Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N.71 Tanjung Batu
Kami dari ketua penerangan mengajak anda di luar sana utk menyertai kami di DUN TANJUNG BATU
21 JULAI 2024 | AHAD
Mesyuarat Cawangan Berkelompok Bahagian PGRS N71 Batu PDM Tanjung Batu Dan PDM Keramat 2024
Hari ini Ketua Bahagian PGRS N71 Tanjung Batu Ybrs Tuan Saharuddin Bin Salleh bersama Ketua Wanita Puan Sonang Binti Depawawo, Ketua Pemudah Sdr Muh Yuslin Bin usman dan Ketua Beliawanis PGRS N71 Tanjung Batu Saudari Liana Binti Rusli berserta barisan AJK Bahagian, AJK Pemuda & AJK Beliawanis hadir ke Perasmian Mesyuarat cawangan berkelompok Bahagian PGRS N71 Tanjung Batu, PDM Tanjung Batu Dan PDM Keramat.
Seterusnya Ketuan Penerangan Bahagian N71 Tanjung Batu Sdr Ismail Awang menerangkan cara-cara pengisian borang.
Selain itu Ketua Penerangan bahagian berkongsi sedikit sebanyak tentang hala tujuh Sabah Maju Jaya kepada semua ketua-ketua cawangan bahagian Tanjung Batu
Selamat bermesyuarat kepada Cawangan-Cawangan PGRS N71 Tanjung Batu.
Ini keadaan kebakaran di rumah depan SK Pasir Putih sekarang! Mari berdoa agar tiada sesiapa tercedera dalam kejadian ini. Siapa berdekatan boleh komen berkongsi situasi terkini di situ.
Apa agaknya sambutan Presiden Warisan, Shafie Apdal dan kuncu kuncunya tentang penilaian cemerlang RAM ke atas Sabah Development Bank Berhad (SD Bank) milik kerajaan negeri Sabah.
RAM adalah agensi antarabangsa yang menilai penarafan kredit satu satu negara setelah kestabilan dan dorongan yang diberikan oleh kerajaan.
Agensi terkemuka dan terbesar di Asia Tenggara ini, menjadi kayu ukur kepada para pelabur untuk melabur. Itulah pentingnya pemerintah negeri memastikan, agensi kewangan terus beroperasi, stabil dan berkemampuan.
Pelabur tidak hanya menilai pada sumber alam dan hubungan yang baik tapi antara yang utama, kemampuan bank tempatan yang menjalankan transaksi.
Nah kalau kepakaran dan kredibiliti RAM juga dipertikaikan oleh Shafie Apdal. Tidak tau lah, memang loyal buruk dan pakar ekonomi cabuk lah.
RAM Ratings affirms Sabah Development Bank’s AA1 ratings on firm commitment of support from state government
RAM Rating Services Berhad (RAM) pada 16 Julai 2024 telah mengesahkan penarafan AA1/Stable/P1 bagi instrumen hutang Sabah Development Bank Berhad (SDB). RAM adalah agensi penarafan kredit terkemuka dan terbesar di Asia Tenggara. Agensi ini menerbitkan penarafan kredit yang memberikan pandangan ke depan yang bebas berkenaan keupayaan penerbit untuk membayar balik obligasi kewangan.
Penarafan AA1 ini menunjukkan bahawa SDB mempunyai keupayaan yang kukuh untuk memenuhi obligasi kewangannya serta mampu bertahan terhadap sebarang perubahan keadaan, perubahan keadaan ekonomi dan/atau perubahan persekitaran operasi. Penarafan “Kukuh” (Stable) menggambarkan penjangkaan RAM bahawa penarafan jangka panjang tersebut akan kekal dan tidak berubah dalam jangka masa terdekat. Kertas Komersial (Commercial Papers) SDB juga disahkan sebagai P1, iaitu penarafan jangka pendek tertinggi yang diberikan oleh RAM, menunjukkan SDB mempunyai keupayaan yang kuat untuk memenuhi obligasi kewangan jangka pendek.
