Persatuan Wanita Kelantan Malaysia

Persatuan Wanita Kelantan Malaysia

Kami mengalukan semua wanita yang berasal daripada Kelantan atau berkawin dengan orang Kelantan atau

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 26/02/2023

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PEWATAN Malaysia yg ke-16

Tarikh: 26 Feb 2023 (Ahad)
Masa: 10.00 am - 12.30 pm
Tempat: Dewan Kelana Tingkat 1,
Hotel TH Kelana Jaya, Selangor

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 26/02/2023
26/02/2023

Mesyuarat Agung Kali Ke-16
Persatuan Wanita Kelantan Malaysia

02/05/2022

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ"
"Taqabballallahu minna wa minkum"

Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini.

SALAM EIDUL-FITRI
Maaf Zahir & Batin.

Ingatan Ikhlas
Pengurusan PEWATAN

18/04/2022

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua ahli PEWATAN dan umat Islam.

"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab." - Ad-Dukham : 3

02/04/2022

Persatuan Wanita Kelantan Malaysia (PEWATAN) mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua ahli PEWATAN dan seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada.

Mudah-mudahan Ramadan kali ini memberi makna kepada kita semua.

Amin.

21/03/2022
08/03/2022

Sahabat WANITA ku,

"Jangan pernah ragu bahawa kalian sangat berharga dan kuat, juga berhak mendapatkan setiap kesempatan dan peluang di dunia ini untuk mengejar dan meraih impian kalian." - Hillary Clinton

Selamat Hari Wanita Sedunia daripada PEWATAN.

04/11/2021

Deepavali Vathukal.. 🌷

30/08/2021

Persatuan Wanita Kelantan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Ke-64 kepada semua ahli PEWATAN.

Merdeka itu apabila anda berjaya melepasi sesuatu perihal meskipun ianya hanyalah satu perkara yang kecil.

09/08/2021

Persatuan Wanita Kelantan Malaysia (PEWATAN) mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah, 1 Muharram 1443 kepada semua ummat Islam seluruh dunia.

Moga Tahun Baru ini kita dilimpahi lebih rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik-baik dan senantiasa dalam rahmat Allah dunia dan akhirat.

19/07/2021

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua ahli PEWATAN tidak kira di mana sahaja anda berada.

Semoga semuanya dalam lindungan Allah SWT dan dirahmati.

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 04/04/2021

KUALA LUMPUR, 4 April 2021 - Persatuan Wanita Kelantan Malaysia (PEWATAN) semalam telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Ke-14 yang dihadiri oleh 30 orang Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup.

Mesyuarat telah dijalankan dengan jayanya dan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Dewan Perdana, Restoran Oriental Pearl, Bukit Kiara.

Pelbagai aktiviti kebajikan dan sumbangan yang telah berjaya dijalankan dikongsikan dengan ahli yang hadir termasuklah penyata kewangan terkini persatuan.

Mesyuarat berakhir pada jam 12:20 tengah hari dengan perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2021-2023.

Tahniah kepada barisan AJK baharu dan terima kasih kepada mantan AJK yang telah menjalankan tugas dengan saksama.

Senarai AJK 2021-2023
-------------------------
Presiden:
Puan Hajah Madihah Abdul Aziz

Timbalan Presiden 1:
Puan Iera Yusoff

Timbalan Presiden 2:
Puan Zawiah Ibrahim

Setiausaha:
Puan Arfahjulaizah Arifin

Bendahari:
Puan Nursufiana Suhaimi

AJK yang telah dipilih:
1) Datin Zahrah Abdullah
2) Datin Noor Hayati Awang
3) Puan Azma Ismail
4) Puan Che Manisah Che Hussin
5) Puan Rohaliza Abdullah
6) Puan Faridatul Akmar Mohd Derus

Juruaudit Dalaman:
1) Puan Saikah Ismail
2) Puan Siti Khadijah Ibrahim

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 04/04/2021

Sekitar kursus Digital Marketing Strategies 3/4/2021

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 03/04/2021

Kursus Online Digital Marketing oleh Coach Yuomeden dan Coach Jeb yang di adakan pada 3 April 2021

