Kongsi Jelaaa

Kongsi Jelaaa

saje2 je

08/10/2023

Assalamualaikum semua. Bukan nak viral sangat, tapi rasa terpanggil untuk kongsi kisah pakcik ni atas dasar tanggungjawab
dan ehsan sesama manusia.

Kami panggil pakcik ni pak long. Dia meniaga air kelapa sebelah nasi kukus kami. Pak long ni ada masalah jantung, boleh kata selalu jugak kena serangan jantung time tengah meniaga.

Sekarang pelanggan beliau kurang, kadang tak sampai 20 cawan sehari. Jadi atas dasar ehsan, untuk 100 terawal yang beli Nasi Kukus Kak Chiq hari ni (7/10/2023), korang boleh ambik 1 cawan air kelapa pak long. 100 cawan kami belanja dan support pak long.

Juga kami mohon hebahan warga sekitar untuk support bisnes air kelapa pak long. Beliau meniaga dekat sk taman jasmin kajang, korang cari khemah merah dan van putih. Harap korang sudi datang dan support beliau.

Lokasi : boleh waze restoran d'selera taman jasmin kajang. Gerai pak long berhadapan restoran ni.

Sumber: Anisya Huda

28/09/2023

Patut laa ramai yang nak beli Alza baru..harga pun tak mahal sangat tak murah sangat.

24/09/2023

Wahhh bestnya 😍😍😍

Photos from Kongsi Jelaaa's post 21/09/2023

Puak paling suci..Sendiri cipta , sendiri buat , bukan dekat malaysia 🤣
Salam RM 2 k denda 🤣

Sumber: Ameer Latif

Photos from Kongsi Jelaaa's post 08/04/2023

“Mama2, tengok ni Aydan lukis”, Aydan datang tunjuk lukisan dia dgn nada penuh keceriaan.

“Aydan lukis Mama Ayah ngan Aydan.. Ni Aydan tgh tidur”

“Comelnya… kenapa Aydan tidur, Mama ngan Ayah tak tidur?”

“Aydan tidur dulu… nnt mama ngan ayah tidur lah”

😭😭😭

“Kenapa tidur jauh sangat, bukan Aydan tidur tengah ke?”

Aydan hanya ketawa kecil.

“Kenapa takde kaki tangan ni?”

“Ish mama ni, ni yg macam baby pakai tulah mama… aydan jadi baby balik, hehe”

“Owh pakai bedung ye”

“Haaa”

Alllahu.. rupanya bukan kain bedung tapi kain kapan

😭😭😭😭😭

Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sebijik dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih.



Kredit : Wunny Amir (Ibu)

30/03/2023

Ramai Yang Bertanya Dan Saya Tak Mampu Nak Jawab Satu Persatu.

Saya Ceritakan Sedikit Di Sini Ya.

1- Ada Ketumbuhan Di Otak Sebesar 7 Ke 8 Cm.
2- Tak Pernah Ada Rasa Sakit Kepala Atau Apa² Yang Dikatakan Sebagai Sakit Dimana² Bahagian Anggota Tubuh.
3- Mula Buat Cek Doctor Sebab Rasa Ada kelainan Dengan Penglihatan.
4-Dapat Tahu Ada Tumor Di Otak Pada Isnin 20 Mac 2023 Dan Terus Buat Keputusan Nak Buang Pada Jumaat 24 Mac 2023 Iaitu Pada Hari Kedua Ramadhan.
5- Pembedahan Berjaya, Arwah Boleh Buka Mata Dan Bercakap Sikit² Dan Segalanya Stabil.
6- Pagi Isnin Sekitar 4.30 Pagi Ke 5 Pagi Ada Sedikit Ketidakstabilan Dan Terus Koma, Bernafas Menggunakan Mesin Dan Akhirnya Dijemput Pencipta Pada 29 Mac 2023 Iaitu Dihari Ke 7 Ramadhan.

Jadi Kalau Yang Kata Nampak Arwah Sihat Tak Nampak Macam Sakit Sebab Arwah Sentiasa Senyum, Itu Adalah Kuasa Allah. Walau Ada Ketulan Sebesar Bola Golf Di Otak Tapi Allah Tak Izinkan Arwah Rasa Apa Itu Kesakitan.

Allahuakhbar.
Allah Maha Besar.

Arwah Pergi Dibulan Mulia.

Pemergian Arwah Sebenarnya Dicemburui Ramai Kerana Hanya Insan Terpilih Sahaja Yang Akan Pergi Dibulan Ramadhan.

Buat Semua Yang Mengenali Arwah Mohon Doakan Yang Baik² Ya.

