Kakak Granola Utara

Kakak Granola Utara

healthy food

26/05/2022

Choco Pilihan Terbaik!

🌾Apa kata anda cuba MINUMAN CHOCO dari Aafiyat Synergy!

🌾Choco kami mengandungi 70% coklat yang baik untuk perkembangan minda anak-anak, selain mengandungi ekstrak safron yang bagus untuk kesihatan. Elok sangatlah jadikan minuman choco daripada Aafiyat Synergy untuk santapan buat anak-anak yang ke sekolah 🥰. Baru semangat join kelas tanpa rasa lesu dan menyeronokkan!

🌾Formulasi istimewa hasil gabungan bahan-bahan berkualiti seperti
🍫Serbuk Koko,
🌾Ekstrak Malt (Barli),
🥛Serbuk Susu Kambing,
🍯Serbuk Madu Asli, DHA (Omega 3),
✨Estrak Maca dan
🌺Serbuk Safron.
❌ tiada gula tambahan 😍
❌ tiada pewarna tambahan

🌾Choco adalah pilihan terbaik di mana ia bebas lemak dan sumber minuman serat makanan.

🌾Lebih-lebih lagi, Choco tinggi protein, vitamin B12 dan iodine. Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan selain menyediakan asid amino yang diperlukan untuk sintesis protein.

🌾Oleh itu, Choco mesti menjadi senarai utama bagi setiap orang yang memerlukan diet sihat. Ia disertakan dengan 15 sachet (25g per sachet) di dalam kantung di mana sangat senang disimpan dan dibawa ke mana-mana.

-Team Aafiyat Synergy-

24/05/2022

ISTIMEWANYA MINYAK SAWIT MERAH ELAIESE

🌴Terdapat kajian menyatakan bahawa pengambilan Vitamin E yang cukup mampu mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Minyak sawit merah mengandungi kedua-dua ahli keluarga vitamin E, tokotrienol dan tokoferol. Vitamin E merupakan antioksida, yang melindungi sel badan daripada radikal bebas yang merosakkan.

🌴Sebagai antioksidan, tokotrienol adalah 40-60 kali lebih kuat daripada tokoferol. Anda boleh menggunakan minyak sawit merah sebagai salah satu sumber terbaik untuk tokotrienol kerana tidak semua minyak masak memiliki tokotrienol. Contoh minyak sawit merah yang terdapat dipasaran adalah Elaiese.

🌴Di Malaysia, minyak sawit sangat pop**ar, namun ramai yang terlepas pandang atau tidak menyedari kehadiran minyak sawit merah, yang kaya dengan karotena. Minyak sawit merah adalah produk buah kelapa sawit yang diproses secara minima.

🌴Minyak diekstrak secara khusus daripada “flesh” (sama seperti minyak kelapa sawit), tetapi dengan teknologi berbeza yang mengekalkan kandungan provitamin A yang kaya dengan karotenoid (pigmen kuning, oren, dan merah).

🌴Malah, disebabkan oleh proses istimewa ini, minyak sawit merah mempunyai rasa dan aroma yang istimewa. Minyak sawit merah adalah satu-satunya minyak kaya dengan provitamin A karotenoid dan beta-karotena.

🌴Lebih istimewa kami ingin beri Promosi Minyak Sawit Merah Elaiese khas kepada pelanggan. Jom dapatkan Jute Bag Eksklusif bernilai RM20.00 dengan setiap pembelian 3 botol Minyak Sawit Merah Elaiese bernilai RM90.00. Promosi bermula 15 Mei 2022 sehingga 30 Jun 2022. (Sementara stok masih ada).

-Team Aafiyat Synergy-

21/05/2022

Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Pelbagai kebaikan madu dan digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis.

Di antara kebaikan madu ialah:
🍯 Membantu meningkatkan metabolisme 🐝
🍯 Mengandungi nutrien 🐝
🍯 Menguatkan sistem imun 🐝
🍯 Mengekalkan tenaga 🐝

Dapatkan Madu Stik Tualang yang pastinya asli keluaran Aafiyat Synergy sekarang juga dengan menghubungi kami.

-Team Aafiyat Synergy-

19/05/2022

🌰Minyak Habbatus Sauda dikaji mengandungi tinggi antioksidan dan mempunyai beberapa manfaat untuk kesihatan. Ini termasuk rawatan asma dan pelbagai keadaan kulit, menurunkan kadar gula darah dan kolesterol, membantu penurunan berat badan, dan melindungi kesihatan otak.

