Amer penang style

Amer penang style

kami ada jual char koey toew, koey kerang, nasi goreng udang,mee goreng udang, koey teow, mee, bihu

29/11/2022
29/11/2022
15/11/2022

RESEPI BABY CAKOI SOS PANDAN KASTARD

BAHAN BAHAN

Doh Baby Cakoi

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam

Cara-Cara
1. masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
2. masukkan tepung dan garam
3. rehatkan doh selama 30 minit
4. selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
5. sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing

Sos Pandan Kastard

18 gm tepung gandum
35gm gula halus
150 santan KARA
70 gm air
1 biji kuning telur
1 tsp perisa pandan
1 tsp pewarna pandan

Cara-cara

1. masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut
2. masukkan tepung ( gaul hingga rata )
3. panaskan santan dan air hingga mendidih
4. campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
5. masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
6. masak diatas api hingga pekat

Sumber : Siti Khadijah

15/11/2022
15/10/2022

PETUA SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal

Cara buat ikut urutan:

( kisar kasar bahan2 )
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu😘

Kredit : Nurulain Insyirah

Photos from Resepi Viral's post 15/10/2022
Photos from Resepi Thai Seafood's post 15/10/2022
14/10/2022
13/10/2022

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI 😍😍
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Siap!
Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Kredit: Salimah Olie

Photos from Pertanian Satu Perniagaan's post 13/10/2022
13/10/2022
13/10/2022

RESEPI Apam Balik Sedap & Gebu β€οΈπŸ˜‹

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
Β½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1Β½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur:
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin

Cara-cara
Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

Kredit Azie Kitchen

13/10/2022
13/10/2022

IKan bakar merecik:
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Ikan segar yg sudah dibersih ( saya guna siakap )
πŸŽπŸŽπŸ“πŸ“πŸ³πŸ³
Bahan sambal:-
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Bhn kisar A:-
β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Semangkuk cili kering
2 btg cili segar
2 labu bwg merah besar
5 ulas bwg putih
2 btg serai
Seinci halia
Sekeping kecil belacan bakar
Seinci kunyit segar

Bhn kisar B:-
β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Sepotong nenas

Bhn C:-
β€”β€”β€”β€”
5 biji limau kasturi- perah airnya sahaja
2 tb pes asam jawa
1 buku mini gula melaka (50g )
3 tb cili sos
3 tb gula pasir
Garam
Serbuk perasa jika s**a
Minyak utk menumis. - cili kering dipotong serong dan direbus dahulu. - Kisar bhn A. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn A sehingga pecah minyak. - Masukkan bhn kisar B.
- Masukkan bhn C dan masak seketika sehingga sambal agak pekat. - Periksa dulu sambal kita .. dah cukup rasa masam manis dan masinnya. - Dah siap, bole lumur kat ikan dan panggang la ikan kita 20-30 min atau hingga masak. ( saya panggang dlm turbo roaster 20 min aje )
- - Sambal ini akan terasa sedikit menyengat masamnya dan manisnya.. garam secukup rasa., mesti lebih masin sedikit dr sambal biasa kerana kandungan asid dr nenas dan limau. Tp nnti.. bila kita panggang dgn ikan.. bila dah siap.. sambal tu dan2 elok garamnya.. ( sebab ikan kita tawar.. jgn digaram)
- Sesuai utk sebarang mknn laut lain utk dipanggang.. mahupun sebagai sos pencicah.. tersangat la sedapnyerrr.. ini lah rahsia sos yg sama sekali tidak akan dikongsi oleh mana2 kedai ikan bakar yg terlajak sedap tu. Percaya lah.. lepas anda mencuba buat sendiri sambal ikan bakar merecik ni.. anda akan tahu nikmatnya ikan bakar dr dapur anda sendiri.. selamat mencuba.

Kredit to owner

13/10/2022

sate ayam (anggaran 130 cucuk)

Bahan-bahan
- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat
- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate
terbakar semasa dibakar hehhehe
- 25 sudu gula pasir
- 2 sudu garam

Bahan disangai
2sudu jintan putih
3sudu jintan manis
8sudu ketumbar
Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.

Bahan-Bahan kisar
4ulas bawang kecik
8 ulas bawang putih
serai 3 batang
halia
kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)
lengkuas
bahan yang disangai
air secukupnya
Mas**an semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus

sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong mas**an garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n mas**an didalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.

selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu mas**an dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe

sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam
kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak.

