MLB Fanatics Store

MLB Fanatics Store

This page is for education purpose on subject Principle of Entrepreneurship (ENT530)

31/05/2022

HELLO! THANK YOU FOR YOUR LIKES! 🙂

Glad to have you here, and hope to make it worth your time.

We share our thoughts and interests primarily because we want to stay connected with the people we care about but also because we want to give others an idea of who we are. We feel good as your likes were our support.

Your “likes” enhance our Credibility. Every “likes” show us good feedback and more likely be interested in what this page has to say. The more likes, the more dopamine, the better we feel. Thanks a lot!

Don’t forget to stay connected with us! 🙂

31/05/2022

Pin 🚗 Pin🚗 nak buat Give Away!

Haaa jarang sekali kami nak buat ni. Ini kali, kami bagi free saja untuk 5 orang yang bertuah!

Macam mana nak dapat free? Mudah saja.

1. Anda kena order untuk 2 bekas dan ke atas 🫙🫙

2. Follow dan like page 👍🏼

3. Screenshot bukti anda sudah like page kami 📸

4. Hantarkan bukti di ruangan chat page sertakan sekali dengan nombor telefon anda 📲

Mudah kan? Yang bertuah, kami akan whatsApp anda sendiri!
Good luck! Jangan lepaskan peluang anda!

Nak tahu lebih lagi mengenai give away kami, boleh chat kami di page!

31/05/2022

Sekarang… Musim buah kan?🤔

Produk yang kami tawarkan ini sangatlah sesuai untuk anda semua makan bersama dengan buah. Mana best kalau makan buah kosong macam itu tanpa cicah apa - apa!

Jadi, produk BB Asamboi wajib ada dengan anda! Kami ada dua produk yang ditawarkan,

🫙Serbuk BB Asamboi
🫙Calit BB Asamboi

Dua - dua macam sedap p**a. Memang teramatlah sedap! Memang tidak akan rugi kalau beli, kalau rugi pun disebabkan anda tak beli sahaja.

Harga untuk kedua - dua produk hanyalah RM10 sahaja. Tak mahal dan tak murah juga, harga mampu milik untuk semua orang!

Pst, stok tak banyak lagi yang tingga! Siapa cepat dia dapat! Boleh layari page kami untuk order!
https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

Pst, awek merajuk? Tak tahu nak pujuk macam mana? 😰

Haa bagi je BB Asamboi, perempuan kalau dapat makanan, confirm tak merajuk lagi dah. Bukan mahal pun! RM10 saja!

BB Asamboi by AA menawarkan rasa yang bakal buat semua orang jatuh cinta. Paling penting BB Asamboi kami tak ada belacan! Kami tidak menggunakan belacan dalam resepi kami ☝🏼

Jangan tunggu lama sangat! Beli sekarang‼️

Singgah ke page kami https://www.facebook.com/bbasamboibyAA untuk selit order.

31/05/2022

Tips on looking after yourself, managing covid-19 stress🤯

Physical activity and relaxation techniques can be valuable tools to help you remain calm and continue to protect your health during this time.

♣️ Acknowledge your feelings.

Whatever you are feeling right now, know that it’s okay to feel that way. Allow yourself time to notice and express what you’re feeling. This could be through journaling, talking with others, or channeling your emotions into something creative like drawing, painting, poetry, or listening to music). Mindfulness meditation exercises can help us stay grounded in the midst of an emotional storm. You can learn how to witness and let thoughts and feelings come and go in their own time, without getting overwhelmed by them.

♣️ Maintain your day-to-day activities and a routine as much as possible.

Having a healthy routine can have a positive impact on your thoughts and feelings. Go back to basics such as eating healthy meals and do physical exercise, getting enough sleep, and doing things you enjoy. Even if you're in self-quarantine, or working from home, there are many ways to develop new routines and stay healthy.