🌰Ramuan unik dalam Black Seed, yang dipanggil nigellone kristal dan thymoquinone, membantu melawan tubuh anda untuk menyerang virus, bakteria, dan molekul renegade yang merosakkan sel.

🌰Black Seeds Oil mengandungi lebih daripada 100 sebatian kimia aktif yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. Ketiga-tiga bahan yang paling dikaji untuk kesannya ialah:

1) Nigellone Kristal -Kajian menunjukkan ia membantu badan meningkatkan fungsi imun, terutamanya kesihatan pernafasan;
2) Thymoquinone - diteliti sebagai anti-kanser, sebatian belum dikesan di mana-mana tumbuhan lain; menjadikan black seed dicari oleh pengamal herba.
3) Beta Sitosterol - terbukti baik untuk batu empedu, kesihatan kencing / prostat, dan untuk membantu kanser melawan kanser dan mengurangkan kolesterol.

🌰Dapatkan dengan hanya RM29.90 untuk 50ml dengan menghubungi kami sekarang.

-Team Aafiyat Synergy-

17/05/2022

Resepi mudah untuk minum petang. Selain menyejukkan tekak, rasanya pun teramat sedap.
Anak anak pun s**a 😘

Jelly Choco
Bahan-bahan:
🍮Gelatin/agar agar
🍮Choco Olive House 3/4 sachet
🍮Air secukup s**atan
🍮Sejukkan dan sedia di hidangkan. Boleh juga dimakan bersama susu cair.

Tunggu apa lagi, selamat mencuba resepi yang sangat mudah ini.

-Team Aafiyat Synergy-

13/05/2022

Kenapa Anda Perlu Minum Choco Kami?

🌞Minuman Choco kami ini LEBIH BANYAK KHASIAT dengan kandungan 70% coklat yang merupakan antara produk minuman choco yang tinggi kandungan kokonya.

🌞Selain itu ia juga mengandungi ekstrak safron, madu, susu kambing, safron, maca dan malt. Tanpa gula tambahan, krimer mahupun pengawet.

🌞Choco amat bagus untuk anak anda kerana kandungan koko yang tinggi membantu menggalakkan perkembangan minda anak-anak anda.

🌞Selain itu, ia juga membekalkan tenaga untuk kecergasan dan Kecerdasan minda kanak-kanak serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Paling penting ia membantu mengatasi tekanan (stress).

Ayuh dapatkannya sekarang.

-Team Aafiyat Synergy-

10/05/2022

Santai Petang Bersama Secawan Choco ☕

☕Selain membawa kehangatan, secawan Choco panas tanpa gula juga menyimpan sejumlah manfaat 'manis' bagi kesihatan.

☕Manfaat minum Choco panas di antaranya dapat menjaga kesihatan jantung, stabilkan kadar insulin, tingkatkan daya ingatan, hingga menimbulkan perasaan bahagia dan tenang.

☕Manfaat tersebut datang dari kandungan antioksidan yang tinggi, termasuk serat dan zat besi yang terdapat dalam minuman Choco ini. Malah, minuman Choco dengan kandungan 70 peratus koko terbukti mengandungi kalsium, magnesium, fosfor, kalium dan vitamin E.

☕Jom kita nikmati bersama!

-Team Aafiyat Synergy-

29/04/2022

Campuran Minyak Habbatus Sauda dan Madu, Barulah Padu !

3 sebab kenapa anda perlu amalkan Madu Stik dan Minyak Habbatus Sauda;

✅ Membantu Fungsi Imuniti Tubuh Badan
✅ Meningkatkan Fungsi Sistem Pernafasan (Resdung , bernafas tak selesa, batuk dan lain-lain)
✅ Membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman (Masalah pencernaan, gastrik dan lain-lain)

Mulakan amalkan setiap pagi untuk kesihatan tubuh yang optimum 💪🏼

-Team Aafiyat Synergy-

26/04/2022

Sajian Sihat, Banyak Manfaat

Penting untuk memilih sajian yang sihat setiap hari yang insyaAllah banyak manfaatnya seperti:

✅ Minyak Zaitun dan Minyak Habbatussauda yang juga tinggi vitamin E setiap hari bermanfaat untuk kesihatan jantung agar tidak berlaku oksidasi pada tisu lemak. Situasi sebegini dapat menghindarkan daripada berlakunya penyumbatan di salur darah.

