Resepi Kek Coklat

Resepi Kek Coklat

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Resepi Kek Coklat, Kitchen/Cooking, .

Photos from Resepi Kek Coklat's post 20/10/2021

Resepi Kek coklat moist(kukus) yg plg mudah sbb guna s**atan cwn.. Blh hiaskan mengikut kreativiti masing2. Saya hiaskan dgn strawberi dr Cameron. Dpt harga murah tu yg bnyk hiasan strawberi..
(Ni je kek yg saya pandai buat😁😁)

Bahan2:

Bahan A
1)2 cwn tepung naik sendiri
2)1 cwn serbuk koko
3)1 cwn minyak
(satukan)

Bahan B
1)1 tin susu cair
2)1 cwn susu pekat
3)1cwn gula
(panaskan seketika utk cairkan gula shj)

Bahan C
1)3 biji telur
(pukul2 manja dgn sudu/garfu utk sebatikan shj)

Cara2:
1)Masukkan bhn B ke dlm bhn A..Kacau2 manja je(pastikan semua bhn tidak berketul)

2)Masukkan bhn C ke dlm campuran bhn2 td.. Kacau lg bagi sebati..

3)Kukus lebih kurang 40 minit..Siap..

4)Cairkan coklat( saya guna beryls dark compaun)
# Sukatan agak2 je😁

4)Tunggu sejuk..Tuang je coklat td di atas kek. Blh hiaskan dgn hiasan yg anda s**a. Slmt mencuba😍

Kredit has lieza
LIKE DAN SHARE

Photos from Resepi Kek Coklat's post 20/10/2021

Kek Tornado
Resepi kek (loyang 7inci)

Bahan A
100g minyak masak
100g gula
100g susu pekat manis
50g serbuk koko
Secubit garam
200g susu full cream

Bahan B
2 biji telur gred A

Bahan C (diayak)
1/2 sudu teh soda bicabonat
80g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh esen vanila

Resepi cream cheese
250g cream cheese
200g mascarpone cheese
80g susu gula kastor
100g susu whipping cream

Resepi coklat
100g coklat belgium
100g susu full cream
2 sudu besar minyak jagung/butter

Hiasan
Coklat flakes

Kredit Cara Cik Dayang
LIKE DAN SHARE

Photos from Resepi Kek Coklat's post 20/10/2021

Oreo Chocolate Cake ptg ni
Sedapp tak manis sngat sesuai dgn tekak
First time buat kek coklat guna resepi ni
Puas hati sngat sedapp 😋😍

Ada yg nak resepi ke
Ni saya sharekan 👇

KEK COKLAT OREO

2 cwn tepung
1 1/2 cwn gula
2 biji telur
1/2 cwn serbuk koko
1 sdt esen vanila
1 sdt soda bikarbonat
1 sdb serbuk penaik
1/2 cwn minyak
Sedikit garam
1 cwn oreo yg sudah dihancurkan
1 cwn air nescafe (bancuh air panas dgn 1 sdb nescafe )
1 cwn buttermilk ( 1 cwn susu segar + 2sdb air lemon )
* klu takde buttermilk bole jugak gantikan dgn 1 cwn yogurt asli

Toping -
1 cwn whiping cream
1/2 cwn coklat masakan
1 sdb butter/minyak

Cara -

Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat
Da siap ketepikan
Dlm mangkuk yg lain pukul telur, gula, esen vanila guna whisk jer
Masukkn minyak, buttermilk, air nescafe dn garam
Kacau sebati
Masukkn tepung yg telah diayak td dan kacau lg
Masukkn oreo dan kacau sebati
Masukkn dlm bekas /loyang yg telah dialas dgn baking paper
Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 45 minit

Utk toping pulak campurkan semua bahan dlm mangkuk dan cairkan guna kaedah double boiler
Bila da cair tuangkan atas kek dan bole la hias dgn parutan coklat dn oreo

Da siap! Selamat mencuba ❣

Kredit hidayati hana
LIKE DAN SHARE

Photos from Resepi Kek Coklat's post 20/10/2021

Kek marble zaman mak2 kita dulu..amat mudah & jadi rebutan terutama bila tiba hari raya. Sis edit sikit dengan menggunakan susu segar untuk teksture yang lembab serta penggunaan pure butter agar rasanya lebih sedap. Tapi terpulang kepada citarasa masing2 sama ada nak guna butter jenis lain @ marjerin😊

Kek Marble Moist / Lembab

Bahan bahan:

250 gram butter ( Anchor )
2 cawan tepung naik sendiri
220 gram gula castor
4 biji telur gred A
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar choc emulco
1 sudu besar serbuk koko

Ca1ra cara:

Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan ovallate putar lagi.

Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati.

Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian coklat, masukkan emulco dan serbuk koko, kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang 7×7 yang telah dilenser butter & dialas baking paper secara berselang seli antara warna asal dan warna coklat.

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak, boleh terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.

Selamat mencuba & happy baking😘

*Selepas sehari ( keesokan hari ) kek akan lebih gebu & moist.

Kredit Lailatul Hafizi
LIKE DAN SHARE

Photos from Resepi Kek Coklat's post 20/10/2021

kek coklat kukus.. ringkas, lembut dan sedap ❤️..Klau ikut resepi 1 cwan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cwan nak kek yg lebih besar.. cikza guna loyang 8x8

bahan2 yg cikza gunakan..
2 cwan serbuk koko
2 cwan gula
2 cwan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
diblander bgi sebati ketepikan.

8 biji telur gred B diblander dn ketepikan.

2 cwan tpg gandum
2sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
ketiga bahan ni diayak.

dlm mangkuk, masukkan bahan yg diblander berselang seli dgn tepung yg telah diayak terlebih dahulu.nk senang blander semua bgi sebati.sapu Planta dekat loyang terlebih dahulu dn curahkan adunan yg diblander.panaskan air kukusan terlebih dahulu..kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.

topping coklat
coklat masakan
sedikit Planta
masak secara double boile.
selamat mencuba




Kredit noriza awang hamat
LIKE DAN SHARE

Website