JUMPA SIFU SIFU HEBAT SECARA PERCUMA 22/03/2021

JUMPA SIFU SIFU HEBAT SECARA PERCUMA BAGAIMANA CARA UNTUK NAIKKAN SALES DAN GROW KAN SYARIKAT SECARA ONLINE DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM TEKNOLOGI TERKINI? CARA YANG SISTEMATIK UNTUK GANDAKAN PROFIT DAN LONJAKKAN MOMENTUM SYARIKAT TANPA MODAL YANG BESAR! RAMAI YANG ANGGAP BUAT BISNES NI KENA LANGGAR DINDING DAHULU BARU BISNES BOLEH GROW ....

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 14/03/2021

Pewatan telah berjaya mengadakan kursus ‘How to create the right you tube channel ‘ pada 13 Mac 2021 di bawah bimbingan Coach Zai Ismail
Terima kasih Coach Zai dan para peserta yang telah menjayakan program ini 👍👍👍

16/01/2021

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dengan amat dukacita, Ayahanda Tun Mohd Salleh bin Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021.

May Allah forgive him and place him amongst the righteous. May Allah reward him with Jannatul Firdaus.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

*
Nur Aminah
Natlrah
Siti Maznah
Ahmad Nawawi
Azlina

16/01/2021

Kalu di Malaysia buah buah yang lebih tu bolih buat gini juga

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 13/01/2021

Peringatan untuk semua sekali

Photos from Persatuan Wanita Kelantan Malaysia's post 10/01/2021

9 Jan 2021 - Pewatan telah berjaya mengadakan satu workshop digital marketing strategies oleh Coach Yuomeden dan Coach Jeb. Kelas akan datang akan di maklumkan

05/01/2021

atau ?

Anda ingin melabur serendah satu ratus ringgit?

Boleh.

Jom bincang.



%_99_Tahun


📌Pastikan bukan
📌Pastikan bukan
📌Pastikan anda hidup-hidup.

Untuk keterangan lanjut, mohon hubungi Wealth Advisor yang sah melalui pautan di bawah ini:

http://bit.ly/Saham_Shariah_Global
http://bit.ly/Saham_Shariah_Global
http://bit.ly/Saham_Shariah_Global

04/01/2021

Percuma - demo ada barang nak jual ? Belajar cara pemasaran online dengan pakar kita En Yuomeden - makanan di sediakan - sila daftar segera - whatsapp 013-383.9888

26/12/2020

Keladi Senduk (Limonocharis flava B) - Tumbuhan air ini mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi dan menjadi masakan turun temurun di kalangan masyarakat kita..pucuk yg muda dan bunganya boleh digoreng, dibuat kerabu, dicelur dan berbagai resipi masakan yg sedap boleh dibuat..mempunyai pelbagai khasiat utk badan dan mempunyai antioksidan tinggi, pertumbuhan sel baru, menyahbuang kolesterol, pemulihan luka, membekal tenaga dll..

https://www.sinarharian.com.my/article/46352/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Khasiat-tersembunyi-paku-rawan