Dalam kenyaatan RAM, ia menyatakan “Penarafan dilanjutkan dengan menyandarkan kepada sokongan kuat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap SDB dan ke atas pinjaman kewangannya. Komitmen Kerajaan Negeri ini dinyatakan secara tegas kepada RAM dan pelabur-pelabur SDB. Kapasiti kewangan Kerajaan Sabah disokong oleh kedudukan fiskal yang kukuh dan rizab tunai.
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam satu kenyataan pada 12 Julai 2024 berkata, “Saya ingin mengesahkan sokongan Kerajaan Negeri kepada SDB pada masa-masa diperlukan, terutamanya komitmen kami untuk memastikan obligasi bon dan pembayaran balik dijaga sepenuhnya. SDB mencerminkan kedudukan kewangan Negeri dan SDB juga mempunyai peranan penting dalam pembangunan Negeri Sabah.”
RAM telah menyatakan bahawa, sejak mengambil alih tugas, pihak pengurusan baru telah memperkukuh tadbir urus dan penjaminan kredit Bank serta meningkatkan usaha pemulihan bagi aset-aset yang bermasalah.
SDB yakin bahawa dengan sokongan kuat dari Kerajaan Negeri dan kepimpinan baru yang berdisiplin, SDB mampu berubah menjadi sebuah Bank Pembangunan yang boleh dibanggakan oleh Negeri Sabah dan rakyatnya.
𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐡𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐁𝐀𝐈𝐊) 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 - 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐑𝐢𝐛𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚
Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
𝐏𝐨𝐫𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧
Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.
ℹ️𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧:
1️⃣ Surat beranak (Pemohon & ibu bapa)
2️⃣Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa)
3️⃣Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)
4️⃣Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
5️⃣dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.
𝘿𝘼𝙏𝙐𝙆 𝘼𝙍𝙄𝙁𝙄𝙉 𝘼𝙎𝙂𝘼𝙇𝙄, 𝙈𝘼𝙉𝙏𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙈𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐 𝙈𝙀𝙉𝙏𝙀𝙍𝙄 𝙆𝙀𝙋𝘼𝘿𝘼 𝘿𝙎𝙋 𝙎𝙃𝘼𝙁𝙄𝙀 𝘼𝙁𝘿𝘼𝙇 𝘿𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙉𝙏𝘼𝙉 𝘼𝘿𝙐𝙉 𝙎𝙀𝙆𝙊𝙉𝙂 𝙎𝙀𝙍𝙏𝘼𝙄 𝙋𝘼𝙍𝙏𝙄 𝙂𝘼𝙂𝘼𝙎𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙆𝙔𝘼𝙏 𝙎𝘼𝘽𝘼𝙃 (𝙋𝙂𝙍𝙎)
Telah mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Borang penyertaan keahlian telah disampaikan sendiri oleh beliau baru-baru ini kepada YAB Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor.
GEMPA bumi kuat 6.6 skala richter telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 10:13 pagi, 11 Julai 2024. Penduduk Sabah melaporkan turut merasai gegaran tersebut.
Koordinat : 6.1° Utara dan 123.3° Timur
Magnitud : 6.6
Jarak : 154km Tenggara dari Isabela City, Filipina
Kedalaman : 632 km
MET Malaysia melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: MET Malaysia
Info terkini:
"Semua Kakitangan kerajaan yang berpusat di Wisma Persekutuan Tawau ( Tawau Federal ) di arahkan untuk turun mengosongkan bangunan Federal ekoran berlaku gegaran . Dijangka akan kembali beroperasi selepas pukul 2 petang untuk memberi ruang pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Tawau membuat inspection dan memastikan keadaan Selamat." Encik Ahmad Taufiq (Jabatan Perangkaan Tawau)
Semoga Tawau dijauhkan dari segala bencana.