✅ Memasak dengan menggunakan Minyak Kelapa Sawit Merah yang tinggi Karotenoid dan Vitamin E juga adalah pilihan sajian sihat berbanding memilih minyak masak lain di pasaran yang memudaratkan kesihatan.

✅ Wanita hamil yang berisiko jantung juga disarankan mengambil nutrien semulajadi seperti Madu Asli. Selain daripada menyokong fungsi sistem imuniti, Madu Asli juga bermanfaat untuk berikan rasa lebih tenang dan bantu hindarkan situasi tekanan.

Dengan ini, diharapkan dapat berikan manfat kepada kesihatan jantung. Semoga ibu-ibu hamil di luar sana lebih Aafiyat dengan pengambilan sajian sihat.

Jom mulakan sekarang dengan menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

-Team Aafiyat Synergy-

22/04/2022

7 Kebaikan Vitamin E Kepada Kulit

- Membantu Bertindak Sebagai Pelembap Kulit.
- Membantu Mengurangkan Risiko Kanser Kulit.
- Membantu Masalah Kulit Gatal, Ekzema & Psoriasis.
- Membantu Mencegah dan Mengurangkan Bekas Parut & Penyembuhan Luka.
- Membantu Mencegah dan Mengurangkan Garis Kedut dan Halus.
-Membantu Mencegah ‘Sunburn’.
-Membantu Mencantikkan Kuku.

Mana nak dapatkan kebaikan Vitamin E? Hanya 5 titisan Minyak Habbatus Sauda dari Aafiyat Synergy dan anda akan rasai sendiri manfaatnya.

-Team Aafiyat Synergy-

19/04/2022

3 Biji Kurma

🥠Kurma pastinya tidak dapat dipisahkan dari Ramadan dan dijadikan sajian semasa berbuka atau bersahur.

🥠Selalunya 3 biji kurma dimakan pada satu-satu masa kerana mengikut sunnah. Tetapi, 3 biji kurma juga mengandungi khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

🥠3 biji kurma bersamaan 80 kcal. Ia mempunyai 15mg Kalsium, 37mg Caratones (antioksidan), 16g Fosforus dan 140mg Potassium.

🥠Kurma kaya dengan sumber tenaga dan nutrien jadi tidak hairanlah ia menjadi sajian pilihan ramai semasa berbuka. Nak dapatkan kurma anda, boleh hubungi kami sekarang.

-Team Aafiyat Synergy-

15/04/2022

Madu Oh Madu

🐝Madu yang terdiri dari kandungan gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa yang tinggi dapat memudahkan proses penyerapan nutrien ke dalam tubuh. Di samping itu, madu juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin B1 dan B2, mineral seperti kalsium, potasium dan polifenol yang baik untuk tubuh dan telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif pelbagai jenis penyakit.

Jadi apakah antara khasiat madu ini?

🐝Mengurangkan berat badan
Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.Waktu terbaik untuk pengambilan madu ini adalah ketika perut kosong. Hanya mengambil sesudu kecil madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi. Pengambilan madu ketika perut kosong dapat membantu penyerapan yang lebih baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Secara tidak langsung, ia dapat bantu untuk mengurangkan berat badan dengan lebih pantas.

🐝Menyokong Sistem Imuniti
Dianggap sebagai ubatan semula jadi bagi membantu melegakan sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, ia mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

🐝Membekalkan Tenaga
Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum makan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Dengan kandungan gula semula jadi, vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga terbaik bagi tubuh.Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam. Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

🐝Menyokong Sistem Kardiovaskular
Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu dapat memperbaiki tahap kolestrol tubuh. Apabila tahap kolestrol rendah, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tahap kesihatan sistem kardiovaskular.Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).

🐝Khasiat madu yang baik pastinya akan memberikan sesuatu yang positif bagi kesihatan tubuh. Hanya dengan pengambilan sesudu kecil atau campurkan dengan air suam semasa perut kosong sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur dapat membekalkan tenaga dan menyokong sistem imuniti tubuh.

