Kak Rubee catering

Kak Rubee catering

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kak Rubee catering, Kitchen/Cooking, .

18/07/2024

Alhamdulillah hari ni pagi pagi lepas subuh terima kunjungan dari mesjid Batu Hampar dan Mesjid Padang Midin Terengganu seramai 40 orang datang melawat Mesjid At Taqwa Bertam Indah Seberang Perai Utara Pulau Pinang...terima kasih kerana sudi datang, Kak Rubee Catering menyediakan nasi lemak , daging goreng kicap, telur rebus timun dan sambal berserta kuih dan teh tarik, esok jangan lupa nasi mendy Jumaat untuk para pelanggan setia kak Rubee waktu macam biasa 11.00 pagi hingga 3.50 petang.

Photos from Kak Rubee catering's post 03/07/2024

Alhamdulillah malam ni dapat berehat setelah siang tadi berhempas p**as bersama keluarga dalam 5 orang masak mee goreng untuk 800 pack tempahan dari sekolah menengah Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang. Syukur atas rezeki mu ya Allah...

Photos from Kak Rubee catering's post 08/05/2024

Alhamdulillah hari ini dapat balik kampung beristirahat setelah sebulan memasak untuk tempahan ada jamuan raya dan ada majlis kenduri kahwin setiap minggu selepas Syawal, pagi ini pekena roti canai dan bihun kuah laksa di kg carik S***n Baling, tenang rasa hati balik berehat di rumah kampung yang tiada banyak barang hanya sedikit barang keperluan peribadi dengan pemandangan yg menghijau eawah padi gunung dan sungai yg mengalir tenang..

Photos from Kak Rubee catering's post 26/04/2024

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokaatu hari ni Cafe kak Rubee catering buka macam biasa ya, lokasi berhadapan dengan At Taqwa Inn Taman Bertam Indah Kepala Batas yg berminat dipersilakan...

Photos from Kak Rubee catering's post 24/04/2024

Alhamdulillah hari ni tempahan dari pejabat perda bahagian perancang bandar di tingkat 3 , Pejabat Perda jalan kg Gajah Butterworth.

Photos from Kak Rubee catering's post 15/01/2024

Alhamdulillah selesai tempahan kenduri kahwin di pejabat agama Butterworth kelmarin hari ni mai berehat sat di homestay kak Yong, Baling Kedah.

24/10/2023
Photos from Kak Rubee catering's post 23/06/2023

Assalamualaikum salam jumaat yang diberkati Allah SWT, nasi Mendy Kak Rubee sedang berjalan seperti biasa di cafe Kak Rubee catering mesjid At Taqwa Taman Bertam Indah Kepala Batas, bagi yang berhajat dipersilakan sebelum habis solat Jumaat sebab waktu tu jemaah terlalu ramai turun makan takut tak ada tempat kosong p**ak.

Photos from Kak Rubee catering's post 15/02/2023

Alhamdulillah hari ini hantar nasi tomato ke sekolah kebangsaan seri Penanti sebanyak 250 pack, hari Isnin hantar makanan 3kali makan pagi tengahari dan petang ke perpustakaan awam negeri Pulau Pinang Seberang jaya, hari Sabtu hantar set nasi Mendy sebanyak 303 pack ke sekolah menengah kebangsaan Abdul Kadir kepala Batas kini berehat sebentar sementara menunggu azan zohor... terima kasih kepada yg menempah

26/01/2023
10/01/2023

Alhamdulillah... siap kek butter prune... rspi ubh suai je😅😅😅

KEK NI MMG X GUNA B.POWDER & TPG KEK... BUAT APA SY NK MENIPU RSPI... YG X YAKIN DGN RSPI NI JGN BUAT...

KEK BUTTER PRUNE
5biji telur B
220 gula halus (nk mnis blh lebihkn)
250g buttercup (nk sedap isi butter mahal ye)
250g tepung gandum cap bunga ros
70g/ml susu cair / susu full cream
1penutup esen vanilla
Prune utk hiasan

CARA2
~ pukul butter dengan gula sehingga putih & gebu
~ masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga abis
~ masukkan esen vanilla
~ masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli
~ sapukan loyang dengan majerin dan lapikakan kertas minyak
~ masuk adunan dlm loyang... susun prune
~ bakar..jgn lupa pnskn oven sblm bkr kek
Saya guna loyang saiz 8 bakar suhu 150 api atas bawah 45mnt bergantung pade oven masing2 ye..😘

Photos from Kak Rubee catering's post 10/01/2023

Assalamualaikum Bismillahirrahmanirrahim 7.1.2023 kenduri kahwin di rumah Encik Harun dan Puan Zaini terima kasih kepada tuan rumah yang memilih Kak Rubee catering sebagai pemberi khidmat makanan kepada tetamu undangan yang datang... kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat meja beradap boleh lah hubungi puan Norhasnisah di no 01124193623 dan jika sesiapa yang memerlukan set canopi boleh lah hubungi 01129198402 Abdul Hakeem ...

