Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk

Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk

hubungi kami untuk sebarang pertanyaan ataupon aduan berkaitan salah laku moral atau jenayah syariah

25/03/2024

Salam 14 Ramadan sahabat muka buku semua

Yak yak yeayyy

20/03/2024

18.03.2024 | Isnin

Operasi Kutipan Derma Tanpa Kebenaran di sekitar Bazar Ramadan Stadium Indera Mulia, Ipoh

18/03/2024

PELIHARA LIDAH KETIKA BERPUASA

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Apabila seseorang kamu berpuasa :

❌ Janganlah dia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia
❌ Dilarang juga bertengkar dan memaki hamun

Apabila dia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendaklah dia berkata : "Sesungguhnya aku berpuasa hari ini." {Riwayat Muslim (1151)}

Ramadan bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi kita juga perlu menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Ini adalah salah satu wasilah (jalan) bagi mencapai ketakwaan.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 18/03/2024

18.03.2024 | Isnin

Operasi Bersepadu Ramadan terus giat dilakukan bagi memastikan kesucian bulan yang penuh berkat ini tidak dinodai.

Operasi kali ini dibuat dengan melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan Majlis Bandaraya Ipoh. Pelbagai kompaun dan saman dikeluarkan mengikut bidang kuasa jabatan masing-masing.

Antara kesalahan yang dikesan ialah kutipan derma tanpa kebenaran, menghisap rokok dalam bulan Ramadan, tahap kebersihan restoran yang tidak memuaskan, bahan mentah tidak disimpan dengan baik di dalam peti sejuk, lesen perniagaan tamat tempoh dan tidak mempamerkan lesen perniagaan yang sah.

Operasi yang disertai lebih kurang 30 orang anggota itu telah melakukan pemeriskaan di kawasan sekitar Lahat dan Klebang.

Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

15/03/2024

“Ajaran The Ahmadi sangat jelas bertentangan dengan syariat Islam. Kita tidak mahu generasi anak-anak muda terpengaruh dengan ajaran tersebut”.

YB Senator Dato' Setia Dr. Naim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 15/03/2024

15.03.2024 | Jumaat

Pemeriksaan dan rondaan pencegahan sekitar pekan Ipoh, Greentown dan Medan Gopeng melibatkan kesalahan Tidak Menghormati Ramadan dan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran.

15/03/2024

5 KERUGIAN ORANG BERPUASA

1️⃣ Bangun Sahur tanpa mendirikan sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat

2️⃣ Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadan tanpa bersedekah

3️⃣ Menunggu waktu berbuka puasa tanpa berdoa

4️⃣ Menghabiskan waktu pagi dan petang dengan berbaring & tidur atas alasan letih puasa

5️⃣ Langsung tidak membuka/ membaca/ mendengar al-Quran

Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang rugi dan marilah kita mengamalkan apa yang diajar oleh Baginda Nabi SAW.

15/03/2024

Kita ops dengan motor pagi ni.. senang sikit kan.. Van standby kemudian

14/03/2024

HUKUM MELIHAT MUSHAF AL-QUR’AN KETIKA SOLAT
Rujuk Sumber Asal :
https://bit.ly/3VftQE4

Ikuti kami:
linktr.ee/JabatanMuftWP

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 14/03/2024

14.03.2024 | Khamis

Ops Geng Plastik Hitam dan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran di sekitar Chemor, Chepor dan Meru

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 11/03/2024

11.03 2024 | Isnin

Alhamdulillah selesai Seminar Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak Tahun 2024. Program tersebut dihadiri oleh semua pegawai dan anggota penguat kuasa agama seluruh Negeri Perak seramai 160 orang.

Program tersebut juga adalah program terakhir sebelum kita sama-sama menyambut Ramadan Al Mubarak esok. Perkongsian yg sangat hebat daripada Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan, Pengurus & Speaker CJ Global Venture yang mempunyai pengalaman sendiri yang dijatuhkan hukuman
penjara 3 tahun kerana kesalahan rasuah.

Semoga kita semua terhindar daripada amalan rasuah dan amalan-amalan yang tidak berintegriti.

رمضان كريم…

10/03/2024
10/03/2024

YBhg Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Perak dan seluruh warga kerja Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Perak mengucapkan ;

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak 1445H / 2024M

Semoga ibadah kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 10/03/2024

10.03.2024 | Ahad

Ops Cegah Judi dilakukan di kawasan sekitar Chemor, Tasek dan Bercham petang tadi.

