Jus Naturo Bless Ikhtiar Gastrik Semula Jadi

Jus Naturo Bless Ikhtiar Gastrik Semula Jadi

Selamat datang ke Page Rawatan untuk Sembuh Gastrik dan Angin.

Insyaallah dengan cara ikhtiar melalui pengambilan Jus Naturo Bless, masalah Gastrik dan Angin dapat sembuh secara alami tanpa pengambilan ubat-ubatan hospital.

17/02/2022

Dalam post sebelum ini sudah diceritakan tentang angin dalam perut. Jadi kali ini, saya akan cerita tentang punca-punca angin dalam perut.

• Telan angin. Ini adalah proses yang paling biasa berlaku yang menjadi punca angin dalam badan. Waktu bila kita telan angin? Sewaktu kita makan pun kita akan tertelan angin sikit demi sedikit. Selain itu, mengunyah chewing gum, merokok dan makan dengan kadar yang cepat juga akan menyebabkan kita menelan angin dalam kuantiti yang berlebihan.
• Makan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang juga punca perut kembung.
• Sembelit. Sembelit juga salah satu punca yang menyebabkan perut kembung. Apabila sembelit, angin yang berlebihan dalam badan tidak dapat dikeluarkan dari badan secara normal. Hal ini akan menyebabkan perut kembung.
• Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Orang yang mempunyai masalah GERD juga akan selalu kembung perut. Untuk elakkan kembung disebabkan oleh GERD, kena elakkan makanan pedas dan masam, minuman berkarbonat dan lain-lain punca GERD.
• Haid. Perubahan hormone semasa dating ulan juga akan menjadi punca kembung.

Yang diatas ini yang kerap menjadi punca kembung perut. Selain dari punca-punca diatas, ada lagi punca lain yang kurang popular yang menjadi punca kembung. Contohnya infeksi, anxiety, cancer, Crohn’s disease dan lain-lain.

Cara-cara untuk atasi masalah angin dalam badan secara semulajadi akan diterangkan dalan post akan datang.
Stay tuned semua!

27/01/2022

Angin dalam badan ke angin dalam perut?

Sebenarnya adalah normal apabila perut kita berisi angin. Angin memasuki perut kita sedikit demi sedikit apabila kita minum air ataupun telan makanan. Angin juga terhasil dalam perut melalui proses pencernaan makanan. Kebiasaannya angin yang terkumpul dalam badan kita akan dikeluarkan melalui sendawa dan kentut.

Jadi apa yang tidak normal tentang angin ini?

Angin ini jadi punca masalah apabila ia berkumpul secara berlebihan dalam perut tanpa dapat dikeluarkan secara normal. Ramai dalam kalangan kita yang mempunya masalah angin berlebihan dalam perut.

Punca-punca angin berlebihan dalam perut dan solusinya akan diterangkan dalam post akan datang.

Stay tuned!

Website