-Team Aafiyat Synergy-

13/04/2022

Ada tak cara untuk nikmati Makanan Bergoreng tanpa rasa bersalah?

🍈Dengan kaedah memasak pada suhu tinggi, ia boleh menyebabkan pembentukan sebatian karsinogenik seperti Acrylamide. Lebih membimbangkan lagi apabila jadi penyumbang kepada pelbagai risiko penyakit kronik lain termasuklah berkaitan Jantung.

🍈Tapi, Nanti Dulu! Jangan cepat ‘panic’. Jom baca Detail kat bawah..

Fakta sebenar :
1. Kepekatan ‘Acrylamide’
Terdapat kajian yang dilakukan terhadap beberapa jenis ‘plant-based oil’ dengan kaedah menggoreng makanan jenis Kerepek Keledek. Hasilnya, minyak sawit jauh lebih selamat untuk digunakan. Bukan hanya bebas daripada lemak trans, tetapi juga kepada soal pembentukan Kepekatan Acrylamide yang lebih rendah di dalam Minyak Kelapa Sawit disebabkan tingginya kandungan Lemak Tepu dan ‘Smoke Point’;

2. Nilai Iodine (Iodine Value-IV)
Nilai Iodin menunjukkan kuantiti Lemak Tak Tepu dalam minyak sayuran. Terdapat kajian yang menunjukkan minyak sayuran dengan kadar Asid Lemak Tak Tepu Berganda (Polyunsaturated Fatty Acids – PUFA) yang lebih tinggi lebih cenderung kepada aktiviti pengoksidaan berbanding jenis minyak sayuran yang lebih tinggi Asid Lemak Tepu. Kandungan dalam Minyak sawit Merah ialah 50% SFA, 40% MUFA, 10% PUFA. Kajian lain p**a menemukan bahawa semakin tinggi Asid Lemak Tepu dalam sesuatu minyak sayuran, semakin rendah p**a Nilai Iodin di dalamnya yang ditemukan setelah sesi menggoreng.

🍈Jadi, korang tak perlu risau dah, Minyak Kelapa Sawit kan ada malah lebih menyihatkan apabila memilih ‘Red Palm Oil Elaiese’ ni. Ruginya la hai kalau tak cuba rasa! Jomlah nikmati Elaiese ini secara terus atau dalam masakan anda!

-Team Aafiyat Synergy-

11/04/2022

Jom kita tengok apa perbezaan Minyak Kelapa Sawit Merah Elaiese dengan Minyak Kelapa Sawit Merah biasa:

✅ Mempunyai THA
✅ Bermanfaat untuk jantung
✅ Memberi sokongan terhadap kesihatan mata
✅ Mempunyai pelbagai Phytonutrients

Best ke best sangat kelebihan Elaiese ni? Haa best, best juga! So, nak order boleh roger kami kay...lepas ini boleh la istiqamah mengamalkan gaya hidup yang aafiyat ya semua! 🥰

-Team Aafiyat Synergy-

07/04/2022

Makanan Harian Penyebab KePARAHan..

🌴Ya, keadaan akan menjadi semakin buruk buat pesakit Osteoporosis apabila tidak berusaha amalkan menu makanan yang lebih sihat.

🌴Ramai yang s**ar lakukan perubahan,
Ramai juga yang belum timbul sesalan..
Ramai juga belum ada kesedaran..

🌴Makanan yang kita pilih untuk dimasukkan ke dalam mulut sangat ‘bernilai’ apabila sarat dengan nutrien.

🌴Tetapi, akan terjadi sebaliknya jika makanan tersebut melalui pemprosesan berkali-kali.
Antaranya :

1. Makanan Tinggi Garam – makanan dalam tin, makanan segera juga pelbagai sos dan kicap

2. ‘Dessert’ & ‘Sugary Snacks’ – mengandungi gula putih berlebihan

3. Minuman Berkarbonat – kandungan utamanya iaitu Asid Fosforik mengurangkan kepadatan J***m Tulang

🌴Makanan sebegini menyebabkan kePARAHan buat pesakit Osteoporosis.

🌴Apa kata anda cuba amalkan ‘Red Palm Oil Elaiese’ ini yang tinggi Vitamin E Tokotrienol dan Pro-Vitamin A serta sumber Lemak Sihat.