𝙔𝘼𝘽 𝙆𝙀𝙏𝙐𝘼 𝙈𝙀𝙉𝙏𝙀𝙍𝙄 𝙎𝘼𝘽𝘼𝙃, 𝙔𝘽 𝘿𝘼𝙏𝙐𝙆 𝙎𝙀𝙍𝙄 𝙋𝘼𝙉𝙂𝙇𝙄𝙈𝘼 𝙃𝘼𝙅𝙄 𝙃𝘼𝙅𝙄𝙅𝙄 𝘽𝙄𝙉 𝙃𝘼𝙅𝙄 𝙉𝙊𝙊𝙍
𝙈𝙀𝙉𝙔𝘼𝙏𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙋𝘼𝙎𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙏𝙐𝙂𝘼𝙎 𝙆𝙃𝘼𝙎 𝙋𝙀𝙍𝘾𝙀𝙋𝘼𝙏 𝘼𝙂𝙀𝙉𝘿𝘼 𝙉𝙊𝙆𝙏𝘼𝙃 𝙈𝙄𝙎𝙆𝙄𝙉 𝙏𝙀𝙂𝘼𝙍 𝘿𝙄 𝙎𝘼𝘽𝘼𝙃
Bagi mempercepatkan agenda menoktahkan miskin tegar di negeri ini, kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) bersama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sabah menubuhkan pasukan petugas khas (Special Task Force).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, langkah itu juga sebagai komitmen kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu kemiskinan tegar di Sabah.
𝙈𝙀𝙉𝙏𝙀𝙍𝙄 𝙆𝙀𝙒𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙉𝙀𝙂𝙀𝙍𝙄, 𝙔𝘽 𝘿𝘼𝙏𝙐𝙆 𝙎𝙀𝙍𝙄 𝙋𝘼𝙉𝙂𝙇𝙄𝙈𝘼 𝙈𝘼𝙎𝙄𝘿𝙄 𝙈𝘼𝙉𝙅𝙐𝙉 𝙈𝙀𝙈𝘽𝘼𝙇𝘼𝙎 𝙏𝙐𝘿𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙏𝙐𝘼 𝙋𝙀𝙈𝘽𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙉𝙂
Selepas ketua pembangkang ADUN Senallang menyamakan Operasi SIP dengan SMJ Energy dengan 1MDB.
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata perbezaan SMJ Energy dengan 1MDB seperti langit dan bumi.
“1MDB duit dikeluarkan tapi duit dicuri. Adakah kita mencuri RM900 juta itu? Tidak, kerana semua bank mengesahkan bahawa mereka menerima pembayaran kami. SMJ Energy membantu kerana ia mempunyai kaitan dengan kekuatan kewangan kerajaan negeri."
“Yang Berhormat kata SDB patut bantu, tapi SMJE p**a tidak boleh bantu?” tanya Masidi yang turut mendedahkan bahawa SMJ Energy baru sahaja mengisytiharkan keuntungan diauditnya berjumlah RM259 juta. “Jangan risau kami bukan 1MDB,” tegas Masidi lagi.
[10 Julai 2024, Rabu] MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH YANG KE-16 [10 Julai 2024, Rabu] MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH YANG KE-16🕘 10:00 Pagi📆 10 Julai 2024 (Rabu)📍 Dewan Undangan Negeri Sabah
Kerajaan negeri tolak tuduhan tidak berasas, tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas sebaran maklumat palsu – Masidi - Penerangan Gagasan Rakyat Kerajaan negeri tolak tuduhan tidak berasas, tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas... Penerangan Gagasan Rakyat - KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dengan tegas menolak tuduhan tidak berasas yang cuba mengaitkan aktiviti pengump**an dana SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) baru-baru ini dengan skandal 1MDB.
Ia diluluskan sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas dibahas wakil kerajaan dan pembangkang bermula tengah hari tadi hingga petang ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kami dengan sukacitanya ingin memberikan anda e-book percuma bertajuk "Tips & Tricks Mencari Pekerjaan" khas untuk anda.