26/12/2020

Sedikit tentang sejarah Kelate

Batu Peringatan tentera Jepun di Kuala Krai sempena memperingati tentera Jepun menduduki Kuala Krai Kelantan pada 19 Disember 1941 semasa Perang Dunia Ke-2. Lokasi batu peringatan ini di Muzium Kuala Krai Kelantan.
PENGUNDURAN TENTERA BRITISH DARI KELANTAN, OLEH AWW2.
Pada 12 Disember 1941, Komander Kor India ke-3 Jeneral Sir Lewis Heath telah pergi ke Markas Malaya Command untuk membincangkan dasar berkaitan pasukan Briged India ke-8 di Kelantan dengan Lt-Jen Percival. Perlu diingatkan bahawa tugas utama Briged India ke-8 adalah untuk melindungi ketiga-tiga pangkalan udara di negeri itu (Kota Bharu, Machang dan Gong Kedak) bagi kegunaan Tentera Udara British dan menghalang mereka diduduki tentera musuh. Memandangkan keadaan ini, amat jelas beberapa garis panduan baru diperlukan. Alternatifnya ialah mengekalkan pasukan itu di Kelantan atau mengundurkan mereka untuk bertindak di kawasan lain. Faktor-faktor yang menyokong pilihan ini adalah: -
(a) Mereka mungkin masih boleh menghalang tentera musuh dari menggunakan sepenuhnya ketiga-tiga pangkalan udara tersebut.
(b) Kehadiran pasukan itu di Kelantan dapat mengekang sebahagian daripada kekuatan tentera musuh di negeri itu.
(c) Pengunduran tentera British akan memberi kesan negatif terhadap semangat orang awam dan anggota tentera British sendiri.
(d) Tentera British mungkin akan kehilangan sejumlah besar kelengkapan dan peralatan mereka semasa pengunduran.
Mereka yang menyokong pengunduran memberikan faktor-faktor berikut: -
(a) Pangkalan udara tersebut tidak lagi diperlukan oleh Tentera Udara British dan kemungkinan besar mereka tidak akan diperlukan dalam tempoh yang terdekat.
(b) Ancaman utama tentera musuh nampaknya akan berkembang di pantai barat, di mana tentera British tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menghalang kemaraan mereka.
(c) Jaringan pengangkutan bagi pasukan Briged India ke-8 kini hanya terdiri dari satu landasan kereta api dengan sejumlah jambatan,yang berada dalam keadaan berbahaya, terutamanya mengambil kira kelebihan kekuatan udara pihak musuh.
(d) Dari sudut pandangan (c) di atas, dan memandangkan kekuatan tentera musuh di darat akan bertambah, kemungkinan tentera British akan kehilangan pasukan ini sekiranya mereka kekal di Kelantan.
Setelah memberi pertimbangan dengan sepenuhnya,Leftenan-Jeneral Percival memutuskan untuk mengundurkan pasukan Briged India ke-8 dari Kelantan sebaik sahaja gerabak kereta api dapat disediakan, dengan tujuan untuk mengekalkan kekuatan tentera mereka dan menumpukannya untuk pertempuran utama yang bakal berlaku di pantai barat. Keputusan ini diserahkan kepada Panglima Tertinggi Timur Jauh, Ketua Marsyal Udara Sir Brooke-Popham pada petang yang sama dan beliau telah bersetuju dengan keputusan ini. Arahan dikeluarkan dengan segera dan pemindahan lebihan kelengkapan mereka terus bermula.
Pada 12 Disember di Machang tentera musuh menjadi sangat aktif dan menyerang dengan kuat, tetapi pasukan 2/10th Baluch Regiment telah menyerang balas, bergelut dengan musuh dan mengenakan korban keatas mereka.
Pada 13 Disember pasukan 2/10th Baluch Regiment sekali lagi telah mengenakan korban keatas tentera musuh yang cuba untuk bergerak ke sebelah belakang mereka.
Selama beberapa hari berikutnya, pengunduran tentera British dilakukan secara teratur, tentera musuh terpaksa berjuang untuk merebut setiap kedudukan, dengan kerugian yang sedikit di pihak tentera British. Menjelang 16 Disember semua lebihan kelengkapan dan peralatan telah dipindahkan dan pengunduran tentera British dengan kereta api bermula. Pasukan 4/19th Hyderabad adalah pasukan pertama meninggalkan Kelantan supaya mereka dapat bergabung semula dengan briged asal mereka di pantai barat. Pada 19 Disember pasukan British berundur sepenuhnya dari stesen kereta api Kuala Krai.
Pasukan yang berada di belakang sekali berundur dari Kuala Krai dengan berjalan kaki setelah jambatan kereta api yang besar di selatan stesen itu dirobohkan. Hampir semua peralatan dan kenderaan, kecuali sekitar 80 buah kenderaan kerana tiada ruang di atas gerabak kereta api, telah berjaya dipindahkan. Pasukan pengawal belakang, dikenali sebagai 'Mac Force' yang dipimpin oleh Lt-Kol. McKellar telah ditinggalkan untuk mengawasi landasan kereta api dan mencegah jambatan kereta api yang dimusnahkan di baiki semula oleh tentera Jepun. Pasukan ini terdiri dari Pasukan Sukarelawan Pahang dan Rejimen Askar Melayu dan mereka telah menjalankan tugas ini dengan amat baik.
Setelah selesai pengunduran pada 22 Disember Briged Infantri India ke-8 telah berkumpul semula di Kuala Lipis / Jerantut kecuali pasukan 2/12th Frontier Force Regiment yang bergabung semula dengan briged asal mereka di Kuantan.
Angka korban yang dialami oleh tentera British dalam pertempuran di Kelantan adalah cukup besar tetapi tidak terlalu berat. Pengendalian operasi secara amnya dan terutama pengunduran tentera British dari Kelantan mencerminkan kebolehan Panglima Briged India ke-8, (Brigedir B.W. Key) dan para pengawainya.