🌴Menurut Penyelidik dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Prof Dr Ima Nirwana Soelaiman dan pas**annya, Prof Madya Dr Norazlina Mohamed, Prof Madya Dr Ahmad Nazrun Shuid dan Dr Norliza Muhammad telah menemui bahawa Vitamin E tokotrienol yang berasal dari minyak sawit dapat menguatkan tulang rapuh sehingga dapat membalikkan kejadian osteoporosis.

🌴Kajian selama 15 tahun telah dilakukan yang menunjukkan bahawa Vitamin E tokotrienol dapat mencegah dan mengurangkan keterukan osteoporosis selain membalikkan simptom yang berlaku.

🌴‘Red Palm Oil’ ini juga bermanfaat dalam situasi keradangan yang berlaku kepada pesakit Osteoporosis atau artritis jenis lain.

🌴Jadi, apa tunggu lagi?
Jomlah kita amalkan Red Palm Oil Elaise setiap hari untuk manfaat kesihatan bersama!

-Team Aafiyat Synergy-

04/04/2022

Apa Ada Pada Madu?

🐝Umum mengetahui bahawa madu mengandungi pelbagai khasiat tersendiri dalam mencegah pelbagai penyakit. Antara manfaat madu bagi kesihatan ialah:

🍯Madu sebagai sumber anti-oksidan.
🍯Madu berperanan sebagai anti-mikrob.
🍯Madu sebagai sumber tenaga.
🍯Pengambilan madu dapat memperbaiki dan meningkatkan daya tahan tubuh secara semulajadi dan dapat melawan keadaan-keadaan klinikal tertentu.
🍯Madu mengandungi banyak nutrisi, seperti asid amino, vitamin, mineral, dan sebagainya.

🐝Madu kaya dengan anti-oksidan, dimana ia memberi kesan yang baik terhadap imuniti badan. Hasil kajian Al-Waili yang memberi madu secara penyerapan melalui vena dan dijumpai peningkatan kadar gula darah rendah dari saat puasa. Selain itu didapati, pemberian madu secara intra vena dapat melindungi hati. Tahun berikutnya Al-Waili meneliti kesan penggunaan madu selama 15 hari maka dijumpai penurunan kolesterol, CRP, Homosistein dan kadar gula darah rendah.

🐝Bila diberikan pada pesakit dengan hipertrigliseritimia ternyata madu mampu menurunkan lemak ini begitu juga pada pesakit hiperlipidemia madu menurunkan kolesterol. Madu boleh meningkatkan rembesan insulin yang lebih besar daripada yang disebabkan oleh pemberian sukrosa. Pada kajian lain, Al-Waili mendapati bahawa pemberian madu secara oral akan merangsang pembentukan antibodi kepada respon imun primer dan sekunder.

🐝Alangkah hebatnya khasiat madu yang merupakan makanan sunnah Rasulullah SAW. Apa tunggu lagi, jom tukar penggunaan gula kepada madu dalam pemakanan seharian agar kita dapat merasai khasiat madu.

-Team Aafiyat Synergy-

01/04/2022

Cara Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan

🧇Pada bulan Ramadan, sepanjang siang hari kita berpuasa maka apabila tiba waktu memilih makanan untuk berbuka, kita akan membeli atau memasak sahaja semua makanan yang terlintas di kepala tanpa memikirkan nilai pemakanan dan kesannya kepada kesihatan. Bagaimanakah untuk memilih makanan yang sesuai pada bulan puasa supaya di samping kita dapat menikmati rasa yang sedap, berkhasiat dan memperolehi semua nutrien yang di perlukan oleh tubuh.

🧇Bulan Ramadan adalah sama seperti bulan-bulan yang lain tetapi bezanya kita makan di waktu malam. Sebaik-baiknya kita membahagikan waktu makan kepada beberapa waktu hidangan supaya tidak memberi beban yang teruk kepada perut di samping tubuh kita mendapat cukup kalori untuk keperluan seharian.

🧇Jika pada hari-hari biasa kita mengambil sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, begitu juga di bulan puasa. Cuba amalkan makan secara berperingkat seperti pada waktu berbuka, mulakan minuman dan kuih-muih atau buah-buahan.

🧇Ini sebagai pengenalan atau pendahuluan kepada perut kita yang kosong. Kita memberi rehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib. Selepas ini barulah perut kita akan lebih bersedia menerima makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.