Dalam serbuan tersebut, beberapa lelaki telah ditahan dan akan disiasat dibawah seksyen 26 Enakmem Jenayah Syariah 1992 kerana kesalahan berjudi / berada dalam premis judi.

Operasi bermula pukul 4 petang dan tamat pukul 8 malam.

09/03/2024

08 Mac 2024 | Jumaat

Rondaan Pematuhan Solat Jumaat dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Tasek, Klebang dan pekan Ipoh.

Rondaan yang dibuat bermula pukul 12.30 tengahari pada setiap hari jumaat itu bertujuan mengajak lelaki-lelaki yang mukallaf untuk segera menunaikan solat fardhu jumaat dan memberi kesedaran kepada mereka yang sengaja mahu meninggalkannya.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa menjaga solat dan mendapat rahmat Allah swt.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 09/03/2024

08 Mac 2024 | Jumaat

Sepasukan anggota JAIPk telah melakukan pemeriksaan di 4 buah premis pusat hiburan di sekitar Sitiawan, semalam. Operasi yang dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung itu bermula pukul 10 malam dan berakhir pukul 2.30 pagi.

Seramai 35 orang kekuatan anggota daripada kedua-dua agensi itu telah menjalankan pemeriksaan berkaitan kesalahan orang Islam yang meminum minuman memabukkan dan juga penyalahgunaan dadah.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 28/02/2024

28.02.2024 | RABU

Bahagian Penguatkuasaan JAIPk (Ibu Pejabat) hari ini telah mengadakan operasi cegah jenayah syariah di beberapa premis judi di sekitar pekan Kampar dan Mambang Di Awan.

Operasi yang turut disertai anggota dari Pejabat Agama Islam Kampar dan Batu Gajah itu bermula pukul 3.00ptg dan berakhir pukul 7.00 malam.

Dalam operasi yang disertai kira-kira 15 orang anggota itu telah menahan 3 orang lelaki yang disyaki melakukan kesalahan berjudi / berada dalam premis judi.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah Kampar untuk disiasat dibawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah 1992.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 25/02/2024

Operasi cegah judi di sekitar pekan Ipoh petang tadi.

3 orang lelaki telah ditahan untuk disiasat dibawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah 1992 kerana kesalahan berjudi / berada dalam premis judi. Operasi tersebut bermula pukul 3 petang dan berakhir pukul 7 malam tadi.

Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 23/02/2024

23.02.2024 | Jumaat

Pemeriksaan dibuat ke atas beberapa pusat karaoke di sekitar Ipoh.

Operasi cegah jenayah syariah tersebut disertai oleh 22 orang pegawai dan anggota melibatkan pemeriksaan ke atas 4 buah premis.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 23/02/2024

Rondaan Cegah Jenayah Syariah di sekitar Ipoh yang menumpukan taman-taman rekreasi seperti kawasan lapang McDonalds Tambun, Taman DR Seenivasagam, Padang Polo, Padang Ipoh, Dataran MBI, Dataran KTM, Bulatan Amanjaya dan sebagainya.

Ibu bapa dimohon supaya memantau pergerakan anak-anak remaja lebih-lebih lagi pada waktu lewat malam. Pelajar-pelajar universiti / kolej yang berada jauh daripada pengawasan dan pengetahuan ibu bapa juga perlu diberi perhatian.

15/02/2024

Jaga Allah.. sudah pasti aturan seluruh kehidupan kita akan mendapat pertolongan daripada Nya

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 15/02/2024

Rondaan Cegah Jenayah Syariah terus dilakukan seperti biasa di kawasan-kawasan panas (hotspot) sekitar pekan Ipoh.

Sebenarnya, rondaan sebegini biasa dibuat dengan kekerapan 4 kali dalam seminggu. Lokasi yang biasa menjadi tumpuan ialah Padang Ipoh, Taman D.R. Seenivasagam, Padang Polo, Dataran KTM, Dataran MBI, Bulatan Amanjaya dan kawasan-kawasan lain yang sering menjadi tumpuan golongan anak muda.

Ibu bapa diseru supaya memantau keberadaan anak-anak terutama pada waktu lewat malam. Pastikan diri kita ataupun anak-anak kita tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral yang boleh mencalar maruah diri dan merosakkan nama baik keluarga.

