veewriter2

veewriter2

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from veewriter2, Writer, .

09/06/2023

Pergilah ke kedai buku, di situ ada kekasih yang menanti tanpa jemu.

Setelah kamu dapatkan satu, baru dirimu tahu,
ada cinta yang amat mendalam. Pada setiap helaian menceritakan dan meluahkan pada kamu.

Sampai satu masa kamu akan mengerti. Ia selalu ada untukmu.

------ vee 🦋
------ motivasihealing

08/06/2023

Kamu berdoa meminta pelangi, namun langit tiba-tiba mendung lalu kamu bingung.

Dan saat hujan membasahimu, lalu kamu berkeluh-kesah.

Padahal mendung dan hujan itu adalah proses pengabulan doamu, demi hadirnya pelangi yang kamu minta setelah itu.

"Hidup ini untuk disyukuri
bukan untuk diratapi"

Author : Veronica Chendang
Bintulu Sarawak

08/06/2023

Kalaulah hanya dengan menjual buku boleh menjadikan kita kaya!

Setiap makhluk di muka bumi ini sudah ditetapkan oleh-Nya. Bagaimana cara ia diperolehi,? Itu sudah menjadi rahsia DIA.

Apa yang harus kita lakukan adalah perlu gandakan usaha, bersabar dan terus yakin.

Bersyukur dengan apa adanya. Nikmati dan sentiasa mengingati.

1. Berlapang dada, banyakkan bersedekah, usah berkira, jangan mudah mengeluh.

2. Jujur dan amanah dalam melakukan tanggungjawab yang diberi.

3. Tidak mudah mendabik dada. Menjaga silaturrahim dalam persahabatan mahupun persaudaraan.

4. Sanggup berkorban, harta dan waktu.

Kita tidak tahu apa lagi yang akan Tuhan berikan pada kita. Kerana setiap rezeki kita ada bahagiaan orang lain.

Rezeki yang kita perolehi di dunia akan menjadi hujah di akhirat kelak. Sama ada ia menyelamatkan kita atau sebaliknya.

Apa yang kita miliki sekarang tidak akan kekal menjadi milik kita selamanya.

Hidup bagai pasang surut. Sekali air bah sekali pasir berubah. Sampai bila begitu. Kita tidak tahu!

Moga penulisan saya ini memberi manfaat kepada kita semua. Dan sentiasa beringat selalu.

Terima kasih.

Veronica Chendang
Bintulu Sarawak

08/06/2023

Kadang-kadang kita perlu melangkah tanpa perlu bantuan siapa-siapa.

Penat lelah itu sudah jadi kebiasaan buat orang yang ingin maju dan sukses.

Semuanya demi hari esok.

Author : Veronica Chendang
Nota : TentangHatiYangTelahPatah
Bintulu Sarawak

07/06/2023

Dua karya dari Veronica Chendang untuk tahun 2021 dan 2022.

Tunggu karya ke-3 bakal terbit.

06/06/2023

Tuhan itu maha baik.

DIA tahu mana yang terbaik buat kita.

Tidak pernah meninggalkan kita walau seinci dan meski kita dibenci hanya DIA paling setia yang sentiasa disisi menemani.

Jangan khuatir andai kita tidak disukai. Dekati yang menyukai, cintai mereka yang tahu menghargai.

Author: Veronica Chendang
Bintulu Sarawak

02/06/2023

Tanpa disedari kita pernah sakitkan hati orang.

Berhati-hati bila berkata-kata, berhati bila memberikan pendapat, boleh jadi ucapan tersebut akan menguris perasaan orang lain.

Kita tidak rasa tapi mereka dapat merasa.

Manusia memang tidak boleh lari dari sebagai seorang pendosa, tapi boleh berubah dan berfikir dahulu sebelum bertindak mahupun lakukan sesuatu.

"Kebohongan tidak akan menyakitimu, kecuali diucapkan oleh seseorang yang kamu percaya"

Renung-renungkanlah.

Author : Veronica Chendang
Bintulu Sarawak

30/05/2023

Singkat saja,
hidup tidak usah terlalu engkau rencanakan. Kalau hatimu baik dan niat pun baik. Maka Tuhan akan permudahkan urusanmu. Yakinlah.. ✍

Website