🧇Di samping kuantitinya, kualiti pemakanan juga perlu di titikberatkan. Ini untuk memastikan tubuh kita kembali menerima tenaga yang telah di gunakan sepanjang hari dan semua vitamin dan mineral yang di perlukan oleh tubuh terkandung di dalamnya. Amalkan pemakanan seimbang di mana kita perlu memastikan semua sumber karbohidrat (kanji), protein, lemak, vitamin, mineral dan air di ambil dalam jumlah yang sesuai dan mencukupi.

🧇Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba memodifikasikan diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.

Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;

📌Kurangkan penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.

📌Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika p**a mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).

📌Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, di sarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak di galakkan.

📌Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Di samping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.

📌Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan

🧇Semoga dalam bulan Ramadan ini, kita adalah di antara individu yang bijak memilih makanan yang sihat di samping berjimat-cermat dalam memilih makanan yang sesuai.

SALAM RAMADAN

-Team Aafiyat Synergy-

29/03/2022

Ramadhan Tiba...

🫒Bulan Ramadhan semakin hampir. Hanya 5 hari sebelum datangnya bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Pastinya kita nak kan tenaga yang sentiasa menguatkan kita untuk beribadah dan melakukan perkara-perkara di jalan Allah SWT.

🫒Amalkan Kurma Ajwah atau Kurma Safawi ketika sahur dan berbuka puasa untuk memberikan tenaga agar badan sentiasa bersedia dan kuat untuk menghadapi bulan Ramadhan.

🫒Jangan lupa dapatkan kedua-dua jenis kurma ini dari kami, ejen Aafiyat Synergy anda.

-Team Aafiyat Synergy-

26/03/2022

Kenapa Anda Perlu Makan Kismis?

Sakit Otot?
Cepat Rasa Letih?
Insomnia?

🍇Ini tandanya anda perlu mula mengamalkan pemakanan kismis kerana ia mengandungi nutrisi lengkap untuk membantu merawat masalah kesihatan ini dimana potassium dalam kismis membantu meningkatkan kesihatan tulang dan otot. Selain itu, magnesium membantu mengekalkan tenaga serta merawat insomnia.

🍇Kismis juga boleh membantu menguatkan daya ingatan dan mencerahkan penglihatan mata.

🍇Nak lebih sihat? Jom hubungi kami sekarang untuk dapatkan Kismis Sultana dari Aafiyat Synergy.

-Team Aafiyat Synergy-

17/03/2022

Pernahkah kita terfikir,

Di sebalik raut wajah wanita-wanita hebat di seluruh dunia, yang terpamer senyuman manis dan menawan;
Terselit sebuah kedukaan yang cuba disembunyikan?

Sebuah kekuatan yang cuba dihimpunkan semata-mata ingin menaikkan dan memberi inspirasi kepada individu yang senasib.

Ya, inilah realiti sebenar buat wanita yang diujiNya dengan Kanser Payudara dan masih terus ‘survive’.

Kanser payudara adalah situasi di mana sel-sel ganas / agresif (barah jenis ‘malignant’) terbentuk di tisu-tisu payudara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser payudara adalah jenis kanser yang sudah bukan suatu kepelikan lagi, di kalangan wanita di seluruh dunia.

Ianya meragut nyawa ratusan ribu wanita setiap tahun dan mempengaruhi negara di semua peringkat arus pemodenan.

Kanser payudara boleh bermula di tempat yang berbeza, tumbuh dengan cara yang berbeza, dan memerlukan pelbagai jenis rawatan dan bertindak balas dengan semakin baik atau semakin buruk kepada makanan tertentu.

Pemilihan corak makanan seseorang akan beri perbezaan terhadap risiko mendapat kanser payudara atau kesejahteraan keseluruhan individu yang sedang lalui fasa ‘survival’.

Pengambilan makanan daripada ‘plant-based foods’ adalah lebih bermanfaat berbanding terlalu fokus kepada ‘animal-based foods’.

Terdapat kajian yang menunjukkan aktiviti anti-kanser semulajadi di dalam nutrien Pro-Vitamin A (β-karotena) iaitu perkadaran songsang antara kanser payudara dan kepekatan serum β-Karoten.

