Gerobok Kitab

Gerobok Kitab

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gerobok Kitab, Book shop, .

27/01/2023
27/01/2023

MANFAAT SURAH AL KAHFI
-----------------------------------

Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur’an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua.

Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat p**a beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.

Surah al-Kahfi ini sangat digalakkan oleh Islam untuk dibaca sebagai amalan pada setiap hari Jumaat. Tujuan amalan itu ialah memberi nilai tambah kepada umat Islam selain dijadikan bimbingan dan panduan dalam kehidupan seharian.

Surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar tetapi membuktikan bahawa setiap yang dicatat dalam al-Quran itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran.

Nur Dari Gua menerangkan mengenai intipati surah al-Kahfi yang menceritakan tentang fitnah atau ujian yang sangat besar serta dahsyat di sebalik empat buah kisah utama.

Cerita utama yang dikisahkan dalam surah tersebut ialah kisah penghuni gua, si pemilik kebun, Nabi Musa dan Khidir serta kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj. Empat kisah itu mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.

MESEJ UTAMA SURAH INI

Sambung di komen .. 👇👇

20/01/2023

TIPS MUDAH BACA AL KAHFI

Photos from I'm Muslim's post 18/01/2023
Photos from Gerobok Kitab's post 18/01/2023

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :
1. Ada yang hanya menggantung gambar ibu bapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.
2. Ada yang s**a simpan barang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.
3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.
4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.
Sebenarnya bukan itu yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan.
Semasa mereka berada di alam barzakh, ada yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibu bapa kita. Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari kita anak-anak mereka.
Antara yang mereka perlukan, ialah :
1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
2. Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.
Pahala bacaan surah Al-Fatihah yang disedekahan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa.
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah atau harta dunia.
Yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka.
Ingatlah, hari ini kita sebagai anak, esok lusa apabila kita mati amalan yang sama kita harapkan daripada anak-anak
CnP

Ingin tahu berkenaan Ya'juj dan Ma'juj 👇👇
https://is.gd/pqZyFN
https://is.gd/pqZyFN

EPS 2 | CIRI HUSNUL KHOTIMAH? AKHIR HIDUP YANG BAIK #CATATANUMMA 16/01/2023

Dapatkan ilmu untuk berniaga di TikTok

https://is.gd/LAbiC9
https://is.gd/LAbiC9

EPS 2 | CIRI HUSNUL KHOTIMAH? AKHIR HIDUP YANG BAIK #CATATANUMMA Sahabat yang mau melihat ceramah Umma Oki Setiana Dewi bisa di .For da’wahchannel youtube :https://www.youtube.com/channel/UC5NfojASxlqmZ8vq0Db5mBginstagram ...

SMOKEY +AB on TikTok 15/01/2023

صلى الله على سيدنا محمد

SMOKEY +AB on TikTok Reply to Ketika Sultan Abdul Hamid Han ada hutang.

Photos from Gerobok Kitab's post 27/08/2022
19/04/2022

SEJARAH BERLAKU PERANG BADAR

Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar al-Kubra.

Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.

Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota yang diketuai oleh Rasulullah SAW berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.

Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

19/04/2022

Assalamualaikum wbt.


Jadikan Al Quran sebagai sahabat terbaikmu. Semakin lama kamu menghabiskan waktu bersama Alquran, ia akan semakin menghormatimu, memberitahumu rahsianya dan mengangkat derajatmu.

Al Quran adalah kitab suci yang selayaknya kita harus selalu mengkaji, mendalami, mentadabburi, dan mengamalkannya. Oleh kerana itu jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidupmu.

#🕌 SALAM NUZUL AL-QURAN 1443H

15/04/2022

💌 MARHABAN YA RAMADHAN

Assalammualaikum.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H kepada seluruh umat Islam.
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua selalu & kita sentiasa bersemangat menjalani hari-hari bersama Ramadhan Kareem ❤️

Surah Al-Mulk bacaan Mishari Al Afasy_Dengan Tafsir B.Melayu dan Ejaan Rumi 01/04/2022

Surah Al-Mulk bacaan Mishari Al Afasy_Dengan Tafsir B.Melayu dan Ejaan Rumi ✨ PROJEK WAKAF AL QURAN 2021/2022Klik Sini ➤➤ https://adjemz.com/ProjekWakafQuran✨ KELEBIHAN & PANDUAN MENGHAFAL SURAH AL MULKKlik Sini ➤➤ https://adjemz.c...

Surat Ar Rahman merdu || Muzammil Hasballah 27/11/2021

Surat Ar Rahman merdu || Muzammil Hasballah Surat Ar Rahman merupakan surat ke 55 dari Al Quran yang terdiri dari 78 ayat.

25/11/2021
Surah Al Waqiah Membuatmu Menangis 23/11/2021

Surah Al Waqiah Membuatmu Menangis Al Qur'an Merdu Surah Al Waaqi'ah Membuatmu Menangis Zain Abu Kautsar

Website