During this time of change, it's natural for our minds to think of all the usual activities we may not be able to do at the moment. Make a conscious shift to focus on the activities we are still able to do, or those that we may have more opportunity to do if we're at home more often.

Go through our page for more support ❤

31/05/2022

👵🏼 : Makcik nak borong ni, tak ada diskaun ke dik?

Ha? Nak beli borong? Mestilah ada diskaun! Anda beli borong, lagi murah harga kami tawarkan nanti.

Kami akan berikan diskaun kepada anda semua kalau anda borong 5 bekas ke atas. Bukan diskaun saja anda dapat, anda dapat juga free delivery! Tiada charge delivery akan dikenakan jika beli lebih dari 5 bekas!

Tidak kisah anda nak borong serbuk atau calit, nak borong dua - dua pun boleh! Mai serbu page kami!🏃🏻‍♀️

Mahu order atau mahu info lebih lanjut lagi, boleh chat di page kami https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

It’s okay to …….

Taking breaks or doing nothing allows your brain and body to get the necessary recharge it needs to keep going,” says Brittany Johnson, a licensed mental health counselor. Keeping up the grind may seem fruitful, but it can negatively impact your long-term performance and mental health.

It’s okay
✨If you do nothing somedays.
✨Take a break from everything.
✨Take the time to heal.
✨Not having it all figured out.

Breaks lead to breakthroughs. We find better solutions to our problems when we rest and recover. Rest can be different for many people. It can look like reclining on a couch and doing nothing literally. It can be anything escaping from day-to-day life. Or it can be accomplishing something different than your intended goal. It’s meant to distract you so you can train your brain to release blockage towards creativity.

Do you know that you can dabble in hobbies that have nothing to do with the problem at hand? It actually makes you come up with more solutions.

Stay cool and keep following us at
www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

Ish, panasnya hari ini! Musim panas macam ini, dapat makan buah, sedap juga kan? 🏜

Bila dapat makan buah, sejuk sikit rasanya macam duduk dekat oversea 🥶 Tapi, tak akan mahu makan buah macam itu saja?

Apalah nak dipeningkan kepala lagi! Mestilah kena cicah dengan serbuk BB Asamboi, pergh lagi syok~ Sekejap rasa masam, sekejap rasa manis, eh rasa pedas pun ada?! Memang buat anda tak senang duduk kan? Macam - macam p**a rasanya.

Kami hanya menggunakan bahan yang simple dan berkualiti saja untuk buat serbuk BB Asamboi. Jangan risau!

Guarantee berbaloi! Hanya RM10 untuk satu bekas (150 gram)

Jangan tunggu lama - lama, tempah order sekarang! 👇🏽

No. Tel: 0108466145
Facebook: https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

Summer is coming!🏝

While sunny skies and warm temperatures do more than make our environment a pleasant place. They also provide some very significant benefits to our health and wellbeing.

Taking advantage of the lighter evenings means that there is more time to spend with your loved ones or trying something new.

The enjoyment of the great outdoors. There is so much to explore when we get the chance to step outside and take in the summer sun. Shall you?

Visit and follow our page

31/05/2022

BB ASAMBOI BAHAYA!!☠️☠️

Kenapa bahaya? Produk makanan ini boleh buat anda ketagih sehingga menjilat jari.

Kenapa anda perlu membeli produk ini?

1️⃣Sesuai untuk dinikmati bersama buah-buahan tempatan yang beri banyak khasiat

2️⃣Bahan yang digunakan sudah pastinya halal dan bersih.

3️⃣Dengan dua jenis produk BB ASAMBOI, anda dapat nikmati bersama produk kering ataupun produk yang basah.

4️⃣Produk yang rahsia dan hanya orang tertentu dapat memiliki produk makanan ini.

5️⃣Harga yang sudah pastinya dapat dimiliki oleh ramai pembeli.

Anda perlu dapatkan produk ini segera, kerana barang ketagih siapa yang tak nak?