Ini adalah usaha kecil kami untuk membantu para pejuang pekerjaan di luar sana dalam mencari peluang pekerjaan yang sesuai dan mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.
Di dalam e-book ini, anda akan menemui pelbagai panduan, strategi, dan tips praktikal yang dapat membantu anda menonjol dalam pasaran pekerjaan yang kompetitif.
Kami berharap e-book ini dapat menjadi sumber yang berguna bagi anda dan memberi inspirasi serta motivasi dalam pencarian kerja anda.
Jangan ragu untuk berkongsi e-book ini kepada individu lain yang mungkin memerlukan bantuan dan panduan dalam mencari pekerjaan.
Bersama-sama, kita dapat membantu lebih ramai orang mencapai matlamat kerjaya mereka.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti kami. Kami berharap yang terbaik untuk anda dalam usaha mencari pekerjaan yang sesuai.
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan atau ingin mendapatkan tips terkini tentang dunia pekerjaan, jangan lupa untuk melayari www.portalkerjaya.com
Selamat maju jaya dan semoga berjaya!
Pasukan Portal Kerjaya
Portal Kerjaya - Gerbang Kerjaya Anda Gerbang Kerjaya Anda
Salam Maal Hijrah 1446H.
Moga tahun ini lebih daripada tahun sebelumnya.
Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru, Insya-Allah. 🤲🏻💪🏻🫶🏻
08 JULAI 2024 | ISNIN
ketua Penerangan PGRS N71 Tanjung Batu Tuan Ismail Awang hadir bersama-sama Ketua-ketua Penerangan 3 Sayap Bahagian Wanita, Pergerakan Pemuda dan Beliawanis PGRS N71 Tanjung Batu bagi Program Penerangan Isu-isu Semasa Anjuran Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diadakan Di Sabah international Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.
Program ini telah dirasmikan Oleh YB Datu Sri Panglima Masidi Manjun yang merupakan Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah dan seterusnya telah Disempurnakan Oleh: Y.A.B Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah Merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah diatas penganjuran ini yang mana Program ini telah dihadiri oleh Ketua-ketua Penerangan PGRS dari 73 Bahagian dari seluruh Negeri Sabah. Sememangnya Program ini amat baik dan penting dalam memantapkan serta memperkuatkan lagi Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Saharuddin Bin Hj Salleh Adun N71 Tanjung Batu merangkap ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Dun Tanjung Batu diatas dorongan, sokongan serta sumbangan yang diberikan kepada Ketua-ketua Penerangan Bahagian PGRS N71 Tanjung Batu untuk hadir ke Program ini.
Diharapkan program ini dapat memperkasakan minda dan semangat kita untuk terus bersatu padu dalam memperjuangkan Parti Gagasan Rakyat dan seterusnya membangunkan Negeri Sabah serta membela nasib rakyat secara keseluruhannya.
21 Jan 2024
Perlawanan Bola Tampar Lelaki akan berlansung sebentar lagi Pertemua antara pasukan Venom vs Kava. Dan sesi bergambar bersama ketua Pemuda dan AJK2 Pemuda PGRS
Persiapan pertandingan bola tampar terbuka tawau anjuran PGRS N71 TG BATU. Bertempat di kompleks sukan tawau.
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA TAWAU ANJURAN BERSAMA WANITA PEMUDA DAN BELIAWANIS PGRS BAHAGIAN TG BATU DAN IK4U YANG AKAN DI ADAKAN DI KOMPLEKS SUKAN TAWAU BERTARIKH
20-21 JAN 2024.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN
PUAN SALMIAH DAHRI
(016-252 3908)
13 JAN 2024 - Sabtu
Alhamdulillah perjumpaan Bersama Ketua Pemuda PGRS Tg Batu sdr Muh Yuslin Bin Osman mengenai program Bola tampar terbuka untuk area tawau yang akan di anjurkan oleh Pemuda, Wanita Dan Belia wanis Pgrs Tg batu N71.