Dalam sebuah kajian lain p**a, nutrient β-karoten dengan kombinasi bersama-sama vitamin E dan selenium berupaya mengurangkan keparahan situasi kanser.

Nutrien sebegini wujud dalam Minyak Kelapa Sawit Merah jenis kualiti premium.
Yeahh, Elaiese’ kan ada 

Dengan proses penghasilannya yang mengutamakan pengekalan kualiti dan nutrien asal telah menjadikan Elaiese ini berbeza dengan jenis Red Palm Oil lain di pasaran.

Buktinya, Elaiese ini tinggi Vitamin E Tokotrienol dan Pro-Vitamin A serta bonus profil rasa yang ‘lembut’ dan mudah ditelan.

Jom dapatkan hari ini !!

-Team Aafiyat Synergy-

15/03/2022

Kanser: Apa Makanan Yang Membantu

Masih keliru dengan pemilihan makanan yang terbaik bagi mencegah penyakit kanser? Ada yang kata ini boleh makan, ada yang kata itu kena elak. Akhirnya satu pun tidak makan😅

Cuba amalkan makanan bernutrisi tinggi yang telah dikaji membantu menyokong sistem imuniti seperti:

✅Minyak zaitun membantu aktiviti fungsi penambahbaikkan dan pencegahan kanser
✅Ekstrak daun dan buah zaitun mempunyai Hydroxytyrosol mengurangkan percambahan sel kanser dan membantu kepada terapi anti tumor
✅ Cuka buahan asli membantu fungsi aktiviti antioksidan dan anti tumor
✅Jus atau pati delima membantu menghalang pertumbuhan sel kanser prostat, payudara, kolon dan paru-paru
✅Madu membantu menghalang pertumbuhan sel kanser melalui kesan pembantutan sel
✅ Minyak habbatus sauda membantu membawa fungsi chemopreventive dan mujarab dalam menghalang pembiakan sel yang rosak.

Bagi yang nak dapatkan Minyak Habbatus Sauda dan Madu Stik, boleh hubungi kami.

-Team Aafiyat Synergy-

11/03/2022

HABBATUS SAUDA PENAWAR SEMULAJADI✨👍

Ramai dikalangan kita yang masih belum peka mengenai khasiat Minyak Habbatus Sauda dari Aafiyat Synergy ini.

Tahukah anda kenapa Minyak Habbatus Sauda dari Aafiyat Synergy ini istimewa?

✅ Tidak perit dek tekak
✅ Boleh digunakan untuk sapuan diluaran
✅ Kaya dengan Vitamin E
✅ Multipurpose (pelbagai fungsi)
✅ Diiktiraf Asli dan semulajadi
✅ Diproses menggunakan perahan sejuk (khasiat yang asli sama sekali tidak diasingkan)

Kenapa kena ada Minyak Habbatus Sauda di rumah anda ?

Kerana ianya sangat sesuai untuk seisi keluarga.. Sangat disarankan untuk semua. Bukan sahaja dikhaskan untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Malah kanak-kanak/ warga yang sihat juga turut disarankan untuk mengamalkan Minyak Habbatus Sauda. Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat 🤗

-Team Aafiyat Synergy-

08/03/2022

4 Cara Penggunaan Minyak Habbatus Sauda

Jom sama-sama kita mengamalkan Minyak Habbatus Sauda sebagai satu langkah untuk meningkatkan prestasi sistem pernafasan diri dan keluarga, caranya adalah: 👇

1. Dimakan terus, boleh diambil 1-2 kali sehari (7-11 titis)

2. Diambil bersama madu, sama ada nak titiskan atas sesudu madu, atau boleh juga dicampur dengan secawan air suam.

3. Sekiranya selesema, gatal hidung atau allergi, titiskan terus ke dalam hidung (1 titis) setiap sebelah hidung 1-3 kali sehari.

4. Di 'diffuse' dan ambil wapnya untuk memberi kelegaan kepada saluran pernafasan.

Jom sama-sama kita beramal!

-Team Aafiyat Synergy-

05/03/2022

Saya tengok ramai orang dok ambil habbatus sauda. Baguslah tu. Tapi tahu tak apa yang bagusnya dalam habbatus sauda?

Ramai tak tahu yang buatkan habbatus sauda bagus ialah komponen Thymoquinone(TQ). Nak beli kena tengk dulu berapa banyak TQ ni ada. Baca ingredient. Tanya pada penjual ada ke tidak TQ ni.