Terus cepat!! Whatsapp kami untuk beli produk ketagih ni.
No. Tel: 0108466145

31/05/2022

Losing weight will be easier if you eat fruits daily!😍

Ultimately changing your lifestyle and eating a balanced diet is the key to losing belly fat and staying fit. When one follows healthy eating habits, fat loss is a natural reaction.

Why do eating fruits daily be the easier way to lose weight❓

⚜️ High In Nutrients & Low In Calories
Fruits are high in nutrients and low in calories such as oranges are a sweet, round citrus fruit packed with vitamins and minerals. Oranges are among the richest sources of vitamin C, with one medium fruit providing 117% of a person's daily use of vitamin C.

⚜️Help You Feel Satisfied, No More Overeating
Fruits such as avocados are a nutrient-dense food. They’re high in heart-healthy fats, and a good source of fiber (3 grams per ⅓ avocado, which is recommended serving size). The healthy fats in avocado also help satisfy your appetite longer, and it doesn’t hurt that they taste delicious!

⚜️Have Their Own Sugar
Fruits contain a range of naturally occuring sugars that make them taste sweet and flavourful. These sugars include disaccharides like sucrose, monosaccharides like fructose and glucose. Most fruit have a mixture of these different sugars, but the ratio will depend on the specific type and variety of fruit.

Apples are crisp, crunchy and healthy, the humble apple is the perfect healthy snack when you’re craving something sweet.

⚜️Source of Vitamin & Mineral Intake
Fruit that contains minerals and vitamins such as apples, plums, mangos, papaya, pineapple, and bananas. Blueberries, strawberries, cherries, pomegranates, and grapes. Citrus fruits, such as grapefruits and oranges.

Ready for the practice of eating fruits daily?😁

Follow us on Facebook

31/05/2022

Promosi raya haji yang bakal tiba!🗣 Promosi raya haji bakal tiba!🗣

Hidangan menu raya perlu diserikan lagi dengan BB Asamboi calit dan BB Asamboi serbuk. Jadikan rumah anda bualan makcik-makcik bawang.

Mari dapatkan kedua-dua produk BB Asamboi dengan harga yang lebih murah.

Beli 1- RM10
Beli 2-RM18
Beli 3-?

Lagi banyak lagi murah 🤩

Jangan risau semua bahan-bahan BB Asamboi 100% halal dan dijamin bersih.

Dapatkan BB Asamboi dengan harga murah yang sudah pastinya tidak akan lagi sama selepas habis promosi.

Tunggu apa lagi mari dapatkan BB Asamboi dengan harga promosi dengan klik order BB Asamboi di facebook🥰

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

CIRI CIRI PENGGUNA YANG BIJAK🙆🏻🙆🏻‍♀️

Isu pengguna yang bijak selalu diperkatakan oleh orang ramai. Seperti kita lihat sekarang, ekonomi negara kita bergantung kepada kemampuan pengguna untuk membeli barangan di pasaran. Bak kata peribahasa Melayu, sediakan payung sebelum hujan, dimana persediaan adalah mustahak dalam menghadapi segala situasi.

Jadi, apakah ciri - ciri pengguna yang bijak? Antaranya, adalah:

🛍 Membeli mengikut keperluan, bukan kehendak

Seperti kita tahu, kita ini mudah saja terpedaya atau terpikat dengan promosi serta iklan barangan yang dipasarkan. Ini adalah salah satu taktik yang digunakan oleh penjual, untuk menghasut para pembeli untuk membeli barangan mereka, sehingga tidak sedar bahwa barang yang dibeli adalah diluar kemampuan kita. Jadi seseorang itu perlulah berfikir secara rasional dalam berbelanja dan tidak mudah tertarik dengan membeli barang di jual oleh penjual.

🛍 Melakukan perbandingkan harga

Amalan perbandingan harga sebelum berbelanja hendaklah diamalkan supaya kita dapat berjimat-cermat. Jadi, anda yang berhemat dalam berbelanja sekurangnya dapat menggunakan kos penjimatan yang diperoleh itu untuk simpanan masa hadapan.