13/10/2022

Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.
Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa2 selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.
Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.
Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak kelaur modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.
Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.
Bahan kisar :
1. 3 inci halia
2. 3 inci lengkuas
3. 12 biji bawang merah
4. 1 setengah bawang holland
5. 4 batang serai besar
6. 2 sudu kecil udang kering
7. 3 biji cili merah besar
8. 4 helai daun limau purut
9. 6-10 cili kering
Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betol2 lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang 'umphh' orang kata.
Bahan tambahan
1. 5 sudu cili kisar
2. 2 keping asam keping
3. 1 sudu kecil gula melaka
4. Gula putih
5. Garam
6. Penambah perisa (Knorr)
7. Sedikit minyak
Cara penyediaan pes
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
2. Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. πŸ€—
Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi
1. Siang ikan dan basuh betol2. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan pulak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.
2. Sediakan daun pisang besar2. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
3. Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil2 tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang. Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.
Puan2 boleh cuba ye. Nanti saya akan share lagi resepi lain yang boleh memikat selera puan puan semua. πŸ₯°
Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)

13/10/2022
13/10/2022

Sekarang orang semua pakat buat Lotus Biscoff Cheesecake. Kita pun nak try lah buat, senang je rupanya. Takperlu bakar langsung. Sedap sangattttt rasa dia 😍😍😍😍😍

BAHAN2
400g cream cheese
1 sudu kecil essence vanilla
125ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
90g butter
200g lotus biscoff spread
15keping lotus biscoff biscuit

CARA2
- Base Cake
1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble.
2. Cairkan butter atas dapur, masukkn lotus biscuit yg dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan2 utk jadikan base.

- Bahagian tengah2 (cheese)
4. Mix cream cheese + essence vanilla + 2sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
5. Bekas lain, mix whipping cream + 2sudu besar gula icing sampai kembang.
6. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi.
7. Tuang adunan tu atas base.

-Topping
8. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek.
9. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok πŸ˜‚.

Senanggggggg kan?
Jiha buat dalam bekas kecik2, 1 adunan ni dapat 6 bekas.

Btwwww, jiha baru start jual lotus biscoff biscuit tu, kalau nak buat kek ni, boleh lah beli, tapiiiiii makan biscuit ni macam biasa pun dah sedap sangat tauuu. Ngap ngap tiba2 dah habis πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

kredit: jiha jihah

13/10/2022
13/10/2022

🌺Resepi lontong🌺

Bahan A

Bawang merah 7 ulas
Serai 2 batang
Lengkuas 2hiris nipis
Halia 2 hiris nipis
Udang kering 2sb
Ikan bilis segenggam
Buah keras 1bjik
Kunyit hidup besar ibu jari
( Blend semua bahan diatas )

-udang segar
-kobis
-kcg pjg
-carrot
-kentang
-soohun & fucuk
-bhn perasa
-santan kotak

CaraΒ²
-blend hncur bahan A ...satukan dlm periuk bersama santan & air ...didihkan dan masuk sayuran yg keras dhulu...kentang & carrot ...perasakan...masukkan baki sayuran yg lain & udang ....agak lembut sayur blh ttp api ...

🌺Sambal bilis 🌺

-bawang besar 3bjik
-bwg besar 1bjik mayang
-cili kering siap blend 3 senduk nasi
-daun pandan
-ikan bilis 2 genggam
-air asam jawa ckit
-garam gula

CaraΒ²
-panaskan minyak...tumis bawang yg dh siap blend dan mayang bersama daun pandan ... Warna agak kekuningan masuk cili blend ,gula dan air asam
-tumis Smpai bertukar warna...masukkan ikan bilis dan perasakan garam gula....siap ...

🌺Bahan lain 🌺
-nasi impit
-telor rebus

Kredit: Fatimah Saari

12/10/2022
12/10/2022
12/10/2022

Ayam bakar is doneee ❀️

Resepi:
Madu
Bwg putih tumbuk
Halia tumbuk
Lada hitam tumbuk
Sos bbq
Sos tiram
Sos manis abc
Kicap cap udang
Serbuk cili/paprika
Minyak bijan 1 sudu
Minyak jgung / butter 1 sudu
Kaedah : oven , panaskan oven 250 Β°c selama 15 minit , baru masukkan ayam, suhu 170Β°c 45 minit atau hingga masak
NOTA: pada minit ke 30 ..angkat ayam & salutkan semula dengan sisa perapan dan sambung masak ayam 😍
Tips : sebelum perap pastikan ayam xberair

kredit: siti fatimah

12/10/2022

Ni namanya DagingMasakRempah..bukan gulai daging tau..jauh bezanya na..mai kami bagi resepi kat ampa..


Resepi..
Daging..potong tebal skit n lebar
Rempah kari daging..
Serai..ketuk
Air asam jawa..
Kicap..
4 sekawan..
Skit gula..
Garam n sebok perisa..
Daun kari..
Minyak masak..

BahanBlend..
Bawang besar..
Bawang putih..
Halia..

BahanHiasan..
Tomato..belah 4
Cili hijau..
Bawang besar..hiris tebal

Caranya..
Masukkan daging dalam kuali pastu tuang bahan blend rempah serai daun kari 4sekawan minyak n air skit..masak sampai daging empuk..bila daging dah empuk tuang kicap air asam jawa gula garam n sebok perisa..bila kuah dah pekat elok dah boleh boh bahan hiasan td..kacau2 siap untuk dihidang❀

Kredit resepi, Masni Bahari

Website

Opening Hours

Monday 16:00 - 01:00
Tuesday 16:00 - 01:00
Wednesday 16:00 - 01:00
Thursday 16:00 - 01:00
Saturday 16:00 - 01:00
Sunday 16:00 - 01:00