26/12/2020

Jangan lupa jaga SOP

18/12/2020

Semoga arwah Tun Rahah ditempatkan bersama para syuhada , aamiin

14/12/2020

We are pleased to invite you to join a fully-funded course by HRDF under the PENJANA HRDF Initiative with course title *Entrepreneur Risk Management* organised by *Afif Training & Consultant*.

The details of the program as per below :

*Dates 😗
*17th December 2020 (Thursday)*
*18th December 2020 (Friday)*
*19th December 2020 (Saturday)*
*20th December 2020 (Sunday)*

*Duration of Program : 4 days*

*Time : 9.00am to 5.00pm*

*Venue : Signature Hotel, KL*

*Speaker : Dr. Devaraju Joseph*
DBA (Finance), MBA (Applied Finance & Investment) UKM, B.Soc.Sc.(Hons) (Econs) USM, IIA (USA), CMIIA, MMIM, MIMM, ERMA (UK) & PARIMA (S’pore)

🔸 Free meals are provided for the 4 days. All participants need to complete the 4 days training in order to receive the *certification of attendance* and *RM 100 allowance*.

*LIMITED SEATS*
*50 % OF THE SEATS ARE REGISTERED*

*WHO SHOULD ATTEND- MALAYSIANS.*
1. MANAGERS
2. EXECUTIVES
3. THOSE INTERESTED IN BUSINESS
4. THOSE AFFECTED BY THE CURRENT ECONOMIC CRISIS AND NOW LOOKING TO DO A BUSINESS
5. ENTERPRISING MALAYSIANS LOOKING TO BE FINANCIALLY INDEPENDENT
You do not have to be part of a company or an organisation to attend this course.
This course will be beneficial to all enterprising Malaysians.

*GRAB YOUR SEAT NOW !*

🔹All participants are required to confirm their attendance by *15th December 2020 (Tuesday)*.

Interested participants please fill up the following :

Name as per ic :
Ic No :
Tel No :
Position :
Organisation :

Fill up the above details completely and whatsapp to http://www.wasap.my/+60143603090 *(Ms. R**t)*
*(Whatsapp only 9am to 5pm)*

www.wasap.my

Persatuan Wanita Kelantan Malaysia

Persatuan Wanita Kelantan Malaysia (PEWATAN) yang telah di tubuhkan dalam tahun 2003 dengan tujuan mewujudkan kumpulan wanita Kelantan untuk membantu dan membuat program yang memberi manfaat kepada rakyat Kelantan khas nya aum wanita, untuk mencapai keadilan sosial dan ekonomi di kawasan Lembah Klang dan kawasan yang berdekatan. PEWATAN yang mempunyai aktiviti utama adalah organisasi yang bukan keuntungan diwujudkan untuk menerima dan mentadbir dana bagi tujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk berpendapatan rendah. Kami juga mengalu-alukan mana-mana individu wargenegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, perempuan, berbilang bangsa yang lahir di negeri Kelantan, ibu bapa asal negeri Kelantan atau suami berasal dari negeri Kelantan untuk menyertai Persatuan Wanita Kelantan Malaysia (PEWATAN) ini.

PEWATAN juga berbesar hati jika ada individu, syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan atau kementerian yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai atau lain-lain sumbangan kepada PEWATAN.

Untuk mendaftar sebagai ahli anda boleh muat turun borang keahlian di pautan di bawah ini :

https://drive.google.com/file/d/1Bkjo3mKbur3kmLVMJqvRNvtU1u2N2lzw/view?usp=sharing

Videos (show all)

Website

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00