🛍 Membeli barangan yang berkualiti

Semestinya kita mahu barangan yang berkualiti dimana, ianya dapat menjamin kepuasan kita sendiri serta mempunya daya tahan yang lebih lama berbandingg barang yang rendah kualitinya. Kita harus menjadi pembeli yang bijak, dimana memastikan bahwa barang yang dibekalkan oleh penjual adalah barangan yang tulen dan berbaloi.

Banyakkan contoh ciri - ciri pengguna yang bijak, yang dimana rakyat Malaysia boleh praktikkannya dalam kehidupan mereka. Mahu info yang menarik lagi?

Follow kami di page

31/05/2022

Akak-akak, abang-abang mari dapatkan barang viral! 📣📣

Kami bawakan kepada anda produk yang semakin hangat dikatakan, calit-calit pasti nak lagi.

Seperti kebanyakkan sos kuah rojak yang anda nikmati, ini kami bawakan satu-satunya sos kuah rojak tanpa belacan.

Bagi yang ada resdung, anda jangan risau, dengan adanya calit BB Asamboi anda boleh makan tanpa risau akan gatal hidung.

Marilah beli sementara stok masih ada. Jangan menangis kalau dah habis nanti 😆

Bagi akak-akak dan abang-abang yang s**a dengan barang viral ni boleh whatsapp kami di nombor di bawah.

No. Tel : 0108466145
https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

Kulit yang cantik dan sihat 👩🏼‍⚕️

Pelbagai cara boleh diambil untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Mineral dan vitamin yang mencukupi dalam tubuh badan juga dapat menghasilkan kulit yang sihat dan cantik seperti wanita yang sentiasa menjaga tubuh badan dengan produk yang mahal.

1. Mengenali jenis kulit yang anda miliki 😲

Kulit mempunyai pelbagai jenis antaranya kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif dan sebagainya. Untuk mengetahui jenis kulit yang anda miliki, anda boleh pergi ke pakar kulit untuk bertanya mengenai kulit anda.

2. Memilih produk muka yang betul 🤔

Terdapat pelbagai jenis produk muka yang perlu anda berhati-hati semasa membeli. Untuk menjaga kulit, anda perlu membeli produk yang telah disahkan oleh pakar yang selamat digunakan.

3. Pemakanan 🫣

Makanan yang sihat merupakan faktor yang penting untuk kulit yang sihat. Buah-buahan dan juga sayur-sayuran dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sihat dan juga tubuh badan yang sihat.

4. Tidur yang mencukupi 😴

Waktu tidur bagi orang dewasa sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari. dengan mempunyai rehat yang cukup dapat meransang tubuh badan untuk menghasilkan kulit yang sihat.

Mahu kulit yang cantik? ini adalah antara tips yang perlu diikuti.

Marilah lihat page kami banyak lagi info yang menarik

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

Perhatian korang, dengar ni korang jangan beli dengan peniaga ni, rugi woi! ❌❌

Kenapa rugi? ramai komen seperti ini bila bertanya kenapa rugi, rupanya rugi kalau beli sedikit. Takut saya mendengarnya ingatkan tak sedap.

Setiap rumah perlu ada BB Asamboi ini kerana kalau anda hendak makan petang pasti ada menu buah-buahan, jadikan BB Asamboi sebagai menu tambahan. Kalau ada tetamu yang bertandang di rumah, sediakan menu ini untuk dihidangkan kepada mereka, pasti mereka akan sedap kerana asam ini tidak di jual di pasaraya.

✅ BB ASAMBOI SERBUK- 150gm
✅ BB ASAMBOI CALIT- 260gm

Selain serbuk anda juga boleh menikmati sos. Ikut citarasa anda.

Belum rasa belum tahu, sekali dah rasa pasti nak lagi.