Photos from Pejabat Agama Daerah Gerik's post 15/02/2024
Photos from Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan - PADTI's post 15/02/2024
Photos from Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar's post 14/02/2024
Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 14/02/2024

14.02.2024 | Rabu

Ops Cegah Judi telah dilakukan secara serentak di seluruh daerah di Negeri Perak pada petang tadi. Di Ipoh, operasi tersebut telah dilakukan di sekitar kawasan Lahat, Menglembu, Station 18 dan Pasir Puteh yang bermula pukul 3 petang dan berakhir pukul 7.00 malam.

Dalam operasi tersebut, beberapa orang lelaki ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan berjudi / berafa dalam premis judi dibawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah 1992. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM 3,000 dan hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua sekali.

Ingat !! Berjudi tidak akan menjadikan anda kaya. Sebaliknya, judi akan mengubah personaliti anda dan boleh merosakkan diri serta keluarga tercinta !

11/02/2024

Doa Tetamu Kepada Tuan Rumah

اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُمْ فيما رَزَقْـتَهُم، وَاغْفِـرْ لَهُـمْ وَارْحَمْهُمْ

“Ya Allah berkatilah mereka dengan rezeki yang Engkau berikan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.”

[Riwayat Muslim (182)]

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 10/02/2024

09.02.2024 | Jumaat | 10.00 malam

Sebuah pusat karaoke di Sitiawan, dalam Daerah Manjung telah diserbu oleh sepasukan 40 orang anggota penguat kuasa agama Jabatan Agama Islam Perak, malam tadi. Operasi bermula pada pukul 10 malam dan berakhir 5 pagi turut disertai pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak.

Dalam serbuan tersebut, 10 orang lelaki dan perempuan beragama Islam telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan. Kesemua mereka dibawa balik ke Pejabat Agama Islam Daerah Manjung untuk dibuat ujian alkohol. Setelah ujian dibuat, 3 orang daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan minum minuman memabukkan manakala 4 yang lain yang juga merupakan pekerja di pusat karaoke tersebut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan menggalak maksiat.

Bagi kesalahan minum minuman memabukkan, denda RM 3,000 dan pemenjaraan tidak melebihi 2 tahun diperuntukkan jika sabit kesalahan manakala menggalak maksiat p**a, pesalah akan berhadapan denda RM 5,000 atau pemenjaraan tidak melebihi 3 tahun jika sabit kesalahan.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk's post 09/02/2024

09.02.2024 | Jumaat | 10.00 pg

Seorang lelaki telah ditahan ketika sedang membuat kutipan atas nama wakaf al-quran di hadapan sebuah bank di Meru, Ipoh.

Dalam siasatan awal yang dijalankan, lelaki berusia awal 40an itu mengaku boleh meraih sekurang-kurangnya RM 1,000 sebulan hasil kutipan 'wakaf al-quran' daripada orang ramai. Dia juga mengaku wang tersebut tidak digunakan membeli al-quran untuk diwakafkan sebaliknya digunakan untuk membayar sewa rumah, bil utiliti, makan minum dan keperluan harian isteri dan 4 orang anak-anaknya.

Lelaki tersebut ditahan dan akan disiasat kerana disyaki telah melakukan kesalahan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran dibawah seksyen 43 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.

Semua individu atau mana-mana NGO, syarikat mahupun yayasan yang ingin membuat apa-apa kutipan derma /wakaf dengan tujuan manfaat dan kebaikan untuk orang Islam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

07/02/2024

Keutamaan Berbuat Baik Kepada Haiwan

Seorang lelaki telah memberi minum kepada anjing yang kehausan dengan mengambil air dari dalam perigi menggunakan kasutnya. Lalu, anjing itu bersyukur dan lelaki itu diberikan keampunan oleh Allah SWT.

Maka para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :“(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”.

[Riwayat al-Bukhari (2363)]

Videos (show all)

18.03.2024 | IsninOperasi Kutipan Derma Tanpa Kebenaran di sekitar Bazar Ramadan Stadium Indera Mulia, Ipoh
08 Mac 2024 | JumaatRondaan Pematuhan Solat Jumaat dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk di kawasan-kawasan tumpuan...
Serbuan di 'pusat refleksologi' atau rumah urut di kawasan sekitar Gunung Rapat, Ipoh pada 10/11/2023 yang lalu.Pusat ur...
Ops Cegah Pondan sekitar Ipoh minggu lepas.Dalam serbuan tersebut, 5 orang pondan yang berasal dari negara Thailand tela...
*SIARAN LANGSUNG SEMINAR PERUNDANGAN SYARIAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023*LIVE Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syaria...
C19

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00