Secara Peribadi, Arwah Orangnya Sangat² Baik, Teramat Baik, Teramat Tenang Dan Kerana Dia Lah Saya Masuk Panggung Wayang Buat Pertama Kalinya Hanya Kerana Dia Ajak Teman Dia Layan DILWALE Yang Mana Seumur Hidup Saya, Tak Pernah Saya Masuk Panggung Wayang Semata² Nak Layan Hindustan.

Tapi Kerana Dia, Saya Yang Adik Ni Layankan Saja Dan Itulah Antara Kenangan Yang Akan Saya Kenang Sampai Bila².

Selamat Berehat Kakakku DS Norihan Ayob

InsyaAllah Ina Menyusul Kemudian.

⚘️⚘️⚘️⚘️⚘️

#

Kredit by Nur Farina Binti Abdullah

14/02/2023

Benda boleh gaduh buat apa nak bincang. 💪😘😋

Photos from Kongsi Jelaaa's post 14/02/2023

Perodua Axia 2023 secara rasminya dilancarkan hari ini, harga dijual bermula dengan RM38,600.

Merujuk info PanduLaju.com.my, terdapat empat varian yang ditawarkan iaitu G (RM38,600), X (RM40,000), SE (RM44,000) dan AV (RM49,500).

Sumber & gambar: PanduLaju.com.my

17/12/2022

Teruknya perkhidmatan hospital Jerteh ni doktor pun xda bleh plak dia suruh balik dlu kesian dkat pesakit. Sape penah ada pengalaman?

02/12/2022

[ Terkini ]

Datuk Seri Zahid Hamidi diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan kabinet kerajaan campuran PH-BN. Terbaik Malaysiaku.

24/11/2022

Tahniah rakyat Malaysia dapat perdana menteri berjiwa rakyat.

Esok minyak turun. 😋😘👏

19/11/2022

Buat apa tu bang lama betul. 🤔🤔🤔

10/11/2022

Pembayaran BKM Fasa 4 diawalkan mulai 15 November - Ismail Sabri Yaakob

Photos from Kongsi Jelaaa's post 10/11/2022

BKM FASA 4

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, bayaran BKM Fasa 4 tersebut boleh disemak mulai 15 November.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

08/11/2022

Allahu.. Peritnya hidup begini 😢

Tiga tahun lalu, wajah beliau tular dalam media sosial.

Mengapa? Mungkin ada yang masih ingat.

Nama beliau Abu Bakar.

Umurnya waktu itu adalah 70 tahun.

Kisahnya, pada tahun 1992, beliau tinggalkan isteri dan lima anaknya di Bangladesh untuk datang bekerja di Malaysia.

Anak-anaknya masih kecil ketika ditinggalkan, yang nombor lima umurnya baru enam bulan.

Abu Bakar tidak tahu berapa lama beliau akan berkelana mencari rezeki di sini.

Yang beliau tahu hanyalah untuk cari kerja dengan gaji lebih baik untuk tampung hidup keluarganya dan bebaskan mereka dari belenggu miskin.

Tidak beliau sedar, takdir telah tetapkan beliau akan bekerja selama 27 tahun berikutnya di bumi bertuah ini sebagai pekerja pencucian.

Sepanjang tempoh tersebut, Abu Bakar tidak pernah p**ang walaupun sekali.

Beliau bekerja hampir setiap hari.

Rutin hariannya sama setiap hari, bangun pagi, sarapan, pergi kerja, balik kerja, telefon keluarga dan berehat.

Rasa rindu kepada keluarga hanya dapat dilepaskan dengar mendengar suara mereka di telefon setiap hari.

Beliau hanya buat keputusan p**ang ke Bangladesh tiga tahun lalu dan pada waktu itu anak-anaknya sudah pun dewasa serta bekerja sebagai doktor, hakim dan jurutera.

Bayangkan, selama 27 tahun, beliau tidak berjumpa isteri dan anak-anaknya. Hanya suara jadi pengganti diri.

Selama itu jugalah Abu Bakar berkorban tidak dapat lihat anak-anaknya mula berjalan, bercakap, hantar mereka ke sekolah, hadiri hari s**an, teman mereka daftar masuk ke universiti dan yang paling sedih sekali, tidak dapat lihat anaknya langsungkan perkahwinan serta tidak dapat raikan kelahiran cucu pertamanya selepas itu.

Dan selama itu jugalah, isteri beliau seorang diri berkorban galas tanggungjawab bersendirian besarkan lima orang anak hingga mampu jadi orang yang berguna.