Whatsapp terus atau klik ruang message di facebook kami.

Tel: 0108466145

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

DIET DENGAN BUAH-BUAHAN? 🍎🍋🥝

Berat badan yang ideal sering dikaitkan dengan golongan wanita yang ingin memiliki tubuh badan yang cantik dan menawan💃🏻 Namun tahukah anda diet yang sihat boleh juga diambil dengan makan buah-buahan.

✅ Fakta tentang buah-buahan:

1. Buah-buahan dapat memberi sumber bekalan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin A, vitamin C, Vitamin E, Kalsium dan pelbagai lagi yang penting untuk tubuh badan.

2. Untuk mempunyai sistem penghadaman yang terbaik, buah-buahan merupakan satu medium yang mempunyai sumber serat yang tinggi.

3. Buah-buahan mempunyai fitokimia yang bertindak sebagai anti-kanser.

4. Rendah kalori dan juga mempunyai kandungan air yang sangat tinggi yang dapat membantu badan untuk sentiasa kekal hidrasi.

Mahu turunkan berat badan dengan sihat?

Kami boleh bantu anda, layari page kami

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

Bosan dengan asam biasa? 😵‍💫

Ramai yang tidak tahu, selain makan bersama asam biasa yang berada di pasaran, mereka boleh menikmati buah bersama asam campuran atau calit bersama sos.

Dengan campuran bahan rahsia🪄 Anda pasti akan dapat menikmati buah dengan pelbagai rasa, seperti manis,masam dan pedas. Jadikan setiap suapan buah-buahan yang anda nikmati dapat dinikmati dengan lebih EXTRA.

Ayuh menikmati BB Asamboi yang kami jual pasti anda tidak akan lupa akan rasanya.

Dengan harga RM10 anda sudah dapat memiliki asam ini.

Cepat chat dan whatsapp kami untuk membeli BB Asamboi by AA.

Contact us: 0108466145
Chat us: https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

Terdapat pelbagai penyakit yang membahayakan kesihatan pada masa kini. Yang terbaru penyakit Covid-19 sehingga mengambil nyawa ribuan mangsa dari yang muda sehingga yang tua. Beberapa tips yang boleh digunakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.

🥛 Minum air yang secukupnya

Air mineral dapat membantu untuk menyingkirkan toksik di dalam badan kita, kesihatan kulit dan juga dapat membakar kalori makanan yang terdapat di dalam badan.

🍏 Diet yang sihat

Pengambilan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan juga buah-buahan dapat membekalkan vitamin dan juga bakteria yang baik untuk membantu sistem tubuh badan melawan penyakit yang berbahaya.

🏃🏻‍♀️ Bersenam

Sentiasa bersenam dapat mengeluarkan peluh, dapat menguatkan otot tubuh badan dan menjaga kesihatan jantung.

😷 Menjaga kebersihan

Dengan menjaga kebersihan pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi oleh tubuh badan. penyakit seperti selsema atau alahan terhadap habuk juga dapat dielakkan.

Tips lanjut?🤗

Sila klik di profile kami!
https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

RM10? BIAR BETUL‼️.

IYA BETUL. INILAH BB ASAMBOI 🤩

Asam yang dibawa dari utara Malaysia. Orang selatan pun boleh menikmati resepi orang utara ✈️

Yang s**a dengan asam serbuk yang masam pedas, atau calit bersama buah, marilah serbu page kami👋🏼

Boleh dapatkan di facebook kami BB AsamBoi by AA

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

31/05/2022

MENGAPA KESIHATAN ITU PENTING?🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♀️

Kesihatan merupakan satu anugerah yang amat penting untuk dijaga dan merupakan suatu nikmat bagi umat manusia untuk dihargai, kerana dengan kesihatan tubuh badan yang baik dapat membantu kita untuk melakukan kerja seharian dengan baik.

