah Nabi Yunus bermula turunnya daripada Surah al-Qalam, kemudian Surah Yunus, diikuti Surah al-Saffat dan akhir sekali di dalam Surah al-Anbiya’.

Kandungan di dalam Surah Yunus ini melatari kejadian dan peristiwa yang berlaku semasa dakwah Rasulullah sewaktu di Mekah. Memberi semangat dan motivasi keramat sehingga baginda dapat bangkit setiap hari untuk berdakwah kepada penduduk Mekah ketika itu.

Keutuhan tauhid Nabi Yunus bulat tekad kepada Allah, tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berdakwah sehingga mereka menerima apa yang diseru. Deruan perasaan Nabi Yunus dalam usaha keras baginda berdakwah melatari intipati pengajaran kepada kita untuk tidak berhenti berjuang dan berbakti.

16/08/2021

KEISTIMEWAAN TAFSIR TOK GURU:
Huraian yang dekat dengan rakyat Malaysia

Tuan Guru menghuraikan ayat-ayat Al-Quran dengan mengaitkan dengan situasi masyarakat Malaysia sama ada sewaktu di zaman penjajah, zaman kemerdekaan dan zaman sekarang

15/08/2021

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat
SURAH AL-WAQIAH
RM 45.00 | 148 mukasurat

Surah al-Waqiah antara surah yang terkenal di alam Melayu. Ada yang membacanya setiap hari, ada yang membacanya setiap hari Jumaat atau sebelum tidur.

Surah ini padat dan sarat dengan perkara ghaib tentang Hari Kiamat, syurga dan neraka. Bermula dengan gegak gempita kejadian hari Kiamat di mana bumi akan di’khe-nyek’ (dihancurkan) dengan kemusnahan yang amat dahsyat. Diikuti p**a nikmat syurga dan azab neraka yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, terlintas di hati dan terjangkau oleh akal manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala menggambarkannya dalam ayat-ayat yang pendek di dalam Surah al-Waqiah ini.

Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghuraikan surah ini melalui ilmu Sastera Arab beliau yang mendalam. Beliau dapat menghuraikan ayat demi ayat dengan konotasi yang tepat pada demi ayat, kalimah demi kalimah.

Pasak demi pasak yang sentap dan padu, al-Marhum Tuan Guru ‘menjolok’ dan ‘mencucuk’ telinga para pendengar agar tersemat kemas dan ‘terikat mati’ di sanubari kalbu yang Muslim dan Mukmin. Melalui bicara mutiara hikmah Tuan Guru, kita telusuri samudera Kalam Ilahi dalam Surah al-Waqiah.


tafsirtokguru.com

15/08/2021

BTS - Baca Tafsir Sokmo

Bermula Jun 2021 menawarkan Set Khas dengan potongan harga.

SET LENGKAP 7 BUKU TAFSIR
RM299 (harga asal RM312)
percuma Kotak Eksklusif & Cenderahati

SET BESTSELLER + SURAH LAZIM - 5 BUKU TAFSIR
RM179 (harga asal RM182)

SET BESTSELLER - 3 BUKU TAFSIR
RM99 (harga asal RM107)
: poster keterangan diruang komen

info & belian online di tafsirtokguru.com

15/08/2021

SET EKSKLUSIF 7 BUKU TAFSIR TOK GURU
RM 299

(harga asal: RM312, berat: 3.8kg)

merangkumi 7 buku:

i. Tafsir Surah Al-Fatihah
ii. Tafsir Surah Al-Nas, Al-Falaq & Al-Ikhlas (3 Qul)

iii. Tafsir Surah Al-Waqiah

iv. Tafsir Surah Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Ma'un & Quraisy

v. Tafsir Surah Al-Fil, Al-Humazah, Al-Asr & Al-Takathur

vi. Tafsir Surah Hud
vii. Tafsir Surah Yunus

PERCUMA: Kotak Eksklusif & Cenderahati Tafsir Tok Guru (penanda buku, kipas tangan & pelekat kereta)

15/08/2021

KEISTIMEWAAN TAFSIR TOK GURU:
Huraian yang dekat dengan rakyat Malaysia

Tuan Guru menghuraikan ayat-ayat Al-Quran dengan mengaitkan dengan situasi masyarakat Malaysia sama ada sewaktu di zaman penjajah, zaman kemerdekaan dan zaman sekarang

info & belian online:
tafsirtokguru.com

Photos from Legasi TGNA's post 15/08/2021

Tafsir Tok Guru & Kerja Paling Susah

Dalam proses kerja menyunting dan menerbitkan Tafsir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terdapat beberapa kerja yang memang susah dan perlukan kerja yang renyah dan memenatkan otak.
Selain daripada kerja transkripsi audio dan menyunting dialek Kelantan yang pekat. Antara kerja paling susah adalah menjejak tarikh bagi setiap audio.

