Anak Hebat
Ibu bapa berjaya, Anak cemerlang
Anak menangis nak telefon, jangan terus bagi !
Bahaya, jika terus bagi sampai bila-bila la anak akan guna taktik yang sama.
Ini sebabnya.
Apabila anak menangis dan kita terus bagi apa saja dia nak, itu dah menjadi satu reward bagi dia.
Tanpa sedar kita reward kelakuan buruk & tanpa sedar kita dah mengalakkan dia terus berkelakuan buruk. Haih...
Paling bahaya lagi, kita galakkan p**a dia layan Screen Addiction dia tu. Aduh..
Faham, kalau tak bagi nanti anak akan terus menerus merengek dan meronta. Tak keruan hidup jadinya.
Cuba kaedah ni, simple tapi berkesan insyaAllah.
1 - ketika anak menangis, pastikan diri sendiri tenang mental, emosi dan fizikal.
2 - setuju dulu, “Ibu boleh bagi adik telefon”
3 - letak syarat yang berkonsep Positive Behaviour Correction
“Tapi adik kena berhenti menangis dulu, betul nak telefon ni?”
4 - bila dia dah berhenti menangis, tunaikan la janji beri dia telefon. Itu la Positive Behaviour Correction.
Lama kelamaan anak akan belajar bahawa jika dia menangis dia tak akan dapat apa dia nak.
Dan lepas tu baru la kita ikhtiar p**a untuk kurangkan Screen Addiction anak kita.
Mula-mula betulkan behaviour dia.
Lepas tu baru boleh betulkan habit dia.
Tak boleh nak betulkan semua serentak, kita stress anak pun depress nanti.
Cuba dulu tips ni, mana tahu berkesan. Jika Allah izin, semua boleh jadi.
Kredit : Mohd Fhais Salim