Kalau tak ada atau kurang dari 30mg atau sekurang kurangnya 3% carilah yang lain. Kalau tidak kita tak dapat impak sihat yang kita nak tu.

Cara cold press tidak semestinya dapat preserved TQ ni. Bukan juga simply jadi minyak maka TQ ni ada dan tinggi. Jadi kena semak.

Selain TQ dalam habbatus sauda juga ada dithymoquinone, thymo hydroquinone (THQ), Omega fatty acids dan thymol. Ada tak tertulis benda ni. Kena tanya.

Thymoquinone ni adalah powerful antioxidant, bersifat anti kanser, antibacterial, antimutagenic dan anti-inflammatory.

Banyak sangat kajian pasal Habbatus Sauda ni. Masa saya semak dulu tahun 2012 ada lebih 300 research paper pasal Habbatus sauda. Bila semak tahun 2018 ada hampir 700 research paper pasal Habbatus sauda ni.

Apa research sebut pasal HS lagi?

1. Orang yang ambil 2000mg-3000mg sehari lebih cepat kurus berbanding mereka yang tidak ambil.

2. Bersifat anti jangkitan. Jadi HS dapat cegah benda benda yang berjangkit. Kajian sebut efektif lawan Gram-negative, Gram-positive bacteria, viruses, parasites, Schistosoma dan fungi.

3. Bantu suburkan orang lelaki. Dengan kuatkan pergerakan sperma dan tingkatkan jumlahnya.

4. Bantu sihatkan jantung. TQ turunkan bad cholesterol (LDL), total cholesterol dan blood pressure, stabilkan tekanan darah systolic dan tekanan darah diastolic

5. Kajian juga dapati TQ ni berkesan dalam rawatan arthritis, fibromyalgia, IBS, colitis, peritonitis, alergik dan asthma.

6. Kalau nak hilang kedut kena ambil HS yang ada TQ. Kajian sebut TQ hilangkan kedut pada wajah dengan lembabkan kulit jauh ke dalam. Juga, jadikan kulit lebih fleksibel dan glowing.

7. Kajian lain p**a dapati TQ dalam HS dapat rawat acne, eczema, kulit kering dan psoriasis.

8. Antara lain TQ juga bantu keluarkan sisa dan toksin dengan cara melalui urin.

9. TQ juga bantu kurang perut berangin dan bantu keluarkan angin dari perut.

10. Journal of Endocrinology & Metabolism sebut bagus untuk diabetis. TQ baiki turunkan gula dalam darah tanpa kesan sampingan.

11. TQ dalam HS juga berkesan lawan sel kanser pada pesakit kanser colon, pankreas, dan prostate.

Point di sini mudah. HS ni bagus. Benar kata Rasullullah (baca selawat). Cuma kita perlukan apa yang kita beli itu ada bahan-bahan yang beri impak bagus pada kita. DIbuat secara teliti untuk jamin kebaikan dari HS tidak hilang.

Boleh begitu?

credit: DrRizalAbuBakar

-Team Aafiyat Synergy-

Videos (show all)

Pastikan Ori, Barulah Nikmati!🍯Nutrien atau zat dalam makanan yang berkhasiat mengekalkan pertumbuhan penting tubuh dan ...
Diabetes: Bagaimana madu asli membantu?🍯Kebiasaannya penghidap diabetes tidak digalakkan mengambil makanan manis. Namun ...
Cegah Sebelum Parah, Lindungi Jantung Anda🪄Jantung adalah salah satu organ utama dalam badan kita yang semestinya wajar ...
Bercuti Secara Aafiyat🥨Kebenaran merentas negeri sudah diberi, excited selain balik kampung, pasti ramai yang tengah mer...
Anda Adalah Apa Yang Anda Makan🐧Setiap orang pasti mendambakan kesihatan yang baik dan sejahtera. Sejurus bangun tidur i...
Kenapa Berat Susah Turun Walau Sudah Jaga Pemakanan?🔥Jaga makan sudah, bersenam sudah..namun berat masih tak turun-turun...
Yasss..Promo Sudah Datang❗🛒Ramai yang bertanya tak ada promo ke untuk produk Aafiyat Synergy sempena tarikh 030321?🛒Mest...

Telephone

Website