🏃🏻‍♂️Kesihatan yang baik dapat membantu kita untuk mencegah pelbagai penyakit yang berbahaya.

🏃🏻‍♀️Dengan mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik, ia juga dapat membantu diri kita untuk sentiasa berada dalam mood yang ceria, dengan itu masalah mental kita terjamin.

🏃🏻‍♂️Untuk mempunyai umur yang lebih panjang, kesihatan tubuh badan merupakan salah satu faktor yang diambil kira.

Kesihatan perlu diutamakan oleh manusia, kerana itu yang amat berharga.

Marilah klik like dan share di facebook BB Asamboi by AA

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

30/05/2022

Apa? Belum cuba serbuk BB Asamboi kami? Ish! Ruginya‼️

Marilah cuba serbuk BB Asamboi. Pasti tidak akan menyesal. Mana tahu, mungkin bakal menjadi peneman anda untuk makan buah nanti!

Jangan risau, kami hanya mengunakan bahan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan!🤩

Tunggu apa lagi? Marilah beli serbuk BB Asamboi🫱🏼‍🫲🏽

Boleh singgah ke page kami untuk selit order✌🏼

30/05/2022

BUAH-BUAHAN TEMPATAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN🇲🇾

Terdapat pelbagai buah-buahan yang kita makan, namun adakah anda tahu mengenai kebaikan setiap buah yang anda makan itu. Buah yang berbeza mempunyai khasiat yang berbeza

♨️ Tembikai
Tembikai merupakan buah yang kaya dengan antioksidan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan risiko jantung dan merupakan salah satu buah yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

♨️ Betik
Buah yang kaya dengan vitamin C dan vitamin A, dapat mencegah penyakit batu karang, penawar yang terbaik buat masalah sembelit dan juga buasir.

♨️ Rambutan
Kaya dengan Vitamin C dan kaya dengan antioksidan, dapat meningkatkan tenaga dan metabolisme, untuk kesihatan jantung.

♨️ Durian
Dapat membantu untuk mencegah kanser, mengawal tekanan darah, mengurangkan penuan, tinggi kalori, merawat masalah tidur dan menguatkan daya ingatan.

♨️ Pisang
Buah yang dapat membekalkan tenaga, bantu untuk mengurangkan darah tinggi dan sakit jantung, mengandungi antioksida yang tinggi, vitamin dan juga mineral.

Ingin tahu lagi tentang khasiat buah-buahan tempatan yang lain?

Lihat page di facebook kami, BB Asamboi by AA!

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

30/05/2022

Tumpang lalu 🛵Serbuk BB ASAMBOI nak lalu 👀

Hanya RM10 sahaja, murah bukan? 🤫

Kami hanya menggunakan
✨Gula rendah glisemik
✨Serbuk cili
✨Garam
✨Asam

Penghantaran seluruh semenanjung🇲🇾

Order sekarang sementara masih ada stok!

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

30/05/2022

HAVE YOU EVER WONDERED WHY MARKETING IS IMPORTANT?

Do you know what your customers want? When was the last time you saw a customer tweeting about your product or service? Was it a complaint or compliment? As we can see, marketing is a tool used to create and maintain demand, relevance, reputation, competition, etc. Without it, basically, your business is likely to close down due to lack of sales.

So why is marketing important? Check out these 3 reasons why you really do need it.

📉 Marketing is an effective way of engaging customer

Marketing is a means of continuing the conversation. Engaging customers is not the same as pushing your products. Providing useful information about your products and business to your customers is part of engaging them. It's all about coming up with new ideas.

📉 Marketing is a communication channel used to inform customers

The process of informing your customers about the products or services you have to offer. Customers learn about the value of items, how to use them, and other information that may be useful to them through marketing. It raises brand awareness and distinguishes the business.

📉 Marketing can help to boost sales

Once a product has been promoted, it has already been brought to the attention of the public, which boosts your chances of selling it. When customers are pleased with your products or services, they become unknowing brand ambassadors. They'll spread the word, and your sales will begin to rise as a result.

