Fard Takaful

Fard Takaful

Membantu client dalam process permohonan tafakul dan process membuat tuntutan takaful.

25/04/2022

Kalau tak percaya yang Takaful ni betul2 real boleh tanya pada balu2 yg anda kenal.

Pasti mereka akan jawap Hibah Takaful sangat penting!!

25/04/2022

[2 YEARS CONTESTABLE PERIOD]

Assalamualaikum, izinkan saya meluahkan perasaan saya disini selaku agent Takaful yang siang dan malamnya tidak pernah berganjak daripada menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai untuk bersegera mengambil Medical Card.

Baru-baru ini client saya ditakdirkan Allah muntah-muntah darah selepas pulang bermandi dari sungai. Client ni ambil Medical Card dengan saya pada bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah masuk bulan Januari ini, sudah lepas tempoh matang yang membolehkan Guarantee Letter (GL) keluar sekiranya didapati perlu warded.

Hasil diagnosis pertama di sebuah hospital mendapati beliau terkena Pneumonia. Hasil diagnosis kedua dari hospital yang lain mendapati beliau suspect Tuberculosis (TB).

Maka, doctor mengarahkan client saya untuk warded di dalam isolation room. Ia adalah standard Procedure utk pihak hospital mendapatkan dahulu pengesahan/kelulusan Guarantee Letter dari pihak insurance sebelum client boleh untuk warded.

Setelah menunggu, saya telah mendapat panggilan dari pihak underwriter memaklumkan GL client saya tidak dapat diluluskan. Sebagai seorang agent, ini adalah moment yang paling saya tak nak dengar . Emosi saya bercampur baur , sempat saya berbebel panjang dengan pihak underwriter, namun setelah diterangkan, saya akur akan keadaan ini.

Kenapa GL tersebut tidak dapat diluluskan? Kerana semasa client saya suspect with TB, beliau baru mengambil Medical Card selama 4 bulan lebih. Pihak underwriter maklumkan pada saya TB biasanya tidak akan muncul secara tiba-tiba. Kebiasaannya symptom TB telah wujud selama 6 bulan di dalam badan sebelum diagnosis mendapati seseorang terkena TB. Jika dikira, underwriter suspect, 2 bulan sebelum ambil Medical Card, client saya sebenarnya sudah ada symptom TB. Maka, atas alasan itu, GL tidak dapat diluluskan, dan pilihan yang ada adalah Paid & Claim subject to Investigation. Maksudnya, jika didapati tidak wujud TB atau TB benar-benar baru wujud, maka kos hospitalisation boleh dituntut semula.

Tapi bukankah polisi telah lebih 120 hari dan sepatutnya tiada masalah untuk dapat GL?

Ya, tolong screenshot explanation saya supaya anda tidak akan terlupa selepas ini. Selepas 120 hari polisi berkuatkuasa, maka GL sudah boleh dikeluarkan oleh pihak Insurance tetapi tertakluk kepada 2 tahun Contestable Period. Maksudnya, GL belum Guaranteed keluar kerana sekiranya ada apa-apa penyakit dicurigai kewujudan dan kehadirannya, maka pihak Insurance berhak utk Decline GL, kemudian membuat siasatan sekiranya wujud claim dari client. Contestable Period ini adalah rules yang terpakai kepada semua Insurance/Takaful Kesihatan yang berada di Malaysia. Jadi, tolong faham bahawa kewujudan Contestable Period ini bukanlah rekaan polisi PruBSN, tetapi ia adalah rules yang terpakai kepada semua insurance/takaful.

So, dalam isu client saya, sudah tentu beliau marah dan tidak berpuas hati kepada saya. Tapi saya faham keadaan beliau. Sakit, penat bercampur emosi.

Saya ingatkan balik, sebenarnya setiap kali saya present sy akan ingatkan bahawa insurance ada 2 tahun contestable period. So in any event, dalam tempoh 2 tahun pertama, sekiranya GL tidak diluluskan, jangan lah kata ejen tak terangkan atau tak inform. Tidak ada penyakit yang tersenarai dalam Contestable Period. Ia adalah bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja terutamanya apabila melibatkan sakit-sakit yang Major, darah, dan sakit kritikal.

Pesan saya, kita tak perlu salahkan mana-mana pihak. Sebab itu, ambillah Medical Card seawal yang mungkin. Jangan ditangguh tangguh. Bayangkan anda tangguh punya tangguh, tahu-tahu dah 2 tahun bertangguh. Dalam tempoh tersebut takde satu penyakit pun yang anda kena. Tiba-tiba selepas dua tahun baru nak ambil Medical Card. Takdir Allah kamu terkena sakit kritikal, tiba-tiba permohonan GL kamu tak lepas kerana tertakluk kepada 2 tahun Contestable Period. Dalam keadaan ini, nak salahkan siapa? Agent, insurance atau diri sendiri? Kalaulah dua tahun lepas kamu ambil Medical Card, pasti masalah mcm ni x berlaku.

Pokok pangkalnya, ambillah Medical Card segera.

Saya harap, perkongsian saya ini dapat menyuntik kesedaran kepada rakan-rakan dan client saya yang membacanya. Bukan niat saya nak menakutkan anda. Sungguh ini bukanlah selling point saya. Tapi sebagai Agent, duty saya untuk beritahu anda situasi sebenar yang berlaku di luar sana.

Buat yang berkemampuan, kalau anda rasa tidak ada sebab untuk bertangguh, usahlah bertangguh. Setidak-tidaknya, mulakanlah Medical Card dengan Plan yang paling basic dan murah. Kelak jika bertambah income, tambahlah benefits dan upgrade lah policy anda.

Credits: Naim Fital

25/04/2022

Tinggalkan RM350,000 kepada keluarga dengan hanya RM114*/Bulan

Kalau kumpul sendiri perlukan 3071 bulan untuk cukup RM350,000
Mana yg ok? 🖋

Potensi Cash value dalam 20tahun pun ada 30k.

Website