Sewaktu sedang menyiapkan Tafsir Tok Guru untuk Surah al-Rahman ini, pada awalnya kami tidak ada database tarikh audio. Justeru, bagaimana caranya?

Kita jejak melalui isi kuliah yang Tuan Guru sampaikan. Sebagai contoh, memandangkan Surah al-Rahman ini berada sebelum daripada Surah al-Waqi'ah dalam susunan surah, maka kuliah Tok Guru yang mengundur surah itu akan berlangsung selepas Surah al-Waqi'ah.

Dalam Surah al-Waqi'ah jelas disebut berlaku pembubaran parlimen untuk PRU tahun 2008 iaitu pada bulan Mac. Maka kami sepakat mengatakan Surah al-Rahman juga berlangsung dalam tahun 2008 juga.

Dalam Kuliah 1 Surah al-Rahman, Tok Guru sebut baru sahaja bertemu Menteri Besar Selangor yang baru iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka di situ kita boleh kenal pasti tarikh Kuliah 1 dengan mengesan tarikh pertemuan Tok Guru dengan MB Selangor itu.
Melalui bantuan kawan-kawan di SUK Selangor dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor. Kami tidak dapat juga mengesan tarikh pertemuan itu.

Mungkin kesilapan kami apabila menyangka pertemuan itu berlangsung pada Mac atau awal April 2008.
Apabila menggodek dalam Youtube, surah dan ayat lain p**a yang Tok Guru sampaikan pada hujung Mac itu. Tidak ads Surah al-Rahman. Contohnya pada 28 Mac 2008.

https://youtu.be/PDmJt2YNwGo

Sepatutnya Tok Guru menyambung kuliah dengan Surah al-Rahman pada tarikh ini. Tetapi beliau sampaikan daripada Surah al-Nisa' ayat 60-61.

Tidak lama kemudian, kami godek lagi database audio kaki untuk 2008. Terjumpa audio bertarikh 9 Mei 2008. Rupa-rupanya itu audio Kuliah 3. Bagaimana untuk mengesahkan tarikh itu benar?
Tarikh Kuliah 4 belum ada, kita kaji melalui isi kandungan kuliah. Di dalam kuliah Tok Guru menyebut bahawa semalam baru sahaja menyambut Hari Nakbah untuk Palestin yang diingati setiap tahun. Hari Nakbah pada tahun 2008 jatuh pada Khamis, 15 Mei 2008. Maka Kuliah 4 berlangsung pada 16 Mei 2008.

Jika ditolak 7 hari ke belakang. Tarikh audio Kuliah 3 itu 9 Mei 2008 adalah tepat.

Bagi kuliah 5 p**a, database audio tidak dinyatakan tarikh. Namun pada hujung kuliah pada minit 55:17, Tok Guru berpesan bahawa beliau akan ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk tunaikan umrah.

Apabila kita semak, terjumpa berita tentang rombongan Tok Guru bersama keluarga bertolak ke Mekah pada tarikh 27 Mei 2008.

https://wartasgrapat.blogspot.com/.../tuan-guru-nik-aziz...

Apabila diundur kepada Jumaat sebelum itu, ia bertarikh 23 Mei 2008. Bertepatan dengan susunan Kuliah 5. Dan seminggu sebelum itu 16 Mei 2008 untuk Kuliah 4.

Kenapa kami buat kerja gila begini?

Tujuannya untuk membuat pemetaan kuliah Tafsir Tok Guru mengikut tarikh-tarikh yang kita telah kenal pasti.

Kenapa perlu buat pemetaan kuliah itu?

Supaya kita dapat menjejak lebih mudah susunan surah yang yang telah ditanda.

Akhir kalam, kami tidak peduli pun parti politik di luar sana mahu menuduh kami sebagai perkakas parti politik sesiapa.

Apa yang kami lakukan adalah untuk menaikkan khazanah ilmu ulama tanah air tumpah darah kita semua.

Sebelum tuduh apa-apa, beli dan baca dengan hati terbuka.
Klik terus tanpa ragu-ragu di tafsirtokguru.com

Tafsir Surah al-Rahman sudah masuk desain. Surah Yasin masih proses suntingan, doakan kami.

Saifuddin Yusof
Ketua Projek
Tafsir Tok Guru

Website