Photos from Kak Rubee catering's post 17/12/2022

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah selesai hari ini kenduri di Taman Putri Jaya Sg Petani, Kedah. Jumpa lagi esok di tiga lokasi yang berasingan...

Photos from Kak Rubee catering's post 05/12/2022

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas limpah kurnia dan rahmat nya, selesai kelmarin perkhidmatan makanan untuk majlis kenduri kahwin anakanda tuan Abdul Malik dan puan Marsh*tah Abdul Hamid, majlis berjalan dengan baik dengan cuaca yang tidak panas dan tidak p**a hujan, tenang setenang hati ahli keluarga pengantin ...

02/11/2022

Biskut senyum biskut cermai biskut butang biskut cendawan...apa pun namanya biskut zaman sekolah...

Resepi
250 gram butter
3/4 cwn gula icing
1 biji telur buang putih sikit
3 sudu makan tepung jagung
2 susu makan tpg kastad
4 sudu makan tepung ubi kalau rajin sangai dulu tepung
2 sudu makan susu tepung
1 sdt esen
1/2 cwn cornflakes kisar
Tepung gandum anggaran 3 cawan.
Kacang tanah bakar dan buang kulit

Cara
Kacau butter n gula. Bagi sebati
Masuk esen n telur kacau lagi
Masuk semua tepungdan cornflakes kecuali gandum.
Akhir sekali masuk tepung gandum sikit sikit. Kalau kurg tambah kalau dah blh bentuk x yah masuk semua.
Bulatkan masuk kacang sebijik pastu masuk dalam acuan

Photos from Kak Rubee catering's post 28/09/2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulilah syukur hari ini Kak Rubee menyediakan perkhidmatan makanan untuk peserta peserta kursus usahawan dari kemas Pulau Pinang dan menerima kunjungan pelawat pelawat muslimat dari Guar Chempedak, Kedah.

Photos from Kak Rubee catering's post 27/09/2022

Alhamdulillah selesai kerja kerja menyediakan nasi Mendy hari ini untuk tempahan dari sekolah kebangsaan Bertam Indah ( sekolah berprestasi tinggi). terima kasih buat cikgu yang menempah dari Kak Rubee catering...

18/09/2022

TUKAR ISTERI

“Isteri saya tak seperti orang lain, dengan pemalasnya, tak pandai masaknya, tak pandai berhiasnya, bercakap pun kasar, muka asyik masam…bla.bla… Saya rasa macam tak boleh nak terus hidup dengan dia lagi, ni baru dua tahun, kalau nak terus sampai puluh tahun tak tahulah a.zabnya hidup saya, mungkin saya perlu cari perempuan yang lebih sesuai dijadikan isteri”.

“Terp**ang pada encik. Tapi saya rasa encik akan cari isteri sepanjang hidup, dan mungkin encik takkan jumpa ‘isteri’ sampai mati..”

“Kenapa p**a ustazah, teruk sangat ke saya, salah ke nak tukar isteri ?” “Saya tak cakap encik teruk. Pertama, encik mungkin mencari wanita yang sempurna, maka memang encik takkan jumpa sampai bila². Kerana manusia tiada yang sempurna”.

“Kedua, encik sebenarnya bukan cari seorang isteri, tapi seorang hamba suruhan atau pekerja.

Seorang pekerja yang dibayar gaji untuk setiap kerjanya pun belum tentu dapat memenuhi kehendak kita. Apatah lagi seorang isteri yang diminta buat itu ini tanpa diberi gaji, bahkan kadang dibalas dengan ce.muhan, perbandingan, h1naan dll”.

“Ketiga, Isteri adalah rakan kongsi hidup, kekasih hati, tempat saling menumpahkan sayang, bukan pengurus hidup encik.

Encik dah tua kan, dah boleh urus hidup sendiri, kenapa bila dah kahwin tak boleh urus sendiri. Rumahtangga adalah penyatuan lelaki dan wanita sebagai tempat berkongsi segala²nya. Jangan nak kongsi makan sama, sediakan makan pun sama²lah. Nak kongsi bilik dan rumah yang bersih je, kongsi jugalah kerja rumah tu. Nak kongsi anak je, sama²la kongsi bab jaga anak tu.. ”

“Keempat, encik datang mengadukan a1b isteri, sebenarnya tanpa sedar encik sedang mengadukan kelemahan diri sendiri kerana gagal mendidik seorang isteri”.

Sebaliknya Ustazah berpesan… Suami yang sangat sweet apabila dia hantarkan wassap sekali sekala,

“awak, jangan lupa solat awal waktu, kerja memang tak habis, tapi umur kita akan habis..”.

“awak, jangan lupa baca AlQuran tu, sekarang saya ada untuk awak, tapi dalam kub0r alQuran adalah teman yang setia..”