Kredit : Mazlan Mohamad

05/11/2022

Pancing apa tu bukan ada ikan pun kat situ? 🤔

03/11/2022

KASIH IBU

IBU tunggal Azimah Abd . Rahim , 37 , bersama anaknya Nurainul Zahirah Rashidi , 6 , yang cacat penglihatan menaiki motosikal ketika bekerja menghantar pesanan makanan di Jalan Pantai Murni , Kuala Lumpur , semalam . Azimah mengakui tiada pilihan selain terpaksa membawa anaknya bersama dari pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

Kredit: UTUSAN / FARIZ RUSADIO

Photos from Kongsi Jelaaa's post 01/11/2022

Tukang berdua dgn abah. Buat sikit2.. Hujung minggu buat.Kalau kita gaji kecil... Kita boleh buat sikit2... Kalau kita b*k duit tkpe..Beli je rumah. Sebab gaji kecil, sy pilih untuk buat sendiri.

Sebab tukang sendiri takde kemahiran...gini bentuk jadinya.. Hahaha.. Cuma bahagian bumbung upah org sbb tk pandai...

78kaki x 38 kaki

Pesanan.

Walau gaji kecil boleh buat rumah dengan membeli sikit2 barang setiap bulan.
Atas kehendak hati je.

Jauhi duit utk mekap kereta, buat motor dan sebagainya buat sementara sbb kita org susah. Dh ada tempat tinggal.. Ikut lah nk beli bulan bintang pun.

Sumber: Farid Rasid

29/10/2022

Jahatnya tergamak betul dia buat pakcik macam tu min tngk muka pakcik pun dah sayuuu. 😭😭😭😭

26/10/2022

Betul ke ni??

Sumber: iekaa Mustapha

25/10/2022

Suami isteri maut dalam konvoi motosikal, 4 anak yatim piatu sekelip mata.

Kemalangan berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong petang semalam berpunca daripada kereta Iswara keluar secara mengejut dari simpang kanan.

Ibu bapa mereka, Rosnah Ahmad (44) & Azranawi Radzi (42) maut selepas skuter Kymco ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kereta Iswara.

Anak arwah masih bersekolah. 3 lelaki seorang perempuan berusia 16,14,12 dan 7 tahun.

"Kalau boleh, kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak." - Ahli keluarga

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa. Semoga anak-anaknya kuat hadapi ujian ini. Al-Fatihah.

Sumber: Harian Metro

10/10/2022

PARLIMEN BUBARRR

Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pembubaran itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri membuat pengumuman itu menerusi sidang media secara langsung di seluruh negara menerusi siaran televisyen dan media pada jam 3 petang.

07/10/2022

Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima BKM RM2,500. - Tengku Zafrul

07/10/2022

📍Bajet 2023: Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima BKM RM2,500

📍Bajet 2023: Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000

📍Bajet 2023: Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak

📍Bajet 2023: Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan

Kredit: Bernama

02/10/2022

Berhati-hati bila berkata-kata…

“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”

1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.

Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.

"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."

"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"

Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...

Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...

Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...

"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."

Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...

Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...

Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...

"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"

Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...

Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"

"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"

"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.

Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.

Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...

padahal saya tahu makcik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan makcik..
saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."

Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...

Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..

Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...

Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....

So aku pun bangun dan gerak nak bla...

Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...

"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...

Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."

"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."

"Ni duit rm280 makcik nak p**ang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."

"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."


Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...

Kalau benci jangan benci sangat...
Kalau marah jangan matah sangat...
Kalau tak s**a jangan tak s**a sangat...

Bersederhanalah dalam setiap perkara...

Kredit : Fahmi Huzairi

29/09/2022

Makin banyak p**a berlaku kes culik di Malaysia. Takutnya 😞😞😞😞

27/09/2022

Lagi kes hilang duit dalam akaun bank.

Sekarang ni simpan duit dalam bank pun dah tak selamat.

"Nak menangis rase..nak tergelak pon ade nak down pon ade..sampai tinggal tu je kau kebass..kurang2 tinggal la kat aku rm50 ke rm20"😥

Sumber: Fairul Asni Hamzah

27/09/2022

Lagi kes hilang duit dalam akaun bank.

Sekarang ni simpan duit dalam bank pun dah tak selamat.

"Nak menangis rase..nak tergelak pon ade nak down pon ade..sampai tinggal tu je kau kebass..kurang2 tinggal la kat aku rm50 ke rm20"😥

Sumber: Fairul Asni Hamzah

16/09/2022

Pembayaran BKM Fasa 3 dan rayuan mulai 20 September.

i. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

ii. Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

iii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

iv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob

Photos from Kongsi Jelaaa's post 15/09/2022

‼️Selangor pertimbang isytihar Darurat Iklim, MB Selangor minta bersiap sedia!

Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim.

Dato Seri Amirudin Shari mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan (Oktober).

Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menyatakan fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

📸: Media Selangor

Videos (show all)

Wahhh bestnya 😍😍😍
Gaduh
Saya ulamm.
Pru15
Memancing
Culik
Lambung bayi

Website