Syukur Sihat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syukur Sihat, Coach, .
💥Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.
Antara penyebab sakit lutut adalah:
▶️ Osteoarthritis
▶️ Pernah mempunyai sejarah kecederaan lutut
▶️ Berat badan berlebihan
▶️ Peningkatan usia
▶️ Faktor genetik/sejarah keluarga
Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja❕Namun, wanita lebih berisiko untuk mendapat sakit lutut berbanding lelaki.
🏥 Oleh itu, dapatkan pemeriksaan dan rawatan awal kerana ia boleh mengganggu pergerakan fizikal dan rutin harian anda.
Jangan lupa untuk mengambil buah-buahan dalam menu anda setiap hari.
Pisang merupakan antara buah yang paling mudah didapati dan mengandungi banyak khasiat.
Jom, kami kongsikan khasiat pisang!
⚡Alzheimer❓❓
Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif yang disebabkan oleh proses penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan yang mana boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.
Biasanya, warga emas mungkin juga mempunyai penyakit demensia seperti Alzheimer pada masa yang sama.
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan.
💜Rawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri
📌𝗦𝘁𝗿𝗼𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗮𝗵𝗺𝗮𝗿 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat yang menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak.
RAWATAN SEGERA perlu diberikan kerana kejadian strok boleh meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.
Tak tahu nak buat apa di rumah hujung minggu ni? Jom kita cuba buat Jus Timun Sihat Berkhasiat.
Macam mana nak buat tu? Mudah sahaja! Hanya perlu ikut resepi yang dikongsikan di bawah 👇🏻
Jus ni bukan sahaja sedap untuk membasahkan tekak dan berkhasiat... malah membantu kita untuk mencapai saranan pengambilan sayur sekurang-kurangnya 3 sajian sehari.
Jangan lupa kongsikan pengalaman anda selepas minum Jus Timun Sihat Berkhasiat. Selamat mencuba!
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka
Sayur pegaga walaupun kecil, ia mengandungi banyak khasiatnya untuk tubuh seperti dikongsikan.
Ulam atau dimasak, sayur pegaga boleh menjadi salah satu sayuran pilihan dalam diet anda dan keluarga.
Ayuh ikuti saranan , dengan mengambil separuh sajian adalah buah dan sayur.
Ulser perut berlaku apabila lapisan mukus tebal yang melindungi perut anda daripada jus pencernaan terhakis. Ini menyebabkan asid pencernaan mencederakan tisu yang melapisi perut, menyebabkan ulser.
Punca
✅ Jangkitan bakteria H.Pylori
✅ Pengambilan ubat tahan sakit jenis NSAIDS yang berpanjangan dan tiada pemantauan
❌ Bukan disebabkan minum kopi
✅ Psikologi stress boleh meningkatkan insiden
❌Makanan pedas/ cili tidak menyebabkan ulser
Jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episode dimana Bean mengalami keracunan selepas makan Tiram.
Ya itu adalah risiko bagi sesiapa yang makan tiram mentah yang tidak dimasak. Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai dan tiram dan kerang memang ada bakteria ini.
Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini kelihatan, bau dan rasa yang SAMA dengan tiram yang tidak ada bakteria.
Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian.
⚠️ Jangan makan tiram mentah dan tidak dimasak sempurna
Saranan terkini mengenai pemakaian pelitup muka di bangunan tertutup. Kalau anda selesa untuk pakai pelitup muka boleh terus pakai ya.
Nyamuk siang siang dia sembunyi di tempat gelap dan redup sebab cahaya matahari yang panas menyebabkan nyamuk alami dehidrasi dan mati.
Waktu PALING AKTIF menggigit adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang. Sebab tu mak menjerit suruh balik rumah bila dah lewat petang.
Jika berada di luar rumah pada waktu petang, jangan pakai seluar pendek dan baju tak ada lengan. Makin senang nyamuk menghisap darah.
Lalat p**a aktif pada waktu siang dan s**a cuaca panas. Waktu malam dia tidur dan berehat dibawah daun, ranting pokok dan semak samun setelah seharian berterbangan.
79 % dari kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia 🇲🇾 , mempunyai sekurang-kurangnya 1 komorbid, di mana Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) merupakan komorbid utama.
Individu yang mempunyai NCD adalah sangat berisiko mendapat gejala teruk dan kematian akibat COVID-19. Hipertensi, Diabetes, Dislipidema merupakan penyumbang utama NCD yang tidak terkawal akan mengakibatkan komplikasi kerosakan organ-organ penting dalam tubuh. Ia juga mampu mengganggu kestabilan sistem imun & mengurangkan daya tahan jangkitan.
🩺JOM LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN. KESAN NCD AWAL, RAWAT AWAL, CEGAH KOMPLIKASI.
🛡️ DAPATKAN VAKSIN DAN DOS PENGGALAK BAGI MEREKA YANG LAYAK
⚠️Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.
Faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut adalah:
▪️Merokok
▪️Mengunyah tembakau
▪️Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
▪️Minum alkohol yang berlebihan
▪️Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
🔎Lakukan pemeriksaan mulut sendiri.
Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Gula boleh didapati secara semulajadi dalam makanan yang mengandungi karbohidrat
seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian.
Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan untuk memberi rasa manis. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi
karbohidrat.
Jom amalkan tip berikut untuk mengurangkan pengambilan gula tambahan serta menambah serat dalam masakan anda.
Perlis Nutritionist
Otak manusia mempunyai kawasan yang dipanggil sistem ganjaran. Ia direka untuk memberi ganjaran & keseronokan kepada manusia.
Apabila anda makan makanan, otak mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil dopamin, yang ditafsirkan oleh otak anda sebagai keseronokan.
Masalah dengan minuman tinggi gula ialah mereka memberikan pelepasan dopamin yang jauh lebih banyak dan pantas , yang boleh mengakibatkan ketagihan untuk mengambilnya.
Mengetahui akan proses ini, elakkan membeli dan memesan minuman tinggi gula SEBELUM hidangan menu utama dan semasa anda sedang lapar dahaga
Anda sebenarnya tidak memerlukan (dan tidak mahu) minum pun, cuma ransangan otak yang dahagakan ganjaran menyebabkan anda membuat keputusan untuk memesan minuman tinggi gula
Selepas minum beberapa hirupan, baru anda sedar minum tersebut terlalu manis & timbul rasa menyesal. Nak tak nak, minuman tetap dihabiskan kerana harga yang mahal.
Begitulah kitaran ketagihan minuman manis.. dan mengetahui akan proses ini, bolehlah kita cuba mengelakkannya.
Pernahkah anda melihat kembali status status beremosi yang dikongsi di media sosial 5-10 tahun dahulu?
Emo sungguh 😅
Pada ketika itu, tahap kematangan emosi mungkin masih belum dicapai dan anda lebih reactive dalam perbualan dan konversasi.
Berada ditahap kematangan emosi, anda mampu mengawal emosi dalam apa jua keadaan. Anda jujur mengenai perasaan dan emosi anda
Usia adalah faktor yang mendorong kematangan emosi, namun ada juga individu yang mencapai kematangan emosi lebih awal kerana faktor persekitaran yang mencabar.
Ada juga yang tidak mencapai tahap kematangan emosi walaupun sudah berusia.
Jika ada perubahan pelik pada najis (berdarah, berlendir) atau ada perubahan dari segi pola membuang air besar, tolong dapatkan pemeriksaan segera 🙏🏻
Ingatkan buasir. Rupanya kanser. Najis saya macam tali panjang bersaiz pensel. Saya biarkan saja sebab malu nak jumpa doktor. Anak masih kecil. Rasa nak gugur jantung saya bila mendengar doktor kata saya ada kanser kolorektal tahap akhir.
Ya benar.
Kebelakangan ini pakar bedah negara kita sering menjumpai pesakit kanser kolorektal berumur 30-40 tahun. 50 tahun ke atas p**a sudah jadi kebiasaan.
Di klinik kesihatan ada program saringan kanser kolorektal, anda hanya perlu beri sampel najis, mudah dan cepat.
Pemakanan sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak terutama dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan mereka.
Oleh itu, berikan permulaan yang terbaik kepada anak anda. Susui anak dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kehidupan mereka.
Seterusnya, lengkapkan pemberian susu ibu dengan memberi anak makan pelbagai makanan segar setiap hari apabila anak berumur 6 bulan.
Selain itu, sokongan berterusan daripada orang sekeliling amat penting bagi memotivasikan ibu yang menyus**an bayi.
Memang kenangan betul kan kuih-kuih ni? Terutama lepat, bingka ubi.. Kalau betul resepinya, memang tak cukup seketul dua. Sepinggan pun boleh habis. Tapi…
Makanlah secara sederhana ya. Kerana kebanyakan kuih dan manisan adalah tinggi kandungan gulanya. Sekiranya diambil secara berlebihan, khuatir mengundang masalah kesihatan yang lain
Pusat Maklumat Pemakanan Johor
Pastikan anda minum air kosong secukupnya terutamanya pada musim panas ini bagi mengelakkan dari sakit tekak, pening kepala dan lesu. Air kosong dapat memastikan badan kita kekal hidrat
#6-8gelassehari
Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam kenyataan terkini telah mengumumkan wabak global Monkeypox sebagai Public Health Emergency Concern.
Ia merupakan peristiwa luar biasa yang membentuk risiko kesihatan awam kepada Negara lain melalui penyebaran penyakit dan berpotensi memerlukan tindak balas antarabangsa yang diselaraskan.
Sehingga kini lebih 16 ribu kes dilaporkan dari 75 negara dengan 5 kematian.
Tiada kes dilaporkan di Malaysia setakat ini.