Do you already understand why marketing is so important? Want more interesting info?

Then, like and share our page!

30/05/2022

Eh! Tunggu sekejap!✋🏼

APA? Ada combolah! 👀 Combo serbuk dan calit BB ASAMBOI dengan harga yang paling special kami tawarkan. Hanya RM18 sahaja!

Yang pasti, BB ASAMBOI kami 100% tanpa belacan dan sedap! Guarantee berbaloi kalau beli sekarang!

Jangan tunggu lama - lama! Combo ini hanya ditawarkan sehingga 31 Mei sahaja🎉

Order cepat sebelum terlambat‼️ Hanya saja

30/05/2022

SENANG SAJA NAK JADI SEORANG AGENT PRODUK

Mesti ramai yang nak sangat tahu bagaimana cara menjadi agent produk kan? Dalam kegawatan ekonomi sekarang bukan sahaja surirumah dan student saja nak buat pendapatan sampingan, malah yang bekerja juga mahu mencari duit lebih dalam dunia bisnes online 💵

Salah satu cara buat duit online mudah, senang dan kurang risiko adalah dengan menjadi agent produk. Kenapa kami kata senang nak jadi agen produk?

⚡️Tak memerlukan modal yang super duper besar

⚡️Tak perlu pening tentang strategi pemasaran

⚡️Tak perlu berurusan dengan banyak pihak seperti kilang, consultant dan banyak lagi

⚡️Boleh terus menjual di platform sendiri yang sedia ada seperti facebook, instagram, youtube dan lain - lain lagi.

⚡️Boleh menjual produk secara online dan offline

Senangkan nak jadi agent? Nak buat side income pun senang juga! Nak tahu lebih lagi mengenai agent produk?

Bolehlah datang 🚗 ke page

30/05/2022

Dah cuba belum calit BB ASAMBOI kami?

Calit by BB ASAMBOI dibuat khas untuk memenuhi cita rasa anda. Sekali dah rasa, confirm nak lagi~

Apa keistimewaan calit BB ASAMBOI ?
🔥 Pedas masam manis
❎ 100% tanpa belacan
✨ Tidak rasa jemu apabila makan

Hanya RM10 sahaja satu bekas!🤩

Berminat? Sila ke page kami untuk order!

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

30/05/2022

JOM KENALI KOD PLASTIK!💥

Hi👋🏼 Hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua mengenai kod bekas plastik. Anda perasan tak, setiap bekas plastik yang kita gunakan ada kod - kodnya yang tertentu. Tahu tak apa maksud kod tersebut? Disini kami sertakan beberapa kod dalam penggunaan bekas plastik!

✅KOD-1 Polyethylene Terephthalate (PETE @ PET)
Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja dan tidak boleh menyimpan air panas.
Cth: Botol mineral, botol minyak atau botol jus

✅KOD-2 High Density Polyethylene (HDPE)
Bersiifat keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Boleh digunakan semula
Cth: Botol susu, bekas sabun pencuci

✅KOD-3 Polyvinyl Choride (V atau PVC)
Sejenis yang plastik yang paling s**ar dikitar dan mudah lentur. Boleh digunakan sekali saja.
Cth: Pelampung, tilam air

✅KOD-4 Low Density Polyethylene (LDPE)
Bersifat mudah lentur dan kuat tetapi mudah koyak. Boleh digunakan semula
Cth: Pembungkusan makanan dan minuman

✅KOD-5 Polypropylene (PP)
Tahan lasak, kuat dan tahan pada suhu tinggi dan boleh halang kelembapan daripada masuk. Boleh digunakan semula
Cth: Bekas plastik microwave, botol susu bayi

✅KOD-6 Polystyrene (PS)
Bersifat keras iaitu berbentuk styrofoam dan ia s**ar untuk diuraikan. Tidak boleh digunakan semula
Cth: Digunakan sebagai bahan pakai buang seperti pembungkusan makanan pakai buang

✅KOD-7 Other
Tidak mempunyai sifat yang jelas kerana dihasilkan daripada campuran beberapa jenis plastik. Tidak boleh digunakan semula.
Cth: Safety glasses, pendawaian elektrik.