“awak, jaga aurat ya.. Awak cantik sangat bila tutup semua, kerana kecantikan sebenar apabila menarik pandangan Allah dan para Malaikat, bukan pandangan manusia. Cukuplah awak untuk saya..”

Pasangan muda, tolong ingat satu perkara ni, Perkahwinan dibina atas dasar cinta, tapi keluarga bahagia dibina atas dasar tangungjawab.

Kredit : Ustazah Asma Harun

Photos from Kak Rubee catering's post 18/09/2022

Assalamualaikum wbt selesai sudah perjalanan kami dari Kelantan dan Terengganu. Sementara tu selesai lah juga urusan perkhidmatan makanan yg di kendalikan oleh 8 orang anak anak Kak Rubee pada hari ini, kenduri kahwin di No 2 , Lorong Bertam Indah, Taman Bertam Indah, Kepala Batas ...

Harum Semerbak. Resipi Bingka Roti Pandan Bakar Ni Memang Sedap 14/09/2022

Harum Semerbak. Resipi Bingka Roti Pandan Bakar Ni Memang Sedap Resipi Bingka Roti Pandan yang sangat mudah dan sedap. Bahan guna pun ringkas sahaja. Sekali cuba pasti puas hati.

14/09/2022
Photos from Jom Belajar Buat Biskut's post 24/08/2022
17/08/2022

LEMPENG NAIK:

(mkn dgn kuah kari)

4cwn tpg gandum

1paket yis mauripan

4sdb gula

garam

2biji telur

air suam

1-satukan ke semua bhn dlm bekas..masuk air sedikit2..

2-bancuh adunan sedikit pekat..

3-perap 20minit

dh perap..

4-buh minyak sedikit dlm kuali..

5-ambik sesenduk adunan masuk dlm kuali

lebarkan sedikit adunan guna senduk..

6-garing je belah bawah..terus terbalikkan...

buat sampai abis..

# jgn tekan2 adunan bila diterbalikkan ye..

Credit : Siti Nornaim Keng

17/08/2022

KARIPAP JERAWAT

Bahan kulit :
4 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
Garam (larutkan dalam air)
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin (panaskan di atas api minyak & marjerin)

1. Masukkan minyak panas ke dalam tepung. Gaul guna senduk dulu hingga jadi macam serbuk roti.

2. Masukkan air sejuk, uli hingga sebati.

3. Siap doh untuk kulit karipap boleh canai dan bentukkan.

Bahan inti :
5 biji kentang saiz sederhana - potong dadu
1 bungkus kecil serbuk kari
Bawang besar - potong dadu
Daun sup
Isi ayam / daging atau apa2 yang sesuai
Bawang merah kecil
Bawang putih
Daun kari

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga jadi kekuningan.

2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga garing.

3. Masukkan ayam/daging gaul sekata.

4. Selepas ayam/daging kelihatan masak masukkan kentang gaul sehingga semuanya sekata.

5. Tambah air mengikut kesesuaian untuk kentang empuk. Masukkan sekali bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Masak sehingga air kering dan kentang empuk sekata. Tutup api tabur dengan daun sup.

*Kalau nak simpan untuk frozen boleh bakar dulu sebelum difrozenkan.

*Hasil dia kalau lepas buat terus goreng akan dapat kulit yang berjerawat. Kalau nak frozenkan tapi nak kulit jerawat kena goreng separuh masak.

*Kalau nak kulit licin kena bakar dulu.

Resepi & foto : Arm Ika

16/08/2022

Doa ini saya khaskan untuk semua wanita bergelar IBU mahu dia masih hidup mahupun sudah tiada........Al-fatiha!!!!!

15/08/2022

DIA MAK KITA

Mak tu..
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu..
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan kamu.

Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi di sediakan lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi idea utk kamu selesaikan masalahmu.

Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap akhir solatnya ada doa yg di selitkan utk kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira dpt masakkan makanan kegemaran anak²nya.

Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,
Walau nampak letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.

Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah saje yg tahu.

Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.

Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila lihat anaknya susah.

Mak tu,
Walau dia cakap dia tak s**a apa yg kamu buat, tapi dlm diam dia cuba mengikut apa yg kehendak kamu.

Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa banyak harta yg kita ada. Tiada gantinya walaupun dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walaupun siapa kamu. Tiada gantinya walaupun kamu dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita.
Ye, DIA MAK KITA.

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta buat selama2nya.

Kredit : Farizal Radzali


Jom follow ig kami utk dptkan b*k info, amalan, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana :
https://instagram.com/viralohviral?igshid=YmMyMTA2M2Y= (klik dan follow)
Berminat viralkan biz anda? Mesej Min. Tq

Videos (show all)

Alhamdulillah hari ni pagi pagi  lepas subuh terima kunjungan dari mesjid Batu Hampar dan Mesjid Padang Midin Terengganu...

Website