Mahu info lagi mengenai KOD bekas plastik❓

Jangan lupa like and share page kami! ‼️

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

30/05/2022
28/05/2022

🧐 TAHUKAH ANDA MENGENAI FUNGSI GARAM DALAM MAKANAN?

Seperti kita tahu, garam sangat terkenal kerana peranannya sebagai bahan pengawet makanan dan perasa. Ia telah digunakan untuk memelihara makanan selama beribu-ribu tahun dan merupakan perasa yang paling biasa, tetapi garam juga memainkan peranan lain yang kurang dikenali, dimana, ia adalah nutrien penting, ia memberikan rasa dan tekstur, dan ia meningkatkan warna.

Terdapat beberapa fungsi garam dalam makanan, antaranya:

🧂Garam sebagai penambah perisa, dimana bukan hanya mempunyai unsur perisa ‘asin’ tetapi garam juga boleh menjejaskan unsur lain seperti manis dan pahit.

🧂Garam sebagai pengikat, dimana garam membantu membentuk gel protein. Apabila garam ditambah kedalam makanan seperti daging yang diproses, ia menyebabkan gelantinisasi protein memegang bahan itu bersama.

🧂Garam sebagai warna enhancer, dimana kehadiran garam membantu dan mengekalkan warna, sama ada secara semulajadi atau buatan.

Mahu info yang lebih banyak lagi❓

Like and share page kami 😇

https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

28/05/2022

Mana satu pilihan anda?

27/05/2022

Memperkenalkan serbuk BB ASAMBOI! 🎊

Tak pernah rasa? Tapi mahu cuba? Marilah cuba serbuk BB ASAMBOI kami, sekali cuba pasti mahu lagi!

Tekstur serbuk yang kasar dan boleh makan begitu sahaja tanpa rasa jemu. Yang paling penting! 100% tanpa belacan!

Jangan tunggu lama-lama! Grab sekarang hanya RM10 sahaja! 💸

Cepat order sebelum kehabisan stock 😁https://www.facebook.com/bbasamboibyAA

27/05/2022

BAGAIMANA CARA MENGEKALKAN KESEGARAN BUAH?🍏🍉🍌

Tidak dinafikan, kita semua s**a makan buah-buahan sehingga sanggup berjalan jauh untuk mencari buah yang diinginnya. Tetapi, malangnya kesegaran buah-buahan hanya dapat bertahan untuk beberapa hari sahaja. Jika tidak memakannya atau menggunakan, pasti akan busuk begitu sahaja.

Disini, terdapat beberapa tips untuk menyimpan buah - buahan dengan baik dan mengekalkan kesegarannya:

1. Simpan buah - buahan yang belum masak di luar, selepas buah sudah masak barulah masukkannya ke dalam peti ais supaya ianya tahan lebih lama.

2. Jangan basuh buah - buahan sehingga mahu menggunakannya! Secara amnya, membasuh buah segar sebelum menyimpannya akan mempercepatkan ia menjadi rosak kerana bakteria membiak lebih cepat dalam keadaan lembap.

3. Simpan buah sitrus ke dalam peti sejuk. Ini adalah untuk memanjangkan hayat menyimpannya. Simpan ke dalam peti sejuk membolehkan buah sitrus bertahan hingga dua ke empat minggu.

Mahu lebih banyak tips mengenai buah-buahan❓

Sila singgah ke page kami dan klik ‘👍🏼’ untuk info lebih lanjut

20/05/2022

This page is for education purpose on the subject Principle of Entrepreneurship (ENT530)

Website

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00